Thursday 12 June 2014

Pekasam di Gerik - Laksa Pokok Limau di Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sebelum kita teruskan dengan entry ini.. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah di atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah baru- baru ini.. Alhamdulillah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah selamat di lantik sebagai Sultan Perak yang baru.. Semoga baginda akan memartabatkan lagi agama islam dan membawa keberkatan untuk seluruh Negeri Perak..

Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah
Okay jom sambung cerita berkenaan tajuk di atas.. Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya juga menghabiskan cerita untuk Trip Royal Belum Rainforest di Gerik, Perak Darul Ridzuan.. Eh kejap hempas pulas..??? Ceh padahal malas adalah faktor paling utama dan paling teruk.. Pastu sibuk buat trip lain sampai tak reti nak duduk diam kat rumah hahahaa.. k bai :P

Royal Belum Part 4 : Chalet Sg Tiang & Santuari Ikan Sg Ruok

Kepada yang berminat nak mengikuti kisah percutian kami di Royal Belum boleh klik di salah satu link di atas dan untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej trip di Royal Belum boleh hubungi pihak Belum Outdoor Adventure (klik).. Boleh pilih berapa hari dan apa aktiviti yang mahu di lakukan.. Insyallah mereka menawarkan pakej yang terbaik untuk semua pengunjung yang memilih mereka..


Ikan Pekasam Tasik Raban - Gerik

Selepas kami pulang dari Jeti Pulau Banding di Tasik Temenggor.. Pemanduan kereta diteruskan menuju keluar ke arah Bandar Kuala Kangsar.. Tiba2 Blogger Pae whatsapp inform nak berhenti beli ikan pekasam since Gerik pun adalah antara satu tempat penghasilan ikan pekasam terbaik di Malaysia..

Mungkin di sebabkan nak sangat beli pekasam yang terbaik.. Menyebabkan beberapa kali tempat yang di berhenti oleh Pae tidak mendatangkan hasil.. dan kami yang bergerak mengikut beliau dari belakang sekadar memerhati gelagat orang Johor ni mencari pekasam hehehee..


Pelbagai jenis ikan di sediakan dalam bentuk pekasam..
Packaging yang kemas.. kedap udara lagi tu  :D

Boleh di katakan hampir setiap 200 meter - 500 meter mesti akan ada orang menjual ikan pekasam di sepanjang perjalanan balik.. Dan akhirnya kami semua berhenti di salah satu gerai.. Antara sebab kenapa berhenti di sini ialah mungkin terdapat banyak jenis ikan yang di tawarkan.. dan telah di bungkuskan dalam pack yang sedarhana saiznya dan di jual RM 10.00 untuk 3 paket..

Antara jenis ikan pekasam yang menjadi tarikan aku mestilah Ikan Loma.. sebab ikan ni kalau tak silap hanya ada di bahagian utara Perak sahaja.. Negeri lain memang tak ada.. Pastu aku amik Ikan Baung dan Lampam sebab ikan jenis ni jarang jugak nak dapat dalam bentuk pekasam..


Loma, Sepat, Lampam, Haruan, Baung, Keli dan pelbagai lagi jenis ikan..
Puas memilih kita membeli pulak.. Senyuman pakcik yang spotting  :D


Restoran Laksa Pokok Limau - Kuala Kangsar

Selepas selesai bershopping sakan dengan ikan pekasam.. *eh beli pekasam pun boleh shopping sakan ker hahaha.. Alhamdulillah perjalanan diteruskan lagi ke Bandar Kuala Kangsar.. Apa yang aku ingat2 dalam perjalanan ni aku tertido dalam kereta.. Pastu tak tahu la Blogger Hang Dhamin atau Blogger Janggel yang amik gambar aku tengah tido pastu share kat whatsapp group hahahaa.. adoi memalukantapi takpe cover macho hahaha.. :P

Restoran yang kami tuju ini telah pun dilawati atau disinggahi oleh beberapa orang di antara kami.. Kata nya ini laksa terbaik di Kuala Kangsar.. Blogger Lily menjadi antara orang kuat dalam membawa kami semua ke sini.. Alhamdulillah di kala waktu hampir pukul 5:00 petang kami sampai di Restoran Laksa Pokok Limau ini.. dan sesi order meng"order" pun bermula..


