Tuesday, 6 May 2025

Kyrgyzstan Part 7 : Victory Square - TSUM Aichurok Mall - Chuy Avenue

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 6 : Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Di Turkish Bishkek Central Mosque

Ketika kami bergerak pulang dari Turkish Bishkek Central Mosque. Aku cuba untuk menyemak lokasi di google map sekiranya terdapat apa-apa yang menarik di sekitar masjid. Termasuklah jika ada restoran untuk kami duduk minum teh panas. Sebab tadi pagi sebelum keluar kami hanya menjamah sedikit sahaja makanan.

Dan selepas menyemak di google map aku dapati Victory Square hanya terletak 1km sahaja dari keberadaan kami. Dan aku bagitau wife nak jalan tak sebab hari ni dah raya. Kalau penat atau haus kita terjah sahaja mana-mana kedai makan atau cafe yang kita nampak di perjalanan. Wife reply "Okay jer".

Memorial Eternal Flame di Victory Square. Terdapat api yang sentiasa hidup di sini.
Duduk santai sekejap penat jalan dari masjid solat raya tadi.
Maka kami berjalanlah dengan the kids bersama para jemaah lain yang balik dari solat raya di masjid tadi. Betul lah bila kita di negara pejalan kaki ni. Tak la terasa penat sangat sebab orang lain pun semua berjalan kaki. Rasa seronok jer.

Dalam 20 minit kami dah pun sampai di Victory Square dan sini adalah salah satu attraction di Bishkek yang aku baca dari google. Ok di sini terletaknya Memorial Eternal Flame yang mana sepatutnya terdapat pertukaran pengawal atau lebih dikenali sebagai "Changing Guard Ceremony". Tapi ianya telah dibubarkan dan telah bertukar ke lokasi lain.

Sambutan yang diadakan setiap tahun pada 9 Mei. Bagi memperingati para pejuang era perang dunia kedua yang terkorban menentang askar German.
Ini dikatakan selepas api yang sepatutnya menyala sepanjang tahun itu tidak lagi menyala. Dan telah terhenti pada April 2012 akibat penarik balik kerja-kerja menyalurkan gas oleh syarikat yang dilantik bagi menghidupkan api berkenaan. Ini kerana jumlah bayaran bil hampir USD10,000 yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Kyrgyzstan pada ketika itu.

Suasana di pagi raya 1 syawal. Manusia lepak santai di square tak ada aktiviti ziarah ke?
Tahun 1945 tamatnya perang dunia kedua yang dimenangi oleh Soviet.
Terdapat banyak statue di sini yang menggambarkan dan mengenang beberapa peristiwa.
Victory Square ini telah dibina pada tahun 1985 bersempena ke atas Mengenang 40 Tahun Kemenangan Menentang Invasion Nazi German juga dikenali Victory Day Celebration. Pada tahun 2020 bersempena mengingati 75 tahun kemenangan, kerajaan Kyrgyzstan telah menghias seluruh square ini dengan pelbagai jenis bunga yang mencorakkan angka 75.

President Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov (2015) dan President Russia Vladimir Putin (2019) juga pernah hadir ke sini bagi memberi penghormatan ke atas kemenangan dan kepada pejuang yang telah mempertahankan wilayah mereka yang pada ketika itu berada di bawah Kesatuan Soviet. Victory Day Celebration disambut pada 9 Mei setiap tahun.

Dari Victory Square kita akan jumpa Red Centre Mall terletak di hadapan TSUM Aichurok.
Selesai bergambar dan melihat kawasan sekitar square ini kami pun berjalan lagi ke arah selatan Victory Square dan dengan jarak 500 meter kami telah sampai di TSUM Aichurok. Aku rasa TSUM ini bermaksud shopping mall dalam bahasa Russia. Sebab di Alamty pun dipanggil TSUM juga. Siapa yang tahu boleh comment di bawah yer.

TSUM Aichurok - One of significant landmark in the city's history in Bishkek.
Boleh tahan cantik design dalam bangunan ini. Antara tempat nak beli souviner.
TSUM Aichurok ini adalah salah satu shopping mall yang ada di Bandar Bishkek. Ianya tidaklah mewah dan terlalu besar seperti kebanyakan shopping mall di Malaysia. But nice untuk kita jalan window shopping di sini. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1970 dan siap serta dibuka kepada orang ramai pada tahun 1974. 

