Monday, 18 May 2015

Ceria Sehari di "The Lost World of Tambun" - Perak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua..

Alhamdulillah dapat update jugak aku pada pagi isnin ni.. Just nak update sket, weekend baru ni aku berkesempatan untuk menziarahi saudara di Ipoh, Perak.. Perjalanan ke Ipoh dari KL mengambil masa hampir 3 jam kerana kesesakan dari KL menuju ke Sungai Buloh..

Aku bersama isteri dan anak saudara ku (Bang Chik) berumur 20 tahun yang menuntut di KPTM.. By the way rumah sedara aku ni ialah parent kepada Bang Chik ni.. Nenek kepada Bang Chik ni (Kami panggil Wa) dengan Mak aku adalah sepupu.. so pangkat aku adalah selevel dengan parent Bang Chik ni.. panjang lak intro ni hahahahaa.. :P


We here guys... Let's Rock and Roll hahahaha.. :P
Terlebih excited di pintu masuk Lost World of Tambun.. 

Plan ke Lost World of Tambun ni adalah idea isteri aku.. Well nama pun suami kan kene lah ikut jer nak bagi isteri senyum selalu yer dak? hahahaa.. Hari Sabtu 16/05/2015 kami berempat.. Kali ni adik Bang Chik - Bang Teh pun ikut sama nak jelajah Lost World of Tambun.. 



Bayaran Masuk

 - Adult RM56.00
 - Children RM49.00
 - Kanak-Kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma.
 - Lost World Hot Spring & Spa RM 24.00

Waktu Beroperasi

Isnin - Jumaat 11.00 am - 06.00 pm
Sabtu - Ahad 10.00 am - 06.00 pm
School and Public Holidays 10.00 am - 06.00 pm
(CLOSED every Tuesday except School and Public Holidays)

Lost World Hot Spring and Spa (Opened Daily) 06.00 pm - 11.00 pm
Crystal Spa 03.00 pm - 11.00 pm
(Except on Tuesday 06.00 pm - 11.00 pm)

Lost World of Tambun Direction

Take The North - South Expressway and head for Ipoh, Perak.Take the exit The Lost World of Tambun and follow signboard  for 5 minutes to Lost World of Tambun. Lost World of Tambun is located on the right just after passing Giant Hypermarket.


This area i like the most.. Lost World Ipoh Street :D
Keadaan Ipoh pada satu masa duhulu.. Tempat makan pun boleh rendam kaki..
Jom menuju ke pantai buatan yang berombak ni :D
Tempat utama ialah main air wiihooooo..!!!! Tempat Bola Tampar pun ada..

Masa nak beli tiket di kaunter.. Akak kaunter tu kata ada buat Kad Members Club tak? kalau encik ada buat akan ada potongon diskaun sebanyak 15% dari harga asal.. Rupa2 nya pada hari kami datang ni memang ada beberpa staf yang sedang mempromosikan Kad Members Club secara percuma dan keahlian adalah seumur hidup tanpa bayaran.. :D

Isi borang.. Dapat kad.. Beli tiket.. Dan kami pun masuk.. Oh lupa nak inform kat sini ada security check di pintu masuk yer.. Antaranya makanan dan minuman dari luar tak dibenarkan masuk.. Barangan membahaya pisau, pistol dan seumpanya.. Alhamdulillah kami tidak mempunyai apa-apa masalah.. Datang nak main air bawa tuala sudah la kan hahahaa.. :P


Hot Spring and Spa.. Bila siang tak ramai orang sebab air panas..
Tapi Kalau malam sini lah tempat orang cari..
Reflexology.. Mengurut kaki katanya.. Kalau tahan panas air 40 degree  sila la berjalan2 di sini..
Salah satu dari dua gelongsor air.. Kecut perut hahahaa :D
Yang ni pun awesome.. Jom main hahahahaa :D
Orang perempuan kalau tak menjerit memang tak sah kan hahahaa :D

The Lost World of Tambun ni aku suka sebab tempat ni bukanlah semata2 tempat untuk bermain air di Lost Wolrd Water Park dan Porcupine Trail.. Ada banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya Lost World Swan Lake kita boleh bagi ikan makan, berkayak dan menganyuh bot berbetuk swan..

Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu.. Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre mini zoo yang agak unik sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan Lost World Tiger Valley ada aksi haiwan yang jinak menghiburkan hati..


Pemandangan yang indah di Lost World Swan Lake :D
Lost World Swan Lake
Lupe's Adventure.. Perak's 1st Roller Coaster Ride..
Lost World Amusement Park

Lost World Amusement Park yang terletak disebelah kanan dari entrance mempunya lebih dari 4 permainan dan boleh menaiki kereta api untuk menjelajahi hampir semua tempat di sini.. Di sini juga terletak sebuah rumah hantu "Hunted Chambers" dan ini adalah satu2nya tempat yang kita perlu bayar kalau nak masuk.. Tapi kira okay la rumah hantu berbaloi dengan RM10.00 perperson yang kita bayar.. Kat sini Bang Chik menjerit2 melatah hahahaha :P

Di sini juga terletak Perak's 1st Roller Coaster Ride iaitu Lost World Lupe's Adventure.. Not so bad la i think ibu mengandung pun boleh naik kot hahahaa.. it's so fun for semua ketegori umur dalam ahli keluarga.. takde pun sampai kepala bawah kaki atas hahahaa.. Once you ride it dia akan buat dua pusingan.. awesome la kan :D

Antara facilities lain yang disediakan toilet, shower tempat salinan pakaian, food court tapi mahal giler!!!.. Sampai air mineral 500 ml RM 4.50.. Surau ada terletak di bahagia kiri berdekatan dengan tempat persalinan pakaian maka jangan leka bermain sampai tak solat yer..


Restoran  di sebalik gua memang menarik perhatian :D
Antara haiwan yang telah dijinakan.. Memang pandai beraksi..
Hunted Chambers, Kepura Cave, Tiger valley dan Tin Valley..

By the way.. Kat sini ada satu tempat makan yang memang awesome sebuah restoran separuh gua.. Terletak di antara Tiger Valley ke Tin Valley.. Lepak minum kopi sambil makan roti bakar pun dah okay just layan panorama yang memang awesome kat situ.. Make sure you try it..!!!

If korang nak sewa tube hijau yang besar kat Lost World ni lebih baik fikir terlebih dahulu.. sebab di sini bukan nyer semua benda nak main air.. Tempat ni besar sangat kene explore berjalan dengan kaki.. Tak kan nak usung tube tu sana sini kan.. Pendapat aku explore dulu tempat ni dah habis jelajah dah penat baru lah terjun dalam air.. pape pun Lost World of Tambun memang enjoy..!! :D

Thursday, 9 April 2015

Jordan Part 7 : Bersama Pelajar Malaysia Di Bandar Suweileh

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 6 : Ashabul Kahfi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Fisrt at all aku just nak ucapkan terima kasih pada mereka semua yang masih support blog aku yang tak seberapa ni.. dan hanya merangkak pada setiap masa huhuhu.. Insyallah akan terus berkongsi pengalaman pengembaraan di tempat-tempat yang telah aku jejaki.. Apa pun doakan kesihatan aku sentiasa dalam keadaan baik.. :D


Pemandangan satu kawasan perumahan dari satu sudut bukit berdekatan..
Pemandangan dari tingkat rumah apartment ustaz2 yang aku tumpang ni

Bandar Suweileh  Di Wilayah Kota Amman  

Inilah tempat pertama yang aku tuju pada hari pertama berada di Jordan.. Menumpang di rumah pelajar2 Malaysia dan mereka ialah Ust Mursid, Ust Arif Amin, Ust Farid dan Ust Abd Hakim.. Lupa aku nak bagitau dalam entry sebelum ini siapa mereka ini.. Pada mulanya aku sekadar kenal tapi tak tahu siapa mereka.. Sehinggalah satu hari aku mendapat tahu bahawa :-

Ust Arif Amin adalah - Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Mursyid adalah - Naib Ketua Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Abd Hakim adalah - Ketua Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)
Ust Farid Suhaimi adalah - Bendahari Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMJ)



Ustaz2 ni bawa pi bersiar2 di kawasan perumahan di Bandar Sweileh..
Pemandangan kawasan perumahan di Bandar Sweileh..