Laksa Pokok Limau - "Rasa Sekali Mesti Nak Lagi"..   :D
Senyuman ikhlas sebab kelaparan balik dari Royal Belum Park..

Dan satu keunikan laksa di restoran ini ialah terdapat telor goreng yang digoreng secara berjalur2 dan dihidangkan di atas laksa dalam setiap pinggan yang di pesan.. Teringat akan Blogger Fadh bertanya pada waktu kejadian "Apa lagi menu lain.." Dan abang yang amik order tu kata memang di sini hanya menjual laksa semata2.. air tak apa la berpelbagai jenis ada..


Now we present you - Laksa pokok Limau..
Biasa orang guna telur rebus tapi kat sini pakai telur goreng.. rangup pulak tu sedappp  :D
Ini lah pretzel yang Kak Anash kasi.. Sedappppp :D

Sambil berborak dan berseloroh melayan laksa yang sedap ini di tambah lagi dengan kuah laksa yang memang cukup pekat dan rasa nyer membuatkan sepinggan yang di makan hanya sebagai mukadimah hahahaa.. tapi tak berani nak order satu lagi.. Tiba2 Blogger Kak Anash datang dari arah kereta membawa beg plastik besar.. Rupa2nya ada gift untuk setiap orang.. alhamdulillah syukur... rajin Kak Anash nie :D


Terdapat surau di bahgaian belakang restoran memudahkan untuk bersolat..
Best sebab surau kayu jenis tinggi yang lama.. bila masuk dalam pijak bunyi nyiit nyoot hahaa :D 

Nasib baik surau.. kalau rumah orang dah lama aku main lari2 hahaha :D
Balik dari surau ternampak buah ni.. tak tahu buah apa.. siapa tahu..??

Sambil makan dan melayan laksa yang cukup memuaskan ini.. di tambah pula gift pretzel seorang sebekas tapi yang dah kahwen tu dapat bekas agak double size.. sesuai la sebab mereka akan berkongsi alahai sweet nyer kan kalau dah kahwen hehehee.. ok ok sila fokus pada entry anda bukan pasal kahwen ..!!


Sesi terakhir bersama2 Travelholic Awesome & Friend untuk kali ini.. :D

Keadaan bertambah ceria lagi apabila beberapa insan antara kami cuba membuat pembayaran awal di kaunter tetapi di halangan oleh Blogger Dr Shah Rule.. tetiba keadaan menjadi kecoh sebab Blogger Bayya kata "Hari ni birthday Blgger Dr Shah Rule..!!!! dia belanja semua orang pada hari ini.." Terus dalam hati kata ish kalau aku makan 2 pinggan tadi pun bagus hahahaa  :P

Last2 bukan birthday Dr Shah Rule pun.. dia saja nak belanja kami semua.. Maka berakhirlah trip kami kali ni.. And just nak comment sket pasa pekasam ni jika semua setuju dengan aku.. Pekasam di Perak ni kasar sket.. Kalau di Perlis dan Kedah pekasam di halus tak terasa biji2.. tapi bagi aku dua2 sedap.. Setuju..??? :D

132 comments:

  1. haha..kalau afif lari-lari dalam surau tu habis la roboh.

    erm...nampak sedap je laksa tu.first time tengok orang guna telur goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha rumah kampung kayu macam ni memang suka lari2 masa kecik2 dulu..
      Suka bunyi macam tu hahahaha itu lah first time tgk kan guna telur goreng :D

      Delete
  2. ah sudah...semuanya sedap makanan tu ..telah meliurkan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa.. pun boleh ker.. saya pun tengok balik terliuq jugak :D

      Delete
  3. byknya makanan..semua nmpk sedap2..

    pokok buah tu, buah nona kalau x silap..sedap..!

    kahkah..kalo da nama kuat makan, semua benda pn nampak sedapp.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap perjalanan itu ia akan lebih ceria apa bila terhidangnya makanan yg menceriakan hehehee... :D Buah nona ker? sebab tak ada pulak kulit dia macam buah nona..
      Hahahaa.. mesti lah makan nombor satu dalam hidup baru ceria kan hehehe :D

      Delete
    2. a'ah..buah nona yg biasa tgk kulit ada bebonjol kan..
      tapi rasanya ni spesis nona lain..

      kalau buah nam-nam pulak.. lagi lain rupa dia.. try gugel..

