Friday, 25 July 2025

Uzbekistan Part 7 : Memorial Square - Lunch With Malaysia Ambassador Tuan Ilham

Assalamualaikum Dan Salam Sajehatera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 6 : Alisher Navoiy Theater - State Museum - Mustakillik Fountain 

Lama tak update kisah travel di Central Asia ni. Ada sahaja yang menghalang dan hanya dapat update soal life biasa sahaja. Alhamdulillah denggi pun dah kurang banyak. Demam pun dua hari lebih sahaja. Syukur isteri laju bawa ke klinik. 

Ikutkan hati nak makan panadol dan rehat di rumah sahaja. Never underestimate the power of wife hahahaa. πŸ˜…

Memorial Square at Tashkent City.
Moh ler kita sambung kisah pengembaraan. Untuk Memorial Square ini aku tak pasti sama ada ia berada di dalam Ankhor Park atau ia adalah dua tempat berlainan yang bersebelahan. Atau juga keduanya berada dalam satu tempat yang sama.

Memorial Square ini adalah antara tempat yang wajib untuk dikunjungi di Tashkent. Antara yang menarik di sini ialah di tengah-tengah square dibina Statue The Tomb of Motherland bersama-sama Eternal Flame πŸ”₯- Api yang menyala 24 jam sehari di sepanjang tahun dan ia telah menyala bertahun-tahun lamanya. 

Statue The Tomb of Motherland and Eternal Flame.πŸ”₯
Keadaan yang basah sebab hujan pagi tadi. Menambahkan kesejukan.
Dan di sini juga tertulisnya semua nama-nama warga Uzbekistan yang telah menjadi tentera di bawah naungan Soviet Union yang terkorban semasa Battle of Moscow atau juga dikenali sebagai Moscow War. Iaitu peperangan yang menghalang kemaraan Tentera Nazi dalam Operation Typhoon dari menakluk Moscow di dalam Perang Dunia Kedua.

Peperangan yang berlaku di antara Oktober 1941 sehingga Januari 1942 di sepanjang 600km perbatasan bagi mempertahankan Moscow dari jatuh ke tangan Nazi telah meragut lebih 500,000 Tentera Soviet Union dan mencederakan hampir 150,000 tentera yang lain. Dan mengorbankan lebih 200,000 Tentera Nazi.

Ada beribu-ribu nama perwira negara yang terbuku di sini. 
Antara nama-nama wira yang gugur di medan perang ketika perang dunia kedua.
Battle of Moscow di akhiri dengan kekalahan Nazi kerana tidak dapat menakhluk Moscow iaitu ibu negara Soviet Union. Dengan harapan penakhlukan itu Soviet Union akan runtuh dan pihak Nazi hanya perlu focus pada arah barat sahaja.

Ia menjadi salah satu peperangan yang hebat dalam dunia ketenteraan dengan hampir 1.9 juta tentera Nazi yang menyerang dan di antara tentera nazi adalah 4 kumpulan Panzer Army yang terdiri dari Wehrmacht dengan kekuatan lebih dari 2,500 kereta kebal dan hampir 1.3 juta tentera Soviet yang bertahan.

Tengah sejuk winter pun masih boleh tumbuh dengan mekar.
Sebab kawasan memorial kan. Maka banyaklah bunga-bunga yang menghiasi suasana di sini.
Kawasan ini memang cantik dengan landskap taman yang dipenuhi pelbagai jenis pokok-pokok bunga. Terdapat juga beberapa orang tentera yang menjaga keadaan dan suasana di sini. Dan walau di musim winter tapi kehijauan di sini dapat di jaga dengan baik dan bunga-bunga tumbuh dengan segar. 

Kalau tahu nama bunga-bunga yang macam ada muka orang ni boleh comment di bawah yer.☺️

Siapa yang tahu nama bunga ni boleh comment di bawah yer.
Selesai menerokai kawasan sekitar kami bergerak pulang ke hostel dengan menaiki Yandex di hadapan Turkistan Concert Hall. Dalam sedar atau tidak kami dah berjalan sejauh 2.8 km dalam masa lebih 3 jam. Banyak berhenti rehat sebab the kids dan mengambil gambar di setiap tempat yang menarik.

Turkistan Concert Hall terletak di penghujung Memorial Square.
Dalam perjalanan ke hostel dapat whatsapp dari Tuan Ilham. Beliau jemput datang lunch di rumah hari ini. Senyum tak terkata sambil bagitau semua nanti tengah hari dapat makan makanan Malaysia. Nak tahu macam mana lunch dengan Ambassador boleh refer part sebelum-sebelum ini yer. 

