Tuesday, 30 June 2026

Istanbul Part 3 : Perjalanan 12 Jam Menaiki Bas Dari Bucharest Romania Ke Turkey

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hampir seminggu aku berkelana ke Bulgaria dan Romania, terasa seperti baru semalam kaki memulakan langkah ke sini. Tak banyak tempat yang dapat diterjah, namun syukur setidaknya dapat melihat budaya dan sejarah di dua negara ini.

Insyallah jika diberi peluang dan keizinan lagi di masa hadapan, pasti aku akan datang semula ke dua buah negara ini dan tinggal dengan lebih lama. Mendalami lebih banyak tempat dan sejarah, memahami lebih dalam budaya mereka di sini.

Menaiki train dari Izvor Station ke Pacii Station yang mengambil masa 16 minit.
Aku memulakan langkah menuju ke Izvor Metro Station yang terletak 850 meter dari hotel di malam hari. Syukur keadaan amatlah selamat dan mudah untuk berjalan seorang di sini dan tidaklah menakutkan. Walau ada juga jalan yang melalui lorong gelap yang aku harus lalui disebabkan bergantung dengan google map sahaja.

Berjalan jauh sikit berbaloi sebab tak perlu tukar train untuk ke Pacii Metro Station.
Dari Izvor Station aku menaiki Platform 2 Red Line menuju ke Pacii Station dengan melintasi 4 buah station (Eroilor, Politechnica, Lujeruluii, Gorjuluii) yang mengambil masa lebih kurang 16  minit. Dan kemudian berjalan 230 meter untuk ke entrance Bucharest Militari Bus Station. Harga tiket metro RON3.00 / RM2.70 dari Izvor ke Pacii.

Alhamdulillah safely arrived at Pacii Metro Station.
Terjumpa satu bakery di area pejalan kaki yang gelap gelita bersebelahan park.
Kalau di Malaysia mesti dah ramai orang kata itu kedai bunian 😅.
Terasa sedikit kelegaan sebab perjalanan pulang semula ke destinasi pertama iaitu Istanbul dah pun sampai pada waktunya. Jam menunjukan pukul 8.30 malam dan boleh dikatakan banyak kedai-kedai telah ditutup berhampiran bus station. Dan terlihat ada sebuah bakery kecil di tengah laluan perjalanan kaki yang masih dibuka.

Dari Pacii Metro Station berjalan kaki cross simpang empat besar ini.
Suasana agak sunyi ketika sampai di Bucharest Militari Bus Station.
Namun tidak banyak pilihan yang ada, dah lewat malam mestilah banyak roti yang dah habis dijual. Disebabkan roti yang ada tidak menarik perhatian maka aku teruskan perjalanan menuju ke entrance bus station. Terfikir juga nak beli apa untuk bekal dalam bas nanti sebab nak tempoh 12 jam perjalanan tu mesti ada sesi kelaparan huhuu.

Gembira rasanya bila nampak bas dah sampai. Tak sabar nak naik sebab kesejukan 🥶.
Di station bus terdapat ramai penumpang lain yang sedang menunggu bas mereka. Dan kebanyakan bas yang datang ke sini hanya akan berhenti kurang dari 10-15 minit sekadar untuk menurunkan dan mengambil beberapa orang penumpang sahaja (lebih kepada transit). Sama seperti bas yang aku naik dari Sofia ke Bucharest.

Keadaan di dalam bas KamilKoc yang amat selesa dan ada tv di setiap kerusi.
Sebab di bandar-bandar Europe banyak sistem seperti shuttle bas dan ia lebih murah berbanding bas express yang mengambil penumpang penuh satu bas hanya untuk dari destinasi A ke destinasi B. Namun ada kelebihan dan kekurangan juga sebab bas express kebiasaannya lebih selesa dan tidak terlalu panjang waktu perjalanannya. 

Sistem shuttle pada kebiasanya lebih murah. Tepat 9.30 malam bas mula bertolak dari bas station dan aku terus terlelap. Tersedar selepas lebih 2 jam ketika bas berhenti dan menghidupkan lampu di dalam kabin kerana telah tiba di border. 

