Monday, 25 August 2025

Uzbekistan Part 11 : Chorsu Bazaar - The Oldest Market From The Great Silk Road

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Dari Kolkadash Madrasah kami berjalan kaki sejauh 700 meter menuju ke Chorsu Bazaar atau dikenali sebagai Eski Juva. Ia adalah salah satu The Oldest & Most Significant Markets in Central Asia. Dan ia telah pun mula beroperasi sebelum kurun ke-14 ketika Pemerintahan Dinasti Timurid (1370-1507M) yang memerintah dari Black Sea sehingga ke Kashgar, China.

The Oldest Market in Central Asia - Chorsu Bazaar in Tashkent, Uzbekistan. 
Walaupun jarak 700 meter untuk sampai ke bangunan Chorsu Bazaar tapi ia tidaklah terasa jauh langsung kerana dari sebelah Kolkadash Madarsah lagi terdapat peniaga yang membuka khemah dan telah menjadi sebahagian dari Chorsu Bazaar. Ia termasuklah Chorsu Flower Marekt, Chorsu Cloth Market, Chorsu Gold Center dan Souvenir Market.

Bergambar terlebih dahulu sebelum masuk ke Chorsu Bazaar.
Area pertama yang kami masuk ini banyak menjual pakaian dan buku-buku.
Masuk sahaja bahagian luar Chorsu Bazaar ini terus kelaparan sebab pagi tadi memang makan tak proper dan di sini bau makanan yang sedap-sedap seperti roti yang baru keluar dari ketuhar arang api. Dan bau daging-daging yang dibakar serta bau sup daging yang kaya dengan rempah ratus. 

Belum lagi cerita bau kebab, samosa dan sebagainya yang banyak dijual oleh ramai peniaga di sini. Dan buah-buahan yang begitu segar turut dijual merata di sepanjang kami berjalan menuju ke bangunan utama Chorsu Bazaar.

Sayuran dan buah-buahan segar yang dijual murah.
Pelbagai jenis roti yang enak dimakan begitu sahaja. Seriously tak tipu hahaha :D
Strawberry dan pisang antara dua buah yang kami beli ketika ini.
Bau dari kebab yang dibakar tu memang mencabar iman hahaha..
Sambil berjalan menuju ke bangunan utama Chorsu Bazaar, kami beberapa kali berhenti untuk membeli roti, pastry dan apa jua makanan yang menyelerakan. Harga makanan di bahagian luar ini tidaklah begitu mahal berbanding di dalam.

The kids juga tak melepaskan peluang meminta pelbagai makanan especially roti-roti yang menarik di mata mereka. Dan kami sempat juga membeli beberapa souvenir di sini disebabkan harganya yang agak murah berbanding di kawasan luar.

Fridge Magnet yang sangat cantik dan pelbagai nama bandar di dalam Uzbekistan.
Hari ni belum pun habis seminggu dari tarikh Hari Raya Aidilfitri namun kawasan bazaar ini dipenuhi dengan umat manusia. Baik yang menjual atau yang datang untuk membeli. Kalau di Malaysia confirm seminggu tutup lengang jer pasar-pasar besar utama di Malaysia. 

Setiap negara berbeza sambutan raya mereka. Patutlah orang luar kata orang Malaysia sambut hari raya paling meriah dalam dunia. Pejabat, kedai dan apa jua perniagaan semuanya ditutup. Dan semua meraikan raya di kampung halaman.

Ikutkan hati carpet pun aku nak beli bawa balik Malaysia ๐Ÿ˜…
Antara pakaian traditional Uzbeks yang dijual. Harga mengikut grad dan jenis kain.
Pakaian traditional yang dijual juga amatlah cantik namun ketebalan pakaian itu tidak sesuai dipakai di Malaysia yang selalu winter hahaha.. Antara lain yang menarik adalah pinggan dan piring ceramic yang bercorak-corak dan berwarna-warni. Hampir sama seperti yang aku beli dan dibawa pulang dari Morocco (Still have it today after 9 years).

