Penat sebenarnya dari malam tadi drive 6 jam lebih bergilir dengan wife untuk sampai ke Besut dari Kuala Lumpur. Tapi itulah nak berkongsi cerita juga di sini. Sebagai kenangan dan juga ingatan buat diri sendiri.
Al kisahnya dapat panggilan dari saudara mara terdekat bahawa nenek saudara telah ditahan polis di selatan tanah air dan di bawa ke Besut, Terengganu menaiki kereta polis untuk dibacarakan di Mahkamah Besut. Memang kami satu family terkejut beruk dengar. Serius mana la dan apa jenayah nenek yang tua ni telah buat.
![]() |
| Bangunan Mahkamah Besut, Terengganu |
Sebab orangnya dah tua sangat kenapa pulak ditahan polis. Rupanya ada polis report atas nama nenek dan katanya waran tangkap telah dikeluarkan tanpa pengetahuan tapi sebenarnya polis kata dah cuba berhubung beberapa kali tapi tak dapat. Sebab tu polis turun dan menahan suspek.
![]() |
| Hotel Bajet Mughoh Sengoti |
![]() |
Okay strait to the point, ini adalah kes scammer yang mana sebenarnya nenek ini adalah mangsa scammer. Bank Account nenek telah digunakan oleh scammer untuk menipu seorang mangsa di Besut. Dan mangsa apabila telah sedar ditipu maka dia pun buat laporan polis.
Maka di situlah bermula ceritanya. Maka kami beberapa ahli keluarga menuju ke besut dari beberapa lokasi berlainan. Drive pukul 9.00 malam dan sampai pukul 3.40 pagi. Terus check agoda.com dapat Hotel Bajet Mughoh Sengoti RM75.30 semalam selepas campur tax bagai. Jarak lebih kurang 6 minit drive dari Mahkamah Besut.
![]() |
| Syukur ada Warung Perkim Kota Putera bersebelahan mahkamah. Kita layan teh tarik dan kuih cekmo molek dulu sebelum masuk mahkamah. |
Tak kesah la macam mana sekali keadaan hotel, memang just nak rehat dan lelapkan mata sahaja. Sebab esok pukul 8.00 pagi dah kena hadir ke mahkamah. Rupanya sidang perbicaraan melibatlan banyak kes. Dan satu persatu kes dibicarakan dari penuh tempat duduk sehingga hampir lengang keadaan.
![]() |
| Lepas sarapan di warung jom la kita masuk ke Mahkamah. |
![]() |
Dan akhirnya nama nenek saudara dipanggil dan dibacarakan pertuduhan dan nenek saudara pun mengaku bersalah diatas kecuaian menjaga data maklumat bank.
Di denda RM150 untuk setiap 3 pertuduhan pertama dan RM100 untuk dua lagi pertuduhan. Jumlah keseluruhan RM650.00 dan jika tidak dibayar maka akan dipenjarakan 3 hari untuk setiap pertuduhan.
Habis bicara terus boleh bayar denda di kaunter bawah tingkat 1 mahkamah. Dan tak sampai sejam nenek saudara pun dibebaskan oleh pihak polis di IPD Besut. Memang kalam kabut kami semua dibuatnya.
![]() |
| Habis perbicaraan dan menunggu dibebaskan kami lepak di Love Coffee ini. |
![]() |
Sempatlah kami saudara mara singgah ke sebuah cafe yang tidak jauh dari IPD Besut untuk lunch sementera tunggu suspek dibebaskan. Maka inilah yang dikatakan akaun keldai. Walau dalam sedar atau tidak kita tetap bertanggungjawap ke atas akaun walau digunakan scammer.
Esok insyallah akan ada yang bawa nenek saudara ke bank untuk tutup semua account bank supaya tidak lagi digunakan oleh scammer. Tapi macam mana scammer boleh dapat maklumat bank? Polis kata sebab orang tua so mesti ada link di whatsapp atau mana-mana apps yang dia tekan tanpa sedar. Atau dia telah memberi maklumat bank tanpa disedari.
![]() |
| Suasana petang hari dalam perjalanan pulang di LPT Pantai Timur |
Lebih kurang pukul 3.00 petang kami semua bergerak pulang dari Besut. Dan aku menuju ke Kuantan sebab dah alang-alang berada di Pantai Timur Terengganu. Kita buatlah kerja sedikit di Kuantan. Apa pun alhamdulillah syukur selamat semuanya walau dari awal bermacam-macam bermain dalam fikiran.
Terima kasih pihak polis dari IPD Besut dan Balai Polis Jerteh yang banyak membantu dari awal sehinggalah selesai perbicaraan. Moga ini yang pertama dan terakhir buat Orang Kena Tahan (OKT). Tak pasal-pasal kena dibicarakan di mahkamah. Pada scammer kau mungkin terlepas tapi di akhirat terimalah azan api neraka.









Allahu Akbar!