Mereka berempat inilah yang banyak membantu aku sepanjang 14 hari aku di Jordan.. Keikhlasan mereka dalam membantu.. Akhlak yang tinggi dan adab tingkah laku ketika berkata-kata memang layak dengan siapa mereka pada Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan.. Semoga mereka berempat ini sentiasa dirahmati Allah..

Mungkin tanpa jasa mereka.. Pengembaraan aku di bumi Jordan yang penuh dengan sejarah ini tidak akan dipenuhi dengan seribu satu warna.. Apa pun semoga satu hari nanti kita berempat akan bertemu lagi dan dapat makan semeja bersama-sama sekali lagi.. Kenangan tu.. :D


Keunikan Masjid Farid Al-Khalil terletak di lereng bukit yang tinggi..
Berehat seketika sambil melayan angin pagi..
Bersama Ust Arif dan Ust Mursyid di hadapan Masjid Farid Al-Khalil..

Info Persatuan Pelajar Malaysia di Jordan

MPMMJ - Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan merupakan bandan induk yang terutama merangkumi semua pelajar Malaysia yang berlajar di Jordan.. Berhubung baik dengan semua agensi kerajaan Malaysia dan menjaga kepentingan dan hal ehwal pelajar Malaysia di Jordan..

Terdapat 4 buah universiti di 4 kawasan bandar utama yang menjadikan 4 persatuan mengikut bandar masing- masing.. Amman (PPMA) - Mafraq (PRISMA) - Irbid (PERMAI) - Mut'ah (PERMATA).. Aku hanya sempat menjejakan kaki ke 2 universiti di Amman dan Mafraq..

Jika nak tahu lebih lanjut sila layari laman web rasmi MPMMJ (klik sini)..  Nak tahu berkenaan "study in Jordan" pun boleh.. Tapi tanya lah dengan mereka.. jangan tanya dengan aku pulak huhuhuu..


Maqam Sahabt Nabi - Abdur Rahman Bin Auwf r.a

Lokasi maqam ini terletak di Bandar Sweileh berdekatan dengan Masjid Farid Al Khalil.. Secara am nyer aku hanya mengikut Ust Mursyid, Ust Arif dan Ust Farid joging/bersiar2 di pagi hari selepas solat subuh di masjid .. Dan tidak tahu menahu akan kewujudanya..


Inilah maqam sahabat kepada Nabi Muhammad s.a.w..

MAQAM - Terdapat beberapa makna di sini.. Makna yang paling diketahui umum ialah kubur atau dengan kata lain ialah di mana satu jasad itu ditanam.. Dan ada makna lain ialah "tempat" yang mana untuk senang difahami tempat yang mana pernah seseorang itu tinggal di situ..

Nak tahu lagi lanjut maka silalah buka kamus atau google jer kan hahahaa.. aku pun bukan tahu banyak mana.. Info - Abdur Rahman Bin Auwf r.a adalah salah seorang insan dari 10 sahabat nabi s.a.w yang telah di janjikan syurga seperti mana yang telah diriwayatkan oleh dua imam besar dalam bidang hadis iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim..


