Thursday, 13 November 2025

Jumpa Blogger Uncle Gedek Raja Selfie Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Nampaknya rezeki lagi di hari ini apabila temu janji bertemu dengan raja selfie tersohor Malaysia menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah semoga menjadi ukhwah yang kuat sesama kita dalam dunia blogger ini.

Dapat whatsapp dari uncle dan katanya dapat nombor saya dari fanny hari selasa tempoh hari ketika berjumpa di Putrajaya. Terus lah kami berborak dan terus set time nak jumpa bila. 

Dan bila tahu tidaklah jauh mana rumah kami berdua maka dicadangkan minggu depan namun aku berkata kenapa tak petang ini sahaja. Uncle balas pagi esok sarapan sahajalah. Demi untuk tidak membuat uncle menunggu aku hadir 15 minit awal tapi uncle dah pun duduk dengan secawan teh tarik. Uishh lagi awal dia mai rupanya.. 😅

Borak dan berborak hampir 2 jam lebih di sini.

Moga diberi rezeki lagi untuk bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain di lain hari Insyallah. Seronok berborak dengan uncle banyak yang boleh dipelajari ☺️👌🏻. Apa pun wajah uncle nampak jauh lebih muda dari dalam gambar. Very nice and soft spoken person.

30 comments:

  1. Mesti uncle tersenyum lebar baca perenggan akhir tu 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha nak ckp camtu gak ni :p x tido malam uncle baca ayat tu hehe

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Mungkin juga lah but itulah personality uncle bila berjumpa berhadapan..
      Alhamdulillah baik dan elok orang nya.. moga selepas ni boleh jumpa Kak Ujie dgn Kak Ako Retna juga.. ☺️👌🏻

      Delete
  2. lagi awal uncle sampai.. terbaik lah... maknanya tu cawan kedua uncle ke? hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan.. tak pulak perasan if cawan itu kedua.. sebab berborak dua jam lebih juga dgn uncle.. tpi uncle suka makan roti telur bawang 😅

      Delete
  3. weyh..x aci ni...tapi kalau jumpa uncle kena selfie ngan muka ketat..x leh senyum..itu syarat uncle..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah lepas ambil gambar baru teringat nak kena buat muka ketat gitu hahaha.. tpi tak apa lah itu uncle kita biasa2 jer hihii

      Delete
  4. Wah, indah rupa dari khabar nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. seronok berjumpa dan berborak dengan uncle.. 👍🏻👍🏻☺️

      Delete
  5. wahhhh bestnyaaaa......uncle sokmo possing begitu hiksssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihii... Itulah uncle selama puluhan tahun bergambar gitu.. 👍🏻☺️

      Delete
  6. Orang lelaki sempoi, hello² je terus jumpa 👍🏻
    Lepas ni boleh la jumpa selalu, alang² dekat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga la.. sbb kami jumpa pun kat mamak jerm. Bak kata uncle mana mana yg mudah nak borak gitu 😅👍🏻

      Delete
  7. Bertambah kenalan alam maya melalui blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah insyallah next ke Kuala Lipis la kita.. ☺️👍🏻

      Delete
  8. Wahhh geng dua org jejaka terhangat semalaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Title tu boleh bagi pada uncle yg maintain macho ☺️👍🏻

      Delete
  9. Jutaan terima kasih sudi luangkan masa untuk sesi teh tarik pagi tadi... Memang dah lama tunggu perjumpaan ni... Sayang banyak urusan yang dah panggil2 di fon... Kalau takde gangguan mau kita terus lunch tadi... Hehehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih juga buat uncle nak berjumpa dgn saya gitu hahah.. Itulah next time cari tempat untuk lunch terus uncle... kasi borak sampai masa habis hihiii

      Delete
  10. Wah, happy jumpa otai dua dua ni tau. Terbaik ustaz Afif..bahagia kan jumpa wak ni..blogger yang senyum mekar selalu.alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la gembira jumpa sama dengan raja selfie Malaysia :D
      Orang nak jauh lebih elok dari gambar di blog.. Very soft spoken..

      Delete
  11. ala bila lah nak belanja saya pula ..gurau ja ya..Sabah jauh bah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah tahun kita berrtemu saya ada dua trip ke Sabah 2026 nanti :D

      Delete
  12. Gelaran baru raja selfy Malaysia..hebat ni ..tahnia buat wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemegag rekod Malaysia dan tersenarai dalam book of record Malaysia hihii :D

      Delete
  13. datang dari blog uncle gedek.. hehe.. seronoknya org pemes jumpa org pemes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle yg pemes.. kita menumpang sahaja... Hihihii.. 😅

      Delete
  14. Rasanya walau pertama kali jumpa dengan blogger ni mesti ada je yang nak dibualkan. Macam dah kenal lama. Ayat last tu UG baca mesti senyum lebar dan muka tak ketat dah. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sebab dia mcm kita dah tahu sedikit sebanyak dari apa yg kita baca dari blog mereka. Ayat last tu mmg ikhlas dari apa yg kita lalui.. ☺️👍🏻

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...