Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Memang menyeronokkan berjalan waktu pagi dari Wah Chai Pier menuju ke The Peak Tram Station (2.8km). Di sini banyak bangunan pencakar langit as you know there is more 570 skyscrapers taller than 150 meters (492 ft) in Hong Kong. Cuma yang tak best, banyak cafe belum dibuka apatah lagi hari ini Sabtu. Maka berjalanlah sambil mengunyah gula-gula 😉.
 |
| Suasana yang tenang di pagi hari Sabtu di tengah bandar Hong Kong Island. |
Sedang mata ralit melihat bangunan-bangunan yang berdiri megah ketika di tengah perjalanan. Wife whatsapp beritahu semalam dia dengan kawan-kawan beratur sangatlah panjang dan lama hanya untuk tunggu turn naik tram ke puncak The Peak. Maka aku pun decide untuk sampai awal di tram station dan layan coffee di atas The Peak sahaja.
 |
| Berjalan seorang diri ditemani bangunan-bangunan yang tinggi 😎. |
The Peak Tram dibuka dari 7.30 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari (include weekend & public holidays). Sky Terrace 428 yang berada di puncak The Peak dibuka dari 8.30 pagi sehingga 10.00 malam (Weekend & Public Holidays dibuka seawal 8.00 pagi). Tram One Way Ticket - Adult HKD82.00/ Child (3-11years old) & Senior (65years old) HKD52.00.
 |
| Finally & safely arrived at The Peak Tram Station at Garden Central Road. |
Tram Return Ticket - Adult HKD116.00/ Child & Senior HKD75.00. Special Combo Return Ticket & Sky Terrace 428 - Adult HKD182.00/ Child & Senior HKD118.00. Special Combo One Way Ticket & Sky Terrace 428 - Adult HKD146.00/ Child & Senior HKD95.00. Sky Terrace 428 Ticket Only - Adult HKD80.00/ Child & Senior HKD50.00. Child under 3 years old is free.
 |
| Kena datang awal pagi untuk elak dari beratur panjang. |
 |
| Syukur pada waktu tiada ramai orang yang beratur. |
 |
| Pameran sejarah tram lama yang pernah digunakan di sini sejak 1888 lagi. |
Agak ramai yang memilih beli tiket sehala naik ke atas dan kemudian berjalan menurun ke starting point di kaki bukit (via Old Peak Road or the Green Trail) sejauh 3.5km atau kira-kira 40-60 minit berjalan. Ketika aku sampai di The Peak Tower hujan mula turun dengan selebatnya. Menambahkan lagi kesejukan winter pada ketinggian 552 meter dari paras laut.
 |
| Selepas membeli tiket kita akan naik escalator yang amatlah tinggi. |
 |
| Para pengunjung menanti ketibaan The Peak Tram. |
 |
| "First Come First Serve" - Masuk awal boleh la pilih tempat duduk yang selesa |
Aku sampai The Peak Tram Station pada pukul 9.35 pagi dan kelihatan orang tidaklah begitu ramai dan dari beratur untuk membeli tiket sehingga duduk di dalam tram, ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Tram akan bertolak naik ke puncak setiap 10-15 minit mengikut keadaan. Dan mengambil masa 5-8 minit untuk tiba di The Peak Tower.
 |
| Sedikit rasa gayat di sini sebab tram mendaki curam gunung. |
 |
| Pemandangan ke arah bandar ketika perjalanan naik ke puncak The Peak. |
Ilusi optik: Disebabkan kecuraman yang ekstrem ini, bangunan-bangunan pencakar langit di sepanjang laluan kelihatan seolah-olah condong atau senget ke arah bukit (dikenali sebagai Peak Tram illusion) - Sumber Google. Kalau gayat atau ada panic attack jangan duduk dekat cermin. Terasa sangat bila tram mendaki atau menurun di curam tu.
Kecuraman laluan berubah-ubah di sepanjang 1.4km trek dengan sudut kecondongan bermula daripada 4 darjah sehingga maksimum 25.7 hingga 27 darjah. Ketinggian pendakian: Naik dari paras laut (kira-kira 28 meter di Stesen Central / Garden Road) hingga ke paras 396 meter di The Peak Terminus - Sumber Google.
 |
| Munch Snack House ni pun ada kelibat Molly. |
 |
Ada jer egg tart di mana-mana pasti akan ada bau harum 😖 Nasib dah makan egg tart halal dari Maarof, tak ada la kempunan sangat. |
Setiap perjalanan tram boleh memuatkan 210 penumpang dengan 167 tempat duduk dan 43 penumpang berdiri. Tram ini adalah generasi ke-6 yang telah dinaik taraf dari tram pertama yang telah dibuka dan dirasmikan pada 30 Mei 1888 oleh Gabenor Hong Kong ketika itu, Sir George William des Voeux. Dan untuk masuk ke The Peak Tower adalah percuma.
