Showing posts with label Isfahan. Show all posts
Showing posts with label Isfahan. Show all posts

Monday, 13 November 2023

Iran Part 7 : Isfahan Grand Bazaar - Naqsh-e Jahan Square - Lotfollah Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Seperti yang kita maklum Isfahan adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah terutama dari seni bina bangunannya yang terkenal dengan kecantikan sentuhan architecture Farsi. Dan jika tidak tahu nak ke mana di Isfahan maka boleh la dengan menerjah ke Naqsh-e jahan Square sebagai titik mula kerana di sini terletaknya beberapa attraction yang akan menghabiskan masa anda selama seharian.

Pemandangan Sheikh Lotfollah Mosque di Eastern Naqsh-e Jahan Square.
Dan most of the place bukan attraction yang biasa yang mana kadang-kadang kita rasa boleh skip. Ia termasuk la The Grand Bazaar of Isfahan, The Great Mosque of Isfahan, Naqsh-e Jahan Square, Ali Qopu Palace, Sheikh Lotfollah Mosque, Isfahan Musuem of Nutaral History, Musuem of Contemporary Art,  Musuem of Decorative Art, Isfahan Light Turnel, Chehel Sotoon Palace, Hakim Mosque, Honar Bazaar dan ada few lagi attraction.

Suasana di malam hari walau ketika musim winter, Orang masih ramai di jalanan.
Ada sesetengah negara ketika musim winter bila malam dah sunyi sepi.

The Honar Gold Bazaar

Selepas pulang ke hotel di waktu petang dari misi menawan 5 historical bridge di sepanjang Sungai Zayanderud. Kami berehat sehingga la selepas magrib memang badan semua dah lesu 3 hari berturut-turut berjalan tak berhenti. Maklum la kami ada 9 hari je ada nak cover beberapa bandar dalam sebuah negara. Plus kali ni backpack bawa adik ipar dengan husband dia yang first time ikut dengan baby mereka lagi :D

Main entrance dari Bagh-e Goldaste Street.
Entrance dari Chaharbarg Street.
Selesai bersolat magrib di hotel kami berjalan keluar dengan cuaca yang sejuk menuju ke Honar Gold Bazaar. Perjalanan tak susah sebab signboard banyak dan tertulis dengan bahasa English. Sampai di pintu masuk Honar Bazaar ada manisan yang disediakan di atas meja dan ada seorang pakcik yang menyediakan teh panas kepada para pengunjung yang masuk. 

Keadaan di dalam Honar Gold Bazaar.
Kami pun apa lagi, maklum la benda free masa travel backpack ni adalah satu anugerah hahaa. Pakcik tu siapa tolong tuangkan teh di cawan untuk setiap orang. Ok baik Honar Gold Bazaar juga dikeali Boland Bazaar kerana ketinggian bumbungnya dan juga dikenali The Kings Mother Caravanserai  Bazaar adalah antara bazaar tertua di Isfahan dibina pada tahun 1705 ketika era Safavid. 

Disebabkan dalam Honar Bazaar ni hanya jual barang jewery.
Maka kami pass by ke pintu belakang untuk menuju ke Naqsh-e Jahan Square.
Panjang bazaar adalah sejauh 200 meter dan mempunyi 2 tingkat. Ianya sebuah tempat khas yang hanya menjual barangan emas, perak dan jewery. Terdapat dua main entrance iaitu di Chaharbagh Street dan Bagh-e Goldaste Street. Boleh tengok youtube dibawah ini untuk melihat secara terperinci Honar Bazaar ini.


Naqsh-e Jahan Square

Sebuah dataran yang amat besar memerlukan masa berjam-jam di sini. Imam Mosque di Southern, Lotfollah Mosque di Eastern dan Ali Qapu Palace di Western dan Grand Bazaar of Isfahan di Northern part of Naqsh-e Jahan Square. Kami datang waktu malam dan esok pagi kami datang semula sebab nak meneroka setiap penjuru square ini.