Memang teringin sangat nak beli piring-piring yang bercorak ini apatah lagi terdapat set cawan dan teka yang ceramic yang mempunyai pelbagai corak. Tapi tahu tidak mudah untuk dibawa balik. Belajar dari pengalaman di Morocco yang lalu bahawa kesemua ceramic in harus masuk ke dalam check in luggage. Tak boleh dibawa as hand carry.

Set cawan dengan teko ceramic tu cantiknya la hai.. yang set mangkuk tu pun..
Mampu tengok jer lah.. Nak bawa balik memang tak boleh.
Buah-buahan yang segar especially strawberries and other berries. Dan segala jenis sayuran dan bijiran segar dijual dengan banyaknya di sini. Bayangkan dalam satu baris ada 10-15 peniaga yang menjual benda yang sama tanpa ada perselisihan apatah lagi pergaduhan dan mereka berborak, bergelak tawa dan saling bantu membantu. 

Harga berlainan mengikut kualiti. Kalau yg ini murah sekilo tak sampai RM10.00.
Kira-kira setengah jam lebih akhirnya kami sampai jua ke bangunan Chorsu Bazaar. Setelah berjalan dan berhenti makan untuk beberapa kali. Di kawasan dalam lebih teratur susunan para peniaga. Terdapat juga section menjual barangan kemas tapi part tu kami tak masuk la. 

Cukup luas area Chorsu Bazaar ni dan rasanya kalau mencari sesuatu kita kena tahu mana satu section yang perlu kita masuk. Dan antara yang menarik adalah di bahagian rempah ratus yang ada beratus jenis dijual oleh puluhan peniaga.

Kita yang datang berjalan pun tak tahan dengan kesejukan.
 Tak tahu macam mana para peniaga ini tahan dari pagi sampai ke malam.

Chorsu Bazaar ini ketika di zaman Middel Ages adalah salah satu hentian utama The Great Silk Road. Dan dari situ ia mula menjadi tempat peniagaan dan menjadi tempat penukaran barang dagangan. Dan ia terus berkembang dari tahun demi tahun sehingga menjadi sebuah bazaar utama dalam Silk Road.

Perkataan Chorsu diambil dari Bahasa Tajik yang bermaksud "Crossroad" atau "Four Stream". Dan bangunan baru (termasuk The Blue Dome) seperti yang sedia ada sekarang ini telah dibina pada tahun 1980 oleh Vladimir Azimov dan Sabir Adylov et al dengan menyerapkan seni bina dari Soviet Modernism style.

Bersambung Uzbekistan Part 12 : (Under Construction)

Saturday, 23 August 2025

Update Kosong Celoteh Hujung Minggu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Kita sedang berada di hujung bulan Ogos. Tak lama lagi tanpa disedari September bakal menjelma. Haishh.. Mood nak update blog masih lagi di paras rendah yang amat membimbangkan hahaha.. ๐Ÿ˜…

Urusan kerja yang terlalu sibuk. Lagi-lagi bila bos dah tahu kita apply cuti bulan depan dan cuti pun syukur alhamdulillah diluluskan. Tapi macam biasalah disebalik cuti diberi, kerja pun di double kan hahaha.. ๐Ÿฅฒ

Dan somehow almost setiap malam akan spend time depan laptop. Menyiapkan itinerary yang bakal digunakan bulan depan nanti. Persiapan 50% dah selesai setakat ini. Separuh accommodation pun telah selesai ditempah dan dibayar.

Orange Americano menjadi ketagihan aku bulan ni ๐Ÿ˜…
Menyiapkan itinerary di rumah penuh dengan cabaran selagi mana the kids belum tidur. Tapi nak tunggu the kids tidur kena stay awake lewat malam pula. Kadang-kadang cuba menyiapkan itinerary di cafe di antara waktu selepas balik kerja dan sebelum ambil anak-anak balik.

Menu malam tadi masak main campak-campak maka jadilah Kari Ayam.
Hari ni Sabtu kepenatan juga sebab kami sekeluarga menghadiri Sport Day sekolah Afnan - Ranger Adventure Hunt bertempat di Quayside Mall di Teluk Penglima Garang. Sejam juga drive dari rumah. Waktu datang awal pagi semua tertidur dan waktu balik pun tertidur akibat kepenatan.

