Wednesday, 24 September 2025

Officially Unlock Negara Ke 50 & 51 In My Travel List

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Berceloteh juga lagi di sini. Walau penat badan dari kepala sampai ke tapak kaki dek banyak berjalan untuk trip mengembara backpackers kali ini. Tapi itulah.. Penat-penat pun still nak update juga blog.

Keinginan nak update blog satu hal. Nak ziarah menziarahi blog rakan rakan semua pun satu perkara juga. Hampir dua minggu tak dapat baca apa yang di update kenalan dan rakan di alam maya ini.

Walau tiada kesempatan nak ziarah blog rakan rakan semua. Namun bersyukur sangat dan berterima kasih pada rakan rakan yang hadir memberi comment di sini. Tersenyum bila baca comment yang diberi.

Nampak macam laut tapi bukan. Hanyalah sebuah tasik milik 3 buah negara.
Pemandangan perlabuhan yang telah beratus tahun lamanya.
Untuk trip kali ini berjaya menjejakan kaki ke 5 buah negara baru. Dan officially 51 countries has been conquer by my foot. Alhamdulillah bersyukur sangat. Memang sujud syukur pada ilahi atas nikmat yang diberi.

Sedar tak sedar berjaya juga dapatkan angka 50 tu. Mengumpul angka negara dari zaman belajar dahulu lagi. ☺️. Itulah yang dikatakan first one step is the the beginning of thousand miles. For me just believe in your self.

Mesti sejuk jer dalam rumah. Kalau dah ditutupi macam tu.
Negara kecil yang indah, cantik, bersih tapi mahal ya amat πŸ˜…
Dulu masa student angan-angan target nak conquer half of the world. But then sedar diri berdiri di mana. After that memang target angan-angan 50 negara. Dan syukur Alhamdulillah dah pun berjaya.

Mungkin next target is 1/3 of the world or easy calculation is 65 countries. But at the same time kena sedar juga diri tak semuda dan sekuat seperti dahulu dan umur kian meningkat banyak bukan sepeti dahulu.

42 comments:

  1. Perghhh..tabik spring la...SA baru pi 4 negara..jauh lagi nak sampai 50....tahniah awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama mengumpul angka tu.. Dari zaman belajar lagi.. syukur alhamdulillah.. Almost 25 years nak dapat that number 50 :D

      Delete
  2. Tahniah dah melebih target dah tu. Seronok dapat jejak ke tempat orang. Semoga ada rezeki jejak ke negara-negara lain pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sangat :D
      Dah boleh fikir untuk retirement dari dunia travel backpackers la lepas ni kan hihi.. Tak tahu larat lagi atau tidak nak travel lagi selepas ini hihii.. Doakan lah :D

      Delete
  3. Wahhh tahniah banyak negara dah berjaya dijejaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .. syukur ... terima kasih jua.. insyallah nanti kita share full story di sini :D

      Delete
  4. wow! 50 buah negara dah di lawati..Subahanallah rezeki ustaz. Nak tanya, jika bukan laut apa lantai seolah macam air yang tenang..ajaibkan..boleh terangkan sedikit agar yang lambat faham ni mudah faham..seronok ni tengok travel ustaz, bukan biasa biasa..jika jual blog, mahal blog ustaz ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Syukur.. Allah Taala berikan rezeki dan masa untuk melihat keindahan ciptaannya di atas dunia ini. Apa lantai seolah air yang tenang? Aduh tinggi sangat tu.. macam nak jawap hahahahaa :D

      Delete
    2. Tak jual dan tak akan jual sebab blog ini pun tak ada iklan bagai.. Mmang keep utk memori sendiri.. insyallah mana tahu anak pun ikut jejak jadi traveller boleh la sambung uruskan blog ini :D

      Delete
  5. Ambil masa jengok blog ..jam 9.00 baru ada kelas lagi..lepas ni time nak urus PSS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. Terima kasih banyak sebab selalu bertandang ke blog yang tak berapa nak cerita sangat pasal travelling ini hihii.. insyallah akan diusahakan :D