      Delete
    3. Itulah.. nampak terus berfikir pastu snap sebab tak tahu buah apa huhuhuu.. :D
      Atau pun adik beradik buah nona la kot hahaha tapi ada orang kata buah kaya..??

      Delete
  4. sedapnya ikan pekasam...
    pekasam perak mmg terbaik..
    kawan penah belikan dari lumut..sedap.
    yg ni dari gerik lagi la sedap agaknya..
    mkn dgn nasi panas...tak payah lauk lain pun takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ikam pekasam tak akan terlepas kalau ada peluang nak beli :D
      Setuju pekasam perak macam kasar kalau kedah perlis pekasam dia halus mulus..
      Tau tak pe .. ada pekasam panas2.. makan nasi kosong kicap sket dah jalan hihihi... :D

      Delete
  5. kelako lak..siap ada bunyi sound effect lantai surau..ngahhahah...tapi kalo awak buat marathon lam tu confirm lantai tu roboh...hehehe...rumah antik kat perak mmg semua tiang tinggi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la.. suka ooo masuk rumah kayu lagi2 rumah kayu tinggi.. pijak sket ada bunyi huhuhuu..itu lah pasal.. ingat nak buat dah sebab tak ada orang dalam surau time tu..
      tapi fikir hormat surau kan hehehe.. :D

      Delete
  6. festime tengok laksa ngan telur goreng..tp kalau afif dah promote gitu sekali sure sodap giler tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah saya pun tak pernah dengar apatah lagi lihat.. merasa itu lagi la tak..
      Itu lah memang promote ni.. jangan lupa singgah la kalau dah terlajak di Kuala kangsar :D

      Delete
  7. alaaa banyak kali dah tgk org makan laksa telur goreng tu tapi tak sampai2 juga ni...haish laaa tetiba nak ngidam ni...hehehehe nyummeehhh sgt nampak laksa tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la..selama ni tak pernah tahu pun.. tau2 jumpa di Kuala Kangsar.. sedappp ooo..
      Kalau Kak DJ nak try kene pergi Kuala Kangsar.. mengidam la memang sedapp sgt :D

      Delete
  8. pekasam grik memang terbaik. tak sama macam pekasam kat pekan rabu(pasal keja kedah :p)

    ekceli iols orang perak tapi tak pernah makan laksa telur goreng tue. lain kali boleh la try pulak.

    buah tue kalau kat kampung orang panggil buah nam-nam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pekasam Gerik memang sedap sebab kasar sket boleh rasa.. kalau pekasam perlis dan kedah pun sedap.. layann ooo pekasam ni..

      La yeker.. orang Perak pun tak pernah rasa ker.. huhuhu kira untung la saya yer hehe..
      Oh buah nam nam ker.. patut la nampak mcm nona tapi tahu bukan nona :D

      Delete
  9. Akak pernah sampai Grik msa zaman study dulu2... wahh..syurga ikan pekasam lah nampak tu... sedapp nya laksa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. itu lah saya pun first time kot sampai Gerik.. seronok layan kawasan perkampungan ni :D antara terbaik kot pekasam di Malaysia..rata2 orang jual.. laksa kene try tau sedappp :D

      Delete
    2. hehe...InsyaAllah mungkin suatu hari nti ke Grik lagi... opss! yg Tasik Banding yg lawa tu kat Grik jugak kan..dah lupa...pernah singgah..cantik sgt (dulu2 lah)...hehe

      Delete
    3. Insyallah saya doakan.. moga dipermudahkan utk kesana tasik temenggor dan pulau banding dan ke gerik cari pekasam amin :D

      Kawasan sana still cantik menyentuh jiwa dan raga :D

      Delete
    4. amin.....oohh Pulau Banding still cantik & menyentuh jiwa raga..hehe.. InsyaAllah klu kesana pasti bawa pulang pekasam dr sana..hehe

      Delete
    5. Betul menyentuh jiwa raga sesangatkan :D
      Pekasam tu jangan lupa di bawa balik kalau ke sana .. :D