Imam Mosque one of main place at Southern Naqsh-e jahan Square.
Keadaan ruang dan kedai-kedai peniaga di dalam bangunan Naqsh-e Jahan Square.
Pemandangan yang agak berbeza bila datang di waktu malam dan siang. Bila malam banyak lampu-lampu berwarna warni di buka dan di siang hari keadaan agak malap kerana banyak bergantung kepada cahaya semula jadi yang menerangi setiap sudut di dalam bangunan.

Pada waktu malam kami hanya cover bahagian souther (Imam Mosque) dan western wing (Ali Qapu Palace). Keesokan kami datang dan terus jelajah kesetiap pelusuk dataran termasuk area kolam dan garden. Kami tak dapat masuk ke Lofollah Mosque dan Ali Qapu Palace kerana keduanya dalam renovation.

Di sini memang rambang mata banyak kraft tangan yang cantik-cantik ;D
Masa pusing-pusing malam tadi aku terbeli 2 set patung catur yang diperbuat dari batu marmar. Satu set askar farsi dan satu set askar rome. Nak beli papan catur yang macam dalam gambar ni tak boleh sebab nanti susah nak bawa kehulu hilir. Kita dah la backpack jer datang sini :P

Sheikh Lotfollah Mosque

Masjid yang terletak di bahagian eastern wing Naqsh-e Jahan Square ini telah dibina pada zaman Pemerintahan Safavid. Ia mengambil masa 16 tahun untuk siap dibina iaitu dari tahun 1603-1619. Mohammad Reza Isfahani as a Chef Architect dalam pembinaan masjid ini. Pada awal pembinaan ia hanya untuk kegunaan kerabat di raja sahaja sehingga la lebih seratus tahun kemudian ia dibuka kepada umum.

Pemandangan di beberapa sudut luar dan dalam Sheikh Lotfollah Mosque.

Grand Ali Qapu Palace

Grand Ali Qapu Palace terletak di bahagian Western side of Naqsh-e Jahan Square. Pada suatu ketika dahulu ia menjadi tempat tinggal kepada Persian Emperors of Safavid Dynasty. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage Side. Bangunan setinggi 48 meter yang mempunyai 6 tingkat ini dibina oleh Shah Abbas I pada kurun ke 17. Kami tak masuk dalam ni just amiik gambar dari luar sahaja.

Kalau bukan winter insyallah boleh dapat view macam ni - Google

The Grand Bazaar of Isfahan

Sebuah bazaar yang teramat besar di Isfahan, ianya juga dikenali sebagai Qeysarriyeh Bazaar (بازار قيصريه), atau Soltani bazaar. Di sinilah terkenal sebagai tempat menjual carpet yang juga dikenali Kilim actually kilim ni bukan carpet dia lain. Ia dibina pada tahun 1620 dengan terdapat 6 bahagian iaitu Harouni, Makhlas, Samavarsazha, Maqsudbeyk, Orian dan Nimavard-e Golshan.

Qeysarriyeh Gate - One of the main entrance to The Grand Bazaar
Dari Naqsh-e Jahan Square ia terletak di bahagian Northern. Bayangkan besarnya bazaar ini di dalam terdapat beberapa buah masjid dan juga sekolah atau madrasah. Terdapat juga beberapa hotel dan hostel yang attach dengan grand bazaar ini. Tempat makan di dalam nampak semuanya sedap andai kata halal mesti dah try few hidangan :D

Bila kata bazaar ini adalah bangunan bersejarah maka apa yg terbina didalamnya termasuk masjid dan sekolah itu juga telah dibina ratusan tahun yang lepas antaranya Masjid Khayyatha, Masjid No, Masjid Zolfaghar, Masjid Shishe dan Masjid Jarchi. If u all datang sini make sure spend one full day dekat Grand Bazar ni. Kami tak dapat nak menerokai sangat sebab dah penat berjalan di Naqsh-e Jahan Square.

