Friday, 20 February 2026

Istanbul Part 2 : Havaist Airport Shuttle To Esenler Otogar (Istanbul Bus Sttaion)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Sebelum sambung menulis aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan blogger dan readers di blog ini. Moga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya.

Selepas ajar beberapa step nak ke boarding gate dan hantar Kak D dan Abang N masuk ke departure gate. Aku mengucap selamat jalan dan berkata insyallah kita akan berjumpa semula di Istanbul seminggu dari sekarang. Dan selepas update dengan wife keadaan semasa sempat juga aku tanya cadangan nak ke Bulgaria atau nak round dalam Turkiye sahaja.

Check out dari Shelton Airport Hotel dan terus ke Istanbul Airport.
Semoga baik-baik untuk Kak D dan Abang N flight ke Isparta.
Wife kata kalau rasa okay nak cross country dan pergi jer lah. Otherwise tunggu next time travel dengan dia ke Bulgaria tu. Hampir sejam aku di airport sambil layan coffee secawan nak tengok mana nak pergi. Dan kemudian aku decide untuk ke bas station terlebih dahulu sebab di sana pasti ada banyak destinasi yang boleh dituju.

Turun ke level -2  dari arrival hall untuk naik shuttle bus ke Esenler Otogar.
Dari airport amik shuttle bus terus ke Bus Station yang berharga 158.00TL. Dari dalam terminal cari tulisan Havaist Airpot Shuttle yang berada di level -2. Di sini terdapat banyak shuttle bus yang menuju ke pelbagai destinasi di Istanbul dan yang paling famous adalah HVIST-16 ke Taksim dan HVIST-11 ke Sultanahmet. Dan HVIST-6 ke Bus Station atau Esenler Otogar.

Cute jer Cafe ni di Level -2 tempat menunggu shuttle bus.
Kalau tak tahu boleh tanya kaunter yang ada di level -2 ini mana nak tunggu bas untuk ke Bus Station atau dalam tukish disebut Otogar (correct me if I'm wrong). Tiket dibeli sebelum kita naik bas di kaunter yang sama aku tanya mana nak tunggu bas tadi. Bayaran boleh guna tunai, istanbul kart atau debit/credit card.

Keadaan di dalam Havaist Shuttle Bus dari Istanbul Airport.
Shuttle bus hanya ada 30 minit sekali atau 1 jam sekali bergantung kepada waktu sibuk atau tidak. Untuk ke Otogar kita kena tunggu bas di Platform 5 (atau dalam turkish Peron 5) dan perjalanan mengambil masa 30 minit. Another alternative ialah dengan menaiki Metro dari airport terus ke Otogar dan kos lebih kurang sama, cuma leceh nak kena tukar line bagai.

Aku tertidur keletihan dalam bas dan terjaga ketika bas hampir sampai di Otogar. Turun dari bas sahaja dah ada orang akan approach, tanya kita nak pergi ke mana dan mereka boleh tolong bawakan kita ke kaunter mana. Boleh nak ikut mereka tapi bagi aku lebih baik cari sendiri sebab ianya amatlah mudah dan di setiap kaunter ada tertulis destinasi.

 Alhamdulillah safely arrived di Esenler Otogar atau Esenler Bus Station, Istanbul.
Perlu tahu dua step sahaja sebelum beli tiket iaitu berapa harga tiket bas dan pukul berapa bertolak. Bas lambat dalam setengah jam itu perkara biasa di sini. Kalau nak makan, nak solat atau ke toilet, silalah buat terlebih dahulu. Sebab bas perjalanan jauh ni tak tentu akan berhenti di mana dan nak berkomunikasi pun susah kalau driver tak tahu english.

Disebabkan perjalanan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Sofia, Bulgaria maka aku memilih untuk menaiki bas pada pukul 9 malam dan akan sampai di Sofia pada pukul 5.00 pagi. At least jimat hotel dan boleh la rehat di sepanjang perjalanan. Ketika sampai di Otogar lebih kurang pukul 4.30 petang so ada dalam 4 jam lebih nak buat apa yang patut.

Harga tiket bas 1000.00TL (RM89.00) tapi aku kena bayar 1300.00TL (RM115.00) untuk jarak perjalanan sejauh 548km. Bila ditanya kenapa kena bayar lebih? Orang di kaunter tu kata service charge tapi dalam tiket bus still tulis 1000.00TL sahaja. Hurmm.. Rasa memang tak boleh dipercayai langsung huhu. But what to do 🤷🏻.. Redha jer lah.

Ada sebuah masjid yang cantik di sini - Camii Esenler Otogar Istanbul.
Jom masuk solat dan berehat seketika dari cuaca sejuk di luar.
Oh ya di Esenler Otogar tak banyak kerusi yang disediakan.
Selesai membeli tiket dan membeli sedikit kudapan, aku mencari surau yang ada di sini. Nak solat siap-siap jama maghrib isya sebelum naik bas. Dan bila ditanya, orang di sini bagitau ada masjid di belakang Otogar dan suruh aku bersolat di sana lebih baik. Still tak menjawap soalan tapi kita melangkah jer la ke masjid yang terletak dibelakang Otogar ini.

