Tuesday, 5 August 2025

Lunch Berdua Di Kafe Mak O Mak Melawati

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Okay kita teruskan lagi update blog hari ini sebab tak nak hilangkan mood yang dah layu dan kian menghilang. Thanks pada yang beri semangat dalam comment entry sebelum ni. Seriously memang banyak memberi semangat nak update huhuu.

Betul lah tu.. Memberi comment dapat banyak membantu blogger untuk bersemangat update blog. Insyallah start hari ini nak kena rajin blog walking blog kawan-kawan. Marilah bersama kita bantu membantu memberi semangat hahaha..

Tiberrrr kan... Hahahahah 🤣 🤣 😂 😂 

Kafe Mak O Mak, Taman Melawati.
Ada juga tempat makan diluar yang disediakan.
Hari ini lunch special sikit sebab dapat berdua tanpa ada gangguan dari the kids hahaa. As kami berdua ada kerja sedikit tengah hari ini di Melawati. Selesai kerja terus cari kat mana nak makan. Dengan cuaca yang panas cari lah juga if any kedai makan yang indoor.

Tak nak masuk Melawati Mall sebab kang nak kena masuk kerja balik. Biasa kalau masuk mall nanti mata melilau habis banyak masa hahahaa.. iman tak kuat kan, kang mulalah nak masuk kedai itu ini.. Nak tengok kejap barang tu la.. Yang wanita faham faham la nak masuk watson la.. guardian la.. walau sebenarnya tak ada apa pun nak dibeli. 🤭

Kedai makan ini dua tingkat yer.. Ada tempat makan di bahagian atas juga.
Alhamdulillah makanan semua dah sampai. Moh ler kita menjamu selera.
At last ternampak satu kedai makan ni Kafe Mak O Mak. Indoor dan ada menu nasi and western, heavy and light. So okla park kereta terus masuk kedai. Menu kena order by scan QR di atas meja. Ada banyak pilihan makanan dan minuman. 

Makanan alhamdulillah sedap 👍🏻. Rate 8.5/10 aku bagi untuk makanan yang aku order la iaitu Butter Milk Squid Rice, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Lempeng Kelapa Sambal Ikan Bilis, Asam Boi Lemonade dan Lemon Ice. Jumlah bil RM71.50.

Lempeng Kelapa With Sambal Ikan Bilis - Add on Sugar RM8.00 (Recommended)
Nasi Putih come with Asam Pedas & Butter Milk Squid.
Unexpected portion yang sangat besar untuk Butter Milk Squid RM19.00
Asam Pedas Ikan Tenggiri RM24.00
 Asam Boi Lemonade RM9.00 & Lemon Ice RM5.00.
Lempeng Kelapa tu sedap insyallah boleh jadi asbab nak repeat semata-mata untuk datang makan lempeng sahaja. If tak nak makan dengan Sambal Ikan Bilis boleh pilih with Paru Goreng Belada, Rendang Daging and ada few lagi kot matching dia.

Butter Milk Squid sedap cuma portion banyak sangat sampai tak mampu nak habiskan sebab hujung-hujung tu dah mula muak hahah.. Asam Pedas Ikan tenggiri nice tapi macam agak nipis slice ikan nya. Ye lah barang dah mahal sekarang ni. 

Pelbagai jenis Spaghetti 🍝, Nasi Goreng, English Breakfast, Wedges, Fries 🍟, Cake 🍰, pastry, croissant 🥐 and roti bakar dan telur separuh masak pun ada dijual di sini. Soto dan Lontong juga ada. Boleh la singgah kalau tersesat ke Melawati lepas ni. 👍🏻☺️

46 comments:

  1. Terliur tengok lempeng tu. Harga pun not bad ye. Macam pernah nampak kafe ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lempeng kelapa dia sedap... Makan pula dgn sambal ikan bilis.. terasa masa waktu kecik dulu makan lempeng di kg huhuu.. kafe ni mcm tersorok sikit.. kena perhatu betul2..

      Delete
  2. Ya Allah..banyak nya makanan untuk makan berdua...kita suka lempeng kelapa...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unexpected portion makanan dia banyak kalau tau banyak amik satu lauk jer la huhu.. biasa kan dpt semangkuk kecik jer lauk huhu.. :D

      Delete
  3. kreatifnya nama cafe ni. terliur lempeng kelapa laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan boleh nampak kemelayuan di situ. Lempeng tu boleh try sedap :D

      Delete
  4. apa nih up post pasal makan? nasib baik akak kenyang masa baca posting ni...
    hahahahah okbai
    kak anash ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post pasal makanan la senang.. setengah jam dah boleh siap.. cerita pasal travel 3 hari tulis pun blm tentu siap huhuu.. sila hadam gambar makanan ni semua yer :D

      Delete
  5. Ok..nnt bleh ajak Hata pegi try..Dkt sgt dgn rumah kami..Sepelaung aje kome =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila ... kalau dah sepelaung tu makna kata memang dekat sangat dah tu.. :D

      Delete
  6. Buttermilk kalau makan banyak2 memang muak sikit. Banyak betul portion tu memang tak habis la makan berdua je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap betul even sedap macam mana pun kalau makan banyak2 memang muak huhu.. tak expect portion makanan dia bnyak macam tu huhuu.. :D

      Delete
  7. cantik cafenya....presentation/makanan pun nampak best semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kalau nak chil chil makan sambil lepak di sini.. tempat pun nice deco yng soft tak berat. makanan pun variety.. :D

      Delete
  8. Ada juadah ikan ..sangat menarik makanan tu dek..updated blog gambar makanan menarik pasti hebat..Tahniah update blog dengan konsentan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan ok boleh repeat lgi.. duduk pun dlm indoor utk waktu lunch yg diluar panas huhu.. harap2 boleh consistent update this month ☺️

      Delete
  9. Replies
    1. Itulah butter milk squid tu.. asam.. portion asam pedas biasa jer..

