Wednesday, 3 June 2026

Romania Part 8 : Monument Arcul de Triumf - Masjid At-Taqwa - Efes Turkish Cuisine

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town) & Ion Constantin Brătianu Monument

Banyak cerita dan gambar aku skip sebab tak nak banyak part untuk trip ke Romania ni. That way few part sebelum ni agak panjang ditulis sebab nak habiskan cepat hihii.. Tunggu je la kalau aku siapkan buku travel journey nanti. Kat situ boleh la aku cerita details pengalaman aku pada setiap perkara yang berlaku.. Insyallah tolong doakan la :D

Bucharest Monument Arcul de Triumf.
Aduh habis seperenggan bagi intro yang tak penting 😅. Okay jom sambung.. On the last day aku di Bucharest ini hanya satu tempat sahaja yang aku target nak pergi iaitu Bucharest Monument Arcul de Triumf yang terletak di bahagian utara Bucharets. Tak nak push sangat sebab ada banyak hari lagi nak guna kaki menapak di Istanbul dan Dubai nanti.

Menaiki Bucharest Metro M2 Line (Blue) ke Station Aviatorilor.
Keluar sahaja dari exit station ternampak cafe yang comel ini.
Dari Universitate Station aku menaiki Bucharest Metro M2 Line (Blue) yang menghala ke arah Pipera Station (final sttaion). Dan aku berhenti di Station Aviatorilor iaitu hanya 3 station dari Universitate Station. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10-15 minit bergantung waktu sesak atau tidak. Exit the Aviatorilor station toward King Michael I Park (Herăstrău).

Dari metro station melintasi King Michael I Park untuk ke Arcul de Triumf.
Terlihat banyak bunga dan buah di sini serta kekacang chip & dale 😊.
Tak terasa jauh sebab suasana yang tenang, bersih dan dipenuhi kehijauan.
Walk west along Bulevardul Constantin Prezan for about 10-12 minutes to arrive at Arcul de Triumf also known as The Triumphal Arch. Info: Is a symbol of national pride, military victory and unification. Standing 27 meters high on Kiseleff Road, it directly mirrors the classic architectural spirit of Rome and Paris's own Arc de Triomphe.

Dan akhirnya aku berjaya sampai di Arcul de Triumf - terasa bangga seketika 😅.
Ada lalun untuk berjalan di bawah dan di sekeliling monument.
Sejarah asal bermula dengan pembinaan menggunakan kayu pada tahun 1878. Ia dibina dalam keadaan tergesa-gesa oleh tentera Romania bagi menyambut kemenangan ketika berarak ke ibu negara selepas negara itu berjaya mengalahkan dan mencapai kemerdekaannya daripada Empayar Uthmaniyyah. Namun binaan kayu itu ia tidak bertahan lama.

Berketinggian 27 meter lebih rendah dari ketinggian Arc de Triomphe Paris.
Romania menjadi Kesatuan Besar pada tahun 1918 selepas Perang Dunia Pertama. Menyatukan Transylvania, Bukovina dan Kerajaan Lama Romania. Di waktu pertabalan Raja Ferdinand I dan Ratu Marie di tahun 1922, arkitek Petre Antonescu telah membina gerbang kedua. Namun disebabkan kekurangan bajet dan masa ia telah runtuh selepas sedekad.

Telah dibina sebanyak 3 kali dan yang terakhir pada 1936 dan ia kekal sehingga kehari ini.
Pada tahun 1935 tinggalan gerbang lama yang runtuh telah dirobohkan dan dibina semula menggunakan ukiran batu yang sangat teliti, kemas dan cantik oleh artis Romania terkemuka iaitu Ion Jalea. Monument baru telah dirasmikan pada 19 Disember 1936 dengan terdapat nama-nama pertempuran penting dalam sejarah Romania terukir di sini.

Semasa berjalan pulang terlihat sejenis bunga yang mengeluarkan buah ini.
Underground Metro Station terletak di bawah kawasan ini. 
Ada beberapa cafe di bangunan putih tu, boleh la take five setelah penat berjalan.
Dari The Triumphal Arch aku berjalan semula ke Metro Station Aviatorilor dan terus ke Masjid At Taqwa yang terletak 5 station dari Aviatorilor dan perlu menukar train M3 Line (Red) atau M5 Line (Oren) di Station Piata Unirii untuk ke Station Timpuri Noi. Dan berjalan kaki 450 meter untuk sampai ke masjid. Syukur alhamdulillah sempat solat zohor dalam waktu.

Keadaan agak sibuk ketika membuat pertukaran line di Station Piata Unirii.
Safely arrived di Timpuri Noi Metro Station. Okla tak susah mana pun.
Dari Tampuri Noi Metro Station kena cross Sungai Dâmbovița untuk ke masjid.
Waktu sampai di masjid aku macam tak pasti betul atau tidak sebab hanya ada satu pintu pagar kecil dan keadaan di dalam seperti bangunan tinggal. Namun tertera tulisan masjid aku gagahkan diri untuk masuk. Dan benar masjid terletak di hujung sekali dengan sebuah menara comel yang mempunyai kubah kecil.

