Monday, 20 July 2026

Update Ringkas Dari Cameron Highland

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Live update dari Cameron Highland. Wife outstation maka kami anak beranak semua ikut sekali. Alhamdulillah safely arrived Jumaat tengah hari ikut Simpang Pulai. Dan syukur tak ikut jalan Tapah sebab ada kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat. 

Untuk trip kali ini kami menginap di Triima Inn Apartment Hotel di Pekan Brinchang bersebelahan dengan Masjid Kayangan Brinchang, Petronas, Bilion Hypermarket dan Cameron Centrum Mall. Unexpected location yang sangat convenience dan di sebelah kanan hotel ada restoran thai masakan panas, di sebelah kiri ada Restoran Mummy Steamboat & Grill.

Cumanya apartment ni terlalu besar ada 3 bilik with private bathroom, dapur dan ruang tamu yang cukup luas dengan keluasan lebih 1000sq ft. Mulanya nak pillih yang dua bilik sahaja tapi terlewat sedikit tinggal yang 3 bilik sahaja. Harga untuk semalam termasuk segala cukai RM300.00 - deposit RM100.00. By the way ini first time stay di area Brinchang.

Last datang ke Cameron Highlands pada tahun 2019 dan kami stay di salah sebuah apartment di Pekan Tanah Rata. Itu pun datang dengan family adik-adik ipar sekali mak mertua. Konvoi 3 kereta dan masa tu pun just follow ke mana sahaja mereka pergi.

Hari Jumaat suhu cuma 17 degree mungkin juga sebab sekarang ni hujan setiap hari - Pukul 2.00 petang tapi kabus masih kelihatan dengan jelas.

Semalam masa naik ke Brinchang sempat singgah di Laman Strawberry Kak Engku sebab keadaan trafik yang teramat perlahan. Dari nak singgah beli air dan guna tandas terus kami buat aktiviti memetik Strawberry. Masuk percuma namun setiap 100gram Strawberry berharga RM6.00.

Maka aku bagi arahan hanya boleh kutip 8 biji seorang. Kang kalau dikutip penuh sebakul berpeluh nak bayar 😅. Sebab kalau nak beli Strawberry di Kea Farm atau Agro Market jauh lebih murah.

Dan agak susah sebenarnya nak cari strawberry yang masak ranum elok dengan bentuk sempurna di pokok. Ditambah lagi dengan keadaan hujan lebat dan bumbung plastik di ladang strawberry ni banyak yang kebocoran. 😅

Selepas petik strawberry kami ke Kea Farm. Dari tempat Flora Park Parking kami naik free shuttle buggy ke Bazaar Kea Farm. Kami beli 3 kilo (RM20.00) pelbagai jenis ubi, ada yang isi oren, purple dan putih. Beli strawberry 2 bekas RM10.00 dan satu pokok cili purple RM10.00. Dan parking di sini agak mahal RM4.00 untuk setiap jam.

Sebab nak stay sini selama 4 hari maka just beli untuk makan sendiri dalam hotel sahaja. Nanti last day baru shopping especially nak borong strawberry huhuu.. Mak mertua pun dah pesan belikan sayur dari Cameroon 😅. Lain tak sama rasa katanya.

Dari Kea Farm kami menuju ke Cactus Point sebab nak belikan the kids pokok kaktus yang pasu kecik tu (4 pasu kecik RM10.00 ngam la seorang satu). Okla nak bagi mereka main dan kalau nak balik nanti masih elok pokoknya maka boleh la consider nak belikan lagi pokok kaktus untuk the kids. 

Jarak antara Kea Farm dengan Cactus Point cuma 1.2km sahaja tapi disebabkan pergerakan kereta yang agak perlahan ia mengambil masa lebih 10 minit nak sampai. Naik Cameron Highland ni kena banyak bersabar especially kepada si ayah-ayah yang bawa kereta. Hadap jem dengan kejap the kids bergaduh kat belakang lagi 😅.