Affan Sport Day - Ranger Adventure Hunt.
Insyallah jika diizinkan Allah maka bulan depan dapatlah aku capai cita-cita untuk menjejakan kaki ke negara yang ke 48, 49 dan 50. Apa pun semuanya bergantung kepada keadaan bila tiba di destinasi nanti.

Hampir setahun tidak travel ke mana-mana selepas yang terakhir ke Romania dan Bulgaria secara solo pada bulan Oktober 2024. Insyallah next month kita bawa wife sekali. The kids? Hurmm tak bawa rasanya hahaa.. sebab utama adalah tak ada budget untuk mereka kali ini ๐Ÿ˜…

Wednesday, 20 August 2025

Orang Kaya Naik Kapal Terbang Tak Perlu Bayar Cukai?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Petang-petang ni macam nak bertanya sedikit. 

Kenapa orang kaya sewa pesawat kapal terbang mewah ke luar negara atau dalam negara tak dikenakan cukai..?

Walhal kalau kita marhain nak beli flight tiket ke luar atau dalam negara bermacam-macam cukai dikenakan..



Monday, 18 August 2025

Uzbekistan Part 10 : Kokaldash Madrasah - TaลŸkent'in Eski ลžehir (The Old Village)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Balik dari Magic City Park, kami semua kepenatan. The kids lah yang terpaling penat. Sampai hostel mandi dan terus tidur. Tapi aku as a father waktu mereka sedang tidur tu, keluar sekejap mencari makanan untuk dinner malam ini. Alhamdulillah dapat beli ayam untuk di masak. Tapi yang susah tu part nak masak.

Interior Kokaldash Madrasah build in 15 century by Syaibanid Dynasty.
Nama pun hostel with sharing kitchen kan. Maka tak boleh la nak masak something smelly and heavy. Kita buka paste kari dan masukan ke dalam periuk yang telah ditumis bawang holland. Tak boleh pakai bawa merah nanti kuat bau huhu. Letak ayam dan campur air sikit terus tutup. Bila mendidih terus angkat sambil sebelah masak nasi guna periuk atas api.

Agak struggle juga bila dapat hostel instead apartment yang kami perlukan. Lepas masak bawa masuk bilik di tingkat 4, tukar bekas bagai dan kena kembalikan semula semua periuk di kitchen sebab nanti orang lain juga nak pakai. 

Arriving TaลŸkent'in Eski ลžehir (The Old Village) by Yandex.
Antara pameran peralatan lama yang digunakan oleh masyarakat terdahulu.
Pintu rumah traditional yang digunakan oleh penduduk di sini. 
Keesokan pagi kami bersiap dan terus keluar dari hostel seawal pagi. Dan misi hari ini untuk menziarahi beberapa tempat di area Chorsu yang terletak hampir 7 km dari hostel dengan menaiki Yandex. Dan destinasi pertama kami adalah kawasan pelancong kota lama iaitu Eski Shahar Turistik Hududi.

"Sebuah kawasan kejiranan yang terkenal dengan seni bina dari kurun ke-16 yang dipelihara dengan baik dengan gabungan penampilan rumah batu dan kayu tradisional. Di sebalik kawasan perumahan bersejarah, kawasan ini menawarkan suasana tarikan kebudayaan, makanan traditional dan peluang untuk mengalami gaya hidup tempatan" - Sumber Google.

Hampir kesemua bangunan dan rumah di sini telah dinaik taraf.
 Tidak kelihatan langsung seperti ia telah dibina ratusan dahulu.
Ada beberapa tempat rehat yang disediakan dan peralatan lama yang pernah digunakan.
Nothing much to see here maka menujulah kita ke sebuah masjid yang bersejarah di sini.
Bagi yang meminati suasana bersejarah memang agak teruja dan menakjubkan bila sampai di sini. Tapi bagi yang tidak ianya agak membosankan sebab mostly tiada apa yang ada di sini. Lagi-lagi datang seawal pagi seperti kami. Terdapat juga beberapa buah hotel yang berada di dalam Old Village ini dengan harga dari RM200.00 hingga 400.00 semalam.