Ketika kita sedang beratur untuk membeli tiket, terdapat pameran sejarah di kiri dan kanan mengenai Tram ini yang mana pada awal pembukaannya, tram yang digunakan ketika itu adalah dari jenis steam yang pertama di Hong Kong. Dan pada ketika itu ia adalah yang paling canggih dan paling tertinggi di seluruh benua Asia.
 |
| Walau pun terletak di tourist attraction tapi harga sama seperti di luar. |
 |
| Hurmmm.. Dah sampai sini kan.. Wajiblah terbeli satu, dua, tiga eh empat.. 😂 |
 |
| Hong Kong Souvenir Shop. Jangan masuk sebab kalau masuk mesti terbeli. |
Setelah sampai dan masuk di The Peak Tower, kita akan nampak banyak restoran dan kedai yang menjual pelbagai food and souvenir. Kedai paling depan sekali Munch Snack House yang menjual pelbagai manisan, cookies dan gula-gula.
Nasib tak halal maka jalan berlalu pergi walau bau yang sangat menyedapkan. Masa ni mata aku terus tangkap kedai souvenir dan terbeli fridge magnet lagi. Harga pun sama sahaja seperti beli di luar walau sini tempat tourist attraction.
 |
Ambil Combo Ticket With Return Tram jauh lebih murah dan berbaloi. Suggested sangat untuk cuba at least sekali masuk ke dalam Wax Museum ini. |
Disini juga ada satu attraction yang sangat menarik iaitu Madame Tussauds Hong Kong - Muzium patung lilin yang menampilkan lebih dari 100 replika selebriti dunia, tokoh sejarah dan ikon budaya. Antaranya Dato Seri Michelle Yeoh.
Admission Fee - Adult HKD249.00/ Child & Senior HKD199.00. With VR Experience Ticket - Adult HDK289.00/ Child & Senior HKD239.00. Combo Ticket Return Tram & Wax Museum - Adult HKD279.00/ Child & Senior HKD229.00.
 |
| Iris Galerie ini boleh zoom mata hitam dan printkan untuk kita. |
Ada lebih kurang 5 tingkat di The Peak Tower ini. Semasa turun dari tram kita berada di floor P1. Iris Galerie, Bakehouse & Harley Davidson Hong Kong di floor G. The Famous French Steakhouse "La Vache" di floor L1. Mei Lok Experience Studio di floor L2. Amusing Moment Selfie Studio dan Bubba Gum Shrimp's Co Restaurant & Market di floor L3.
 |
| Jom keluar dari The Peak Tower dan menuju ke Victoria Peak. |
 |
| Peak Galleria Mall - Masa ni sejuk sangat suhu di bawah 10 degree. |
 |
| Di atas mangkuk flat itu lah 428 Sky Terrace with 360 outdoor view. |
Selepas tiada lagi yang menarik maka aku terus berjalan ke arah luar bangunan The Peak Tower menuju ke Victoria Peak. Keadaan selepas hujan menambahkan lagi kesejukan dan ditambah lagi berada di puncak tertinggi di Hong Kong Island ini.
Angin bertiup agak kencang dan boleh rasa angin sejuk tu sampai ke tulang rusuk hahaa.. 😂 Dan macam biasa bila kena cuaca sejuk sangat maka bertambah la rasa lapar. Lebih 1 jam juga dari sebelum naik tram sehingga sekarang aku spend.
 |
| Pop Mart Store - The Kids kata sinilah tempat untuk beli blind box. |
Betul lah kata wife, dia dengan kawan-kawan semalam spend more then two hours sepanjang berada di sini. Girls kan...