Tandas semua berbayar d Bishkek kecuali di dalam mall ini. Toilet adalah percuma.
Mempunyai 4 tingkat yang memuatkan hampir 400 kedai pada asalnya dan kini telah bertambah kepada 6 tingkat setelah menerima Great Expansion Plan pada tahun 2019. Dan sekarang menjadi one of significant landmark in the city's history in Bishkek. Terdapat sebuah pasaraya yang besar iaitu Globus Supermarket ditingkat bawah. Okla harga tak la mahal sangat.

Ada orang bagi minuman percuma mungkin sebab 1 syawal hari raya kot.
Keluar dari TSUM Aichurok Shopping Mall kami berjalan ke arah Chuy Avenue sebelum mengambil Yandex untuk balik ke apartment. Sebab first day raya kan, kalau boleh nak rehat and enjoy the moment dan tenang-tenang. Dan memang nak bagi the kids rehat secukupnya sebab perjalanan ke Uzbekistan nanti mungkin lebih mencabar.

Chuy Avenue adalah sebuah jalan utama di Bandar Bishkek dan di sini terletaknya kebanyakan attraction menarik dan bersejarah di Bishkek. Nama asal ialah Kupecheskaya Street yang bermaksud jalan saudagar. Dan pada 1924 ia telah dinamakan Grazhdanskaya Street.  Dari pada 1936 ia dikenali sebagai Stalin Street. Dan pada 1961 sebagai XXII Parts'ezd Street. Pada 1974 sebagai Lenin Prospekt Street.

Ada sebuah park bersebelahan dengan TSUM Aichurok. Seronok duduk sini layan coffee.
Terdapat banyak kedai makan fast food di sini. Tapi awal pagi lagi tak banyak yang buka.
Lepak sini sekejap bagi the kids main lari-lari di sini. Seronok tengok statue haiwan di sini.
Pada asalnya terdapat beberapa buah bangunan bersejarah di sini sebelum berlakunya October Revolution. Antaranya Gereja Serafim, Masjid Tatar dengan Madarsah yang sangat besar. Terdapat banyak kedai saudagar kecil, rumah warga tempatan yang diperbuat dari kayu dan ada yang dibuat dari tanah liat di sepanjang jalan ini.

Berjalan-jalan di sepanjang Chuy Avenue sebelum mengambil Yandex untuk balik ke Apartment.
Simpang 4 besar ni tak ada zebra line. Semua wajib guna underground cross road ini.
Tak berapa friendly for stroller baby. So kena angkat sampai ke bawah.
Tapi ok sebab di bawah banyak kedai-kedai dan cafe.
Selepas October Revolution pada tahun 1920-an. Gereja telah ditukar menjadi kelab sosial dan masjid dan madarah telah ditukar kepada sekolah. Kesemua bangunan bersejarah ini semua tidak kekal setelah dirobohkan satu demi satu mengikut peredaran zaman yang membangun.

October Revolution juga dikenali sebagai The Great October Socialist Revolution dan juga Bolshevik Revolution. Dan ia paling dikenali dalam sejarah sebagai 1917 Russian Revolution yang diketuai oleh Vladimir Lenin yang kemudian menjadi The Great Soviet Union. Menjadi pemerintah pertama Soviet dari tahun 1917 sehingga 1924.

Terjumpa small cafe yang cute ini di bawah cross road ini. Apa lagi our first Hot Coffee & Hot Chocolate di siang hari selepas beberapa hari di Central Asia. Nikmat bila minum tengah sejuk.
Dah masuk syawal dah boleh makan minum bila teringin hihii.
Bermula di Petrograd (kini Saint Petersburg) pada 07 November 1917. Rampasan kuasa bersenjata oleh pekerja dan askar biasa ini berlaku tanpa melibatkan sebarang nyawa. Kerajaan sementara yang diketuai oleh Alexander Kerensky telah mengambil alih kuasa selepas Grand Duke Michael, adik kepada Nicholas II yang digulingkan menolak untuk mengambil alih kuasa. 

Panjang pulak cerita pasal sejarah revolution ini. Nak buat macam mana kan dah aku minat sejarah hahaa. Disebabkan Chuy Avenue ini adalah terlalu panjang dan jauh maka kami decide untuk balik ke apartment selepas simpang 4 besar tak jauh dari TSUM Aichurok tadi. Dan datang semula petang mungkin selepas zohor nanti.

