Thursday, 2 April 2026

Khabar Duka Menyambut Kepulangan Kami Sekeluarga

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Syukur alhamdulillah selamat pulang ke tanah air pada 30/03/2026 - Isnin pukul 2.30 pagi di KLIA dan sampai di pintu rumah jam 4.00 pagi (Flight delay 1jam 15minit di Xiamen Airport). Plan on that day the kids akan mulakan persekolahan seperti biasa sempena pembukaan sesi persekolahan selepas cuti raya Aidilfitri.

Namun menerima khabar duka dari Kak Izan seawal pagi. Memberitahu abang beliau iaitu Abang Apis (sepupu) yang tinggal di Kulai, Johor telah meninggal dunia di Hospital Kulai selepas dibawa oleh keluarga ke kecemasan kerana demam.

Keadaan perjalanan yang baik dan ditemani hujan di beberapa kawasan.
Dan aku terus bersiap-siap untuk ke Kulai bersama seisi keluarga. Memang masih lagi kepenatan namun untuk menghadiri pengebumian abang apis haruslah diutamakan. Rasa baru sahaja berjumpa Abang Apis hujung bulan Disember tahun lepas.

Abang Apis menghidap penyakit tiriod tahap 4 dan gout yang sangat teruk selama beberapa tahun kebelakangan ini. Namun beliau tetap seorang yang ceria dan rajin memberi comment pada status whatsapp antara kami sepupu yang lain.

Disolatkan di Masjid Ar Rahman dan di kebumikan di Felda Bukit Besar.
Arwah Abang Apis yang berumur 58 tahun menjadikan beliau antara senior dalam group sepupu Johor kami. Ketiadaan pakcik dan makcik menjadikan kami berpaut pada sepupu-sepupu sahaja. Dan mak aku adalah makcik terakhir yang ada untuk semua sepupu datang ziarah.

Jam 10.00 malam kami beransur pulang dari Rumah Abang Apis di Felda Bukit Besar.
Pernah aku tanya "Abang Apis tak rasa sakit ke bonjolan bonjolan gout di kaki dan tangan ini?' Dia jawap ringkas jer "Sakit tapi sampai lama-lama sakit tu dah tak rasa sakit dah.. sebab dah selalu sangat menahan sakit". Doktor tulis dalam surat kematian abang apis - Main cause of death are Sepsis with underlying advance chronic kidney disease.

Tiga tahun kebelakangan ini, setiap tahun aku kehilangan seorang saudara di Johor. Kalau dulu ke Johor pasti akan singgah di Kulai Rumah Abang Apis, Pekan Nanas Rumah Abang Hud dan Pontian Rumah Pak Ie. Now semua dah tiada untuk di ziarahi. Al Fatihah buat Mohd Hafiz Bin Abu Amar dan yang lain.

15 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. abg apis mmg baik dulu masa kami sepupu lain kecik lagi dia selalu bawa kami berjalan.. sebab masa tu dja dah bekerja.. ☺️

      Delete
  2. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    Salam takziah Afif sekeluarga. Semoga roh arwah abang sepupu ditempatkan di kalangan orang2 mukmin 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin.. terima kasih atas doa yang diberi.. sepupu yg dah jadi mcm pakcik buat kami sepupu semua huhu.. ☺️🤲🏻

      Delete
  3. Al Fatihah buat aruah. Sakit Tiroid dah stage 4 dengan sakit Gout dia teruk tu sampaikan bila terlalu banyak makan ubat buah pinggang pun boleh jadi rosak. Kawan akak pun tiber-tiber sakit buah pinggang dah stage 4. Sekarang ni nak kena buat dialisis pulak. Aduhaiiiii kita yang dengar ni pun dah rasa apa nikan pulak tuan punya badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kadang2 bila makin berusia ni makin banyak yg kita discover tentang badan kita ini.. moga diberi kesihatan yg berpanjangan.. takut dgr mcm2 penyakit sekarang ini huhu 🤲🏻..

      Delete
  4. Salam takziah buat TT sekeluarga..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin Amin.. terima kasih atas doa nya.. org nya baik suka membantu dan bertanya khabar.. moga syurga mudah buat beliau amin..

      Delete
  5. salam takziah...moga arwah tenang di sana..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin ..terima kasih atas doa MZ.. 🤲🏻🤲🏻

      Delete
  6. Innalillahiwainnailaihiraajiuun. Takziah buat encik afif & fmly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga arwah ditempatkan bersama org org soleh di dalam syurga amin..🤲🏻🤲🏻

      Delete
  7. Salam takziah ..semoga arwah ditempatkan bersama para solehin

    ReplyDelete
  8. Takziah.....macam pakcik akak gout tu dia tak nak ke hospital. Akhirnya meninggal sebab kuman2 dah banyak dalam darah. Asbab gout je. Tapi...memang dah tiba masanya....penyakit tu kiranya penyebab la.

    ReplyDelete
  9. salam takziah.. allahuakbar setiap hari seorang-seorang ahli keluarga / sahabat kita pergi.. moga ditempatkan bersama org2 berimannn aminnnnnnnn

    ReplyDelete