Tuesday, 8 September 2020

Selamat Menyambut Hari Merdeka Buat Malaysia Yang Ke-63

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Alhamdulillah diizinkan oleh yang Maha Esa untuk menulis entry di blog ini.. Juga syukur atas nikmat kesihatan untuk seisi keluarga aku. Dari mula buat blog ini dalam keadaan bujang dan sekarang alhamdulillah menjadi ayah kepada 3 org anak yang comel tapi boleh tahan juga nakal nya.. sape suruh masa mak dia mengandung ko bawa pi travel sana sini huhuhuu.. 
 
My Double Triple Atiyya - Ateera - Aydan..
Ayah apa kesah korang dah mandi ke belum hahaha..

Sempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 15 September yang akan datang. Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke 63.. Semoga Negera Malaysia akan terus maju dalam sektor ekonomi.. Dapat melawan dan menghapuskan musuh yang tidak boleh dilihat ini "Covid 19".. Mengembalikan dividen tinggi ASB (penat bayar bulan-bulan kalau tak boleh cover dividen huhuhu..) dan juga Dividen Tabung Haji (sebab aku nak kumpul duit cepat untuk pergi haji amin amin..!!) 


This is how Jalur Gemilang of Malaysia Stand
- Never make it up side down

Sebagai seorang dari rakyat Malaysia.. aku juga terkesan akibat serangan Covid 19 ini namun bersyukur masih mempunyai perkerjaan tetapi tidaklah seperti sebelumnya.. Sebagai seorang ayah kene kuat untuk terus mencari sesuap makanan utk santapan seisi keluarga moga rezeki itu sentiasa ada untuk aku insyallah.

Apa pun yang penting adalah aku harapkan semoga semua yang baca dan follow blog ini terselamat dari ancaman bahana Covid 19 ini dan diberi kesihatan yang elok sentiasa serta tidak terputus punca rezeki korang semua. Jom layan lagu Negaraku bawah ni..



Well Faizal Tahir song is always My Number 1

Insyallah selepas ini aku akan terus berusaha untuk update baki kisah liku-liku perjalanan pengembaraan aku di beberapa negara yang masih belum nampak permulaannya hahahaa.. Korang sabar dan tunggu je la.. Ada juga orang suruh aku buat buku tapi tu la.. blog pun tak upate nak tulis buku aduhai memang idok ler.. Yang latest aku dah update entry My World Map kalau rajin klik la dan boleh la tengok latest update peta jajahan aku. k bye..

4 comments:

  1. Selamat menyambut Hari Merdeka & Hari Malaysia..

    Alhamdulillah, semoga Afif sekeluarga sihat walafiat...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur semuga kita rakyat Malaysia Allah lindungi lah dari wabak Covid 19 ni. Risau bila jadi 3 digit balik. wah dah 3 askar.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Menariknya blog ni sebab banyak info pasal travel. In sya Allah nanti ksarie boleh jadikan rujukan bila ada rezeki nak travel nanti. Salam perkenalan

    ReplyDelete
  4. Salam Merdeka. Anak-anak pun dah besar nampaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...