Bersambung Kyrgyzstan Part 8 : Oak Park - Ala Too Square - State History Museum

43 comments:

  1. part boleh singgah mkn2 minum2 sambil ronda2 tu memang best! dan part jln kaki byk2 time travel tu memang fakta sbb cuaca kat sana dan mana2 negeri 4 season, sesuai utk jln kaki..kat msia...bkn lifestyle jln kaki esp faktor cuaca tropika/panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca sejuk mmg seronok nak berjalan jauh apatah lagi ke tempat yg kita sendiri tak pernah lihat.. seronok nk explore sambil2 tu boleh minum dan makan apa sahaja yg sedap hihii.. kat Malaysia jalan kaki basah tiak hahaha.. 🤣

      Delete
  2. dah x puasa dan dah raya baru syok nak mencuba makanan diorang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah jalan sikit nak nampak coffee beli.. nampak pastry sedap beli.. nampak coklat beli hahaha.. bahaya betul..sedap2 pulak tu 😅

      Delete
    2. takpe beli je sbb byk berjalan kaki & bakar lemak hehe

      Delete
    3. Mmg duk beli walau tak nak kan.. thrle kids ni la menghasut byk hahaha... 😅

      Delete
  3. Menarik gambar2 di Kyrgyzstan tu. Teringin nak pergi belah2 sana tapi belum cukup confident lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah okay jer.. sgt2 peramah orang Kyrgyz.. tak ganggu langsung kita.. ada yg membantu pun ramai juga.. Jalan terus kalau ada tiket murah..

      Delete
  4. betul2 kena tahu fakta nie..kalau linda yang pergi, memang tepek gambar, cerita pasal perasaan sendiri je...takde cerita pasal fakta nie... terbaik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita travel ke sesuatu kita kena lah tahu sedikit sebanyak sejarah, culture budaya adan adat di sesuatu tmpt.. bru lah boleh feel keadaan semasa.. sbb tu suka backpack sbb kita akan lebih menjadi warga local. Saya sbb suka sejarah tu yg suka masukan sekali fakta bagai 😅

      Delete
    2. ya...tu salah satu sebab nya...suka sejarah...linda suka tengok peninggalan sejarah ja...kikiki

      Delete
    3. Oh lain ek suka tgk peninggalan sejarah... Ok ok betul jugak tu hihii..

      Delete
  5. Boleh makan minum sepuasnya sebab dah Syawal. Lain cara nya di sana. Kita di Malaysia yang memang meriah beraya. Macam travel dengan anak2 masa kecik dulu, memang layan playground dan mana2 park diorang nak main. Thanks for sharing Afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah masuk syawal boleh dah serang bila terbau jer makanan yg sedap hihii.. Mmg bawa anak main playground jer la... Tapi ok nice tenang2 jer bandar Bishkek ni.. sesuai nak spend time layan winter.. ☺️👍🏻

      Delete
  6. Nampak banyak research dilakukan untuk up entri ni. Terbaik!
    Bagus dia punya lintas jalan bawah tanah ada banyak kedai dan cafe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sejarah.. bila dah baca tu seronok pula nak share di sini buat bacaan sendiri dan para yg ingin membaca.. tak sampai hati bila tak berkongsi huhuu.. bagus idea tu lintasan bawah tanah ada kedai2..

      Delete
  7. betul laaa, bila kita tengok orang lain ramai yang berjalan kaki...kita tak rasa macam penat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Bila dah majoriti berjalan kaki kita pun automatic jadi semangat nak berjalan kan hihi.. lagi2 tgh winter mmg seronok nak berjalan kaki merayau-rayau ☺️

      Delete
  8. Replies
    1. Begitulah ceritanya.. tercampak jauh sikit hihii

      Delete
  9. seronok negara 4 season ni sbb bjln kaki beribu langkah pon tak rasa penat sgt.. kalo kat malaysia ni kompom bekicap tiakkk ahaaakkss~

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 season ni pun waktu winter autumn dgn spring okla.. summer jgn buat main ooo... Basyah tiak... Winter ni baju pun tak perlu nak bawa banyak pun.. 😅

      Delete
  10. PH pun minat sejarah, cuma skrg ni dah malas nak selongkar hihi...

    Dekat Malaysia agaknya terpaling meriah raya agaknya ye. Sebulan kita beraya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak perlu selongkar..cukup la hadir depan mata mmg akan ku baca setiap tulisan yg ada haha.. dulu pergi museum di ho chi minh.. ipar duai semua dah boring ajak balik sbb kita lama sgt membaca huhuu ☺️😅

      Delete
  11. ada nampak unta tu
    mesti tu kedai pak arab
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak pulak perasan ada pak arab buka kedai dalam mall ni.. mungkin ada kot.. hahaha unik la juga unta tu..