      Delete
  6. Tahniah Afif dapat capai impian πŸ‘πŸ½

    Uniknya tasik tu. Luas macam lautan dan milik 3 buah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. Impian tercapai jua, angan-angan dari zaman belajar.. Yeap luas sangat tasik tu dah macam laut keadaan nya.. :D

      Delete
  7. hebat btul tu dh cecah 50 country...besar btul tasik tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah atas izin TuhanYang Maha Esa jua.. Rezeki dan masa yang diberikan.. Insyallah nanti kita share story kat tasik ni yer.. :D

      Delete
  8. Alhamdulillah achievement unlocked...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Syukur... Terharu sangat masa dapat unlock negara ke 50 dan 51 tu.. :D

      Delete
  9. Alhamdulillah tercapai sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Syukur.. Akhirnyaaa tercapai jua dengan izin Allah :D

      Delete
  10. Alhamdulillah...seronok linda mendengarnya...tahniah berjaya capai target..
    linda baru Negara Malaysia je, itu pun tak habis lagi...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sentiasa datang comment di sini :D
      Itulah seronok lagi tuan badan yg merasai pabila kaki menjejak di negara baru..
      Tak apa Malaysia pun cantik - Truly Asia kan :D

      Delete
  11. Replies
    1. Eh biasa la tu... uncle Zainan tu dah lebih 136 negara dia jalan hihii ..
      apa pun syukur alhamdulillah.. diberi peluang oleh Allah Taala untuk mengembara :D

      Delete
  12. Congratulations to you on your target! Your photos are gorgeous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much..!!! Maybe Canada is the next target in my list ;D

      Delete
  13. Coming here against. I love you site...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah terima kasih sudi dtg selalu ke sini.. Nanti saya balas kunjungan yer :D

      Delete
  14. tahniah! life goals sangat ni dah capai 50 buah negara. tak sabar nak baca apakah 3 negara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... Itulah cita cita dan impian dari puluhan rahun tercapai jua.. ok boleh baca next entry dah up complete journey.. ☺️πŸ‘πŸ»

      Delete
  15. Replies
    1. Jangan la Puan MZ.. Segan kita hahaha.. kot jadi ikon tourism ke kan hahaha.. πŸ€£πŸ˜…πŸ€£

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. Tahniah Afif! Been a silent reader since ur travels in S. Africa. May Allah place immense barakah in ur health wealth and travels so you n family can continue exploring the world 🌍 Duaas we get to start our journey too! Setakat ni baru 7 countries

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sgt2 follow coretan pengembaraan di sini.. Alhamdulillah thanks juga utk doa yg diberikan.. amin amin.. insyallah sy doakan juga utk anda berjaya melihat semua negara di atas dunia ini..☺️πŸ‘πŸ»πŸ€²πŸ»

      Delete
  18. alhamdulillah tahniah dah berjaya mencapai sasaran & impian dari dulu lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur sgt dapat juga mencapai impian yg dikejar dari zaman belajar lgi.. ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete
  19. Rumah dilitupi dedaun camtu nampak cantik juga tapi macam mana nak maintain tu ya....kalau dibiarkan lebat sangat mesti semak pula nampaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak cantik dan pasti sejuk jer dalam rumah tu.. betul juga tu nak maintain bukan senang.. lama lama kalau tak jaga mau pintu tingkap tak leh buka hahaha.. πŸ˜…

      Delete
  20. wah terbaek.. negara ke 50.

    rumah penuh pokok menjalar tu kalau tempat kita segala mengkarung , ular semua datang ziarah kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. Dpt unlock 50 negara.. 🀲🏻☺️.
      Aah kalau kat Malaysia tak ada la nak rumah menjalar pokok mcm tu.. seram den hahaha.. πŸ˜‚

      Delete
  21. Masya-Allah, saya pertama kali baca orang melawat negara banyak macam ni. Rejeki Encik, berpeluang tengok negara orang. Tahniah, ya. Cantik dan luas bebenor tasik milik 3 negara tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bersebelahan jer.. naik bas pun makan masa 4-5 jam sahaja.. kita lompat2 la sikit.. sbb nak mai bukan senang kan huhuu.. insyallah nanti kita share pengalaman dan gambar di blog ini . ☺️πŸ‘ŒπŸ»

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...