Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 6 : Midnight Walk Around Senado Square & St. Augustine's Square
Disebabkan masih di awal pagi maka aku decide untuk terus berjalan ke arah A Ma Pier yang terletak di selatan pulau. A waterfront sightseeing pier located near the historic A-Ma Temple on the southwestern tip of the Macau Peninsula.
Berjalan sejauh 1.4km sambil menikmati suasana pagi yang mula sibuk. A-Ma Pier diambil sempena nama A-Ma Temple yang telah dibina pada tahun 1488M. Dan dari pier ini kita boleh mengambil cruise untuk berjalan-jalan sehingga ke Taipa.
 |
| Ada sebahagian jalan ditutup kepada kenderaan hanya untuk pejalan kaki sahaja. |
Keadaan di waktu yang teramat pagi masih lagi sunyi dan hampir kesemua kedai-kedai belum lagi dibuka. Somehow seronok juga berjalan di laluan sempit di kawasan perumahan di Macau ini. Seperti apa yang aku katakan di part yang lepas, walau keadaan di sini sangat padat tapi kebersihan tetap menjadi No 1 buat masyarakat di sini.
 |
Comel-comel jer jalan-jalan di kawasan perumahan ini. Rasanya dalam 100-200 orang hanya 1 sahaja yang ada kereta or maybe less. |
 |
|
 |
| Terjumpa satu kedai pastry yang tertera logo Halal yang sangat rare di sini. |
Di tengah-tengah perjalanan aku terlihat satu kedai pastry yang tertera logo halal. Terus terasa excited di situ. Disebabkan ia belum dibuka maka aku akan singgah semula balik nanti sebab aku nak beli Portuguese Egg Tart yang halal.
Kalau datang ke Macau boleh cari kedai ini Lot 112-A yang dibuka setiap hari dari 9.00 pagi sehingga 8.00 malam. Lokasi tidak jauh dari Loulan Islam Restaurant atau Hong Kung Night Market dan Temple de Hong Chan Kuan.
 |
| Terdapat park di hadapan Temple de Hong Chan Kuan. |
 |
| Temple de Hong Chan Kuan or Hong Kung Temple build in 1860 |
Hong Kung Night Market terletak berdekatan Hong Kung Temple ini. Oleh itu ia juga dikenali sebagai Bazaar Temple atau the historic Largo do Bazar. Kurang 50 meter dari Hong Kung Temple kita akan nampak bangunan Hotel Sofitel Macau at Ponte 16 yang berdiri megah. Tak kelihatan pun laut yang menjarakkan antara China dan Macau 😅.
 |
| Five Star Hotel Sofitel Macau at Ponte 16 yang berdiri megah. |
 |
| Berjalan sedikit ke arah kanan hotel dan terlihat jejantas. |
 |
| Pemandangan tanah besar China dari atas jejantas. |
Dari sini aku terus berjalan menuju ke A-Ma Pier dengan jarak 1.4km. Kalau tadi ikut laluan dalam yang hanya lorong-lorong kecil sahaja dan sekarang berjalan bersebelahan jalan besar yang sibuk dan kelihatan public bus yang banyak.
Dan ketika ini yang paling ramai beratur di bus stop adalah pelajar sekolah. Bayaran bas untuk pelajar sekolah hanya MOP1.00/RM0.50 sahaja, Murah kan? At last aku ampai di A-Ma Temple kira-kira selepas 20 minit berjalan kaki.
 |
| Suka pulak briswalk pagi-pagi ini di Macau ni. |
 |
Ada juga warung breakfast tepi jalan macam di Malaysia. Mesti sama konsep sebab simple, cepat dan murah 😎. |
Di hadapan A-Ma Temple terdapat sebuah bangunan yang unik iaitu Museu Maritimo atau Maritime Museum - Honoring Fishing History. Namun ia belum dibuka kerana masih di awal pagi. Aku masuk ke dalam A-Ma Temple dan hanya melihat beberapa tempat sahaja di bahagian hadapan atau yang berdekatan pintu entrance dan tidak naik sehingga ke atas bukit.
 |
| Keadaan laluan pejalan kaki yang cantik dan bersih. |
 |
| A-Ma Temple yang mula dibina pada tahun 1488M. |
 |
| Jom masuk dalam tengok apa yang patut. |
Terdapat kawasan yang sangat lapang di hadapan temple dengan seni tradisi corak yang unik di atas jalan. Yang menjadi sebagai trademark di Macau. Dan terlihat beberapa cafe dan restaurant yang terletak tak jauh dari kawasan lapang ini.
