Friday 5 July 2024

Stress Dalam Dilema Nak Update Blog

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Pagi Jumaat yang penuh barakah pada semua yang tak jemu berkunjung ke blog aku ini. Aku doakan semoga semuanya sihat sentiasa dibawah rahmat Ilahi dan diberkati. Apa pun sangat-sangatlah appreciate dengan kunjungan korang ke blog ini especially yang tak jemu-jemu meninggalkan comment di setiap entry.

Alhamdulillah kisah perjalanan Umrah telah selesai dikongsi di dalam blog ini. Namun sekarang agak stress nak update kisah seterusnya. Kisah 3 negara (Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan) di central Asia kita tolak tepi dulu untuk bagi laluan kisah yang tertunggak di 3 buah negara sebelum ini. 

Yang paling mudah nak update tentulah trip ke Bali Indonesia sebab hanya memakan masa selama 5 hari dan ia berlaku pada Februari tahun ini. Berbanding trip ke Xian selama 10 hari dan Perth selama 8 hari dan ia memerlukan aku untuk buka dairy semula tentang kisah perjalanan tersebut dan memerlukan banyak searching di Google and so on. Dan tentu agak susah nak update. :P

Bali Indonesia? Xian China? atau Perth Australia? Morocco  Oman 

Dalam otak aku sekarang ni tengah fikir why not aku update satu entry summery untuk semua negara terlebih dahulu sebelum aku start dengan first part. At least aku rasa tak la hilang arah di kemudian hari hahaha.. :D Tapi rasa macam tak menarik la pulak sebab macam dah bagitau jalan cerita. Macam buat trailer movie tapi pi bagitau semua jalan cerita.

Ke apa pendapat korang semua? By the way Insyallah dalam masa terdekat ni jika tiada halangan. For the first time untuk blog Travel My Way ini. Aku nak buat giveaway pada rakan blogger dan pembaca. Ianya bukanlah contest tapi lebih kepada nak berterima kasih atas support blog ini. Apa pun hadiah insyallah dari barang-barang yang disambar ketika travel la. Should be i think.

Dan juga insyallah aku akan kemas kini blog list kat side bar blog ini. Sebab aku perhatikan ada few blogger yang macam dah tak aktif sebab itu semua blog list yang aku buat masa 2012 - 2018 kalau tak silap. So nak kena update di situ Insyallah. Makanya yang belum perkenalkan diri silalah berbuat demikian ya.. :D

Nak Iklan Sekejap... :D

 Ada yang dah terbeli ke? Rindu pulak nak balik kampung ke Afrika ni :D

Tuesday 2 July 2024

10 Tips Membawa Anak Travel Backpack Ke Luar Negara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah selesai perkongsian sebanyak 16 entry kisah di Umrah di tanah suci. Maka aku akan stress nak update negara mana pulak selepas ini. Sebab banyak juga yang tertangguh kisah pengembaraan di beberapa negara yang belum di update. Apa pun kepada yang dah baca semua 16 entry di tanah suci dan juga yang memberi comment aku ucapakan jutaan terima kasih.

Takut sebenarnya nak up entry pasal tajuk ni. Ye lah kita bukan la hebat sangat atau otai mana dalam dunia travel ni. Tapi itulah rasa nak berkongsi dari pengalaman travel dari anak seorang sehinggalah anak 4 orang yang semuanya masih kecil-kecil lagi. At this moment yang sulung umur 9 tahun yang bongsu 1 tahun 12 bulan.

Insyallah aku akan berkongsi beberapa tips dari pengalaman membawa anak-anak travel ke Australia, Morocco, China, Iran, Indonesia, Singapore dan yang terbaru Central Asia iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Yang mana semua tempat ini berlainan suhu, cuaca dan culture. So aku akan combine kan kesemua tips dalam entry ini Insyallah.

1. Latih Anak Untuk Banyak Berjalan

Sebelum bawa anak-anak travel backpack pastikan anak-anda ada stamina yang kuat walau kita tidaklah expect dia akan sekuat kita. Kita boleh cuba bawa anak ke tempat-tempat yang menyeronokkan yang memerlukan kita banyak berjalan. Contoh seperti Zoo Negara, bersiar-siar di kawasan taman seperti Taman Tasik Titiwangsa. Dan yang selalu aku buat adalah bawa anak-anak pergi hiking.