Aku pula datang seorang diri, memang agak cepatlah pergerakan. Dah la tak prepare nak kena hadap suhu yang sangat sejuk di sini. Memang terlajak jauh pagi ini berjalan dari sebelum subuh dan nasib la ada bawa sweater sehelai masa ni.
 |
| Ada sambutan 20th Anniversary Molly - Ikon Blind Box Pop Mart Store. |
Masa ni ada sambutan Molly 20th Anniversary. Agak ramai juga yang beratur membeli sesuatu di Pop Mart Store. Aku pula blur sekejap siapa Molly.. Apa kena mengena dengan Pop Mart Store. Lepas Balik Malaysia baru lah aku tahu selepas anak-anak bercerita siapa Molly tu bagai hahahaa.. Pastu kena marah pulak kenapa tak belikan Blind Box untuk mereka 😅.
 |
| Antara beberapa sudut pemandangan yang ada di atas Victoria Peak ini. |
 |
| Antara gerabak tram awal yang digunakan puluhan tahun dahulu. |
Aku spend dalam 30 minit merayau-rayau di atas Victoria Peak ini. Dan sampai saat akhir secawan coffee pun aku tak beli dek leka berjalan sana sini. Biskut dengan gula-gula yang ada dalam beg habis dimakan. Serously masa ni memang lapar.
Jika datang ke Hong Kong - The Peak ini wajib dijadikan salah satu destinasi sebab ia bukan sekadar naik tram ke atas puncak gunung seperti di Langkawi tapi terdapat banyak attraction yang ada di sini. Dan teramatlah sesuai untuk kanak-kanak kecil dibawa sekali. Dan kalau datang waktu winter make sure bawa sweater jacket bagai.
Tinggi escalator tu. Kalau tergolek jenuh nak sampai bawah. Kat Genting ada escalator tinggi. Seram nak naik.
ReplyDeleteKaann.. sebab tu bila naik jangan pandang belakang da 😅 lg2 org gayat mcm saya hahaha..
DeleteHehe jauh berjalan. Alhamdulillah tidak ramai orang beratur untuk naik keretapi.
ReplyDeleteYes mmg jauh sangat berjalan pagi tu.. Hikmah juga dtg awal kat tram tu.. tak la beratur panjang..
DeleteSungguh luar biasa
ReplyDeleteBangunannya tinggi tinggi dan megah
Tiket masuk jika dirupiahkan jadi berapa ya
Tapi saya takut ketinggian
Jika dirupiahkan lebih kurang IDR150-200 ribu untuk return ticket tram.. Kalau mau percuma boleh jalan kaki sampai ke puncak.. 😅
DeleteAkk terbayang sejuk macam kat Genting tu hehe ... Sebab puncak gunung di Langkawi tu panaih lit lit 😅
ReplyDeleteBest la naik tram ni macam laju ja. Naik cable car tu gayat sikit sbb tergantung :p
Kat sini lebih sejuk dari Genting hahahaa.. Menusuk tulang jadinya tapi time winter jer la.. Oh yer la kat Langkawi panais.. Yes naik cable car org tak kuat mcm sy ni mmg gayat teruk hahaha.. 😅
DeleteHaha kita x igt ada naik esklator tu ke x hahaha tp yg igt sampai atas keluar je peak tram akan nmpk replika tram dibaluti gambar rumah² pangsa di HK hehee....
ReplyDeleteHurmm tak pasti ia baru atau tidak tapi itulah keadaan nya.. dan bila sampai kita akan terus masuk ke The Peak Tower.. Berjalan melepas segala kedai kedai yang ada sehingga keluar di Victoria Peak.. Replika trAm dgn rumah pangsa tu mcm dah tak ada jer..
DeleteMujur datang awal dan tak perlu beratur panjang. Kalau hujan lebat waktu musim sejuk, memang menggigil dibuatnya. Turun berjalan kaki 3.5 km pun mencabar!
ReplyDeleteItulah ada hikmah terlanjur ke sana sini berjalan pagi tu.. Syukur dapat naik tram ke The Peak tak perlu beratur panjang.. Teringin nak jalan kaki turun ke bawah..
DeleteBanyaknya berubah area ni, lain betul keadaannya dari dulu. Nak nya pergi lagi.
ReplyDeleteSetiap tempat yg kita dah travel mmg kena repeat after 10-15 tahun kemudian hahahaa...
DeleteGak2 nya bangunan.. pegi jenjalan tak beli FM cam pelik je la kan. at least dapat SE.
ReplyDeleteItulah bajet walau tak banyak mana pun ketika travel.. tapi FM tetap akan dibeli huhuu.. 😅
DeleteFridge magnet tu cute! tak de halal food yer kat situ.....kalau bwk kids, sure cepat lpr/teringin nak mkn apatah lg kalau terbau mcm2 food ;)
ReplyDeleteAah atas peak ni mmg tak ada makanan halal.. kalau bawa kids sila makan kenyang2 sebelum naik ya.. tapi kalau bukan musim winter tak sure la sini panas atau sejuk..