      Delete
  10. eeeh jangan nak buruk perangai lari-lari dalam rumah kayu...awak tu dah besar panjang dah bole kawin eeeh tersebut lagi bab kawin :P

    buah nona! dulu kecik-kecik selalu makan..sekarang pokok tu pun dah jarang jumpa
    pekasam sangatlah sedap...TETAPI sekali goreng sampai esok pagi bau dia tak hilang dalam rumah melekat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish saya just terkenang zaman kecik2 dulu lari kat rumah kayu abis bergegar2 hehehee..
      Ala besar panjang pun "be your self" hahahaha :P nak kawen insyallah hehehe :D

      Itu bukan nano la Mrs Smile.. ada orang perak bagitau buah Nam Nam.. bentuk mcm nona tapi tak sama hehaheee.. aah pokok nona pun dah jarang jumpa.. mmg itu lah masalah pekasam bau tak hilang.. goreng kat kampung tak apa la hahaha :D

      Delete
  11. wow..banyak yg best dalam catatan Afif ni.
    pekasam loma penah makan, tapi akak nampaknya tak minat. Sekali tu je la try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya cuba berkongsi kenangan terindah saya sendiri :D
      la akak tak suka makan pekasam ker? ish ish.. jarang jumpa nie.. hehehe :D

      Delete
  12. x tahan bila tengok laksa penang yg diletak telur dadar n ikan pekasam tu..kecur air liur abe kie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kalau saya dah jumpa tempat yang memang memukau mata dan hidung dengan makanan nie memang akan lahap abis2 la hehehe.. sy pun terliuq tgk gambar ni :D

      Delete
  13. perkasam n laksa..pergh 2 2 favourite fadh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. my favorite to... dapat pekasam dgn nasi panas pun boleh jalan :D

      Delete
  14. Wah sedapnya ikan baung/lampam pekasam tu. My favorite. Laksa pun my favorite. Setiap kali balik Perak mesti singgah makan laksa Kuala Kangsar. Laksa Goreng pernah cuba tak? Sedap tau. Dalam blog saya ada saya ceritakan :) Ce baca di sini: http://nota-kembara.blogspot.com/p/blog-page_1200.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah saya memang amik baung pekasam.. sebab saya tak pernah rasa .. rare sgt tapi memang sedap huhuhu.. Oh dah selalu la makan laksa ni.. untung la.. sedap sangat kot :D oh okay meh saya nak baca sat :D thanks kasi link ...

      Delete
    2. Ikan baung segar (fresh) pernah makan tak? Kalau dimasak gulai tempoyak memang tak ingat dunia dah ...sluppp :D

      Delete
    3. Apa tak fresh nyer.. kan part 3 royal belum ada sy tunjuk dpt ikan baung.. mancing dri atas house boat.. mmg sedap buat gulai lemak tempoyak :D

      Delete
  15. Al-Fatihah...
    Ikan pekasam!! Ish... asik tunjuk makan sedap2 jer ni..terliur d buatnya.ni sah suka dengar bunyi papan d pijak sebab tu asa nak lari kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana kalau dah itu..jer saya buat.. makan dan jalan.. jalan dan makan hehehee.. *memang pun suka dulu kecik2 suka lari sampai kene marah dgr atuk hahahaa.. :D

      Delete
  16. laksa pokok limau..balik raya buleh singgah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make sure singgah... saya dah makan pun still rasa nak pergi lagi.. nak rasa lagi huhu :D

      Delete
  17. teliooo tgok laksa tu..unik yer ada telo goreng..haha rugi besar wooo tak amek 2pinggan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik sebab ada telur goreng.. dah la unik cara telur tu di goreng hahaha :D
      Itu lah pasal rugi sangat hahahaha.. ada ke orang nak belanja saya makan lagi :P

      Delete
  18. 1st time tgk laksa guna telur goreng..menarik! yum3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu menarik sangat,. Insyallah kalau singgah Kuala Kangsar jangan lupa try :D

      Delete
  19. Al fatihah..
    Eh, laksa ada telur dadar.. menarik tu. tapi Ros belum berpeluang nak rasa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kalau terlajak ke Kuala Kangsar .. cuba lah :D

