Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Bersambung Dari
Taman Negara Johor Pulau Kukup - Keindahan Yang Tersembunyi
Pulang dari Taman Negara Johor Pulau Kukup, kami berkesempatan singgah sebentar ke Taman Rekreasi Sungai Rambah atau juga dikenali sebagai Pantai Rambah. Aku tak pasti adakah ini pantai yang paling cantik di Pontian atau ada pantai lain yang lebih cantik. Tapi dalam pengalaman dengan arwah ayah dulu, tak pernah pula dibawa mandi pantai di Pontian.
 |
| Taman Rekreasi Sungai Rambah atau juga yang memanggil Pantai Rambah. |
Dari Kukup, Pantai Rambah ini terletak di sebelah kiri dan tak jauh dari Kampung arwah ayah iaitu di Teluk kerang. Boleh dilihat signboard yang besar di tepi jalan yang tidak mungkin kita terlepas dari simpang jalan masuk ke pantai ini.
 |
| Jalan yang tenang masuk menuju ke Taman Rekreasi Sungai Rambah. |
 |
Tambak Batu yang dibina di sepanjang Pantai Rambah ini. Di waktu petang ramai orang duduk santai picnic menanti golden hour. |
Rasanya zaman dulu tak tahu pun kewujudan kawasan ini dan Muzium Bugis yang ada di sini ketika waktu dahulu adalah sebuah rumah kecil sahaja yang terletak bersebelahan Masjid Teluk Kerang lama. Arwah atuk dan nenek juga dikuburkan bersebelahan masjid yang sama. Teringat dulu lepas solat raya pasti akan ke kubur atuk dan nenek.
 |
| Menara tinjau, gerai jualan, tandas, pondok dan taman permainan juga disediakan. |
 |
| Bentuk seakan-akan jambatan Pulau Pinang yang menjadi tarikan pengunjung. |
 |
| Suasana yang nyaman di sini menarik pelbagai aktiviti termasuk camping. |
Taman Rekreasi Sungai Rambah ini telah dirasmikan sebagai taman awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Pontian pada 1 Disember 2009 oleh Y.B Dato' Haji Hasni bin Mohammad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Benut merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam Negeri Johor,
 |
| Camping dan memancing antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini. |
 |
| Keadaan muara Sungai Rambah yang cantik dan bersih |
 |
| Menjadi laluan keluar masuk bot-bot para nelayan di sini. |
Ia terletak di kuala Sungai Rambah yang mempunyai benteng konkrit di tebing Selat Melaka. Ruang pejalan kaki, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan senaman serta parking yang luas. Menjadikannya destinasi riadah popular bagi warga setempat. Pemandangan matahari terbenam (golden hour) di Selat Melaka adalah tarikan utama di sini.
 |
| Area kawasan tandas awam, gerai-gerai jualan dan surau di sebelah kanan. |
Terdapat Pangkalan Nelayan Sungai Rambah yang dibina untuk komuniti nelayan tempatan melabuhkan bot mereka. Boleh menikmati pemandangan laut sambil melihat bot yang kadang kala keluar masuk ke arah muarah. Sambil itu kita boleh mencuba Cengkaruk Kelapa Muda atau Rojak Petis yang dijual di gerai-gerai sekitar taman rekreasi ini.
 |
| Asam Pedas Ikan Sungai Rambah. Kalau lapar nak makan tengah hari di sini pun boleh. |
Terletak 8 kilometer dari Bandar Pontian dan 14.3 kilometer dari Pekan Kukup. Oleh kerana kawasan ini terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar, terdapat sebuah gerai makan di taman rekreasi ini yang dikenali Asam Pedas Ikan Sungai Rambah menyajikan hidangan yang menggunakan hasil tangkapan tempatan.
Tandas awam disediakan secara percuma di sini dan papan tanda peringatan untuk menjaga kebersihan diletakan sebelum masuk ke pintu tandas. Esok lusa kalau tidak dijaga pasti akan dikenakan bayaran untuk mengekalkan kebersihan.
 |
| Bangunan baru untuk Muzium Bugis oleh Yayasan Warisan Johor. |
 |
| Penuh dengan artifak yang sudah beratus tahun dari masyarakat bugis di tanah melayu. |
Selain itu terdapat sebuah bangunan yang dijadikan sebagai Muzium Bugis yang pada asalnya terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Allahyarham Encik Abdullah Bin Ahmad untuk memelihara warisan, budaya dan sejarah masyarakat Bugis. Ia diiktiraf sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia.
 |
| Peralatan muzik, bagasi lama, mesin skrap getah dan tempayan air. |
 |
| Yang kayu panjang tu untuk tumbuk beras kalau tak silap aku la. |
 |
| Dari aku umur 9 tahun lagi sampan ini telah wujud di muzium ini. |
Kini ia diletak di bawah jagaan Yayasan Warisan Johor. Keunikan muzium ini adalah ia menempatkan sebanyak 1,017 artifak termasuk senjata lama seperti keris, parang dan panah, pakaian tradisional, peralatan muzik, perkakas lama dan peralatan perhiasan yang menggambarkan kehidupan masyarakat Bugis dan Kepulauan Riau.