Hoja Ahror Valiy Mosque yang dibina 1415 Masihi.
Maka dari Old Village ini kami berjalan kaki menuju ke Hoja Ahror Valiy Mosque dengan jarak 300 meter sahaja. Sebuah masjid bersejarah yang besar dengan seni bina yang amat cantik. Dan laman masjid yang dipenuhi Pokok-Pokok Ru, Apricot dan Plum yang menghiasi suasana. Kemudahan tandas dan ruang solat untuk muslimat juga disediakan di sini.

Pemandangan di perkarangan masjid.
Tandas dan tempat wudu' bagi muslimin dan muslimat juga disediakan.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1451M oleh Sheikh Ubaydullo Khoja Akhror. Ia juga dikenali sebagai Dzhuma Mosque atau kita panggail Juma Mosque. Sebuah masjid yang besar dan digunakan untuk menunaikan dua Solat Aidilfitri dan Aidiladha maka sebab itulah pada kebiasaan di seluruh dunia ia dipanggil Juma Mosque atau di Malaysia Jamek Mosque.

Dari masjid kami menuruni tangga di bahagian depan untuk menuju ke Kokaldash Madrasah.
Selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1868, masjid ini telah terbiar musnah sepenuhnya selama 20 tahun lamanya. Sehinggalah Maharaja Rusia Alexander III memberikan dana untuk kerja-kerja pemulihan pada tahun 1888. Dan disebabkan itulah ia pernah dipanggil Masjid Tsarist untuk masa yang lama selepas pemulihannya.

Pada zaman Soviet, masjid ini telah dirampas dan digunakan sebagai bangunan pentadbiran untuk Kementerian Pendidikan dan kemudiannya oleh pejabat awam yang lain. Renovation terakhir masjid ini adalah pada abad ke-19 yang lalu dengan memasukan arkitek moden dan merobohkan satu-satunya khubah lama dengan menggantikan 3 buah khubah yang baru.

Inilah dia Kokaldash Madrasah yang dibina pada kurun ke-15.
Di bahagian hadapan Kokaldash Madrasah dan the only entrance yang ada.
Boleh lihat khubah Masjid Hoja Ahror Valiy yang tidak jauh dari sini.
Sekadar mengambil gambar sebab belum lagi masuk waktu solat. Kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kolkaldash Madrasah yang terletak 50 meter di hadapan masjid dengan menuruni tangga. Tempat pengajian agama ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini dan telah pun berusia hampir 500 tahun. Tidak seperti madrasah di Hazrati Imam Complex.

Ok jom masuk tempat yang telah melahirkan banyak ulama.
Bayaran untuk entrance adalah 15000 UZS bersamaan MYR5.00.
Masa nak ambil gambar ada pulak gadis Uzbeks main chak chak.. ๐Ÿ˜…
Sekali pandang tepi tengok wife kita sedang memerhati la pulak.. ๐Ÿ˜…
Ia telah dibina pada 1570M oleh Pemerintah Syaibanid. Ketika gempa bumi besar pada 1868, madrasah ini juga telah rosak teruk dan telah dibina semula pada tahun 1902 sehingga 1903. Dan telah menerima kerja-kerja ubah suai untuk dinaik taraf pada tahun 1950-an. Dan ia antara bangunan yang terselamat ketika gempa bumi besar pada tahun 1966.

Semua nampak sama sahaja. Rasanya yang bawah tu kelas dan atas tu bilik.
Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap orang dewasa adalah sebanyak 15000 UZS dan tiada bayaran untuk kanak-kanak. Persekitaran dalam madrasah dikekalkan seperti mana ia mula pertama kali digunakan pada 500 tahun yang lalu.

Kami dapat melihat suasana di dalam madrasah dengan beberapa orang pelajar yang sedang berjalan di perkarangan. Kami juga naik ke tingkat atas melihat bilik yang digunakan oleh ahli sufi dalam mengarang kitab. Dan oleh kerana ia masih lagi digunakan, hanya beberapa bahagian di dalam madrasah sahaja dibenarkan untuk dimasuki oleh pengunjung.