Selesai the kids memilihan pokok Kaktus masing-masing walau dengan banyak drama. Sampai ada yang merayu-rayu nak dua tiga pasu. Si kecik tu kata tak tahu nak pilih yang mana sebab semua cantik padahal baru 4 tahun.

Kami beransur ke Pekan Brinchang sebab dah tak sabar nak check in. 

Entry ni dah tulis sikit-sikit dari hari Jumaat tapi baru hari dapat post. Malas dan sibuk.. 😅☺️ 
Konon nak update setiap hari di sini.. Sekali ke laut niat tu hihii.. 🤪

39 comments:

  1. Seronok tgk gmbr2 ni.Anak2 sy pun dh start tny bila nk repeat gi cameron sbb last pegi rasanya dgn arwah abah & mak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dari awal nak bagi mereka petik strawberry... Saya last dtg cameron 2017.. mmg happy dpt repeat baru ini..

      Delete
  2. Akk suka CH. Tapi itulah tuan suami malas nak hadap jammed huhu... Selain strawberry, sayur pun wajib beli di CH tu, baru lengkap trip :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas nak hadap jem boleh try dtg weekdays.. kurang sgt jem nya.. Mmg kalau bawa mak mak mmg borong segala sayur buah tu.. ☺️

      Delete
  3. bestnya dpt petik strawberi...8 biji pun ok..sekrg viral bahulu berry..ramai yg kata sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Kasi 8 biji jer... Tpi suh cari yg betul2 merah pekat dan buah tak cacat.. okla kids lepas ujian tu hihii..bahulu ? Tak perasan pula..

      Delete
  4. syoknya g cameron. lama sungguh tak naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya last naik 2017.. masa tu anak 1.. skrg anak dah 4 huhuu..

      Delete
  5. wahhh lama tu afif 4 hari di CH...saya last cuti2 CH, 3 tahun lps ie utk celebrate wedding anniversary -overnite kat stellar amik caravan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww best sambut anniversary di CH.. sy pergi jumaat balik isnin nak elak jem punya pasal.. lagi pun wife ada kerja sampai ahad tu..

      Delete
  6. Wah, seronoknya dapat update dari Cameron Highlands! Suasana sejuk, nyaman, dan pemandangan hijau kat sana memang sentiasa jadi penawar stres yang terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan dan nikmati masa percutian dan balik dari sana dengan gembira. Terima kasih berkongsi perkembangan dari Cameron! 🍓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sejuk suhu 16/17 degree paling rendah.. kali ni naik cameron mmg untung sgt sbb sejuk tapi hujan setiap hari la.. yes sejuk dan hijau mata pun sedap memandang.. alhamdulillah dah pulang dari cameron isnin malam.. ☺️🤲🏻

      Delete
  7. Tak boleh bawak aunty kat sini... Dia hantu kaktus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..adui..hati2 lah pegang caktus berduri halus tu wak..

      Delete
    2. Uncle kalau naik CH kena bagi auntie tidur sampai hotel jer hahaha..

      Delete
    3. Tuan Etuza kalau yg kecik tu comey comey jer.. duri pun tajam manja jer hahahaa..

      Delete
  8. Pergi CH klu bukan musim cuti sekolah mesti best sbb tak ramai orang kan? Lamanya tak ke sana, rasanya kali terakhir pergi 3 tahun lepas. Seronok budak2 dapat petik strawberry segar di kebun strawberry 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masa naik ni musim hujan setiap hari.. Mmg agak kurang tak ramai sgt.. ada jem tpi belah tgh hari dan petang sikit jer.. Masa naik jumaat tu jem sekejap.. masa balik ok clear.. 3 org anak tak pernah pergi Cameron sbb last pergi 2017 ☺️

      Delete
  9. Subahanallah..memang sana tu berkabus, sejuk..ada dah sekali ke puncak Higland ni..masa tu baru balik Umrah 2019..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim hujan skrg ni.. hari hari hujan .. mmg petang pun ada kabus tebal.. nice kalau nak dtg rehat layan kesejukan di cameron..

