Wednesday, 10 September 2025

Pengalaman Pertama Menghadiri Perbicaraan Mahkamah Di Besut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Penat sebenarnya dari malam tadi drive 6 jam lebih bergilir dengan wife untuk sampai ke Besut dari Kuala Lumpur. Tapi itulah nak berkongsi cerita juga di sini. Sebagai kenangan dan juga ingatan buat diri sendiri.

Al kisahnya dapat panggilan dari saudara mara terdekat bahawa nenek saudara telah ditahan polis di selatan tanah air dan di bawa ke Besut, Terengganu menaiki kereta polis untuk dibacarakan di Mahkamah Besut. Memang kami satu family terkejut beruk dengar. Serius mana la dan apa jenayah nenek yang tua ni telah buat.

Bangunan Mahkamah Besut, Terengganu 
Sebab orangnya dah tua sangat kenapa pulak ditahan polis. Rupanya ada polis report atas nama nenek dan katanya waran tangkap telah dikeluarkan tanpa pengetahuan tapi sebenarnya polis kata dah cuba berhubung beberapa kali tapi tak dapat. Sebab tu polis turun dan menahan suspek.

Hotel Bajet Mughoh Sengoti
Okay strait to the point, ini adalah kes scammer yang mana sebenarnya nenek ini adalah mangsa scammer. Bank Account nenek telah digunakan oleh scammer untuk menipu seorang mangsa di Besut. Dan mangsa apabila telah sedar ditipu maka dia pun buat laporan polis. 

Maka di situlah bermula ceritanya. Maka kami beberapa ahli keluarga menuju ke besut dari beberapa lokasi berlainan. Drive pukul 9.00 malam dan sampai pukul 3.40 pagi. Terus check agoda.com dapat Hotel Bajet Mughoh Sengoti RM75.30 semalam selepas campur tax bagai. Jarak lebih kurang 6 minit drive dari Mahkamah Besut.
Syukur ada Warung Perkim Kota Putera bersebelahan mahkamah.
Kita layan teh tarik dan kuih cekmo molek dulu sebelum masuk mahkamah.
Tak kesah la macam mana sekali keadaan hotel, memang just nak rehat dan lelapkan mata sahaja. Sebab esok pukul 8.00 pagi dah kena hadir ke mahkamah. Rupanya sidang perbicaraan melibatlan banyak kes. Dan satu persatu kes dibicarakan dari penuh tempat duduk sehingga hampir lengang keadaan.

Dan akhirnya nama nenek saudara dipanggil dan dibacarakan pertuduhan dan nenek saudara pun mengaku bersalah diatas kecuaian menjaga data maklumat bank. Di denda RM150 untuk setiap 3 pertuduhan pertama dan RM100 untuk dua lagi pertuduhan. Jumlah keseluruhan RM650.00 dan jika tidak dibayar maka akan dipenjarakan 3 hari untuk setiap pertuduhan.

Habis bicara terus boleh bayar denda di kaunter bawah tingkat 1 mahkamah. Dan tak sampai sejam nenek saudara pun dibebaskan oleh pihak polis di IPD Besut. Memang kalam kabut dibuatnya. 

Sempatlah kami saudara mara singgah ke sebuah cafe yang tidak jauh dari IPD Besut untuk lunch sementera tunggu suspek dibebaskan. Maka inilah yang dikatakan akaun keldai. Walau dalam sedar atau tidak kita tetap bertanggungjawap ke atas akaun walau digunakan scammer.

Esok insyallah akan ada yang bawa nenek saudara ke bank untuk tutup semua account bank supaya tidak lagi digunakan oleh scammer. Tapi macam mana scammer boleh dapat maklumat bank? Polis kata sebab orang tua so mesti ada link di whatsapp atau mana-mana apps yang dia tekan tanpa sedar. Atau dia telah memberi maklumat bank tanpa disedari.

Suasana petang hari dalam perjalanan pulang di LPT Pantai Timur
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami semua bergerak pulang dari Besut. Dan aku menuju ke Kuantan sebab dah alang-alang berada di Pantai Timur Terengganu. Kita buatlah kerja sedikit di Kuantan. Apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya walau dari awal bermacam-macam bermain dalam fikiran.

Terima kasih pihak polis dari IPD Besut dan Balai Polis Jerteh yang banyak membantu dari awal sehinggalah selesai perbicaraan. Moga ini yang pertama dan terakhir buat Orang Kena Tahan (OKT). Tak pasal-pasal kena dibicarakan di mahkamah. Pada scammer kau mungkin terlepas tapi di akhirat terimalah azan api neraka.

6 comments:

  1. Allahu Akbar!
    Kesianlah neneknya ye sampai jadi mangsa scammer. Melampau betullah orang sekarang nak cari duit sampai begitu sekali.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar! Tak pasal-pasal nenek jadi mangsa. Bahayanya lah scammer zaman now, macam-macam cara dia gunakan. Syukur semua urusan Allah permudah dan nenek lepas dari tuduhan tu.

    ReplyDelete
  3. Ya allah kesiannya nenek, tapi macamana scammer nak keluarkan duit dari akaun nenek? (minta maap soalan tak cerdik, uhuk)

    ReplyDelete
  4. Ya allah kesiannya nenek, tapi macamana scammer nak keluarkan duit dari akaun nenek? (minta maap soalan tak cerdik, uhuk)

    ReplyDelete
  5. Terkejut tau nampak gambar mahkamah, apa ustaz dah buat ni? baca sampai habis..nenek jadi mangsa..kasian, semoga kita dijauhi scamer ni..Ya Allah mohon selamatkan kami dan lindungi kami dari penipuan.Aamiin..

    ReplyDelete
  6. Semoga selamat perjalanan ke KL ya ustaz..hati hati memandu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...