Tak jauh dalam 70-80 meter sahaja dan betul memang berbaloi solat di masjid ini sebab architecture luaran dan dalaman yang cantik. Camii Otogar Esenler Istanbul - Perkataan Cami bermakna Masjid. Namun menara masjid ini telah menjadi controversy di kalangan masyarakat sebab ia seolah-olah menghina islam, aku nak cerita pun macam tak best.

Tempat wudhu lelaki berada di luar. Waktu winter macam ni susah sikit la 😅
Kepala paip dan tempat wudhu yang unik macam di zaman ottomaniyah.
Korang boleh search sendiri kenapa. Dan disebabkan waktu maghrib yang hanya lagi 30 minit aku stay dalam masjid sehingga solat maghrib berjemaah. Sempat juga charge handphone sampai penuh. Selesai solat aku kembali ke Otogar. Oh ya toilet di sini semuanya kena bayar ya, cashless pulak tu sampai terpinga-pinga macam mana nak bayar.

Masuk tandas boleh guna credit card. Ada berani? 😅
Jom la kita makan ringan-ringan sebelum naik 8 jam bas ke Bulgaria.
Luckily ada hamba Allah tolong bayarkan untuk aku guna kad dia. Condition toilet luas dan bersih serta lengkap. Selesai semua urusan aku ke tempat beli tiket tadi dan duduk di ruang menunggu sehingga bas sampai. Aku pilih bas dari company Metro sebab dia kata ada toilet dan wifi di sepanjang perjalanan hingga ke Sofia. And yes it is. 

Bersambung Turkey Part 3 : (Under Construction)

22 comments:

  1. mak aiiii senang2 je dia cas kite macam tu... menatang2 laa orang luar yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler pasal... Tanya sekali dua jer tapi muka minah kaunter tu mmg kering.. terus redha tanpa ikhlas berlalu pergi huhuu..

      Delete
  2. selamat menyambut ramadan dan selamat berpuasa di hari kedua ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut Ramadhan dan berpuasa juga buat anies.. 👌🏻

      Delete
  3. Pergi Turkiye je, mesti ada cerita scam sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tak rasa la byk scam tapi yes mmg ada few of them suka scam tourist..

      Delete
  4. Suka hati je ye ada service charge. Kemain canggih bayar tandas pun guna card. Kalau tempat kita alamatnya orang tak kencing la dalam tandas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. dah la tak ada resit ke apa ke selain dari tiket bas tu sahaja. Betul kalau tmpt kita mmg org tak pergi la tandas kena bayar pakai kad tu 😅

      Delete
  5. Assalamualaikum Tuan, terima kasih perkongsian, menarik, saya ada plan nak keBulgaria hujung tahun ni. InshaAllah..terjumpa blog Tuan, cantik sangat dah ni penceritaan, boleh nanti saya jadikan panduan..
    Salam Ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan Salam Ramadhan..

      Agak terkejut terjumpa artikel ini dalam cari info nak ke Bulgaria tu.. 😅 Sy doakan moga dipermudahkan segala urusan hujung tahun utk berkelana di sana nanti.. musim sejuk tu.. Moga apa yg baik di sini dpt membantu yg mencari info.. 😉

      Delete
  6. Besar masjid kat sana. Kawasan wuduk pun nampak bersih. Tak terfikir langsung boleh ke Bulgaria dari Istanbul 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid di Turkiye mmg nampak besar dah gah.. dengan architechture yg hebat.. 👍🏻😎

      Delete
  7. Besar masjid kat sana. Kawasan wuduk pun nampak bersih. Tak terfikir langsung boleh ke Bulgaria dari Istanbul 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena study geografi sedikit insyallah banyak boleh kita buat kalau ke sesuatu tempat. Turkey gate mudah utk ke eastern europe.. 👍🏻😎

      Delete
  8. teringat cerita Istanbul Aku Datang yg Lisa Surihani kena scam dgn anak tuan rmh tu.. hareyyyy sgguhhhlahhhh bila terkena scammmm ni.. salam ramadhannn buat en.afif sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena scam macam lisa dalam istanbul aku dtg tu mmg sedih la huhuu.. Kena prepare dan hati kena kering bab scam waktu travel mcm ni huhuu..

      Salam Ramadhan juga 😉👌🏻

      Delete
  9. Selamat menyambut Ramadan. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak juga.. amin amin .. moga semua urusan especially ibadah dipermudahkan Allah utk kita semua.. 🤲🏻

      Delete
  10. kepala paip tu mcm kepala kacip je. sila google. mcm sama kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacip - Nut Cutting Tool di zaman melayu bersejarah? Corak tu nampak la kesamaannya.. ☺️

      Delete
  11. silap. mcm tempat celak org dulu - dulu . ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batang celak org dulu-dulu.. yes yang itu nampak betul persamaan huhu.. 😎☺️👍🏻👌🏻

      Delete