Selepas pulang dari trip Nurse Shark, kami spend time di bilik hotel sahaja sebab wife pun tak sihat sangat dek kerana kesan mabuk laut sampai muntah ke laut bagi ikan makan free hihii.. Memang balik hotel terus lena tak sedar diri π
Sambil aku prepare makanan dari bekalan yang dibawa. Sempat aku basuh pakaian alang-alang ada bilik air besar dan balkoni yang sesuai untuk menyidai pakaian. Dan suhu di sini memang agak panas insyallah pakaian nak kering tu tak ambil masa yang lama (if tak hujan). Somehow di sini semua aktiviti air confirm kena sidai baju.
![]() |
| Jalan yang kami lalui untuk pulang ke Whiteshell Hotel dipenuhi dengan kedai-kedai. |
![]() |
| Restaurant, souvenir shop, dive center dan kedai yang menjual package aktiviti di pulau ini. |
Aku kejut wife masa nak masuk waktu maghrib dan nampak macam dah sihat. Selesai makan kami turun untuk berjalan-jalan area berdekatan hotel. Dari pandangan aku kalau nak stay di Maafushi make sure stay area berdekatan jeti dan ke arah utara pulau.
![]() |
| Boleh menyewa peralatan snorkeling untuk aktiviti air disekitar pantai Pulau Maafushi ini. |
![]() |
| Basikal untuk di sewa tapi pulau ini terlalu kecil boleh keliling kurang satu jam. |
Sebab dari jeti ke arah selatan pulau tak banyak attraction, yang ada cuma beberapa buah hotel dan restoran berhadapan dengan laut. Dan untuk mandi pantai hanya di area utara pulau samada depan atau belakang. Dan bahagian selatan pulau lebih kepada kawasan industri, perkampungan dan terdapat sebuah penjara yang besar.
![]() |
| Pemandangan jalan yang bersih di Pulau Maafushi ini. |
![]() |
| Antara bangunan tinggi yang bakal siap menjadi sebuah hotel yang mewah. |
![]() |
| Banyak attraction yang terletak di bahagian utara pulau. |
Dan hotel yang murah kebiasaannya terletak di tengah pulau seperti hotel kami yang tidak menghadap laut. Dan jika ke arah selatan hotel yang tidak menghadap laut ianya lebih murah sebab agak jauh dengan kebanyakan attraction. But for keselesaan better not to stay di bahagian selatan pulau. Sebab terlalu sunyi especially ketika bukan pick season.
![]() |
| Suasana pemandangan pantai di waktu petang di Pulau Maafushi. |
![]() |
![]() |
| Sesi menghabiskan makanan yang dibawa ke Maldives. Beli nasi kosong di restaurant biasa dan makan dengan lauk dari Jasmani ni. |
Supermarket, convenience store, souvenir shop, restoran, dive center, booth yang menjual pelbagai package juga boleh dikatakan semuanya terletak di bahagia utara pulau. Dan keriuhan tourist juga hanya di bahagian utara. Ini termasuklah kedai untuk kita sewa basikal atau peralatan snorkeling juga banyak di bahagian utara.
![]() |
| Maafushi Prison yang terletak di bahagian paling selatan pulau. |
Untuk safety insyallah memang selamat di seluruh Maldives tak hanya di Maafushi dan Male. Namun untuk berjaga-jaga dan precaution pada setiap masa di mana-mana jua amatlah digalakkan ketika mengembara. Dan terdapat 5 buah masjid yang aku jumpa di seluruh pulau termasuk sebuah masjid yang dekat dengan Maasfushi Prison.
![]() |
| Nice place untuk duduk lepak-lepak. Dan makanan di sini juga adalah Halal. |
![]() |
| Suasana di dalam restaurant yang bersih dan kemas. Jangan lupa buka kasut ya. |
Ketika kami berjalan-jalan sempat juga bertanya dengan company speed boat yang memberi khidmat ke pelbagai destinasi di Maldives. Dan harga ke Male adalah USD25.00 per person dan untuk hari jumaat tidak ada banyak trip yang disediakan malah Public Ferry langsung tidak beroperasi. Terus kami beli 4 tiket takut tersadai tak ada bot nak balik Male.
![]() |
| Suka dengan decoration di dalam restaurant ini. Macam unsur wild dan nature gitu. |
Masa ni wife kata dia sanggup bayar USD25 tu dari naik ferry yang slow USD2.00 tu hahaha. Azab sungguh menahan mabuk laut katanya π
. Bila dah penat berjalan melihat suasana malam di sekitar pulau maka kami decide untuk pulang ke hotel dan masih memikirkan apa aktiviti untuk pagi esok.
Mungkin nama dia - Moist Chocolate Cake in Claypot with ice cream survive.
Walau dah lewat malam tapi suasana masih meriah dengan banyak restoran dan kedai yang masih dibuka sambil kelihatan tourist yang boleh dilihat berjalan-jalan di setiap lorong dan jalan. Dan ketika kami sampai di depan hotel Cikgu Hani kata restoran depan hotel ni jual makanan apa dan halal ke? Terus aku tanya Ust Anas nak duduk minum dulu ke?
![]() |
| Ice Lemon Tea, Strawberry Smoothie Frape & Cappuccino Ice. |
![]() |
| Antara menu yang kami order di sini fruit ice cream waffle & Moist Chocolate Cake. |
Tak fikir panjang terus kami masuk dan aku kata ni takut jadi macam kes semalam nak duduk sekali terus dinner π
. Tapi wife kata tak akan la sebab dah makan tadi ni memang nak duduk minum-minum jer. Self Reward penting kata wife selepas bertarung dengan mabuk laut seharian tadi. π
Masa ni tengah buat kira-kira nak bayar guna USD atau MVR.
Maka masuklah kami ke MALADIWA Beach & Spa Restaurant. Yang menarik nak masuk restaurant kena buka kasut ya. Mungkin nak jaga kebersihan sebab pasir pantai yang memenuhi jalan di luar. Dan tahu semua mesti pakai selipar. Okay no issue.. kita pun masuk dan duduk sambil membaca menu yang diberi.
My first word "Serious la.. ini T20 punya tempat.. harga tak marhain sungguh π".. Itulah mengada pi masuk kan hahaha.. Bil yang kami kena termasuklah segala macam cukai adalah MVR440.00 bersamaan dengan RM118.00. Means seorang lebih kurang RM30.00 untuk moreh malam ini. Harga sama macam lepak cafe hipster di Kuala Lumpur.
Bersambung Maldives Part 7 : (Under Construction)
















Cie dulu pernah kena mabuk darat. Pun teruk jugak siap kena inject. Pergi dengan team medic memang terus kena inject melepek tidur sampai ke pagi. Masa tu kami ke Pulau Kapas ada program hospital.
ReplyDeleteRM118 tu pejam mata je lah.. bukan tiap² bulan ke Maldives (ayat sedapkan hatiπ)
ReplyDelete