Me at Maqam Abdur Rahman Auwf R.A
Maqam salah seorang sahabat Nabi s.a.w


Membeli Sarapan Roti Segar, Lembut dan Gebu di Bandar Sweileh

Okay antara beberapa perkara penting yang perlu diketahui jika nak ke Jordan ialah Duit Jordan DIinar "JOD".. Mengapa?? sebab bila kita nak membeli ia akan bermula dengan syiling Rubu' (1/4), Sulus (1/3), Nifs (1/2).. Hurmmm.. Kejap!! aku tak berapa ingat la pulak tapi lebih kurang macam tu la huhuu..


Sekeping boleh makan 4 orang yer.. tak perlu berebut :D

Okay back pada cerita roti kita.. Sepanjang aku duduk di sini boleh dikatakan hampir setiap pagi aku akan membeli roti di kedai roti atau Bakery.. Setelah di ajar oleh Ust Farid bagaimana membeli nya.. Nak beli sekeping dua roti macam yang macam kebab tu memang kene gelak atau kene marah dengan orang kedai..

Maka cara membeli ialah dengan nilai.. Paling sket kita boleh beli ialah Rubu' (1/4) atau pun 0.25 JOD.. Tau tak berapa banyak kita boleh dapat dengan 0.25 JOD tu.. Sepenuh plastik beg.. Ada la dalam 20-22 keping roti kebab tu.. Dan satu lagi jenis roti besar dia 5 kali ganda roti canai.. dengan harga yang sama boleh dapat 3-4 keping..


Kesemuanya jika nak beli kene timbang.. Tak abis makan walau beli paling minimum..
Inilah roti kebab dengan harga 0.25 JOD bersama RM 1,50

Dari Bandar Sweileh ke Bandar Mafraq

Secara tak sengaja aku berkesempatan untuk melawat Bandar Mafraq sebuah kawasan yang berdekatan dengan negara Syria.. Ianya bermula apabila aku mendapat tahu seorang junior aku di South Africa telah menyambung pelajaran di Jordan.. Dan beliau berada di Mafraq..


Pelajar yang pakai tshirt putih la yang aku jumpa selepas turun bas  :D
Keadaan Bandar Mafraq.. Perlis lagi Maju kot.. 

Dengan hanya berkomunikasi dalam facebook.. dan segala arahan yang diberi untuk sampai ke Mafraq.. Perjalanan dengan bas (2 kali tukar) mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke Mafraq dari Sweileh atau Amman..

Dan yang best sekali Ust Mursyid bagitau aku.. Naik bas nombor sekian.. dan bila sampai satu tempat semua orang akan turun di sebuah terminal bas kecik.. dan akan dengar orang menjerit nama "Mafraq, Mafraq, Mafraq" dan bas itu  akan berhenti last sekali di Mafraq.. maka sampai la.. hahahaa.. aku pun buat2 angguk faham jer :P


Antara pelajar Malaysia di mafraq yang aku jumpa.. Alhamdulillah baik2 belaka..
Menahan cuaca yang panas.. Tapi kalau winter sinilah paling banyak salji..

Aku bernasib baik sebab lepas turun jer dari bas di Mafraq.. Ternampak macam seorang budak lelaki melayu.. aku pun kejar la.. dapat jer bahu budak tu terus tanya.. "Dari Malaysia kan?" dia yang terpinga2 "Aah..Dari Malaysia".. "Abg nak guna internet nak online facebook.. kat sini mana ada?" sebab nak pergi rumah kawan..

Dia balas.. "Bang kejap erk.. saya nak beli ayam nak masak kat rumah.. Lepas tu abg ikut saya balik boleh guna internet dekat rumah kitorang.." Aku pun ikut la dia ke kedai beli ayam sampai balik ke rumah..

Keadaan kawasan perumahan di Bandar Mafraq..

Mungkin sebab aku berjubah hitam.. diorang pulak panggil aku ustaz hahahaa.. oh okay kenapa aku nak guna internet sebab di sini tak ada public phone.. so even aku ada no phone tapi still tak boleh buat apa.. sebab tu aku nak guna internet..