Tangga yang telah berusia 500 tahun.
Antara seni tulisan dari hasil pelajar yang dijual di sini
Kokaldash ini mendapat nama sempena nama adik lelaki (Kulbobo) kepada pemerintahan pada ketika itu, iaitu Abdullahan II dari Syaibanid Dynasty. Yang telah meninggal dunia sebelum beliau menaiki takhta. Terdapat 38 bilik yang dibina untuk penginapan para pelajar dan guru. Dan beberapa buah kelas, tempat makan dan sebuah masjid juga telah dibina. 

Kenapa nak bina ruang solat sedangkan ada sebuah masjid yang besar di sebelah madarasah? Ini menunjukan pada ketika pelajar sedang belajar mereka tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar bagi membolehkan mereka fokus belajar dengan baik. Oleh itu juga binaan madrasah ini hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja macam penjara.

Bersambung Uzbekistan Part 11 : Eating Palov - A Main Traditional Dish At Chorsu Bazaar (Under Construction)

Friday, 15 August 2025

3 Perkara Menyentuh Hati Yang Terjadi Hari Ini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masih tiada mood nak update kisah kembara di bumi central asia. Maka marilah kita berceloteh di petang hari ni. Ada 3 kejadian yang berlaku depan mata aku hari ini yang menjadi tanda tanya pada diri aku. Dan aku pun saja nak berkongsi di sini.

Pertama - Pagi tadi aku singgah ke 99 Speed Mart nak beli beras sebab beras di rumah dah habis. Dan semasa dalam kedai kelihatan seorang akak yang mungkin di awal 40-an sedang membeli barang.

Dengan gigihnya dia ambil semua barang keperluan seperti gula, tepung, telur, minyak masak dan pelbagai lagi barang lain di dalam bakul yang dijinjing sebelah tangan dan last sekali dia ambil beras 10kg.

Terasa kesian di situ tapi nampak akak tu manage untuk angkat semua barang tu walau dalam keadaan struggle sampai ada barang yang terjatuh ketika dia susun barang di kaunter.

Selepas bayar dan keluar dari kedai kelihatan si suami sedang menunggu sambil menghisap rokok.. Aku macam eh? Bini kau beli barang banyak, berat pulak tu.. kau steady hisap rokok kat luar? At least teman dan tolong la si isteri membeli barang keperluan. Dah confirm nanti yang masak pun isteri kau. Serius aku tak faham lelaki jenis macam ni.

Kedua - Tengah hari tadi kami sekeluarga berempat makan di restoran sebab tak sempat nak masak, terkejar-kejar buat kerja dengan nak ambil report card anak lagi di sekolah. Dan yang di sini juga ada yang menyakitkan hati juga.

Tak jauh dari meja kami ada satu keluarga. Suami, isteri bersama dua anak lelaki yang masih kecil dan nampak terlalu aktif dan ada seorang bayi yang pangku si ibu. Ketika makanan sampai. Si ayah hanya bermain hp sambil menjamah makanan.

Tak kesah langsung keadaan bayi yang sedikit meragam dan dua anak lagi yang sedang bermain sambil buat bising. Nampak si ibu struggle untuk menjamah makanan dihadapan beliau. Aku pun at first sangka baik "Kang habis makan mesti si Ayah tu pulak jaga bayi tu".

Tapi bila habis makanan si ayah terus bangun dan berjalan ke arah pintu keluar sambil tangan mengeluarkan kotak rokok. Aku macam what? Tinggalkan si isteri yang sedang struggle nak makan dan nak jaga semua anak-anak macam tu jer?

Ketiga - Ketika sedang menunggu anak balik dari sekolah aku singgah di warung burger yang tak jauh dari sekolah anak aku. Tetiba teringin nak makan burger. Masa aku sampai ada seorang abang ni bersama 3 orang anak dia.

Masa dia order tu aku terdengarlah "Saya nak burger daging dua, burger ayam satu.. Dan satu lagi nak roti, sayur dengan sos sahaja tak nak burger". Terus tersentak kat telinga aku.. "Ah sudah kenapa macam tu".

Dalam hati macam dah tak boleh sangka baik. Tak mampu ke? Tapi demi nak membahagiakan anak-anak makan burger dia sanggup makan roti sahaja? Di dalam percaturan dalam otak macam mana nak tolong abang ni.