Deletewahh mangkuk flat tu nmpk gayat kalo dok kat atas penjuru tuhh.. 😅😅
ReplyDeleteAah kalau yang gayat yang amat tu elok la jangan naik atas tu hahahaa.. :D
DeleteAmazing!! Bagi turis Hongkong adalah tujuan yang mengagumkan bagi yang pernah kerja dan tinggal di apartemen sempit wuih wuih....tak nak cerita lagi lah
ReplyDeleteBetul sangat tu... kondisi hotel murah dan juga apartment utk disewa mmg terlalu halus dan kecil.. itu pun harga nya sudah lumayan mahal huhuu.. Ada berborak sama beberapa warga Indonesia yg bekerja di sana..
Deletekalau naik tram Penang Hill buleh tahan kegayatannya. Tapi kat The Peak ni mungkin gerun la abe jadinya...huhuhu...
ReplyDeleteKalau tak leh tengok kena duduk depan biar tgk tram tu mendaki sahaja huhuu.. Mmg part yg di turun curam tu nervous habis hahaa :D
DeleteAlamak….gayatnya nak kena naik eskalator tinggi gitu 😅
ReplyDeleteMenarik boleh print anak mata kita.
Excited sampai terlupa diri sendiri gayat masa tgh naik escalator tu hahahaa..
DeleteYes amat menarik tapi harga nya beratus juga lah huhuuu :D
Mak aiiii... banyaknya 570 bangunan pencakar langit! Penat nak mendongak gayanya tapi memang patut pun naik The Peak Tram tu boleh tengok bangunan pencakar langit walaupun peak tram illusion. Dah sampai atas lagi la best viewnya.
ReplyDeletePameran sejarah tram lama tu pun menarik.
Yes memang banyak but somehow Malaysia pun berada di kedudukan ke-4 dunia yang memiliki bangunan pencakar langit terbanyak.. Nasib la perjalanan tram tu tak lama. So baru nak cemas kena panic attack tau2 dah sampai hihii :D
Deletetertanya2 juga siapa Molly dan apa tu Blind Box? Kite ni mmg dah tak tau bende2 generasi sekarang ni
ReplyDeleteSaya nak cerita pun tak pandai hahaha.. sila lah google sendiri atau tanya anak saudara pasti lagi cepat dapat jawapan hihihiii :D
Deletewaa dasyat betul 570 skyscrappers kat hong kong. menarik naik tram tu. atleast sampai atas ada banyak benda boleh dibuat jugak. saya pun tk kenal siapa tu molly hahaha. rupanya dah 20 tahun ye anniversary pop mart
ReplyDeletePuncak tertinggi di Pulau Hong Kong.. okla not bad harga pun boleh la naik at least sekali seumur hidupkan huhuhuu.. Samalah kita tak kenal siapa Molly tu.. tgk pun biasa jer hahahaha :D
Deletesy tak ingat ms tu kenapa kami tak pergi museum tussauds
ReplyDeletekalau tak silap sebab reno rasanya...
then tukar plan masuk China utk day trip...
Kalau beli tiket combo sekali dengan tram okla.. tak la mahal sgt.. tapi kalau sampai atas baru nak beli tiket mmg terasa mahal huhuu.. Shenzen dah pernah pergi tu yang time ni kitrg takde plan nak ke China.
Deletewalaupun tak pernah tgk view HK dari atas
ReplyDeletetp bila tgk pencakar langit kat sana
seram juga laa kannn
dah laa kawasannya kecil
dlm celah2 tu masih ada jg bangunan baru sdg dibina...
Tempat dia tak luas mana tu sebab dia kena buat bangunan semua tinggi2.. tapi kita yg tgk dri bawah mcm kerdil sungguh huhuhuu.. Bangunan lama mmg kena roboh utk bina bangunan baru..
DeleteHaaaa... memanglah kena marah.. ayahnya punnn... Pop Mart tu😅😅
ReplyDeleteMana lah kita tau siapa Molly tu.. Pop Mart pun tak pernah masuk kat Malaysia hahahahaa..
DeleteHuu, hebatnya pembangunan di Hong Kong..bila kita ke negara orang Istigfar banyak2..hehehe macam macam ada depan mata..
ReplyDeleteHebat Malaysia.. Hebat lagi Hong Kong.. Bab tgk negara orang ni memang jadi kagum sangat... tak psl kemajuan pasal peradaban.. dan mcm2 lagi.. :D
Delete