Tiba di border antara Bulgaria - Turkiye selepas 2 jam lebih perjalanan.
Pegawai Polis Bulgaria naik dalam bas untuk check semua passport penumpang.
Suasana di waktu malam kenderaan beratur untuk melepasi border.
Menanti bas melepasi border selepas selesai urusan di kaunter immigration.
Agak lama urusan immigration di sini dan pihak polis hanya akan memilih secara rawak dan yang terpilih itu akan turun dari bas dan masuk ke dalam pejabat untuk urusan yang lebih details. Bagi yang tidak dipanggil, kami hanya akan cop di kaunter immigration biasa sahaja.

Terasa bersyukur pegawai polis tu hanya check passport dan menanya beberapa soalan dari dalam bas sahaja. Dan kemudian semua penumpang diarahkan turun sebab bas akan diperiksa oleh pihak polis. Aku menunggu bas lebih 20 minit selepas melepasi pihak immigration.

Beg dan luggage di check secara random oleh pihak berkuasa Turkiye.
Di pihak immigration Turkiye pun mudah segalanya bagi aku. Tapi tak mudah untuk beberapa penumpang lain yang mana luggage mereka telah dipunggah oleh pihak berkuasa Turkiye. Melihat beg backpack aku, pegawai wanita terus memberi isyarat "pergi". Mentang-mentang la beg aku buruk 😅.

Agak aktif pegawai-pegawai di sempadan Turkiye ini. Walau jam dah menunjukan jam 1.00 pagi. Nasib la mereka tak check luggage setiap penumpang, kalau tak.. lagi la lama tersadai di border ini. Dan ketika ini cuaca teramatlah sejuk. Memang mengharap cepatlah selesai dan berharap sangat dapat masuk semula ke dalam bas.

Bas berhenti untuk mengisi minyak. Dapat la rehat 20 minit lebih.
Alang-alang ada kedai serbaneka, moh ler kita masuk tengok-tengok.
Tak banyak barang yang dijual. Mencari coffee 3in1 di sini tapi tak ada.
Aku sempat ke tandas dalam keadaan tak tenang sebab takut kena tinggal bas 😅.
Cuaca yang sejuk di luar membuatkan aku lebih banyak duduk di dalam bas ketika beberapa kali bas berhenti dan ada yang aku langsung tak sedar bas berhenti dek kepenatan yang teramat. Dan yang terakhir aku sedar bila waktu berada hampir dengan waktu syuruk. Tak pasti sudah berapa jauh dari border tadi dan masih ada 2 jam lagi untuk sampai.

Bas berhenti di salah satu RNR dan semua penumpang diwajibkan turun dan bas dikunci.
Bila dah masuk turkey makanan di RNR boleh dikatakan semuanya halal.
Melihat sunrise dari tingkap bas di bahagian country side Turkiye memang memukaukan. Kawasan pertanian dan juga tanah lapang yang bersih sejauh mata memandang. Dan ketika ini aku sedar bahawa aku ada rooming celcom. Terus aku check handphone tapi tiada internet dan selepas off dan on semula handphone barulah bertubi-tubi whatsapp masuk.

Pemandangan sunrise di perjalanan menuju ke Istanbul.
Terus aku WhatsApp Kak D tanya keberadaan mereka. Dan aku terkejut sebab Kak D dan Abg N serta anak mereka telah pun sampai di Istanbul awal petang semalam. "Bukan patut naik bas malam tadi dan sampai pagi ini di Istanbul ke?" Kak D reply "tak nak naik bas malam sebab takut dan tak nampak pemandangan". Sambil aku menepuk dahi.

Perjalanan selama 12 jam memang memenatkan, semua orang tidur nyenyak.
Namun aku gagah lawan mata sebab nak layan view matahari terbit waktu ni.
Sebab plan asal kami akan sampai Istanbul bersama, sebab tu aku minta mereka naik bas malam. Terus aku tanya "Habis malam tadi tidur mana?" Kak D kata dia check in hotel berhadapan dengan hotel yang telah aku booking untuk malam ini.