Disebabkan lagi 20 minit nak masuk Asar maka aku decide untuk join jemaah tanpa solat jama. Kalau ada peluang, nak juga berbual dengan jemaah tempatan. Selepas solat beberapa orang menegur aku dan kami mula berborak dalam Bahasa Arab 😂 sebab 3 pakcik ni berasal dari Libya, Iraq dan Syira. Dan hanya boleh bertutur dalam Romania dan Arab sahaja.

Sampai di Masjid At Taqwa setelah berjalan hampir 500 meter dari metro station.
Dari parking lot ini juga boleh masuk ke masjid cuma tak pasti adakah ia part of masjid.
Walau bahasa arab aku dah jauh ke tengah laut namun kami masih boleh berborak sambil ketawa. Ingat lagi bila ditanya aku dari Malaysia terus mereka sebut Mahathir Mahathir. Dan bila aku tanya mereka berasal dari mana maka yang seorang tu sebut Saddam Iraq. Dan seorang lagi sebut ana minal Libya, Gaddafi!! Dan yang pakcik terakhir hanya sebut Syria.

Keadaan di dalam masjid teramat selesa ada air minum dan meja ping pong.
Dan tea & sugar disedikan free flow untuk para jemaah 👍.
Keadaan di bahagian tandas dan tempat wudhu. Tak sure di sini ada tempat untuk wanita.
Lepas tu kawan dia kata dalam arabic "Kenapa tak sebut nama pemimpin agung kau?" sambil ketawa. Terus dia pandang aku sambil sebut "Huwa rijalul asad" (dia orang Asaad) sambil kami semua ketawa. "Laisa qaidi" (not my leader) katanya.

Ruang di dewan solat utama yang jauh lebih baik dari keadaan di luar.
Alhamdulillah dapat bersama menunaikan solat asar berjemaah di sini.
Pastu pakcik dari Iraq kata. Setiap bangsa akan bangga dengan pemimpin mereka macam kau dari Malaysia Mahathir "wa ana minnal Iraq wa sayyidi Saddam". Tapi orang Syira tak akan bangga dengan Al Asaad Si Penzalim. Masa ini tahun 2024 Asaad masih memerintah Syira dan peperangan dalam negara masih berlaku dan hampir 15 tahun lamanya.


Berborak dengan 3 orang jemaah masjid. Berasal dari Iraq, Syria dan Libya 
Yang pegang payung tu tolong drop aku di restoran halal berdekatan.
Masa nak balik aku tanya ada any halal food nearby terus pakcik iraq tu kata jom naik kereta dia hantarkan dan aku dibawa ke Efes Turkish Cuisine. Masa ni memang dah lapar sangat dan malam nanti nak naik bas balik ke Istanbul so boleh la habiskan baki duit yang ada. Masa aku masuk seorang pekerja Bangladesh menyapa dan memberikan catalog menu.

Pakcik dari masjid drop aku di sebuah restoran tak jauh dari masjid.
Keadaan di dalam restoran yang amat selesa dan tak sesejuk seperti di luar.
Dengan tidak sengaja aku bertanya all food is halal? dia reply only some dish is halal. Terus aku kaku sekejap dan dalam hati "Ah sudah". Terus aku order kari kentang dengan roti macam Nan tu satu. Terus aku bagi alasan tak cukup bajet nak makan hahaha. Sebab dah masuk duduk tak kan nak keluar. Lagi pun perut dah lapar 😅.

Yang baju kelabu tu pekerja restoran dari Bangladesh.
Dan yang baju hitam tu owner restoran Efes Turkish Cuisine.
Tapi masa makanan sampai, aku terkejut sebab bukan itu yang aku order. Staf Bangladesh tu kata "I spoke to owner and told him u have no money and he gift you for free and i can confirm this dish is halal". Terus aku terpinga-pinga tak tahu nak happy ke nak malu tapi perut suh makan cepat hahaha.. 😅

Satu Roti seperti Nan, nasi putih dan kekacang yang berwarna kuning sama macam apa yang aku makan di Sofia beberapa hari lepas. Dan kuah seperti kari ada kentang dan kebab daging.

38 comments:

  1. Metro System kat sama nampak macam meluas perkhidmatannya. Dia cover seluruh Bucharest ke? Senang sikit kalau nak travel kalau perngangkutan awamnya meluas.