Suasana di dalam Grand Bazaar (Sumber Google). Kalau tak ada niat nak berbelanja pun tak apa sebab design Grand Bazaar ni memang amat memukau :D
Aku terpaksa ringkaskan cerita perjalanan di Isfahan ni sebab ni dah entry ke 7. Nak cerita di Shiraz dengan Persepolis lagi. Basically kalau datang Isfahan wajib ke Naqsh-e Jahan Square sebab sini titik tengah kepada semua acttraction di Isfahan. 

Ada 5 attraction utama di Naqsh-e Jahan ni yang korang jangan missed kalau ke Isfahan. The Grand bazaar of Isfahan, Sheikh Lotfollah Mosque, Imam Mosque atau Shah Mosque, Grand Ali Qapu Palace dan The Great Mosque of Isfahan yang terletak di belakang Imam Mosque. Ada few tempat yang dikenakan entrance fee dan ada yang free. Tapi one thing travel ke Iran memang sangat murah. :D

Tuesday, 31 October 2023

Iran Part 6 : Historical 500 Years Bridge By Shah Abbas The Great

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Mari kita habiskan cerita kembara backpackers di Iran ni walau keadaan diri masih lagi dalam kesakitan. Hurmm tapi sakit apa? Actually aku pun first time kene and first time dengar sakit yang aku alami ini. Iaitu "Frozen Shoulder" hampir 2 minggu dah diserang sampai kene amik ubat Celebrex 200. Gerak sakit, tak gerak sakit. Ada-ada masa bila bahu kiri ni "Jammed".. Allahu sakit dia, pedih sangat-sangat.

Khaju Bridge juga dikenali "The Finest Bridge" dibina pada tahun 1650 oleh Shah Abbas II.
Okay dalam posting kali ini kita berkongsi pengalaman menawan kesemua 5 buah jambatan tarikan utama di Isfahan yang telah di bina samada hampir atau lebih 500 tahun yang dahulu. Yang pertama Si-O-Se-Pol Bridge kita dah cerita pada entry yang lepas. Now kita sambung cerita for another 4 bridge yang seterusnya.

At this moment kene makan painkiller Celebrex 200 Nonsteroidal Anti-Inflammatory Drug (NSAID) dan kene mula Physio dengan pihak hospital. Seriously out of no where.
Khaju Bridge

Terletak di penghujung Kamal Ismail Street. Ianya amat dikenali sebagai the Finest Bridge. Ia dibina sekitar tahun 1650 Masihi pada Pemerintah Abbas II iaitu Sultan Ketujuh dalam Pemerintah Safavid. Yang mana pada asalnya telah wujud struktur asal jambatan yang lebih lama kemudian telah diubahsuai sepenuhnya dan dibina jambatan baru.

So here we are The Finest Bridge of Isfahan - Khaju Bridge.
Suka sangat dengan kebersihan dan landscape di Isfahan ini. Susah nak jumpa sampah.

Terdapat satu kerusi batu yang dipanggil The Kings Chair yang masih wujud sehingga sekarang yang mana telah digunakan oleh Shah Abbas II sebagai tempat duduk menikmati pemandangan indah Sungai Zayanderud. Panjang Khaju Bridge adalah 133 meter dan lebar 12 meter dan terdapat 23 pintu gerbang. 

Unik design yang dibuat oleh architecture bridge ini. Boleh main chak chak pula :P 

Terdapat beberapa kunci air di jambatan ini bagi mengawal paras dan aliran air. Di mana apabila kesemuanya kunci air ditutup ia akan membantu mengalirkan air kepada para peladang dan petani di kawasan sekitar sungai suatu ketika dahulu.