      Delete
  20. Assalamualaikum(^_^)

    Adoyai!!!..dia bukak cita KIAH PEKASAM plak..
    tp kali ni versi AFIF N DA GENG PEKASAM...
    pasti ramai yg mai beli klu awk yg juai..he3
    yela ARTIS la katakn...kan3..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. (^_^)

      La nak bagitau jer.. nak share dengan orang ramai pekasam kat Gerik ni memang sedap sangat huhuhu... Tak terfikir pulak nak jual pekasam kat sini hahahaa... mana ada artis biasa jer.. btw ni siapa erk?? hahaha :P

      Delete
    2. aisemen...xpa2..mngkin ilham nk wt bisnes tu xmai g
      pikir-pikir kn lah smntara stok pekasam masih ada..hahaha
      toksah la dok wat tanya g...udah gaharu cendana pulak,
      udah tahu bertanya pulak dah...adeh!..(^_^)

      Delete
    3. Insyallah kalau ada peluang nak ajer buat business kann huhuhuu.. mana ada stok pekasam bukan nyer beli borong pun anngkat 5 packet jer pun huhuhuu.. :D

      Delete
    4. Amiiiin...insyaAllah bleh!.anda mampu melakukanya
      yela travel merata bleh ja wat,ini kn pulak berbisnes
      di tmpt sndiri..he3..tgk drp skill memasak pn dh mcm
      CHEF WAN..bleh sgt dh tu..PIZZA+CUP CAKE+PEKASAM..
      hebat x cdgn tu...he3..ala2 mskn malay n english(^_^)

      Delete
    5. Tak tahu la.. tengok la macam mana kan.. ada rezeki ada la :D
      Cadangan tu hebta tapi bukan untuk saya la hahahaa :P

      Delete
  21. nostalgia sungguh kalau g rumah yg ada bunyi2 papan tu..hehe..teringat zaman budak2...
    niesa xpernah mkn pekasam...xtau pn apa bnda tu..hukhuk...kalau bab laksa niesa cuma pernah cuba laksa penang je..tu pn xmasuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap perkataan nostalgia memang tetap.. bunyi bunyi papan ni memang seronok :D
      La tak pernah makan pekasam ker ni orang kedua yang dengar tak makan tadi Blogger Kak Ujie pun kata tak makan pekasam nie.. La laksa pun tak layan.. ker.. sedih nyer :P

      Delete
  22. Seronoknya dah macam keluarga kakak tengok semuanya.

    Bab surau tu memang susah dah nak jumpa macam itu kan sekarang ni. Tapi nampak masih kukuh dan cantik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ukhwah kami semua dah mcm keluarga alhamdulillah..

      Itulah nak dapat surau mcm tu mmg susah.. itu pun bertanya maka dpt la tahu alhamdulillah seronok jer.. bunyi nyiit nyoot hahahaaa :D

      Delete
  23. huit? bilamasa plak pi surau tu???padan le hilang !!!
    itu BUAH NONA. Kompom. dah..jgn tanya tya lagi...
    buah NamNam berbuah di PANGKAL POKOK..bukan di hujung dahan.

    sekian kisah halaman pertanian abis disini

    bab makan
    dah abis eh sekut tuh? heheh
    oooo ada hati nak tambah? nape tak tapau?
    padan le muka mcm tak puas hati je? kikikiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa? masa baru2 sampai tu la Kak Anash.. terus pi surau tu selepas diberitahu oleh orang kedai laksa pokok limau hahaha :D oh ye ker pokok nona macam tu bukan buah dia lain sket ker hahaha :P

      Alhamdulillah dah abis la sebab sedap kan.. benda sedap mana boleh biar lama2 dalam simpanan hahaa.. ada hati nak tambah la sebab tahu lepas mustahil nak smpai sana hahahaa. :D eh muka sy still macho walau tak dapat tambah hehehe :P

      Delete
  24. salam ziarah. hiks. apo kabor~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. byk kalki jugak dtg ziarah blog tuan tapi tak boleh comment kenapa yer?? Btw alhamdulillah baik2 ajer :D