      Delete
  12. berselirat juga ya diorang punya wayar2 letrik tu... hehe
    terus teringat kat thailand...
    tp yg ni nampak ok sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu.. mmg bersirat tapi trem ada je banyak di bishkek ni.. sistem trem dia canggih juga Malaysia pun takde trem lagi.. but sini better byk dri thailand dam vietnam huhuu..

      Delete
  13. Sronok nmpk gayanya raya di perantauan tapi org sana mcm xtahu nk buat apa smpai lepak dlm mall dan park.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala mencari pengalaman berbeza sambut raya diperantauan okay jer.. apa pun di Malaysia paling meriah ☺️

      Delete
  14. TT ambil gambar guna kamera apa?
    Gambar semua jelas dan cantik. Tak pecah pun.
    Akk walaupun kunun guna HP yang orang kata elok tapi bila gambar upload dalam blog still tak memuaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna camera Redmi jer.. tapi wife guna honor.. amik gambar biasa2 jer.. dulu usung DSLR tapi ni anak dah 4 org mmg tak la nak usung DSLR lagi hihii.. try la setting camera di hp tu.. mana tau ada yg tak kena huhuu

      Delete
  15. Pernah tengok Guard Changing di Taiwan. Uniknya lepas dah tukar syif, guard tu berkawad sampai masuk toilet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara perkara yg saya akan lakukan kalau travel adalah melihat changing guard ceremony ni.. alhamdulillah byk dah tmpt dpt peluang melihat ceremony ni.. ☺️🫡

      Delete
  16. Nampak mcm kosong tempat tu, tapi penuh dgn sejarah disebaliknya. Haha kalau saya ni mmng idokler nak membaca, amik gmbar buat syarat je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah yg ada maka terlahirlah sesuatu structure di mana sekali pun.. bila travel ni kena study sejarah juga baru lah enjoy bila ke sesuatu tempat tu 😎

      Delete
  17. Bagus pulak ya semua orang boleh patuh guna underground crossing tu.

    Akak ni sekadar suka sejarah, belum tahap minat. Suka nak tahu serba ringkas. Bagus Afifi minat sejarah, orang yang tekun membaca je yang minat sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kalau ada yang melintas akan kena saman. Kami perhatikan juga mmg tiada siapa yang melintas jalan huhuu.. Sebab mula2 tu malas juga nak turun bawa sbb bawa stroller huhuu.. Minat sejarah pun ada kena mengena dengan travel kan.. baru lah boleh explore sesuatu tempat dengan seronok :D

      Delete
  18. Ohh di sana ada juga eternal flame yaa. Macam di Yanardag, Azerbaijan. Tp yg di Yanardag masih menyala hingga kini. Cuma yg di temple of fire , dah lama mati, sebab gas alam nya dah habis.

    Nampaknya orang2 sana merasa, Azerbaijan dan Kyrgystan, gas alam yg mereka punya selamanya akan menyala. Jadi tak dihemat 😅. Padahal suatu waktu akan habis juga.

    Saya suka dengan negara2 eks Sovyet, sebab banyak patung di kotanya. Dan bagus2. Kayaknya itu ciri khas negara komunis kan.

    Bagus juga mall nya, walau tak megah lah. Tp at least kalo ada mall, berarti ekonomi mereka maju juga.

    Menarik memang sejarahnya bang. Saya pun sukaaa sangat segala hal yg berkaitan dengan sejarah. Seandainya ada pintu kemana saja, teringiiin nak balik ke masa lampau utk lihat langsung 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ada eternal flame sama seperti di Kazakshstan. Bekas negara soviet memang ada eternal flame dan banyak statue. Asal ada tokoh pasti akan ads statue bila mereka mati. mungkin itu tradisi bagi soviet yang telah turun menurun. Bukan asli pun apinya.. bila habis gas maka terpadamlah apinya :D

      Delete
    2. Mall nya tidak besar tapi cukup dan agak meriah serta lengkap dengan apa yang kita perlukan. Ekonominya bergerak kerna kelihatan banyak kedai kedai kecil yang pasti ekonomi masyarakat ada. Walau terdapat pasaraya tapi ada juga kedai runcit kecil hanya beberapa puluh meter sahaja. Dari sejarah sebenarnya membuka mata kita untuk mengenali dunia yang lebih luas.

      Delete
  19. Banyaknya tempat menarik. Mall nya pun nampak macam molek juga. Best tengok aktiviti jalan-jalan dengan keluarga macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mall ada jer beberapa di Bishkek.. tapi kita lebih kepada nature dan site seeing dan yang bersejarah huhuu.. Nice to have a walk dekat park2 mcm ni ☺️

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...