2. Sediakan Mainan Atau Buku Menulis & Berwarna Di Dalam Flight

Jika anda menaiki flight yang lama sehingga lebih 4 jam terutamanya. Sediakanlah sesuatu untuk anak-anak bermain bagi mengelak mereka rasa boring dan kemudian meragam sehingga membuat bising di dalam flight. Walau handphone adalah solution terbaik nak bagi anak-anak diam tapi aku tak akan sekali-kali bagi anak main handphone.

Sediakan buku untuk mereka menulis/menconteng atau mewarna. Sediakan mainan simple yang mereka boleh bermain. Sebab tu pada kebiasaannya aku akan pergi Kedai RM2.00 ECO dan shopping semua-semua benda ni. Sediakanlah handphone atau ipad itu sebagai solution terakhir sekiranya mereka dah pun boring dan meragam dengan menulis dan bermain.

3. Penatkan Anak Sebelum Menaiki Flight

Rancang pergerakan anda seawal dan sebijak mungkin. Tak kira pukul berapa pun flight anda pastikan anak tidak tidur sebelum boarding. Satu perkara yang selalu aku pastikan ialah apabila masuk flight dalam first 20 minit semua anak-anak pasti akan tertidur. Andai kata flight pukul 6.00 pagi sekali pun kejut anak-anak banguan seawal jam 1 pagi dan bagi mereka entertainment untuk bagi mereka stay awake.

Walau penerbangan selama 1 jam terbang ke Singapore dari KLIA. Insyallah dengan teknik yang betul. Anak-anak akan tidur sepanjang 1 jam flight itu. Antara perkara lain adalah penatkan anak-anak anda bermain sebelum boarding. That is why aku suka datang awal at least 2 jam sebelum flight. Sebab KLIA pun agak menarik untuk bawa anak-anak berjalan. Yang ada baby tu try bagi susu selepas boarding supaya mereka tertidur semasa menyusu.


4. Sediakan Gula-Gula & Coklat Untuk Anak

Ini juga adalah sesuatu yang paling penting dari dalam flight sehinggalah sepanjang masa anda mengembara di sesebuah negara berkenaan. Dan paling utama ia akan menjimatkan anda sehingga ratusan ringgit. Bayangkan kalau bawa anak ke Europe jika satu gula-gula atau coklat berharga 1.00 Euro bersamaan RM5.00 kalau ada ada 3 orang anak? Dan kalau sehari 2-3 kali beli? Stay pulak 8-10 hari? hahahaa.. Memang makan ratusan ringgit yer.

Ia juga berguna nak senyapkan anak di dalam flight tapi bukan bagi selalu. Sekali dia minta tahan dulu tunggu selepas 2 - 3 kali baru anda bagi sekali. Janganlah dalam sejam habis sebatang Mentos tu. Jadilah parent yang bijak. Belilah dengan kuantiti yang banyak dan pelbagai jenis supaya anak tak boring kunyah benda yang sama.

5. Jangan Bawa Anak Travel Backpack Terlalu Lama

Ini pesanan aku untuk yang travel BACKPACK sahaja yer. Anak tidak mempunyai kefahaman seperti kita bila travel rasa seronok dengan melihat keindahan dan kecantikan di negara lain. Bagi budak pantai tetap pantai dan bangunan tetap bangunan. Pada pengalaman aku budak hanya boleh bertahan 4 hari sahaja backpack. Sebab selepas itu kita akan perasan yang mereka mula exhausted dan boring. 

Especially bila kita travel ke negara yang bukan friendly kids. Japan, Souht Korea dan Taiwan itu kita boleh kategorikan sebagai negara friendly kids sebab mudah untuk bawa anak dan memang menyediakan banyak kemudahan bagi mereka yang travel dengan anak kecil. Macam Central Asia dan sesetengah negara Middle East agak kurang sesuai membawa anak untuk travel sekali.


