Sunday 3 November 2024

Bali Part 5 : Lunch Di Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku - Pekan Ubud

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 4 : Abian Desa Padi Terrace - Tegallalang Pakudui

Perjalanan kami diteruskan lagi selepas penat bergambar sawah padi bertingkat di Tegallalang. Dan masa ni perut masing-masing dah kelaparan yang teramat. Masuk jer dalam kereta avanza Pak Supir terus aku tunjukkan lokasi restoran halal yang telah aku search sebelum datang ke Bali.

Masa di Tegallalang kami tak turun sangat ke bawah especially area sawah padi sebab padinya telah dituai. Maka pemandangan tidaklah begitu cantik atau menarik untuk bergambar. Ditambah lagi dengan cuaca yang agak panas. Tapi orang putih memang selamber jer berjalan tengah panas nak bergambar di batas sawah padi.

Selamat Datang Ke Restoran Nasi Ayam Kedewataan Ibu Mangku - Ubud.
Restoran Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku yang terletak di Pekan Ubud. Dan Pak Supir pun okay sebab katanya dalam satu perjalanan ke hotel yang kami telah booking. Tak sampai 30 minit lebih kurang 11 km dari Tegallalang, Alhamdulillah kami sampai dan terus pak supir mencari parking. Agak ramai juga pengunjung pada ketika ini.

Perjalanan memakan masa 25-30 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.
Suasana biasa ketika perjalanan dari Tegallalang ke Ubud kata Pak Supir.

Syukur ada penjaga jalan yang disediakan oleh pihak restoran untuk para pengunjung yang hadir ke sini. Tiada bayaran parking yang dikenakan disebabkan yang hadir ke sini pasti akan menjadi tetamu bukan ke tempat lain. Kerna di sini adalah kawasan perumahan semata-mata.

Apa yang aku amat tertarik di restoran ini adalah suasana tempat makan yang unik seperti di halaman kampung. Ada meja yang disediakan di sebelah kolam, ada di anjung rumah, ada di bawah pokok, ada tempat makan bersila di dalam gazebo. Seperti nya pilih aja tempat makan mana yang enak di mata kita.

Jom lihat area tempat makan yang disediakan dalam restoran ini.
Salah satu tempat makan duduk bersila yang disediakan.
Tempat makan dengan suasana kampung. Tenang dan aman jer rasanya :D
Laluan dari kaunter dihadapan menuju ke arah tempat makan di belakang.
Kami memilih untuk duduk makan bersila di salah satu gazebo yang terletak di bahagian belakang. Dengan suasana yang dihiasi pokok-pokok dan rumah kampung serta bunyi serangga haha.. felling dia memang best sangat-sangat. Oh ya tempat makan indoor juga disediakan tapi nampak tiada yang berminat sebab nampak kosong sahaja.

Ini tempat makan yang paling belakang sekali.
Ust Anas "Buah ni boleh makan ke tidak?" Cikgu Hani "Cuba tanya patung tu".
Gazebo belakang Cikgu Hani tu lah tempat kami duduk :D
Ukiran dari Buah Kelapa. Memang kreatif orang-orang di Bali ini.
Menu makanan di sini sangatlah simple hanya ada 4 jenis hidangan sahaja. Dan Nasi Ayam Kedewatan Special adalah sangat recommanded iaitu Nasi Putih dengan lauk dipisah yaitu Ayam Gerangasem (Ayam Goreng), Ayam Suir, Ati Ampela, Sayur Urab, Kacang Goreng, Sambal Embe, Telur Pindang, Sate Lilit, Pepes Ayam, Gorengan Kulit Ayam dan Kuah Betutu berharga IDR35,000 bersamaan MYR9.75 sahaja.

Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku telah beroperasi semenjak 1963. Pada awalnya Ibu Mangku telah berniaga dari satu tempat ke tempat yang lain dan pada tahun 1968 Ibu Mangku telah mendapat satu tapak untuk berniaga dan beliau telah berniaga selama 18 tahun dan kemudian beliau berniaga di rumah sendiri iaitu di lokasi sekarang ini.

Menu makanan bermula IDR15,000 sehinggalah ke IDR35,000.
Dan pada tahun 2003 dan 2006 dua cawangan telah dibuka iaitu di Jalan Tukad Badung Nomor 11 Renon, Denpasar dan di  Jalan Kayu Jati Monor 12 Petitenget, Seminyak oleh anak-anak beliau dengan mengekalkan keaslian rasa dan cara masakan yang traditional. Dan jika ke cawangan di Denpasar akan ada 5 hidangan dan di Seminyak cuma ada 3 hidangan sahaja.

Kelihatan hampir kesemua tempat dipenuhi pengunjung semasa kami ingin pulang.
Ust Anas dengan Cikgu Hani dan wife aku pilih Nasi Ayam Kedewatan Special IDR35,000 x 2. Dan aku bersama Pak Supir pilih Nasi Ayam Kedewatan Biasa IDR30,000 x 2. Dan aku dengan wife minta nasi tambah serta ayam goreng extra. Lapar sangat sebab dari petang semalam sebelum flight kami tak makan nasi atau proper food lagi. 

Bagi aku memang sedap hidangan nasi ayam ini ditambah lagi ada kuah kosong yang cair tapi sedap yang dihidang dalam mangkuk kecil. Rasa dia macam ada la ala-ala gulai ayam cara orang utara masak. Nasib kuah ni free so kami minta refill dua kali huhuu.

Kami hanya ambil keropok ikan sahaja. Yang baju putih la Pak Supir kami.
Kerepak Ubi, Kerepek Pisang dan Pisang Salai juga ada dijual di sini.
Di hadapan Restoran Nasi Ayam ini terdapat sebuah Pura (Temple).
Dan sebelum kita masuk ke bahagian tempat makan kita boleh memilih beberapa jenis keropok yang disediakan di hadapan kaunter. Ada banyak jenis keropok termasuklah keropok ikan dan udang. Tapi yang paling best adalah keropok kulit lembu (Sapi). So kalau nak selamat bertanyalah dahulu sebelum ambil mana-mana keropok.

Oh ya cara order makanan adalah kita duduk terlebih dahulu di tempat mana yang kita mahu. Tapi jika keadaan penuh dengan pengunjung kita harus menunggu di depan kaunter sehingga dipanggil dan diberikan tempat duduk but in that case kita tak boleh la nak pilih tempat mana yang kita nak duduk.

Bersambung Indonesia Bali Part 6 : Lovely Stay At Yarama Cottages - Pixelatte Cafe (Under Construction)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...