Saturday, 23 August 2025

Update Kosong Celoteh Hujung Minggu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Kita sedang berada di hujung bulan Ogos. Tak lama lagi tanpa disedari September bakal menjelma. Haishh.. Mood nak update blog masih lagi di paras rendah yang amat membimbangkan hahaha.. πŸ˜…

Urusan kerja yang terlalu sibuk. Lagi-lagi bila bos dah tahu kita apply cuti bulan depan dan cuti pun syukur alhamdulillah diluluskan. Tapi macam biasalah disebalik cuti diberi, kerja pun di double kan hahaha.. πŸ₯²

Dan somehow almost setiap malam akan spend time depan laptop. Menyiapkan itinerary yang bakal digunakan bulan depan nanti. Persiapan 50% dah selesai setakat ini. Separuh accommodation pun telah selesai ditempah dan dibayar.

Orange Americano menjadi ketagihan aku bulan ni πŸ˜…
Menyiapkan itinerary di rumah penuh dengan cabaran selagi mana the kids belum tidur. Tapi nak tunggu the kids tidur kena stay awake lewat malam pula. Kadang-kadang cuba menyiapkan itinerary di cafe di antara waktu selepas balik kerja dan sebelum ambil anak-anak balik.

Menu malam tadi masak main campak-campak maka jadilah Kari Ayam.
Hari ni Sabtu kepenatan juga sebab kami sekeluarga menghadiri Sport Day sekolah Afnan - Ranger Adventure Hunt bertempat di Quayside Mall di Teluk Penglima Garang. Sejam juga drive dari rumah. Waktu datang awal pagi semua tertidur dan waktu balik pun tertidur akibat kepenatan.

Affan Sport Day - Ranger Adventure Hunt.
Insyallah jika diizinkan Allah maka bulan depan dapatlah aku capai cita-cita untuk menjejakan kaki ke negara yang ke 48, 49 dan 50. Apa pun semuanya bergantung kepada keadaan bila tiba di destinasi nanti.

Hampir setahun tidak travel ke mana-mana selepas yang terakhir ke Romania dan Bulgaria secara solo pada bulan Oktober 2024. Insyallah next month kita bawa wife sekali. The kids? Hurmm tak bawa rasanya hahaa.. sebab utama adalah tak ada budget untuk mereka kali ini πŸ˜…

22 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan kerja dan urusan travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Puan Amie.. moga smooth la semuanya :D

      Delete
  2. Sedap ye orange americano tu? Tak pernah try lagi. Selalu ice spanish latte atau buttercreme je kalau kat Zus ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bagi saya sedap la.. Rasa orange dgn coffee to mmg masuk.. sblm ni mmg layan Spanish dgn CEO jer di zus :D

      Delete
  3. Negara mana 48,49, 50 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure lagi sebab tak tahu nak belok kiri ke kanan ke atau mana hahaha :D

      Delete
  4. https://madey09.blogspot.com/2025/08/segmen-gempak-melukis-dan-mewarna.html
    Klik blog PE ya, manalah tahu ada idea updated blog akan datang..so still have time..gempakkan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dah buka dan dah berikan komen utk entry berkenaan..
      insyallah akan diusahakan untuk menyertai segmen itu dengan anak2 .. :
      terima kasih sudi membuka segmen yg menarik :D

      Delete
  5. Rasa rasa kan..nak ikut travel..heheh gurau ja...semoga niat Allah kabulkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer tapi kena ikut gaya backpackers saya la hahaha..
      Insyallah kalau sanggup silakan.. tiada halangan dan sya juga suka ada rakan travel :D

      Delete
  6. Wah kemana pulak nak terbang ni hehe ... Seronok jadi kids, masuk keta je off to zzzzzland 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke mana? adalah demi nak mencapai cita-cita mengikut kemampuan seorang marhain hihiii.. Itulah budak2 masuk kereta zzzzzz.. bila ajak balik selalu kata nanti lah nanti la.. sikit lagi lah hahahha.. :P

      Delete
  7. wahh tapau 3 negara sekaligus. saya teka ni mesti belah2 europe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah mungkin tak sampai 3 atau mungkin lebih dari 3.. tgk pada keadaan...
      Europe ke eh? hahaha.. tgk lah nanti... tak berani nak announce awal2.. :D

      Delete
  8. Menu malam tu..huuu sedap sekali air tangan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan campak campak oleh seorang ayah.. simple tapi menjilat jari gitu hahahah :D

      Delete
  9. Moga ada bajet untuk 1 family travel sama2, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah plan tahun depan bawa the kids travel lagi jika diizinkan :D

      Delete
  10. sibuk2 tu pun dan lagi cari masa siapkan iti yaa...
    dah selesai 90% ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat itinerary betul betul sebab nak budget murah betul dan tak tersilap langkah.. tempat bukan biasa hahahah :D

      Delete
  11. kari ayam macam tu sedap kalau judu dgn roti canai
    mkn 5 keping pun onzzzz
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam fikiran begitulah.. Kononnya baki lauk esok pagi tu nak buat cicah roti bakar jer.. tapi budak2 ni hadap sekali jer terus habis takde tinggal langsung.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...