6. Bukan Semua Negara Sesuai Bawa Anak Untuk Travel

Untuk travel backpack anda bukan boleh meredah begitu sahaja. Mungkin boleh semasa anda travel solo atau berpasangan dengan otai yang selalu travel. Tapi bila anda travel membawa anak maka tolonglah study A-Z mengenai setiap inci perjalanan anda sepanjang travel. Jangan disebabkan anda anak-anak akan menjadi mangsa. Bila membuat study sebelum travel kita akan mengetahui banyak perkara lagi-lagi soal keselamatan.

Ini termasuklah mengenal pasti keadaan cuaca. Try to avoid membawa anak travel di negara yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Ketahanan anak kecil tidaklah sama seperti kita orang dewasa. Apalah yang seronoknya bila travel dan tiba-tiba anak pulak demam atau jatuh sakit ketika travel. Somehow kita as parent we should know tahap ketahanan anak kita sendiri.

7. Bawa Ubat Dan Vitamin Untuk Anak

Sediakan ubat yang basic untuk anak-anak seperti ubat demam, batuk dan selsema, plaster luka, ubat sapu angin. Lagi-lagi kalau dah tahu nak pergi negara yang sedang berada dalam cuaca winter. Untuk peratus anak mendapat demam dan selsema tu agak tinggi. Dan Cool Fever adalah sangat-sangat berguna ketika travel bawa anak ke negara winter. Memang akan guna sepanjang masa.

Dan Vitamin untuk anak bagi aku adalah wajib. Especially dengan cuaca negara yang berlainan dari negara kita. Apa pun janganlah bila dah travel baru nak bagi Vitamin pada anak takut tak sesuai dan sebagainya. Try bagi at least seminggu dua sebelum travel. At least dapat kuatkan imunisasi anak sebelum travel dan dia dah biasa makan vitamin tu.

8. Jangan Terlalu Memaksa Anak Untuk Buat Apa yang Kita Buat

Kalau dah namanya bawa anak maka secara automatiknya akan ada a few thing dalam travel kita tak boleh buat. Contoh Bungee Jumping if you nak buat then buat seorang diri. Jangan Paksa anak buat atau ikut sekali ke situ. Pergi hiking ke puncak gunung yang merbahaya atau kawasan air terjun yang merbahaya. Atau juga kawasan yang mengandungi tahap udara yang tidak sihat seperti gunung berapi.

Dan paling penting jangan sekali-kali tinggal anak-anak dalam hotel atau apartment yang kita tinggal just because kita nak pergi buat sesuatu yang anak-anak tak boleh ikut sama. Memang akan ada banyak perkara yang kita kena korban, kalau bawa anak sekali pergi travel and that what it cost.


9. Rancang Aktiviti Untuk Anak Semasa Travel

Satu antara kesilapan besar parent adalah apabila bawa anak travel tapi tiada langsung langsung aktiviti khas untuk anak. Yang selalu dirancang adalah aktiviti untuk mak ayah itu sendiri dan aktiviti untuk anak adalah just enjoy dengan apa yang mak ayah akan buat nanti. NO.. Macam mana kita nak anak tak kacau kita masa beraktiviti sama juga anak-anak nak bermain sambil mak ayah melayan dan menjaga mereka.

Contoh la kalau dah tahu pergi check in hotel tepi pantai tapi mak ayah sibuk nak naik jetski, naik banana bot bagai. Anak nak sentuh pasir pantai pun tak ada masa. Tak boleh la macam tu. Kena ada masa duduk dengan anak main pasir pantai tu. 


10. Lebih Baik Jangan Bawa Anak Dari Bawa Anak

Ini khas bagi parent yang tak cukup bajet serius aku cakap. You akan menyeksa anak you all. Disebabkan tak cukup bajet anda akan cut off banyak benda dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Sebab kena ingat yer untuk bawa anak ini memang akan cost you more then what you expect. Even you travel backpack sebab nak murah tapi janganlah sampai menyeksa diri dan keluarga.

Dan yang kedua if you adalah parent yang panas baran. Then better jangan bawa anak langsung pergi travel. Sebab bila travel backpack ni anak memang akan meragam tak kesah la apa jua kita buat untuk mereka. Sebab kadang-kadang mereka penat, lapar dan most command thing keadaan persekitaran yang membuat mereka rasa tak selesa dan susah nak hidup. Di Sweden kalau you tampar anak even you are tourist you kena tangkap tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...