    Huntong la ada orang belanja makan, tp malu plak bile orang igt kite takde duit... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lebih 64 station yang merangkumi lebih 80km perjalanan untuk 5 line train.. kalau guna metro pun dh boleh pergi banyak destinasi yang menarik di Bucharest.. dapat makan free dgn perasaan yg sungguh malu hahaha.. tpi perut lapar kita makan jer la :D

      Delete
    2. senang nak travel kalau sistem metro dia mcm ni, banyak juga stesen nye dan line nye

      Delete
    3. 2-3 hari kat sana pun tak sempat nak explore keseluruhan bandar.. kalau ada seminggu mesti seronok nak explore dgn tenang..

      Delete
  2. Syukurlah tergerak hati nak tanya, sama macam di Jepun kalau kedai Turki tu bukan mesti halal. Lucu pulak, tak pasal dapat makanan tambahan free 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tergerak hati ... terus was was nak makan .. order kari kentang jer la.. sekali terus dibelanja makan.. segan nak makan tapi perut lapar hahahaa... :D

      Delete
  3. Replies
    1. Aah comey.. tpi pagi lagi waktu ni belum buka lagi.. kalau tak boleh dah try lattee secawan..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sangat unik lah kat sana tu. Nampak begitu terjana kemajuan..kemewahan..Masjid hebat..Subahanallah..mereka berfikir jauh ke hadapan.Best travel with Afif..amazing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid tu masih lagi dalam pembinaan utk beberapa bahagian lain termasuk pembinaan madrasah untuk masa hadapan.. moga dipermudahkan urusan jemaah masjid ini .. amin..

      Delete
  6. cafe pink tu cute sgt. kacang chip n dale tu i like sgt! best dpt pegang dan tgk yg real! hahaha lucu pulak psl halal food tu...memang kat obersi, mcm2 interpretasi halal ikut pemahaman masing2..so restoran tu ada non-halal food jugak lah kan...pasrah ajerlah, tu jer yg pilihan yg ada dpn mata! rezeki u siap dpt free food lagi selain food yg dipesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la betul atau tidak tapi nampak rupanya sama la kacang tu huhuu.. ke mmg dia hahaha.. bab halal tu spontan jer tanya sekali terkejut juga dia jawap mcm tu.. tapi dah masuk kan kita order la ala vegies konon2.. sekali owner belanja makan free hihi.. segan tapi mahu gitu lah.. 😅

      Delete
  7. Monumen sungguh luar biasa, penuh dengan nilai sejarah
    Masjid juga hebat, Malaysia memang terkenal dengan nama Mahatir, kalau Indonesia lebih terkenal dengan nama Sukarno, atau Jokowi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monument yang didirikan dengan penuh sejarah.. walau bukan berada di tempat majoriti muslim tapi syukur ada beberapa buah masjid yang berdiri di tgh2 bandar di Bucharest.. Betul kalau Indonesia terkenal dgn Sukarno..

      Delete
  8. Alhamdulillah rezeki dapat makan free. Seronok baca trip Afif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak mengelak tapi dapat makan free pulak huhuu... Pengalaman backpackers saya gitulah banyak yg susah dari yg senang hihii :D

      Delete
  9. Bandar yg nampak lengang dan tak sibuk macam tu tak sangka pun ada underground kan?
    Pintu gerbang tu hampir sama dangan Arc de Triomphe kat Paris kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada waktu keadaan agak kurang dgn org ramai mungkin sbb waktu kerja dan waktu balik kerja jalan pun jem juga huhu.. Yes mmg hampir sama dgn paris sbb tu bucharest dipanggil little paris.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Arcul de Triumf memang cantik dan penuh sejarah. Gambar-gambar yang anda kongsi cantik je semua. Saya tertarik dengan tempat-tempat yang anda lawati semasa di Romania. Tempat yang cantik dan penuh sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sesuatu structure di bina dengan sejarah yang tersendiri pasti ia akan dibina dengan keunikan kerana membawa makna tersendiri. terima kasih sudi ke sini membaca perkongsian perjalanan saya di Romania :D

      Delete
  11. kesian dgn rakyat syria.. tak dpt nk berbangga dgn pemimpin negara mereka. sekarang Assad tu dah tak jadi pemimpin kan?
    wahaha okay pasni kalau gi kedai makan kena cakap kita tight on budget. mana tau dapat makanan free :p

    btw, encik afif menang teka gunung tau. nanti email saya utk hadiah ye.
    https://supersagaaaa.blogspot.com/2026/06/pemenang-jom-teka-gunung.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah asad dah dijatuhkan dari istana presiden.. skrg dah kerajaan baru tapi nampak macam boneka israhell dan amerika huhu..