ReplyDeleteKesianlah neneknya ye sampai jadi mangsa scammer. Melampau betullah orang sekarang nak cari duit sampai begitu sekali.
Scammer mmg mencari mangsa yg tua arau yg lemah senang nak ditipu.. Moga scammer mendapat balasan yg setimpal...
DeleteAllahuakbar! Tak pasal-pasal nenek jadi mangsa. Bahayanya lah scammer zaman now, macam-macam cara dia gunakan. Syukur semua urusan Allah permudah dan nenek lepas dari tuduhan tu.
ReplyDeleteMmg terkejut tiba tiba kena tahan kan.. mmg tak selamat langsung kalau org org tua ni ditipu.. apa pun syukur tak sampai masuk penjara.. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
DeleteYa allah kesiannya nenek, tapi macamana scammer nak keluarkan duit dari akaun nenek? (minta maap soalan tak cerdik, uhuk)
ReplyDeleteMemang kesian sangat sblm ke mahkamah.. Malam tu dia tidur lokap di IDP Besut.. Hurmm zaman teknologi dah semakin canggih mmg tak tahu mcm mana dia kluarkan duit tu ..
DeleteYa allah kesiannya nenek, tapi macamana scammer nak keluarkan duit dari akaun nenek? (minta maap soalan tak cerdik, uhuk)
ReplyDeleteSbb mostly kena pada akaun bank yang tak aktif.. mungkin dia mencuri data peribadi mangsa dan tukar di bank.. 🤷🏻
DeleteTerkejut tau nampak gambar mahkamah, apa ustaz dah buat ni? baca sampai habis..nenek jadi mangsa..kasian, semoga kita dijauhi scamer ni..Ya Allah mohon selamatkan kami dan lindungi kami dari penipuan.Aamiin..
ReplyDeleteSaya pun sama pertama kali masuk mahkamah walau hanya menyaksikan perbicaraan namun terasa aura kehakiman menjatuhkan hukuman pada pesalah pesalah.. semoga kita semua dilindungi Allah dri scammer jahat ni
DeleteSemoga selamat perjalanan ke KL ya ustaz..hati hati memandu
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih selamat sampai KL pagi esoknya.. keletihan yg teramat..
DeleteAllahuakbar..kesiannya nenek saudara TT..dah la tak bersalah, kena denda pula tu..scammer tu helok je pergi bercuti ntah apa..memang tak selamat dunia akhirat scammer tu
ReplyDeleteDidenda atas kecuaian dalam menjaga maklumat akuan bank. Mmg la scammer tu elok je enjoy duit haram tu.. Moga susah la hidup scammer tu dari dunia lagi..
DeleteKita selalu dengar scamer guna akaun keldai sebagai tempat duit di park semasa dia scamer orang lain. Lah ni baru tau macamana akaun keldai menjadi mangsa. Siannya nenek saudara TT. Tak patut sungguh lah scammer ni. Semuga semua scammer yang mencuri duit orang di panah petir dan dapat balasan didunia juga. Geram sungguhlah
ReplyDeleteDia mmg pasang byk akaun bank keldai ni.. duit masuk dari satu ke satu akaun yg lain.. mmg susah nak dpt kepala scammer ni.. mmg geram lagi2 bila kena pada yg terdekat.. 😤
DeleteAllahu.. oo macam tu lah cerita akaun yang digunakan... kena mengaku bersalah jugalah ya sebab cuai.. adehhhh.. padahal tak tau apa-apa.
ReplyDeleteBoleh utk tidak mengaku bersalah.. tapi panjang cerita nya... Mcm org tua ni ngaku sahaja.. settle cepat.. kang lagi panjang cerita nya.. apa pun moga dijauhkan lah .
Deletekesian sgt2 lah kes gini...nenek saudara ada guna wasup dan click link lah yer..memang sg2t bahaya utk org2 tua, sbb org muda pun ramai yg naive dan jd mangsa, apatah lagi org2 tua
ReplyDeleteOrg tua kan.. kalau dia tekan link apa bagai bila org suruh mmg la dia ikut jer sentiasa.. btl org muda pun blh terperdaya apatah lagi org tua...
DeleteAllahu...sekarang nie macam macam scammer datang... pernah kena jugak ...
ReplyDeletePernah kena juga ke? Mmg scammer ni tak kenal usia..semua org kena.. susah nak alert sentiasa..
Deletebrengset punya scammer! Dgn nenek tua pun kau nak pedajal! Semoga Allah mengkum kau dgn seberat2 hukuman. Aamiin.
ReplyDeleteMemang bengang giler.. nenek tua pun jadi mangsa.. ye la bukan nya dia alert nak check sentiasa bank account bagai.. semoga scammer tu sakit yg teruk dgn lama sblm mati..
DeleteBrp umur nenek ye Atiq? Kesian sangat tapi syukur ahli keluarga bersatu hati bagi sokongan dekat nenek.