      Delete
  10. Iye la lempeng tu mmg nak fantastic :3
    Melawati ni tak jauh dari rumah, bolehlah kami terjah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lempeng kalau dpt yg betul2 sedap mmg puas hati makan.. kitrg tapau bawa blik bg anak2 makan.. diminta nya lgi huhuu.. dah dekat tu sila la terjah yer.. ☺️👌🏻

      Delete
  11. Memang bahaya kalau masuk mall hanya untuk makan, nanti confirm tersinggah sana sini. hihi...Okay sangat pilihan cafenya ada makanan ringan dan berat. Lempeng tu memang menggoda. Tak makan nasi makan lempeng pun kenyang dah. Umangaiii Butter Milk Squid tu penuh mangkuknya. Besar betul porsi dia. Asam pedas tenggiri tu pun macam berbaloi juga dapat potongan besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Dah ada pengalaman tu yg tak nak masuk mall walau ia sgt convenience utk lunch.. alih alih habis waktu hahaha.. Lempeng tu alhamdulillah sedap.. boleh repeat kalau ke sana lgi.. ☺️👍🏻

      Delete
  12. kalau lunch break masuk mall memang rasa tk cukup masa jekan. betterlah makan kat kedai2 biasa je. godaan dalam mall terlalu bahaya hahaha
    buttermilk squid tu nampak menyelerakan! portion punya besar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk elak dari kalah dgn iman yg lemah.. maka jgn la masuk mall kalau just nak makan lunch hahaha.. mata melilau jer nanti.. betul tu godaan dlm mall itu adalah benar. Buttermilk tu boleh cuba la sedap not bad.. :D

      Delete
  13. lempeng tu sedapnya akan panas2 cicah sambal. generous betul portion lauk, sesuai dgn harga lah kot. Kena share nmpknya kalau nak try mkn sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masa lempeng tu baru smpai panas2 tu alahai sedap jer cicah sambal ikan bilis.. alhamdulillah harga mmg sesuai dgn portion dia yg tak kedekut.. ☺️

      Delete
  14. lempeng tu sedapnya akan panas2 cicah sambal. generous betul portion lauk, sesuai dgn harga lah kot. Kena share nmpknya kalau nak try mkn sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau amik set nasi tu boleh la just order nasi putih extra.. kalau bnyk portion blh share..

      Delete
  15. Nampak sedap2 pula yang diorder tu.....lempeng kalau kelapa saya kurang berbanding lempeng pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun suka lempeng pisang.. tapi biasa kalau nak cicah sambal atau rendang kita suka lempeng kelapa.. sebab lempeng pisang manis 😅

      Delete
  16. best nya takder entrance fees…menarik sgt….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masuk nak bergambar dan berjalan-jalan pun ok dah..

      Delete
  17. bila comments guna acc google…awat fail je….anonymous tu kita ya…hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh fail? Eh tak tahu pulak kenapa.. nanti kita tgk apa masalah nya . Huhuu..

      Delete
  18. Bestnya, lunch date berdua..
    Tempat pun nampak selesa dan banyak pilihan makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bukan senang nak ada masa lunch date berdua sekarang ni..
      alhamdulillah tempat tenang selesa dan tak serabut nk lepak :D

      Delete
  19. Sedap plak tengok lempeng tu..terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa org jual lempeng skrg ni dan dpt pulak yg sedap cicah sambal ikan bilis mmg puas hati :D

      Delete
  20. Tengok gambar lempeng kelapa terus masukkan cafe ni dalam tempat makan yang kena singgah kalau ada kesempatan. KSarie memang peminat tegar lempeng. Haish lapar pula rasanya ni😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dtg mencuba di Mak O Mak ini.. lempeng tu insyallah sedap.. boleh pilih nak makan dgn pelbagai sampingan.. Lempeng kalau dpt yg sedap mmg best makan.. ☺️

      Delete
  21. Ada pula ya nama tempat makan Mok oh mak..bagus tempat ni..bagi saya tempat yang meberikan ketenangan..ingatkan kita pada mak masa makan..Bahagia rasanya makan di sana..Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nama dia simple jer.. mungkin dia selalu panggil mak dia masa nak makan gitu kot hahaha.. tmpt makan yg tak serabut.. makanan pun sedap.. ☺️👍🏻

      Delete
  22. Inshallah kalau singgah Melawati boleh ke sini. Dkt dgn rumah ibu angkat. Bab masuk mall tu betul sgt, kdg husband dia rela ajak mkn tempat lain dr mkn dlm mall. Dlm setahun boleh kira dgn hari berapa kali masuk mall

    ReplyDelete
  23. Saya langsung browsing, kalo dari Moxy Putrajaya ke cafe ini berapa lama, ternyata cuma 37 menit something 😄. Okelaaah tak jauh sangat. Bisa saya datangin pas kesana. Kali ini stay di Putrajaya soalnya.

    Lempeng kelapa itu saya penasaran dari dulu. Nak rasa. Tapi kemarin2 ke KL dan Penang, belum ketemu, atau saya juga yg tak cari betul.

    Kalo buttermilk memang tak sesuai terlalu besar porsi. Krn buat mual kan kalo terlalu banyak. Kecuali makan ramai2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...