 |
| A wishes from different language mengharapkan sesuatu perkara baik. |
 |
| Aku sekadar melihat anak tangga untuk naik ke atas A-Ma Temple ini. |
Aku melintasi jalan besar yang terletak di bahagian hadapan A-Ma Temple dan menuju ke A-Ma Pier yang terletak bersebelahan laut. Dan terus berjalan sejauh 650 meter sambil menikmati pemandangan bot dan kapal yang lalu lalang di sebelah water front ini. Keadaan yang sejuk juga menambahkan lagi keseronokan untuk briswalk pagi ini.
 |
| Jom sambung briswalk pagi ini di A-Ma Pier sehingga ke hujung waterfront. |
 |
| Pemandangan dari A-Ma Pier menuju ke Barra Woof Garden dan Sai Van Lake. |
Dan berjalan seorang diri ketika ini menambahkan lagi perasaan melayan hati yang dibelengu pebagai persoalan hahahaa.. Antaranya nasib tadi pagi dah makan dan minum coffee. If not mesti nak kena terjah mana-mana cafe untuk alas perut dengan sebiji croissant dan secawan coffee huhuu..
 |
| Sampai di Barra Woof Garden kita tak five kejap. |
 |
| Macau Tower - Sai Van Lake & Bridge - Memorial Portas do Entendimento. |
Dan akhirnya aku tiba di Barra Woof Garden. Sebuah park yang kecil dengan pemandangan ke arah Memorial Portas do Entendimento (Gate of Understanding). A symbol of friendship, peace, and cultural connection between Portugal and China. Dan Sai Van Bridge yang menghubungkan Macau dan Taipa juga mencuri pandangan mata ketika ini.
 |
| Terlihat pekerja warga asing membersihkan kawwasan Sai Van Lake ini. |
 |
| Antara bangunan rumah, restaurant dan pejabat yang berada di tepi Sai Van Lake ini. |
Terasa ingin berjalan hingga ke Memorial Portas do Entendimento tapi disebabkan kena berpatah balik ke Barra Woof Garden untuk pulang ke hotel maka aku decide hanya mengambil gambar dari jauh sahaja. Dan aku meneruskan lagi berjalan melalui Av. da Republica Road bersebelahan Sai Van Lake. Memang cantik view waktu pagi matahari terbit di sini.
 |
| Berbaloi biswalk jauh, boleh layan view waktu pagi. |
Dalam tak sedar aku kena berjalan for another 3.2km untuk pulang ke hotel. Memang cari pasal, mula-mula nak jalan sikit sahaja dan kemudian depan sikit lagi dan depan lagi. At last dah sampai di hujung pulau dan dah dekat untuk ke Taipa.
Sepanjang berjalan pulang ke hotel, aku cuba untuk menggunakan jalan yang berlainan dengan memasuki kawasan dalam bandar. Ketika ini jalanraya dan laluan pejalan kaki penuh dengan manusia yang menuju ke tempat kerja masing-masing.
Bersambung Hong Kong & Macau Part 8 : Pengalaman Solat Jumaat Di Macau Islamic Mosque & Cemetery
Memang cantik dan bersih je sekitar jalan tu, pastu kuil tu pun cantik binaannya. Best nya jalan-jalan tempat gitu, sebab tak banyak kereta udara situ mesti rasa segar je kan. Tak banyak asap kereta mcm tempat kita kalalu tengah bando.
ReplyDeleteBoleh dikatakan Macau ni memang bersih.. Sifat mereka di sana tidak membuang sampah sesuka hati di merata tempat.. Kereta banyak tapi di jalan besar.. kalau jalan kecik ni mmg almost tiada kenderaan langsung.. Negara kecil kan so mmg kena jaga aspek kebersihan..
Deletesuasana aman n damai di bandar itu memudahkan kita sbg pelancong utk brisk walk. Tidak bimbang akan perampok...
ReplyDeleteBetul suasana yg tenang memudahkan kita nak berjalan jalan .. Somehow Macau is one of the safest cities in the world..
DeleteLorong-lorong dan jalan-jalan bersih sangat. Rasa selesa & selamat utk berjalan-jalan hatta sendirian pun.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada kedai pastry halal.
Dalam google search one of the safest cities in the world.. okay la boleh jalan-jalan sendirian walau di waktu malam.. Ada kedai halal tapi sebanyak di Hong Kong..
Deletelama betul usia temple tu. elok pulak dia duduk celah2 deretan kedai2.
ReplyDeletebest betul briskwalk kat macau. ralit tengok suasana sekitar sampai tak perasan dah terjalan 3km. saya tahu macau ni tempat2 judi je, sebab baca blog kak anies haritu
Pembangunan yg tak merosakan keadaan persekitaran.. mungkin la kot hahaha.. itulah ingat nak jalan sikit jer.. tau2 dah jauh.. nak patah balik pun jauh.. tapi best jer briswalk pagi2 tu.. yes mmg tmpt judi berkelas dunia.. 😅
Deletesure nyaman je briskwalk waktu tu ye.
