Friday, 9 October 2026

Tanam Pokok Jagung Dalam Pasu Dari Balkoni

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tak tahu nak update apa sebab terlalu sibuk dari pagi sampai ke malam sepanjang minggu ini.

Minggu ni pula setiap malam ada mesyuarat. Mesyuarat Masjid.. Mesyuarat NGO.. Mesyuarat PIBG sekolah anak..

Masjid pula ada acara larian sabtu ini - Mustaqim Unity Run 2026 (5KM). Punyalah bincang itu ini selepas ditunda dari bulan lepas tapi last minute terpaksa dibatalkan juga sebab jerebu yang makin teruk sekarang ini.

Sabtu esok ada pula mesyuarat khas Anggatan Perbelanjaan Tahunan (APT) untuk tahun 2027 sekolah agama anak. 

Pokok Jagung Purple.
Pokok Jagung Manis (Kuning).
Okay dah.. Habis intro.. 

Nak cerita pasal pokok jagung yang aku tanam pada bulan 7 selepas balik dari cameroon highlands. Dari berbelas biji benih yang aku semai dapat 10 anak pokok. Dan dari 10 tu hanya dua yang berjaya tumbuh besar sehingga ke hari ini. 

Dan keduanya dah pun mengeluarkan hasil. Pokok Jagung Purple keluarkan satu batang jagung dan Pokok Jagung Manis (Kuning) keluarkan dua batang jagung. At this moment mungkin tunggu lagi 2-3 minggu sebelum hasil boleh dipetik.

Adakan saya excited? Ofcoz la ☺️😅😎..
Dah la cabut biji dari batang jagung yang dibeli dari CH dan tanam dalam pasu jer. Actually aku tak ada ilmu sangat pasal tanam jagung. Ada tunggul batang jagung but not sure akan ada isi ke tidak and so on. Tengak jer lah nanti yer 😅

34 comments:

  1. Bab tanam jagung ni Dania ada la pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak kena tanya Dania mcm mana nak bagi dia tumbuh baik dalam pasu huhuu..

      Delete
  2. Wah..Hebatlah bleh tanam pokok jagung dkt balkoni je.Ini yg buat sy nk try tanam pokok serai & pokok daun kari dkt balkoni jgk ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam utk tumbuh pokok tu nampak senang tapi nak dapat hasil tu belum tentu.. serai dgn pokok kari tu senang jer nak tanam dalam pasu.. 😎👍🏻

      Delete
  3. OK nanti update macamana tuaian pokok jagung tu ye Afif. Dalam sibuk2 tu sempat lagi bertanam jagung 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... Takut pula rasanya.. sebab takut hasil tak menjadi mana huhu.. tapi insyallah akan update juga hasilnya nanti.. Alaa main campak2 benih jer.. 😅

      Delete
  4. Wahh…berjaya tumbuh besar gini pun dah kira satu kejayaan besar tau 👏🏽
    Lawa rambut jagung purple tu 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah setakat ini dlm beberapa kali percubaan ini yg paling besar dan berjaya huhuu.. Yes jagung purple tu lain dri yg lain.. 😅

      Delete
  5. Wah tanam jagung dalam Pasu, boleh try juga nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila.. dia tangan genetik tanam semua menjadi lagi la boleh hahahaa.. 😅

      Delete
  6. Wah bagusnya yg tumbuh pun serba satu jenis, boleh rasa dua-dua alhamdulillah.

    Kalau dah besar gini, In Sha Allah tak lama lagi dapatlah rasa jagung tanam sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok dah tumbuh besar.. Tunggul jagung pun dah cantik berambut.. cuma harap ada la isi nya nanti.. sebab tanam dalam pasu ni kekurangan segala protein dan kalsium hahaha . 😅

      Delete
  7. Wah, daripada biji jagung yang dibeli di Cameron Highlands, akhirnya dua pokok berjaya berbuah! 🌽 Lagi seronok sebab tanam dalam pasu saja. Harap jagung ungu dan kuning tu berisi penuh bila tiba masa menuai nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah plan nak dptkan minimum 10 pokok tapi yg dapat cuma dua sahaja yg berjaya sampai ke tahap ini.. Itulah mengharap sgt tanamam kali ini berjaya menghasilkan buah jagung yg sihat dan baik.. ☺️👍🏻

      Delete
  8. sy mengharapkan rasa jagung tu manis lemak berkrim ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes jagung cameroon sedap sedap.. tapi dah tanam kat KL ni tak sure la mcm mana kejadian nya nanti hahaha..

      Delete
  9. lps ni boleh try sayur lain pula esp sayur yang cepat mengeluarkan hasil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kangkung, Kailan, Sawi dan Bayam dah selalu dan berjaya... Kali ni nak try something else pula.. Setakat ni fokus pd jagung dgn ubi keledek jer.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. saya pernah juga tanam jagung dalam pasu, tapi tak membesar, dan takde hasil...apa rahsia tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun percubaan saya entah kali ke berapa.. ada la kot lebih 10 kali..

      Delete
  11. Walaupun sibuk dengan jadual mesyuarat yang padat seminggu ni, sempat lagi update status pokok jagung balkoni. Kreatif betul! Kalau jadi ni, boleh la buka kelas pertanian bandar lepas ni. Tak sabar nak tunggu update hasil tuaian nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bila terlalu sibuk takde masa nak update blog.. tgk pokok jagung dpt idea nak update hahaha.. Sekadar mencuba cuba jer tanam.. belum tahu lagi ada hasil ke tidak jagung nya.. 😅

      Delete
  12. i tumpang excited!! best betul dpt kutip jagung dari hasil air tgn sendiri tu!! i time kutip limau kasturi pun excited jer, dh nak abih buah2 nya sbb sekali kutip dpt dlm 10 biji jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar sabar Puan MZ.. belum dituai lagi hasilnya.. takut nak tuai sbb takut takde isi jagung nya huhuhuu.. betul tu bila tanam sendiri ada hasil mmg happy sgt2 hahahaa.. walau hasil tak seberapa.. 😅👍🏻

      Delete
  13. Tahniah berjaya menjadi Petani.Tanam Jagung dalam pasu pun boleh! Terbaik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru berjaya menaikan pokok.. blm berjaya mendapatkan hasil lagi hahahaha.. Doa2kan lah ya moga jagung nya berisi lebat.. ☺️🤲🏻

      Delete
  14. Harap2 tumbuh besar dan banyak jagungnya 😄😄. Belum pernah lihat pula tanam jagung di pot seperti ini.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat separuh sahaja isi jagung nya pun saya sudah gembira sangat hahahaha :D.. Ini percubaan paling berjaya setakat ini setelah beberapa kali mencuba tanam dalam pasu..

      Delete
  15. Waaahhh... Jagung purple... Pernah makan di Cameron Highland 2 tahun lalu. Memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. mmg sedap tapi itulah org kata hanya blh tanam di tempat sejuk mcm Cameroon sahaja.. tu yg try tanama dalam pasu kat balkoni huhuu.. ☺️👍🏻

      Delete
  16. kalau tumbuh dengan elok, rasa puas sangat kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni tumbuh elok... Cuma batang tak segemuk seperti tanam di tanah.. tapi ada la keluar hasil tapi mcm kontot hahaha..

      Delete
  17. Harap isi penuh lah jagung tu nanti.
    Pernah beli jagung,.isi dia lompong²🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah petik satu jagung purple.. ada isi tapi macam nipis jer.. boleh la nak gigit sikit sikit hahaha.. isi tak lompong lagi la setakat ni.. 😅

      Delete