Last update was a week before..
Until now belum dapat nak up sambungan cerita Hong Kong. Padahal masa mula part one berkobar bersemangat dan azam nak habiskan dalam sebelum setengah. Tapi selepas Part 11 dah layu pulak semangatnya. Macam biasa nak blame keadaan tak boleh unless salahkan diri sendiri kenapa tidak lebih rajin huhu..
Banyak yang berlaku dalam seminggu lebih ini. Balik dari outstation di Pahang tempoh hari. Kerja macam tak bagi masa nak berehat. Berlari-lari ke Sungai Buloh, Selayang, Serdang dan Cyberjaya hampir setiap hari bagi menyiapkan kerja.
![]() |
| Dari 3 joran dia dapat 7 ekor ikan keli Ahad baru ini di Tasik Pandan Perdana. |
Si Abang semenjak dua minggu ni asyik tanya. "Ayah bila lagi kita nak pergi mancing.." Demi mematikan pertanyaan yang berhari-hari disebut. Si ayah pun bawalah dia mancing ahad baru ni.. Eh banyak pulak rezeki dia seekor demi seekor ikan dia bawa naik. Happy bukan main. Okla dah dua hari dia tak sebut nak gi mancing lagi π
.
Wak Reno geng kariah masjid baru-baru ini telah dimasukan ke hospital akibat bengkak di rahang sehingga menyebabkan saluran pernafasan terganggu. Petang semalam selamat menjalani pembedahan dan keadaan beliau masih lagi kurang baik. Sama-samalah kita mendoakan kesembuhan buat Wak Reno amin..
![]() |
| Wak Reno di zon merah ketika dikejarkan ke hospital dua hari lepas. |
Semalam Hari Rabu adalah hari KOKO di sekolah kebangsaan. Si kakak masa nak pergi sekolah pagi semalam bawa reket badminton. Si ayah pun tegur "Akak tak payah la pergi koko.. kan nak UPKK lagi dua minggu lebih jer..". Tapi dia masam muka dan si ibunya cover "biarlah nak pergi koko tu.."
Tiba-tiba dapat call dari guru pukul 2 petang bagitahu si kakak tercedera akibat terkena bahan cemical di sekolah ketika aktiviti di lab semasa program zero waste ke apa ntah. Terus aku pun aduhaii apa lagi ujian si kakak ini. Dan semalam petang bawa ke klinik dan doktor kata kalau lagi teruk nanti terus ke emergency hospital.
At this moment melecur sikit di pipi, dagu dan sebahagian besar bibir atas bawa pun melecur. π
Malam tadi masak sup cendawan campur fish ball dan fucuk nak bagi mudah dia makan tapi setiap kali menyuap nasi pedih katanya. Hati ayah pun berkata "kalau dengar cakap ayah tak yah pergi koko kan dah selamat huhuu.." Tapi tak apalah benda dah berlaku.. dan nama pun anak sendiri pulak tu.. π


Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Wak Reno dan anak Afif cepat sembuh. Macamana boleh kena bahan kimia smp melecur tu? Kalau anak saya, mmg dah bagi sedas kat anak, 'Lain kali dengar cakap mommy...' nanti dia igt smp bila2 π
ReplyDeleteAllahuakbar...Semoga kakak cpt sembuh.byk tmpt jgk kena tu. Kesian baca dia rasa pedih time nk mkn. =(
ReplyDeletesemoga cpt sembuh Wak Reno & anak afif
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh kakak dan wak reno...
ReplyDeleteHarap2 takde yang serius la dengan kakak, kena dekat bahagian muka pula tu..