ReplyDeleteYes nyaman briswalk pagi-pagi dri sebelum matahari terbit lagi.. 😎👌🏻
DeleteMenarik juga kawasan Hong Kung ni, satu tempat boleh jumpa kuil bersejarah, night market dan hotel moden sekali
ReplyDeleteTempat atau ruang tak banyak maka kena mempelbagaikan penggunaan sesuatu tempat tu..
DeleteEh, kalau lalu jalan lain, tak singgah la bakeri halal tu, beli egg tart. 🤭
ReplyDeleteBagus... Dah boleh predict apa next part hahaa.. mmg tak dpt beli .. tapi lepas tu niat beli di Hong Kong jer la.. sbb wife kata kat HK bnyk yg ada tanda Halal.. 😅
DeleteWah terlajak 3.2km, memang berbaloi jalan pagi2. Tenang sangat.
ReplyDeleteEnvironment berbeza kan.. seronok melihat sampai tak sedar jauh na nak balik ke hotel.. nasib la awal pagi lagi.. Berjalan tak rushing pulang ke hotel.. 😅
DeleteBagusnya berjalan pagi gini, orang tak ramai jadi mudah nak ambil gambar.
ReplyDeleteJauh nak kena patah balik tu 😅
Betul dari gelap sampai cerah waktunya berjalan.. Okla seronok nya sebab explore tempat baru kan.. Nak amik gambar pun tenang-tenang jer ... Tu yg leka sampai jauh benar berjalan nya :D
Deletepart bersih tu memang kagum laaa!! part jumpa restoran halal tu memang i know how it feels...sbb masa kat tokyo pun, happy giler bila nampak signage halal kat mana2 kedai hahahah
ReplyDeleteYes agak kagum sebab budaya orang di sana yang menjaga kebersihan..
DeleteKannn... ada feel di situ bila nampak logo halal hihii.. happy sangat2..
Sedap la Portugese Egg Tart....
ReplyDeleteBetul... bau dia pun dah mengancam tapi itulah nak cari yang halal memang susah sangat..
DeleteDia kalau pi travelling memang tak kisah dan tak perasan berjalan kaki merata sana sini😅Tiba-tiba masa nak tidur eh pasai pa kaki lenguh semacam je😅Ada baca dalam buku Cerita Cerita Makanan oleh Muthia Esfand yang mengatakan egg tart tersedap di dunia adalah di Macau
ReplyDeleteSebab bila pergi tempat org mmg excited nak explore semua tempat.. berjalan tak ingat apa haha.. malam nk tidur rsa mcm takde kaki dah hahaa.. Yes Egg Tart di Macau mmg sedap bau pun mengancam.. tp nak cari yg halal susah..
DeleteTeruja pulak bila nampak kedai pastry ada logo Halal kat Macau ! Memang 'rare' sangat nak jumpa. Sayang belum buka lagi waktu tu, kalau tak mesti dah paksa perut merasa Portuguese Egg Tart panas-panas. Niat nak jalan sikit jer, tahu-tahu dah terlajak sampai 3.2km ke hujung pulau ye. Tapi berbaloi sangat sebab dapat layan view matahari terbit kat Sai Van Lake tu, cantik sungguh..
ReplyDeleteKalau travel ke negara bukan majoriti muslim mmg susah nak jumpa halal tapi kalau jumpa mmg excited tetiba huhuu.. Di Macau mmg tak berkesempatan nak try egg tart tapi syukur dpt rasa di Hong Kong.. Tempat org kan berbaloi jalan jaih nak explore lgi2 view cantik.. 😎👍🏻
DeleteSekarang ini nampaknya dah mulai banyak resto halal di Macau yaaa. Jadi teringin sangat nak datang lagi. Tapi saya dah janji dengan anak sulung, akan datang lagi ke Macau saat dia sudah meet requirement untuk bungee jumping. Anak sulung saya peminat extreme activity. Dan dia teringin ikut jejak saya bungee di Macau Tower 😄.
ReplyDeleteCuma satu syarat nya berat tubuh harus minimal 40kg. Anak sulung masih dibawah itu. Jadi tunggu dulu lah, baru nanti kami bungee jumping 1 keluarga 😄.
Terlihat gedung yang pakai pita, jadi teringat salah satu toko di swiss dan US , pakai pita besar macam tuh 🤭
Naah LOULAN Islam restoran yang saya datangi dulu untuk lunch dj Macau. Ini driver sewa yang ajak kami kesana 😄. Duuh masih teringat sedap2 menunyaaa.
Memang sukaaa lah briskwalk pagi di tempat begini 😍😍. Sejuk dan tempatnya memang nyaman untuk jalan kaki