Terus aku berkata dalam hati "Kalau naik bas malam.. Kan dah jimat accommodation". Aku plan untuk stay dua malam di Istanbul sebelum menaiki flight balik ke Kuala Lumpur. Sampai di Esenler Otogar terus aku menuju ke metro station dan terus ke mesin tiket dan di sini memang tak semudah seperti membeli tiket metro di Sofia dan Bucharest.

31 comments:

  1. panjang betul duration perjalanan tu bila naik bas...boleh rest dan tidur lah sepanjang jln..cuma part cuaca sejuk tu...kalau i, jenis kerap singgah gi toilet bila cuaca sejuk so sure jd tak selesa kalau naik bas lama2! apa2 pun, precious moments lah bila travel. ok dh baca entry ni. tunggu next entry plak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak antara Istanbul dan Bucharest lebih dari 640km memang memakan masa yang agak lama. Dicampur urusan di border lagi yg kdg2 boleh memakan masa lebih sejam. Tapi itulah pengalaman yang menyeronokan ketika travel backpack.

      Delete
  2. Agak lama urusan immigration di sini dan pihak polis hanya akan memilih secara rawak dan yang terpilih itu akan turun dari bas dan masuk ke dalam pejabat untuk urusan yang lebih details. Bagi yang tidak dipanggil, kami hanya akan cop di kaunter immigration biasa sahaja.


    setujuuuu sgttttt
    cara mcm tu secara tak lgsg buat kite nervous
    sy ada pengalaman tuuuu tp rs nya lg dahsyat😁nnt laa sy cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa jer yang tak nervous tahap gaban hahaha.. kot la kita terpilih di antaa yg terpilih kan.. mcm kena di Kazakhstan dulu. Berderau juga darah ni huhuu.. Setiap org berbeza pengalaman tapi kalau dah sebut dasyat tu. nk juga baca cerita nya hahaha :D

      Delete
  3. tapi kak D dia beli tiket on the spot ke? kalau macam tu ok laa x de masalah tiket burn mcm tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab Kak D dgn Abg N beli tiket utk perjalanan dari Isparta (dalam turkey jer). Sebab nak jimat kos accommodation mereka..tapi tak apa lah dah rezeki masing-masing kan :D

      Delete
  4. Betul jugak cara Kak D tu. Kalau naik bas malam, tak nampak apa and betul juga cara u, gerak malam boleh jimat accommodation dan boleh tidur je dalam bas sepanjang 12 jam tu.. I mungkin ikut cara Kak D kalau travel naik bas. hahah suka tengok view dan lebih yakin dengan driver yang drive waktu siang.

    uhuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isparta nak balik ke Istanbul tak jauh sgt huhuu.. okla betul juga nak tgk pemandangan.. tapi tu lah kena tambah kos accommudation la di Istanbul huhuu... Lebih yakin eh di waktu siang.. 😅

      Delete
  5. Nice sunrise view & part x tenang pegi toilet tu mmg pernah sy lalui tiap kali blk kg naik bas masa cuti sem dulu2 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah view sunrise tu cantik sayang pulak nak tidur walau mata mengantuk sangat2 huhuu.. Kan dulu2 balik dari asrama naik bas mmg tahu perasaan tu hahaha..

      Delete
  6. Seram nak masuk kedai bunian 😅. Takut tak jumpa jalan keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tengah2 gelap di perjalanan kaki ada kedai bakery... okla kat europe tak de bunian kot hahaha :D

      Delete
  7. Waah dekat hostel dengan stesen yaaa. Bisa lah jalan kaki memang. Walau lalu gelap di malam hari, tp tenang kalau negaranya aman.

    Hahahaha bakery yg buka 1-1 nya , memang suka dikira kedai bunian yaa 🤭. Tapi kalah jumpa kedai begini, pasti saya masuki juga utk beli. Apalagi kalau lapar 😁

    Bersih dan selesa bus nya 😍. Saya kalau pilih bus, memang picky sangat. Sebab mudah mabuk dlm bus. Makanya harus yg bagi saya nyaman 😅😅.

    Aiiiih saya rindu jalan darat via bus dari Bulgaria ke turkiye dan sebaliknya. Teringat dulu dengan suami dan asisten traveling ke Istanbul dari Sofia. Saat November, dah mulai sejuk cuaca.