      Delete
  25. bangga teman bila ditulis mngenai ngeridan kawasan teman membesar..tetiba ha..ha..
    good job bro..
    rasanya tempat perkasam tu kat area lenggong kot?
    perjalanan ke kek..
    perkasam diorg memng terbaik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye .. akan teman ini yang dari negeri perak.. alhamdulillah la dapat singgah seketika ke bandar kuala kangsar ini.. memang terbaik banyak benda ketenteraan di sini hahaha :D - itulah pekasam mereka ya allah.. nikmat nyer sedap bangat :D

      Delete
  26. Rugi tak makan laksa tu dua pinggan...hehe

    Ikan pekasam... saya memang tak berapa suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah la sedap.. rare pulak tu.. bukan boleh dpt kat tempat lain huhuu..

      La tak makan pekasam.. biar betul.. org ke tiga selepas Kak Ujie, Neisa hehee :D

      Delete
  27. sedapnya ikan pekasam...dah lama tak makan...agak2 terliur jugak ni...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kang .. panjang rezeki bg mereka yg makan ikan pekasam nie :D

      Mmg terliur abis kalau makan huhuuu :D

      Delete
  28. kalau ke kuala kangsar dan taiping mmg tak sah klu tak pekena laksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat kalau kesana memang kene makan laksa dan shopping pekasam :D

      Delete
  29. patutla dulu bos pernah pegi belum dan bagi kami ikan pekasam...trademark rupanye..Laksa pokok limau ni kena masuk list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah memang menjadi kebiasaan orang kalau ke Belum dan otw balik beli ikan pekasam untuk menjadi kenangan di rumah nanti :D - Betul tu setuju kene masuk dalam list :D

      Delete
  30. hek eleeeh...org jauh dah wat review laksa pokok limau.. em bagus lah. saya org kuala kangsor..rumah sejengkal jer dgn kedai laksa tu. naik beskal pon sampai.
    lg satu, buah yg gayut2 kat pokok tu buah nona. buah nam-nam meletak kat batang pokok.

    thanks ye, pormote kk. hidop kuala kangsar...yeah! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah sampai sana berhenti makan sedap pulak tu.. memang kene kasi review baik la.. deserve la mereka nak dapat kan lerr rumah sejengkal jer ker? mesti dah muak.. Kami orang KL kempunan hahahaa.. Sebenarnya buah nam-nam pun sy tak tahu macam mana hahahaa.. yep kita promote semua tempat menarik dalam malaysia :D

      Delete
  31. sedapnya laksa dia
    buah tu yang orang panggil buah nanam tu ke
    rasa macam jambu batu sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap laksa pokok limau nie :D
      Buah tu masih dalam persoalan.. tak tau buah apa .. nam nam tau nona.. sebab nak kata nona tak macam nona hehehe.. nam nam tak pernah nampak pulak hahaha.. :D

      Delete
  32. mcm buah nona aje.
    laksa mkn dgn telur goreng mmg sodap.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari komen2 di sini .. ada yang kata buah nam nam ada yang kata buah nona huhuhu sy pun tak tahu :D - Laksa dgn telor goreng tu mmg sedap :D terbaikkk lah :D

      Delete
  33. pekasam? ape rasa tuu? ikan keli? oh my fav ^^
    alahaiiii laksa . da lame xmam.. terliur dibwtnyaaaa -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekasam ni spesiss ikan masin jugak la.. di perbuat dari pelbagai jenis ikan.. tapi kat Gerik ni rare sket.. sedap pun iyer juga.. laksa siapa la yg tak makan kan :D

      Delete
  34. Sedapnya ikan pekasam tu TT.....makan nasi lauk tu pun dah cukup tu ....kan TT...
    Serious tak pernah tengok telur goreng ngan laksa tu. Kalau tanya mamat tu sure dis kata sedap punya....betul tak? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang.. setuju sangat.. kallau ada ikan pekasam.. lepas tumis cili,bwg dan telur sekali kan dengan pekasam.. aduhau sedap.. lauk apa pun tolak tepi hehehee..

      Memang pun semua orng akan ngaku sedap yg teramat.. smpai skrg pun teringat2 rasa dia :P

      Delete
  35. akak pernah kesana-tasik Raban...ada gerai nama Kiah Pekasam dekat2 situ ,kan..::)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la kak.. banyak sgt pekasam kat sana tu.. macam2 nama ada.. alhamdulillah hampir semua nyer sedap belaka

      Delete
  36. Terbaiklah pekasam kk.laksa pun nmpk mengancam.teliur tgok pretzel 2..