Hasil usaha awal Allahyarham Encik Abdullah Bin Ahmad puluhan tahun lalu kini menjadi pusat rujukan sejarah penting terutamanya peranan etnik Bugis di Tanah Melayu. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Tiada bayaran masuk dikenakan namun sumbangan seikhlas hati amatlah digalakan bagi meneruskan penjagaan muzium ini.
 |
| Gerai Durian pertama yang kami berhenti, beli 7-8 kg durian. |
Dalam perjalanan pulang ke Bandar Pontian kami terlihat ramai orang-orang kampung menjual durian di tepi jalan. Yang ketika ini sedang berbuah lebat kerana di pertengahan musim. Harga serandah RM5.00 sekilo banyak dijual di tepi jalan.
Kami berhenti pertama kali dengan membeli sebanyak 7-8kg dari penjual suami isteri melayu. Dan kemudian berhenti kali kedua membeli dengan sepasang suami isteri warga cina yang sangat baik hati dan pemurah. Oleh kerana di sini boleh packing isi durian dalam bekas maka kami membeli 10kg durian yang berharga RM6.00 dan 5kg yang berharga RM8.00.
 |
| Gerai kedua yang kami berhenti, rezeki dapat jumpa uncle dengan auntie chines yang baik ini. |
 |
| Memang aku suggest untuk beli durian dari mereka. Bersih, soft spoken dan murah. |
Suka dengan cara uncle dan auntie chines ni handle durian. Sangat menjaga kebersihan dan mana buah yang tak cantik sikit sahaja pun dia tukar dengan buah durian yang lain sampailah kita puas hati. Walau pun hanya durian kampung sahaja. Katanya buah durian ada yang sendiri dan ada yang dari pokok yang dipajak dari orang kampung lain.
1st time dgr nama pantai rambah, unik betul namanya..adoyai lama nya saya tak gi lepak santai tepi pantai.. i need vitamin-sea niiii
ReplyDeleteBanyak pantai yg ada di Malaysia ni. Kena try explore sebyk yg mungkin baru best hihii . samalah nak kena ada vitamin sea hihii.. 😎👍🏻
DeleteCantik2 gambar, nice
ReplyDeleteDi Rambah ni masih lagi nature dan jauh dari pembangunan ☺️👌🏻
DeleteKita baru tahu ayah Afif orang Teluk Kerang rupanya. Pantai Rambah ni rasa akhir-akhir ini jer viral kan, ramai datang tengok sunset. Kalau orang² cina Pontian ni terutama yg berumur memang ramah dan soft spoken kan.
ReplyDeleteArwah ayah org asal Teluk Kerang.. memang dulu kecik2 selalu la bermain area sana.. sampai ke kukup pergi.. Malam raya boleh pergi mancing lagi ramai2.. yes mereka sgt peramah.. ☺️👍🏻
Deletewahh murah juga harga durian.. mmg puas laa nk beli byk2 tu
ReplyDeleteMmg puas sangat la makan durian di Pontian.. siap boleh packing kan lagi.. ☺️👍🏻
DeleteOh kampung ayahnya di sana ye... Akk pernah sampai di Muzium Bugis tu, belacan tahun lalu. Pantai Rambah pun ingat juga namanya tapi tak ingat kami singgah ke tidak
ReplyDeleteAah Ayah org Johor.. Oh belasan tahun dulu.. lama tu.. masa tu di sebelah masjid atau yg di lokasi sekarang ni? Boleh la nak tengok view sunset di Pantai Rambah ini :D
DeleteBoleh camping dan memancing ya? Menarik ni.
ReplyDeleteBanyak tempat menarik di Johor saya belum sampai. Huhuhu
Yer betul boleh camping dengan mancing tu ada dalam gambar tu hihii..
DeleteYes Johor mmg banyak tempat menarik.. kena explore baru kita tahu :D
Kemas kawasannya. Kalau penjual mesra, kita pun senang nak membeli.
ReplyDeleteSetakat ni nampak kemas dan bersih.. Mmg menjadi tarikan utk penduduk setempat beriadah.. ☺️👍🏻
DeleteKalau berpandukan foto2 ni... nampak bersih dan terjaga kawasan ni... harap berkekalan lah....
ReplyDeleteAlhamdulillah kawasan mmg bersih.. Harap ia akan berkekalan sampai bila-bila la.. 👍🏻
DeleteCantiknya Muzium Bugis dengan tingkap tradisional warna warni tu. Pantainya nampak bersih lengkap dengan kemudahan. Sedapnya durian. Kalau penjual mesra alam kita pun jadi seronok hendak membeli
ReplyDeleteDari nak tgk2 terus beli sepuas bila peniaga pun baik dan ramah.. Muzium bugis tu kena pergi sbb masuk free jer.. dan dah alang2 ke Pantai Rambah kan.. ☺️👍🏻
DeleteLovely photos! Thank you so much for sharing your travel experience!