      Alhamdulillah terima kasih menang teka nama gunung tu huhuu.. nanti kita email lamat ya.. ☺️👌🏻

      Delete
  12. Sistem metro nya mantap sungguh. Nama Tun M juga yang menjadi sebutan ramai kan. Legendary sungguh. Bangunan di sini semua lawa-lawa. Rezeki tetiba dapat makan free ye😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di dalam bandar most of the metro is underground dan agak mudah nak pergi ke beberapa attraction. Tun M mmg nama nya disebut-sebut di seluruh dunia.. Hebat beliau.. bab makan free tu masih lagi terasa sampai skrg hahaha :D

      Delete
  13. Hahaha lawak betul bab mengaku tak cukup bajet sbb nak cover was-was pasal halal tu! Tapi itulah dinamakan rezeki musafir, tak pasal-pasal owner restoran dengan abang Bangladesh tu belanja set lengkap siap bagi jaminan halal lagi. Segan tapi kenyang kan? 😅 Monument Arcul de Triumf tu pun nampak gah betul, untung Afif dapat tengok depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah asal mmg nak elak daei was was tu.. kita order simple yg nampak selamat sekali tu dia.. terus dapat makan free terus huhuu.. segan dan malu tapi syukur la alhamdulillah kenyang.. Yes monument tu mmg nampak megah dgn kebesaran dia.. 👍🏻☺️

      Delete
  14. Allah bagi rezeki time2 perut lapar. Alhamdulillah. Penah baca kat mana tak ingat, Monument Arcul de Triumf di gelar Little Paris tak salah. Tapi memang iconic monument ni, jadi mercu tanda di Bucharest.Ada perarakan tentera pada hari patriotik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat asal nak ngelak dari makan yg was was sekali terus dpt makan free dan dijamin halal oleh staf restoran tu.. segan dan malu time tu.. tapi lapar hahaha.. Yes gelaran Bucharest adalah The Little Paris.. next time kena tgk perarakan tentera tu..

      Delete
  15. Adoiiii.. dah dicop takde duit pulak 😁
    Pertama kali tengok kacang Chipmunks hehe
    Nampaknya Tun Mahathir lebih dikenali mungkin jangka masa pemerintahannya yang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la.. mungkin itu dinamakan rezeki huhuu.. Tun Mahathir memang dikenali dan ucapan dia di PBB mmg ditunggu-tunggu oleh semua org.. hebat org yg bernama Mahathir itu..

      Delete
  16. bucharest monument arcul de triumf lbh kurang sama dgn arc de triomphe yg kat paris tu ;-) nama pun sikit lbh krg je bunyinya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg dibina ikut paris sebab mereka suka follow dgn life style dan kemajuan di Paris ketika waktu itu.. yes nama mcm ubah sikit jer ☺️👌🏻..

      Delete
  17. cakap pasal mahathir teringat masa gi albania. ada org tanya, dari mana? sy jawab malaysia. then kawan sy menyampuk, mahathir mohamad! terus org tu tunjuk thumbs up hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Dari Afrika hingga ke Eropah pengalaman saya mmg ramai org biasa yg mengenali Tun Dr Mahathir.. And yes semua org bgi thumbs up bila nama Mahathir disebut..

      Delete
  18. Bangunan archul de triumf Bucharest ini memang sukaaaa saya lihatnya. Apalagi di beberapa negara ada juga minuman kemenangan yg sama kan. Saya memang ada bucket list nak foto depan arc de triumphs di berbagai negara. So far sudah berfoto di Kediri Jawa Tengah, Vientiane Laos, Pyongyang ada juga menara ini. Nanti kalau jumpa di negara lain, pasti saya berfoto juga.

    Sukaaa lihat area taman nya, ada tempat duduk buat bersantai. Pasti betah kalau duduk situ sambil membaca

    Bersyukur juga ad mesjid di sana ya bang, walau kecil mungil, yg penting adalah tempat utk sholat.

    Restorannya tak sepenuhnya halal sebab ada jual alkohol yaa? Tapi baik juga owner ada berikan free meals untuk musafir lah 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan yang sama seperti di Paris cuma ia tidak sebesar dan setinggi yang ada di Paris.. ia ada monument yang hampir sama.. mungkin menjadi tradisi ketika zaman berkenaan bagi membina monument untuk meraikan kejayaan atau kemenangan. Menarik juga itu mengumpul photo bersama arc de triumf di beberapa negara.. moga bisa mencapai cita cita itu.. Di Pyongyang juga ada? menarik bangat...

      Delete
    2. Taman taman kalau di negara sana memang bersih dan selesa kalau hanya mahu duduk santai.. kalau masa banyak pasti saya pun akan duduk sambil melayan coffee di kerusi itu hihi.. Syukur di Bucharest mmg terdapat beberapa buah masjid. dan makanan halal juga agak mudah untuk dijumpai..

      Bukan penuh halal sbb ada alcohol tapi mmg daging atau ayam itu mmg tidak disebelih dgn cara halal. apa pun suyukur dapat makanan percuma.. moga sentiasa murah rezeki owner restaurant...

      Delete