Tiba-tiba customer belakang aku bersuara. "Bang.. Burger untuk brother ni dengan anak-anak dia saya bayar kan - 2 Daging 2 Ayam". Sambil terus meletakan duit dalam bekas duit peniaga burger tu. 

Abang tu terus toleh dan kata "eh tak perlu, biasalah nak bawa anak makan burger.." Customer belakang aku kata "Tak apa bang, dah bayar dah pun, amik jer.. hari ni kan jumaat jangan halang orang nak buat pahala".

Memang padu ayat customer belakang ni. Terus abang tu tak berkata-kata dan bila dapat burger dia berkali-kali ucapkan terima kasih dan terus menaiki kereta kancil yang agak lusuh dimakan zaman lalu meninggalkan warung burger ini. 

Struggle is real.. Dan Orang Yang Berhati Baik Masih Lagi Wujud.

Friday, 8 August 2025

Uzbekistan Part 9 : Magic City Park - A Little Cute Disneyland In Tashkent

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai solat asar di Hazrati Imam Jome Mosque, kami order Yandex untuk pulang ke hostel. Dan ketika itu aku tanya dengan the kids if masih larat dan nak berjalan-jalan di satu tempat permainan yang sangat besar. Sebab kalau sebut macam Disneyland confirm diorang tak tahu. Dan kalau dah balik hostel confirm tak keluar dah selepas ini.

Here we are - Safely arrived at Magic City Park, Tashkent.
Than wife aku kata kita pergi jer la. Bagi the kids enjoy dan kita reward the kids sebab dah berjaya travel backpack selama hampir dua minggu dengan perjalanan hampir 1000km. Dan lagi pun nanti malam senang nak bagi mereka tidur awal kalau dah kepenatan. Aku pun okay. But the kids still blurr lagi tak tahu apa itu Magic City.

Pintu masuk utama Magic City tanpa ada entrance fee. Interesting kan?
Kelihatan seperti sebuah bandar di eropah zaman dahulu.
Terdapat pelbagai kedai pakaian, cosmetic dan sukan.
Terus aku order Yandex ke Magic City and somehow ia terletak dalam satu perjalanan pulang ke hostel. Benda boleh jimat kenapa tidak kan hihi. Once kami berhenti di hadapan Magic City Park. The kids la yang kecoh keseronokan sebab nampak Magic City yang kelihatan seperti sebuah taman tema yang sangat menarik bagi mereka.

MiniSo berada di mana-mana sahaja dari Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. 
Dalam hati aku "Eh tadi bukan main penat kata tak larat dan nak balik hostel nak tidur la.. apa la.." Kami pun berjalan ke arah pintu masuk dan di sini terdapat ramai polis dan askar yang menjaga keselamatan dan memeriksa setiap orang.

Kesemua beg kami di check seperti di airport. But syukur tiada apa yang menakutkan walau ramai anggota keselamatan yang memegang senjata berat. Dan kelihatan dua buah kereta perisai juga diletak di kiri dan kanan Magic City ini.

Di penghujung bandar ini kelihatan istana Disneyland di sebalik air.
Antara salah satu jalan yang ada di dalam Magic City ini.
Aiskrim, Chocolate, Sweet and Candy berada di mana-mana sahaja.
Bawa kanak-kanak macam kami memang kena cukai jer setiap masa hahaha.. :D
Semasa pemeriksaan ada satu soalan dari seorang polis wanita yang bertanya apa bungkusan hitam dalam beg aku.

Terus aku macam bungkusan apa pulak? Bila tengok terus aku tersenyum 'That is my baby pampers.. popo.. i forgot to throw it away.." Dan dia jawap "Please throw it now''. Sambil aku terus membuangnya ke dalam tong sampah.

Nak makan seafood or nak makan steak pun ada banyak pilihan kedai di sini.
Dan kami melangkah masuk dan lebih menakjubkan tiada sebarang bayaran masuk yang dikenakan sehinggalah kita nak main sesuatu permainan seperti train kanak-kanak, masuk ke rumah snow white, rumah hantu dan sebagainya. 