ReplyDeleteMost welcome.. will always share my travel experience here at this blog.. thank you for coming too.. ☺️👍🏻
DeletePuas hati dapat makan durian tu...banyak tu
ReplyDeleteMusium durian kali ini dapat makan banyak durian.. syukur alhamdulillah.. ☺️🤲🏻👍🏻
DeletePernah lalu Kopi Tenggek ni lepas balik dari Tanjung Piai. Tutup pula Kopi Tenggek ni.
ReplyDeleteAah pernah juga sekali hari tu lalu tutup.. Kena try sekali makan sini especailly sup gearbox hihii.. 😅👌🏻🤤
Deletebanyak jugak tempat menarik kat sini,, ... bab doyan tu murah betol
ReplyDeleteAt this moment mmg dah banyk tempat menarik di Pontian.. Kalau nam becuti dua hari tu mmg ok sangat.. ☺️👍🏻
Deletecantik view muara ...pontian mmg terkenal dgn durian harga pun berbaloi
ReplyDeletemakin cantik muara sungai ini ... aah dari dulu mmg harga durian murah :D
DeleteBertambah lagi tempat wisata yg saya nak visit kalau nanti ke Johor 😍😍😍. Baguuuus pantainya, trutama yg ada pagar batu di sekelilingnya 👍.
ReplyDeleteMakan asam pedas dengan ikan yg baru ditangkap, terbayang sedaaap 😍😍👍.
Museum Bugis ini saya pun tertarik. Ini maksudnya kaum Bugis yg berasal dari Sulawesi kah? Atau ada kaum Bugis lain? Kalau kaum Bugis dari Sulawesi, mereka memang terkenal perantau, sama seperti kaum Batak dan kaum Minang. 3 suku ini kalau dah dewasa, kebanyakan merantau ke daerah atau negara lain 😄.
Sayapun kalau ketemu penjual durian di pinggir jalan begini, pasti nak beli juga 😍😍. Apalagi kalau seller baik dan peramah
Ini baru saja di daerah Pontian.. kalau ke tempat lain di negeri Johor masih lagi banyak tempat yg menarik.. Asam pedas kalau dpt ikan yg fresh satu bonus.. Dan di Johor Asam pedasnya berlainan dgn cara masakan negeri lain..
DeleteTidak tahu pula saya akan asal usul bangsa bugis di Malaysia.. apa pun Indonesia sama Malaysia kan serumpun.. Kaum Minang mmg banyak di Malaysia terutama di N9.. Kalau beli di pinggir jalan di kg mmg murah.. 😎👍🏻
Deletedalam ramai2 pahlawan bujis sy cuma kenal raja haji je. sebab namanya ada dalam buku teks sejarah ;-)
ReplyDeletewahhh free entrance ya! menarik tu! rugi kalau dah smpi sini tak melawat muzium ni...
Saya langsung tak kenal nama nama pahlawan bugis.. tak sempat nak belajar sejarah dulu hihihi.. Yes free entrance tu menarik.. mmg byk yg boleh dipelajari di sini.. make sure masuk muzium bugis ni kalau ke Pontian..
Deletecantik ye pantai rambah tu. kalau ada orang mancing, maknanya banyak ikan jugaklah kat situ ye. muzium bugis tu pun menarik sangat!
ReplyDeletebestnya dapat durian murah! ni kalau ayah saya nampak ni, mau penuh satu kereta dia borong haha!
Tempat kalau cantik dan mudah utk labuhkan mata kail mesti org akan dtg memancing.. 😉👍🏻
DeleteSesuai utk aktiviti keluarga siap ada muzium lagi tu.. Durian murah di Pontian ni mmg dari kecik lagi.. kitrg pun borong bnyk sbb murah huhuu..
seronok juga ni kalau dpt bercamping kat sini... tempat pun bersih dan terjaga... nak memancing pun senang... tak payah tunggu bercamping kat kaki air terjun. kat sini pun dah rasa best
ReplyDeleteYes nampak bersih dan kemas tempat ni.. toilet juga disediakan.. sambil camping boleh la mancing sekali.. Ada tmpt camping dekat dgn parking kereta mmg seronok 😉👍🏻
DeleteTempat yang menarik untuk lepak petang² tengok laut dan sunset. 😍 Best kalau dapat peniaga durian yang sangat membantu kita pilih durian elok, siap boleh kopek dan simpan dalam bekas.
ReplyDeleteBetul... Kalau waktu ptg tu mmg ramai yg dtg ke sini especially yg berkeluarga.. tempat mainan kanak2 pun luas.. Kalau perjalanan jauh elok la kopek durian isi dlm bekas kan.. 😉☺️
DeletePulau Kukup tu memang dalam wishlist..pantai Rambah ni menarik kalau rajin nak explore...
ReplyDeleteOkla petang petang nak mai rambah ni.. tgk sunset.. ada juga makanan berlauk kalau tgh hari ptg gitu.. mai mai jangan tak mai naaa.. 😅👍🏻
Delete