Bersama Tuan Ilham Ilyas - Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan. 😎
Kami sampai hostel sahaja driver bersama kereta tuan ambassador telah menunggu kami. Padahal tadi baru jer bagi address hostel pada Tuan Ilham. Aku tanya minta tunggu 10 minit sebab nak fresh up tukar baju bagai sebab dah serabai berjalan-jalan dari pagi tadi. Driver kata "Okay okay.. don't so late Mr Ilham is hungry" sambil dia gelak.

Alhamdulillah safely arrived at Malaysia Ambassador Residence.
Perjalanan hanya memakan masa 10 minit sahaja untuk sampai di rumah Tuan Ilham yang juga tak jauh dari Kedutaan Malaysia di Tashkent. Masa sampai Tuan Ilham dah siap menunggu kami dan tak lama duduk terus dijemput makan tengah hari. Lama juga tak jumpa dengan Tuan Ilham memang nak berborak jer kami berdua.

Bagi kami inilah makanan tengah hari kami paling bermakna sepanjang hampir 2 minggu ini hahahaa. πŸ˜‚ Aku tak malu la nak ngaku makan sampai 3 kali tambah hahahaa.. Apa korang nak cakap pun tak kesah dah. Sayur Campur, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma dan satu lagi lauk dah tak ingat hihii.

Okay.. its a time for lunch. Masa ni Tuan Ilham kata pada Athira senyum sikit sebab ibu nak ambil gambar tu. Nanti boleh bagitau kawan, Ambassador tolong ambilkan lauk untuk Athira hihii..
Kiranya inilah makanan raya kami paling mahal dan bermakna. Dari first day raya hari tu makan daging blackpepper masak sendiri di Bishkek, Kyrgyzstan. Feeling ada la macam nak nangis terharu hahaha. Tuan Ilham pun kata makan banyak-banyak sebab nanti susah nak jumpa makanan melayu lagi hihii.

Tuan Ilham ajak selfie. Haishh segan dibuatnya hahaha.. 
Alhamdulillah semua anak-anak dapat duit raya dari Tuan Ilham. 
Lepas makan aku sambung berborak dengan Tuan Ilham sambil wife jaga the kids yang dah mula tak duduk diam. Nasib baik la maid kat rumah Tuan Ilham ni garang sampai marah si Aidel dengan Aydan yang tak nak duduk diam. Lega aku sebab kalau maknya yang marah lagi teruk hahaha. 

Hampir 3 jam kami berada di rumah Tuan Ilham dan sebelum pulang Tuan Ilham bagi duit raya pada the kids. Alhamdulillah semua sopan ambil duit raya kecuali di kecik Afnan lepas amik terus lari. Haishh sabar jer la.

Insyallah ada rezeki di lain waktu pasti akan mencari peluang bertemu dengan Tuan Ilham. Duta Malaysia paling awesome dan baik hati dari zaman aku belajar lagi. Semoga diberikan kesihatan yang elok sepanjang bertugas di sana. Amin.

Bersambung Uzbekistan Part 8 : (Under Construction) 

Wednesday, 23 July 2025

Bila Satu Family Tak Sihat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Satu family tak sihat kecuali si ibu jer yang masih "sihat" setakat ini. Si Affan start sakit dari jumaat petang minggu lepas. Malam tu lepas isya' tiba-tiba dia muntah dan sakit perut. At first suspect makanan dari sekolah tadika dia.

Tapi esok petang tu si kakak sulung Atiyya pula sakit perut dan muntah-muntah. Dah dua orang anak melepet. Dan kemudian pagi ahad si baby Afnan pulak muntah dan cirit birit.

Bawa pergi klinik pun melepet
Tinggal la si Athira sahaja yang masih sihat. Tiba-tiba pukul 3 pagi Isnin malam Selasa. Dia masuk bilik bagitau sakit perut dan terus muntah sebelah katil. Terus bangun dan mandikan si Athira dan cuci muntah yang banyak di atas lantai.

Dan pagi semalam aku bangun dengan sakit kepala yang teramat sangat. Sakit segala sendi dari pinggang sampai ke kaki. Dan badan rasa nak demam. Wife terus tak boleh pergi kerja sebab semua dah rebah. Terus bawa aku ke klinik pukul 9.00 pagi. Dan doktor amik darah bagai dan aku disahkan denggi. 

Menyerah diri di Klinik Walid.
Doktor kata pelik sebab anak-anak sakit semua bukan satu sebab yang sama. Affan confirm sakit sebab makan durian yang dah tak elok. Si kakak makan seaweed dekat rumah sepupu dia. Afnan dengan Athira sebab minum air yang tak bersih.