      Delete
  10. Masa bila Afif family ke sini ya. Mybe yang Ahad kan atau bila ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik dari Jumaat pagi balik Isnin petang.. dapat lah 4 hari 3 malam di Cameron Highland..

      Delete
    2. Tak da rezeki jumpa anak saya ni, hahaha anak lelaki saya namanya Afif..bakal ustaz juga..InshaAllah, sebab tu selalu klik blog anak saya ni Afif..sedap nama..hehehe

      Delete
    3. Oh sama nama nya.. tapi pasti lebih elok dan baik org nya hahaha.. saya ni nakal huhuu.. btw nama saya ni mmg sedap disebut hahahaha 😅

      Delete
  11. CH ni tak kira musim apa sentiasa la jem sana sini. Dah jadi tak syok nak jenjalan bila kena hadap jem. Sekali sekala boleh la naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena naik waktu weekdays kurang la byk jem tu kalau kena timing betul.. tapi weekend mmg menghadap jer la huhuu..

      Delete
  12. Cactus.... Geram nya tengok. Few times plan nak ke CH ni tak lepas2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke CH datang waktu weekdays la.. biarlah amik cuti sekali pun.. Sgtlah berbaloi dari dtg weekend huhuu..

      Delete
  13. Aiiiih teringin ke CH. Belum pernah lagi kesini. December saya akan lama di Malaysia, sampai tahun baru. Tp suami lebih ingin ke Genting Highlands drpd Cameron. Lihat nantilah, moga2 bisa dibujuk 😅

    Pandai juga mereka nak pelihara kaktus yaaa, sampai nak beli banyak 🤣🤣. Saya dulu pernah pelihara juga, tp dasar tangan panas, tetap mati hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genting Highland lebih dekat tapi kurang tmpt utk bershopping dan jalan jalan.. ia lebih kpd taman tema.. klu CH byk tmpt utk berjalan dan tmpt food hunting juga hihii..

      Kena cuba sambal nasi lemak sambal strawberry.. scone strawberry.. ladang teh sama seperti di Bogor.. dan banyak cafe cafe yg menarik.. Kaktus jgn dijaga harusnya dibiar.. pastj hidup hihii..

      Delete
  14. mahal jugak petik strawberry tu 100 gram RM6. better beli yg dah siap pack je baru murah huhu. CH ni bila jela tak jem kan.. last datang sini tahun 2016. punyalah lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mahal.. patut sendiri petik sendiri la murah kan hahahaha.. Sebab kalau beli sekilo paling murah pun baru RM25-30..

      Saya last dtg pun 2017.. hampir 10 tahun lepas..

      Delete
  15. Haaa.. betul lah tu kena banyak bersabar buat pemandu. Itu sebab husband akak pangkah siap-siap kalau akak ajak gi CH 🥴

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dtg on weekend mmg kena banyak bersabar.. dan kena rancang perjalanan nak ke mana and so on.. supya sekali hala boleh singgah sana sini.. sbb kalau main redah mmg duduk dlm jem je la.. 😅

      Delete
  16. Before buying earbuds or speakers, shoppers should compare discounts and cashback. This Boat electronics deals is a useful reference.

    ReplyDelete
  17. Serius dah lama tak ke sini. Nak naik atas ladang teh tu kemudian makan scones.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes makan scone mmg sedap.. tapi kena tgk tempat juga.. ada yg sedap dan ada yg jual hanya cukup syarat bg ada sahaja.. huhuu

      Delete
  18. Kea Farm tu memang akan stop bila naik Cameron. Btw, shomelll laaa kaktus kuning tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kea Farm dgn Agro Farm dua tempat wajib singgah kalau nak shopping yg murah-murah especially strawberry dan hasil tanaman CH yg lain..

      Delete