Selagi kita tak main atau masuk ke sesuatu tempat permainan selagi itu kita boleh berjalan ke semua tempat dengan percuma. Di sini juga terdapat banyak kedai makanan halal, cafe, chocolate and sweet shop, souvenir shop. Dan terdapat banyak kedai barangan berjenama dari pakaian sukan sehinggalah pakaian casual, jam, kasut dan lain-lain.

Kalau datang tepat pada waktunya akan ada pertunjukan air di sini.
Tapi time winter sekarang ini tak sure ada ke tidak.
Besar Ramiz Restaurant dari Turkiye ini. Satu bangunan tu di seorang sahaja.
Menakjubkan juga tiada entrance fee di sini. Dan kami mula meredah disetiap jalan dan lorong yang pasti akan ada sahaja sesuatu yang menarik untuk dilihat atau di explore. Restoran dari pelbagai negara ada di sini seperti China, Japan, Turkey, India dan Middle East. Dan terdapat juga perpuluh restoran fast food yang menjual burger dan pizza.

Dari rumah permainan kanak-kanak sehinggalah ada pawagan khas untuk cerita-cerita kanak-kanak. Terdapat juga sebuah istana seperti di Disneyland yang terletak di hujung park ini yang mempunyai menara setinggi 60 meter dengan sebuah kolam buatan yang sangat besar.

Kalau dapat Garfield kuning yang besar tu macam mana la nak bawa balik Malaysia hahaha.. 
Keseluruhan Magic City ini seluas 21 hektar. Kalau spend the whole day memang seronok.
Selepas selesai bermain beberapa permainan walau ada the kids yang masih tak puas hati sebab continuously nak main dan nak main lagi tanpa henti. Kami bawa the kids makan aiskrim dan lepak di salam satu cafe di sini. Dan seterusnya mencari souvenir tapi faham-faham la harga dalam Magic City agak menakutkan mata yang memandang hahaha :D

Seoul Kimbap & Ramen pun ada di sini. Yang pasti mostly di sini adalah halal.
Habis Candy minta Aiskrim. Habis Aiskrim minta chocolate pastu Popcorn.
Dibuka pada tahun 2021. Mempunyai keluasan sehingga 21 hektar. Dan anda memerlukan masa berjam-jam lamanya untuk explore keselurahan Magic City ini. Ini termasuk children’s rides, a laser cinema, an amphitheater for live shows, and Central Asia’s first aquarium. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.30 malam.

Setiap bangunan yang ada di sini adalah berlainan design dari seluruh dunia.
Apa yang menarik di sini adalah restoran dan cafe serta kedai-kedai lain seperti kedai jam, pakaian, jewelry, souvenir dan yang lain-lain tidak dikhaskan di satu-satu tempat. Oleh itu dimana-mana sahaja kita berjalan pasti akan jumpa kedai makan atau cafe bersebelah dengan kedai-kedai lain. 

Berjalan kaki menuju ke first aquaria in Central Asia. 
Dan ia juga menyediakan taman tema indoor, rumah cermin, bowling, dan permainan untuk pengunjung dewasa. Selain itu, taman ini menganjurkan pertunjukan cahaya, muzik dan air pancut harian serta pertunjukan bunga api mingguan. Dan kesemuanya pertunjukan di Magic City ada setiap minggu sepanjang tahun.

First Aquaria in Central Asia in Magic City Park Tashkent.
Design luaran menggunakan seni bina bangunan di Bukhara dan Samarkand.
Waktu kami keluar dari Magic City Park ini suasana menunjukkan waktu matahari dah mula nak terbenam. Dan masa ini the kids semua dah exhausted dengan affan dan afnan dua-dua dah tertidur nyenyak dalam stroller. Dan kami terus order Yandex untuk balik ke hostel. Sampai di hostel memang dah gelap.

Terlalu banyak gambar di Magic City ini yang kami ambil tapi tu lah tak kan nak masuk kan semua, nanti panjang sangat pulak entry ini. Apa pun kalau ke Tashkent letak Magic City ini sebagai salah satu destinasi anda especially jika hadir bersama kanak-kanak. Kalau masa kami banyak di Tashkent pasti akan datang sekali lagi ke sini :D

Bersambung Uzbekistan Part 10 : Kokaldash Madarasah - TaลŸkent'in Eski ลžehir (The Old Village) - Under Construction. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...