    Kt umah ni mmg biasa mkn laksa ngan tloq goren,tp mata kerbau la.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju dari pekasam hingga la ke laksa semua nyer terbaik :D

      Perghh dgn mata kerbau tu.. lagi gempak .. nnti nak try jugak la :D

      Delete
  37. Hadoii mcm mn orang yang kg kt Kuala Kangsar tak taw apa2 nih??

    Tahniah yer , baru baca kat side blog tu.. Menang award!! Tahniah2!! Tak sia2 vote hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh orang kk sendiri pun tak tahu ker? Huhuu.. tetiba rasa bangga hahaha :D

      Alhamdulillah menang syukur sangat.. thanks vote kak mysha.. :D

      Delete
  38. Afif: akak tgk pun dh tahu pekasam kt grik tu x berapa umph sbb serbuknya agak kasar dan byk sgt. Pernah mkn dari negeri kedah mmg sedap dan masam masin tulang ikan tu dh reput mmg sedaplah

    Itu buah Nona kan, org Kl mmg tak tahu buah ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmm.. lain tempat lain cara nya Kak JM.. bagi saya kedua tempat antara Perak dan Perlis Kedah semua nya ada cara tersendiri.. saya sedap akan kedua2 nya sekali memang layan hehehee.. kalau dapat yg tulang rapuh tu memang sedap sgt huhuh :D
      Nampak macam bukan buah nona la kak JM hehehee :P

      Delete
  39. buah tu mcm buah nona jer ... geram lak tgk pekasam tu . jeles jer tgk korang semua . maybe someday utk saya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la macam buah nona .. tapi ada yg kata buah nam nam.. but org kata buah nona tu lagi ramai.. insyallah someday will be for u to :D

      Delete
  40. sedapnya pekasam... eh restorant tu kan kalau la ada depan rumah hari2 kot pgi makan.. febret no 1 tu.. ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa.. semua org mengharap akan ada sebuah restoran mcm ni depan rumah senang kan hehehe :D

      Delete
  41. Owh demn .. LAKSA tue buat aku rindu Malaysia sangat sangat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well kalau dapat laksa kat perantauan.. memang rasa and feel dia 100 time for better hahahahaa :D

      Delete
  42. 1st time dgr nama ikan loma & 1st time tengok buh telur goren dlm laksa.

    This is malaysia, banyak lagi kena explore ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan loma kan dah pernahh masuk majalah 3.. famous kot hahahaa..
      Weell that ia malaysia truly asia.. full of colour :D

      Delete
  43. Assalam...
    wahh laksa..sedapnye tgok..cam sedap je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Jgn tgk jer kene makan sekali mmg sedap pun.. :D

      Delete
  44. Tertarik dengan laksa tu, nak cuba jugalah nanti kalau ke kawasan sana. Walaupun selalu juga lalu kawasan ni, tapi tak pernah nak singgah beli pekasam, bila tengok macam ni, nampak menarik pula,, hihi,, sebab biasa makan pekasam kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg lihat memang akan tertarik punya.. sedap dan unik sebab ada telur goreng kan :D Rugi la kalau selalu lalu tapi tak beli pekasam tu.. memang sedap.. oh pekasam kelantan memang tak pernah rasa lagi.. mesti sedap dgn cara tersendiri kan :D

      Delete
  45. ikan pekasam tu same dgn ikan kering ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la sama masin tapi rasa tak sama E'in.. memang lain.. kene cuba tau :D

      Delete
  46. ikan pekasaaaam ooonomnom..
    tapi tak sanggup nak goreng. bila dah goreng okeh baru makan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan.. memang oooonomnom kan sedap sgt.. nasi panas2 dengan pekasam jer dah jalan hahahaa :D itulah setengah orang suka makan jer.. goreng tak suka :D