Dan doktor kata memang seminggu dua ini ramai anak-anak yang datang klinik sebab sakit perut dan cirit birit. Biasa datang sebab batuk selsema. Tapi pelik wave seminggu dua ni. So doktor nasihat cuba tahan minum air tapis yang di rumah tu. Dan try minum air mineral botol. Especially air spritzer tu. 

Maka dari semalam kami satu family takut nak bagi anak-anak minum air tapis kat rumah. Berkotak-kotak la air mineral di rumah ni. Dah la minggu ni sukan kat sekolah si Athira dgn Atiyya dua-dua ada jadi wakil sukan dalam acara masing-masing.

Minggu ni semua budget kena potong sebab dah keluar masuk klinik banyak kali. Seorang anak bawa pergi klinik seratus lebih tak lari. Si ayah kena amik darah untuk test denggi bagai dan inject antibiotic terbang RM200 lebih. Tersenyum sikit minggu ni tengok wallet hihii.. πŸ˜…

Saturday, 19 July 2025

Brunch Bersama Family Di Kedai Kopi Atok - Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selepas menyiapkan the kids semua di bilik hotel. Kami menuju keluar bagi mencari sesuatu untuk perut yang sedang bermainkan lagu meminta sesuatu untuk diisi. Disebabkan kami dari De Spring Hotel maka tempat yang paling dekat ada menuju ke Kedai Kopi Atok.

Kedai Kopi Atok  - Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan.
Beralamat di No 77, Jalan Bukit Ubi, Bandar Kuantan, 25200 Kuantan, Pahang. Sebuah kedai kopi berkonsep santai, hipster, old school dan sesuai untuk didatangi oleh semua peringkat umur masyarakat untuk semua bangsa. Dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7.00 malam. Dan tutup pada setiap Hari Isnin.

Ini adalah tempat baru yang mana sebelum ini kedai kopi ini dikenali sebagai Kedai Kopi Atok Wall Street yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan, Pahang. Betul-betul bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Kali ni kami dapat tempat duduk di luar tapi ok juga berangin dan tak la berlaga siku.
Berkonsepkan "Kedai Kopi Traditional Zaman Dahulu".
Pekerja agak ramai insyallah tak akan ambil masa lama untuk dapat makanan.
Setiap kali ke sini pasti penuh dengan pelanggan yang sedang menjamah makanan. Ada kala kelihatan pelancong asing juga duduk santai di sini. Dan yang lebih menyeronokan adalah walau tempat ini agak viral sentiasa dipenuhi pelanggan tapi harga makanan di sini masih lagi berpatutan. 

Lokasi kedai yang corner lot juga amat mudah untuk dijumpai, berhadapan dengan jalan utama iaitu Jalan Bukit Ubi. Latest masa aku datang minggu lepas walau pun keadaan hujan lebat pelanggan tetap hadir tanpa henti. 

Cakoi dan Pau Goreng dibuat fresh setiap masa.
Cuma satu kekurangan yang aku nampak adalah ruang tempat duduk makan agak sempit. Kalau terlaga siku, tersondol kaki sesama pelanggan itu adalah perkara biasa. Nak buat macam mana kan dah tempatnya tak besar tapi pelanggan yang hadir sentiasa ramai. Tak kan nak pindah tempat lain pula huhu.

Baby Rose Tea, Teh Tarik Kurang Manis & Teh O Limau Suam.
Antara recommended makanan yang aku boleh suggestkan adalah Pau Gulung Atok iaitu pau kukus kosong yang dimakan bersama sambal. Pau Kacang Merah Goreng dan Cakoi di sini sedap sebab dibuat fresh setiap masa di hadapan kita. Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng di sini bagi aku wajib dicuba. Terdapat juga pau kukus pelbagai jenis di sini.

Nasil Lemak Ayam & Telur RM10.90. Telur Separuh Masak RM3.90.
Mee Kari RM8.90. Bihun Sup Daging RM7.90.
Nangka RM10 - Ada seorang pakcik berbaju oren menjual dari meja ke meja.
Tempat makan classic dan vintage. Harga insyallah sangatlah reasonable.
Terdapat makanan berat dan ringan yang disediakan sepanjang masa mereka beroperasi dalam sehari. So untuk aku yang hadir bersama anak-anak kecil ini senang nak bagi mereka pilihan makanan. Disebabkan aku dah makan breakfast di hotel maka the kids jer yang menjamah makanan. Mihun Sup Daging, Mee Kari dan Nasi Lemak Ayam Crispy.

Boleh consider untuk makan di sini kalau nak mencari tempat makan yang sedap, viral dan murah di Bandar Kuantan. Lagi-lagi macam aku yang bawa sampai 4 orang anak. Harga reasonable and affordable untuk datang bersama family ☺️.