    Tuhlaah, sayapun lebih suka jalan malam, untuk hemat penginapan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau backpack sebaiknya cara penginapan yg dekat dgn stesen metro atau bas.. supaya mudah nak ke mana-mana.. Pengalaman berjalan waktu malam di sana alhamdulillah mudah dan selamat.. Moga ada peluang berkelana di sana lagi..

      Di negara eropah dna dibmusim sejuk tidak ketukatan dgn single kedai bakery di tengah kegelapan hihii.. kalau di tanah kita seram juga.. kan 😅

      Delete
    2. Selesa bangat kalau travel tika musim sejuk.. naik bas lama berjam jam di waktu malam tak terasa sgt letihnya.. tidur pun nyenyak sahaja.. kalau pilih yg selesa harga lebih tinggi tpi berbaloi..

      Mungkin org seperti kita ambil perjalanan malam hemat penginapan.. dan tidur sahaja dalam bas.. tak rugi apa pun.. ada yg lain mahu kan pemandangan.. ikutlah yg mana ☺️👍🏻

      Delete
  8. 12 jam kalau duduk seat seorang lebih selesa nak lelap mata, kalau duduk sebelah orang tak dikenali, kena berjaga-jaga 😄

    Amboi kemain selesa orang tu tidur macam atas katil 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seat sebelah saya ada orang tapi dia turun awal selepas border.. dan kemudian mmg saya tidur dgn dua seat dgn lena hihihi.. Bab kena berjaga-jaga tu mmg betul.. Lagi nak sampai Otogar bas makin byk kosong.. mmg tidurlah puas-puas :D

      Delete
  9. Suspen lah bila di border, dipilih secara rawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cross border adalah antara part paling mendebarkan tapi pada masa yg sama menyeronokan hihii :D

      Delete
  10. Alhamdulillah, sampai Turkiye tak perlu risau tentang makanan halal. Saya pernah naik bas dari Bulgaria ke Istanbul. Perjalanan panjang, tidur sajalah kerjanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. rasa tenang jer sebab ada ramai org islam.. masjid di mana-mana.. makanan halal bersepah .. azan kedengaran.. seronok selepas seminggu di negara jiran..

      Delete
  11. Cantiknya sunrise. Perjalanan dalam bas 12 jam molek kalau dapat tidur lena kan? Kalau terklik pok klik pok mata tak mau lelap itu yang jadi letih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mostly tidur jer dalam bas tu... Mmg timing cantik jer huhu.. perjalanan okla smooth sahaja.. blh tidur dgn baik ☺️👌🏻

      Delete
  12. seram betul kalau kena panggil dgn pegawai tu utk soal siasat huhu..
    saya pun prefer naik bas malam, jimat duit. sampai esok pagi tu boleh sambung jalan2 terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la seram tapi lebih kepada mendebarkan hahaha.. Kalau kena panggil jadi mcm di Kazakhstan dulu huhuu.. Utk Backpackers mmg bas malam menjimatkan kira two in one kan :D

      Delete
  13. Lama juga perjalanannya ya. Kalau lama perjalanan tu tidur tau tau dah tiba je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena tidur utk kumpul tenaga semula.. dapat pulak bas selesa.. sbb bila siang terus nak berjalan sana sini huhuu.. ☺️👌🏻

      Delete
  14. Bas nampak lebar dan seatnya macam selesa sangat.
    Pegawai² aktif jam 1 pagi mungkin shiftnya baru bermula😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa duduk dalam bas tu.. dan perjalanan pun smooth jer.. boleh la nak tidur dgn nyenyak.. itulah pegawai aktif pulak jam 1 pagi tu..

      Delete
  15. Uihh lama juga dalam bas. Kalau Faa, konfem tidur sepanjang perjalanan sebab naik bas je mabuk. Tapi oke juga rehat dalam bas belah malam, cukup rehat utk perjalanan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh naik bas pun mabuk eh? Kalau naik bot macam mana la huhuu.. Mmg backpackers jimat menjimat.. Amik bas malam kira 2 in 1 la.. boleh jer rehat tidur dlm bas huhuu..

      Delete