      Delete
  47. ooo akak suka laksa.. tak penah lagi makan laksa yang gini.. tentu sedap .. mesti ajak adik2 akak ke sini....
    pekasamtu borong banyak2 bulan puasa masa sahur kalau der pekasamjer pun dah selera... isyh.. teringat2 lak akakni...
    akak pun nak gi belum.. nanti akak baca entri pasal belumtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kene cuba dulu.. pastu bawa satu rombongan datang.. memang sedap sangat.. nanti kalau pergi tolong bungkus satu yer hahahaa... ish betul tu pekasam tu kalau buat sahur memang terangkat abis.. tak payah nak masak benda lain :D
      Oh belum tu memang seronok jangan lupa pergi tau :D

      Delete
  48. selalu gak merayap ke kuala kangsar tu...x perasan la plak laksa pokok limau ni...harus balik cari nanti ni...yg buah tu...buah nona... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La.. macam mana selalu merayap ke Kuala Kangsar tapi boleh pulak tak cuba laksa limau pokok.. haisshhh kita ni dok mencari tak sabar2 hahaha.. oh buah nona ke? :D

      Delete
  49. Selalu lalu je ke KK
    tp x singgah pun
    tp laksa sn mmg best :)


    p.s: 1st time blogwalking sini
    selamat berkenalan. ewahhh hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal... tak kenal maka tak tahu dan akan rugi hahaha...Next time make sure singgah tau hihihii.. :D - btw thanks for coming here.. done follow u :D

      Delete
  50. Masa duduk dekat Ipoh dulu zaman study, tempat port lunch hari-hari adalah Tasik Raban. Tak tahu pulak dia ada banyak cawangan. Haha. Bila baca entry ni memang mengimbau balik zaman duduk Perak dulu, jalan sana sini cari makan. Thanx for sharing your memory. :)

    P/S : Unik pulak tengok nama Chawan dengan Janggel. Haha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ker tasik raban tu tempat makan hari2.. seronok la.. kalau duduk dekat situ memang dah makan pekasam tiap2 hari la kot hahahaa...yeap sama2 la kita share memory di seluruh pelusuk tanah air ewahhh hahahaa :D
      Nama tu unik?? tgk orang nyer lagi unik peramah dan baik :D

      Delete
  51. Laksa , pekasam , dua2 buat ceq terliuqqqqqqq.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. mmg tak boleh tolak makanan ni.. heheheeee..

      Delete
  52. Pekasam tu tak boleh tahan.cam sedap je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan macam tapi mmg betul sedap.. mmg kene try :D

      Delete
  53. Replies
    1. Tak la mana ada makan asam jer.. itu kan pekasam dua benda berbeza hahaha.. :D

      Delete
  54. Sedapnya ikan pekasam, terutama nak bulan posa ni :)

    Laksa pun menarik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. ada pekasam senang sket.. terutama untuk sahur kalau dah terlewat.. layan :D

      Delete
  55. Replies
    1. Ntah la kak ain.. saya tak tahu.. ada kata buah nona.. ada kata buah nam nam huhuhuuu... :P

      Delete
  56. Saya memang suka sangat makan ikan pekasam. Last time makan last march, beli di pulau pangkor. Perasaan dia macam orang tgh mengidam, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. memang terbaik kan ikan pekasam nie.. siapa yang tak makan mmg rugi la hahahaa.. oh nanti nak cuba juga lah pekasam dari pulau pangkor tu.. :D

      Delete
  57. Arghhh .... rindunya nak perkena laksa camtu!!!! waktu bertugas urusan kerja , singgah makan,,,perghhhh sodappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan... rindu kan nak makan laksa yang betul2 kaww.. hahaaa.. :D
      itu lah kalau kat kampung mesti banyak nak cari makanan sedap.. singgah2 pun sedap..

      Delete
  58. Lama x lepak kt blog ni, pekasam tu mmg x pernah makan. Btw, Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kita pun dah jarang nak buat blogwalking nie.. ikut pasang surut la pulak kan..
      sorry dah masuk syawal baru nak balas hehehe.. selamat hari raya Khalid Kyle.. :D

      Delete
  59. Pekasam gerik mmg terbaik..antranya Pekasam angah dkt RnR perah mmg bt aku tringt ingt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.. betul tu.. pekasam depa kasar sket.. so rasa lain berlainan la kan.. aduhhh dah terliur nie.. :P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...