ReplyDeleteJahat dan tak berhati perut scammer tu. Semoga dapat balasan yg setimpal.
Mohon dijauhkan dari kita makhluk jahat begini
Umur 70 lebih.. Memang kesian jalan pun kena papah masa masuk mahkamah.. Nak salahkan nenek saudara pun tak tahu mcm mana ye la org tua.. kalau golongan muda mmg boleh la marah nape tak alert bagai sampai org boleh guna bank alaun bagai..
DeleteUjian untuk nenek dan kesian juga jadi mangsa scammer....yang terlepas orang bersalah dan orang menjadi mangsa dua kali kena...ujian dunia penghapus dosa
ReplyDeleteUjian utk nenek dan utk org sekeliling nenek.. semoga tiada lagi lah isu scammer dgn ahli keluarga terdekat.. juga buat penghapus doa.. buat scammer menantilah azab neraka..
Deletetk psl2 nenek saudara jd mangsa scammer ye..nk plak kena byr certain amount ..kalo tk kena penjara...ujian btul..alhamdulillah dipermudahkan segalanya
ReplyDeleteItulah tak pasal pasal warga emas menjadi mangsa scammer.. nasib jumlah denda tak banyak kalau kena beribu-ribu haishh tak tau nak katalah..
DeleteJahat betul scammer tu guna akaun nenek saudara awak. Tak pasal2 orang tua tak tau apa2 pulak yg kena tuduh & tanggung akibat. Rasanya sesiapa yg ditangkap & didapati jadi akaun keldai dah tak boleh bukak akaun dekat mana2 bank lagi lepas ni. Semoga scammer tu dapat kifarah & ditangkap polis lepas ni.
ReplyDeleteBetul mmg jahat tak berhati perut langsung.. dgn warga emas pun dia pergunakan.. Moga adalah undang2 lebih ketat supaya tak ramai yg menjadi mangsa akaun keldai ni..
DeleteIngatkan kes Afif.. rupanya nenek saudara.. alhamdulillah selesai semuanya dalam tempoh yang singkat.
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai akhirnya.. minta dijauhkan la dari menjadi mangsa scammer ni.. tak pasal2 boleh ke dalam..
Deleteteringat tahun lepas pernah dapat call dari scammer.. dia kata nombor telefon saya telah disalahgunakan oleh orang lain utk menipu mangsa sampai menyebabkan kerugian. tapi tak sangka pulak kisah nenek saudara ni betul2 terjadi..
ReplyDeletejahatnya si scammer tu, dahla orang tua. tak pasal2 kena bayar denda :(
Itulah bermacam macam cara scammer ni nak tipu orang.. mangsa mmg tak kira umur.. lagi lagi org tua mmg target 🎯 bg mereka.. mmg jahat esok akhirat tau lah mereka..
DeleteSebuah pengalaman yang sangat berharga
ReplyDeleteSampai segitunya ya
Semoga tidak terulang lagi pengalaman buruk ini.
Memang pengalaman yg sgt berharga menghadiri perbicaraan di Mahkamah. Iya moga moga dipermudahkan di masa hadapan..
Deletetak tahu laa nak kata... org tua mmg ramai yg jadi mangsa scammer ni. lg parah scammer dlm kalangan ahli keluarga sendiri pun ada...
ReplyDeleteKesian pada org tua warga emas... Mudah menjadi mangsa.. kalau kena scam dgn ahli keluarga sendiri mmg tak patut la.. cari nahas tu..
Deletetakkan pekena air je? tak dan makan ikan celup tepung ke? ;-)
ReplyDeleteTak dan.. Sebab nak mengejar waktu kerja dan amik anak anak.. 😅
DeleteOh patutlah ke Besut dan tidur di Kuantan ya. Alhamdulillah settle semuanya.
ReplyDeleteYer itulah punca tidur di Kuantan tempoh hari.. alang alang kan dpt la buat kerja sikit di Kuantan..
DeleteBab macam ni la kalau boleh x nak berlaku pada keluarga kita...suami SA pernah kena padahal akaun yang polis sebut tu dah lama x x guna..tapi tetap kena gak...nasib dh settle sebab bukti akaun tu x aktif memang ada...
ReplyDeleteItulah.. akaun bank kalau tak aktif mmg kena make sure matikan terus.. sebab kalau jadi keldai mmg kita yg kena... 😓
DeleteAllahuakbar, tak tau nak cakap apa. Polis pun consider la kot, orang tua. Ni lagi satu ketidakadilan. Rakyat marhaein report 1 dia boleh angkut naik lori. Orang kaya report polis berpuluh, takde pulak angkut guna pickup. Saya tak paham. Camana kita tak tahu apa² akaun kita digunakan, kita juga bersalah? Bank la yang jahat. Emosi pula saya. Minta maap ye. Saya pun pernah masuk mahkamah, kes ramai², hakim settle satu². Nasib baik kes saya selesai luar mahkamah. Pengalaman betul.
ReplyDelete