Setelah aku explain kenapa datang ke Mafraq.. terus alah seorang student tu minta no phone member aku Ust Zaki.. terus call dan setengah jam kemudian Ust Zaki datang mengambil aku ke rumah beliau..

Nasi putih makan dengan rendang ayam berkauh..

Sampai di rumah Ust Zaki terus salah seorang dari rakan rumah beliau bertanya.. "Anta nak makan apa?" aku cakap tak payah la susah2.. ana makan roti jer pun cukup..'' sekali malam tu makan bukan makan ala kadar.. ayam rendang berkuah dengan nasi.. hebat2 pelajar malaysia di Jordan ni masak.. :D


Klik sini untuk kesemua entry Jordan :-

Jordan Part 1 : Musim Panas Menyambut Aku Di Amman
Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah
Jordan Part 3 : The Amman Citadel and The Roman Theater
Jordan Part 4 : River Trekking - Wadi Al-Mujib Natural Reserve
Jordan Part 5 : The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)
Jordan Part 6 : Ashabul Khafi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua


Thursday, 26 March 2015

Malaysia Social Media Week 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua pembaca Time Travel Afif..!!!

Ada dengar tak mengenai Malaysia Sosial Media Week 2015 tahun ni.. Bagi yang belum mengetahui mengenainya boleh la melayari ke website rasmi Klik sini MSMW 2015.. ianya akan berlangsung dari 21st March - 25th March 2015 di Berjaya Times square Hotel.. Pada yang berminat masih boleh berdaftar secara percuma di online..

ENGAGE, EDUCATE & ENTERTAIN Yourself ! Social media has dramatically altered the way we think and act. The manic pace it has set leaves most of us dumbfounded. Our annual Malaysia Social Media Week, with its august speakers seeks to demystify the world of social media. Having garnered a huge success from previous editions, this national conference connecting people regarding content and conversations on emerging trends in social and mobile media, unfolds yet another striking edition.



MSMW’s theme “Engage, Educate & Entertain”, reflects the role of social media as a catalyst in stirring the cultural, political, economic and social development of a nation. The theme encourages thousands of individuals and organisations to project, orchestrate and execute original ideas- through social media. Wildly popular and happening, the third chapter of the Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 is no longer a mere event- it’s a movement!


Apa-apa pun yang aku nak sampaikan di sini ialah.. Alhamdulillah Blog Travel My Way ini telah dicalonkan lagi pada tahun ini di "Best Travel Blog Category" (klik).. Nampak di situ ramai blogger2 travel yang otai, yang hebat2.. dari kenalan mahu pun yang belum di kenali.. Namun biarlah takdir yang menentukan.. jika ada rezeki di situ.. 






Terdapat "10 Category" kesemuanya yang di pertandingkan untuk WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS.. Bolehlah mengundi untuk blog kegemaran anda pada setiap bahagian.. Dan hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap ketegori yang dipertandingkan.. Pengundian akan bermula dari 23rd March 2015 hingga 5th April 2015.. 

Cara mengundi yang mudah - Layari website rasmi Malaysia Media Week 2015 (KLIK) dan klik pada PROGRAMME - Kemudian klik AWARD - Kemudia klik CATEGORY - Kemudian Klik "BEST TRAVEL BLOG" dan cari timetravelafif.blogspot.com di situ.. apabila klik pada BUTTON VOTE berwarna hijau dan ia memerlukan anda untuk sign in facebook terlebih dahulu.. Selepas sign in Facebook baru lah anda boleh vote timetravelafif dan ia akan bertukar menjadi merah :D 

Cara mengundi pada tahun ini agak mudah kerana hanya memerlukan account facebook tidak seperti tahun lepas yang memerlukan registration menggunakan email.. Di harap dengan mudahnya cara mengundi pada tahun ini lagi memudahakn untuk para peserta mendapat undi.. Sekian terima kasih dalam salam sayang dari saya Time Traveller  untuk semua  :D