Dari hujung sampai la ke hujung kita cross the river.
"From river to the sea, Palestine will be free" eh tiberr..
Shahrestan Bridge

Ini adalah jambatan tertua di Isfahan. Struktur asal telah dibina pada era zaman Pemerintahan Sasanid iaitu di antara abad ke 3 hingga abad ke 7 Masihi. Dan bahagian atas jambatan telah diubahsuai pada abad ke 10 oleh Pemerintahan Buyids atau juga dikenali sebagai Pemerintahan Buwayhid (934M - 1062M). Dan kemudian telah diubahsuai sekali lagi oleh Pemerintahan Seljuk (1037M-1194M).

Gambaran asal Shahrestan Bridge pada suatu ketika dahulu.
Panjang Shahrestan Bidge adalah 107.8 meter dan lebar 5.2 meter. Ia memiliki 13 pintu gerbang besar dan 8 pintu gerbang kecil yang terletak di antara pintu gerbang besar. Ianya berfungsi sebagai alternatif aliran air ketika banjir berlaku bagi mengelak kerosakan kepada jambatan. 

Gambar satu pun aku tak jumpa so kita amik dari Pakcik Google jer :D
Namun sekarang jambatan ini tidak lagi digunakan sebagai lintasan menyeberangi Sungai Zayanderud kerana air sungai telah dialihkan 100 meter jauh dari Shahrestan Bridge ini. Bagi mengelakan jambatan ini rosak dimakan usia maka telah dibuat sebuah tasik melintasi kedua-kedua arah jambatan ini.

Suka dengan seni bina jambatan yang dah beratus tahun ini - Google.
Marnan Bridge

Juga dikenali sebagai Marbin Bridge. Ianya telah dibina pada zaman Pemerintahan Safavid tapi para pengkaji sejarah percaya ia telah dibina seawal atau sezaman Shahrestan Bridge ini kerana batu yang diguna pakai untuk membuat jambatan ini adalah sama dari segi jenis, saiz dan bentuk dengan batu-batu yang digunakan dalam membina Shahrestan Bridge. 

Penampakan Marnan Bridge di malam hari :D
Panjang jambatan ini adalah 186 meter dan lebar 4.8 meter. Terdapat 17 pintu air dan 14 pintu gerbang. Seperti biasa waktu paling indah untuk melawat kesemua jambatan-jambatan ini adalah ketika waktu matahari hampir terbenam.

Choobi Bridge

Juga dikenali sebagai Joubi Bridge oleh orang awam sekitar Isfahan dan ada juga disebut sebagai Joui Bridge. Terletak di antara Khaju Bridge dan Ferdowsi Bridge di Sungai Zayanderud. Ia telah dibina pada tahun 1665 Masihi ketika era Sultan ke 7 iaitu Shah Abbas II atau Sultan ke 8 dari Pemerintahan Safavid. Panjang jambatan adalah 147 meter dan lebar 4 meter an mempunyai 21 pintu gerbang air.

Gambaran asal Joui Bridge pada suatu ketika dahulu.
Antara sebab utama jambatan ini dibina adalah kerana terletaknya taman di raja di kedua-dua arah tebing sungai di sini. Terdapat binaan seperti rumah rehat di kedua-dua arah jambatan ini ia digunakan sebagai tempat perjumpaan (Parlours) bagi mereka yang mempunyai urusan dengan sultan. Namun sekarang ia telah dibuka kepada orang awam sebagai Tea House.

Suasana di atas Choobi Bridge dalam suasana winter yang tenang.
Kelihatan ramai yang berehat sambil berpicnic di kawasan sekitar bridge.

Shah Abbas The Great

Pada zaman Pemerintahan Shah Abbas The Great telah berlaku pemindahan pusat pentadbiran dari Wilayah Qazvin ke Wilayah Isfahan di antara tahun 1588 - 1629. Perkataan "Shah" dalam bahasa Farsi yang bermaksud Sultan. Shah Abbas atau Sultan Abbas adalah Sultan kelima dalam Pemerintahan Kerajaan Safavid. Anak ketiga kepada Shah Mohammad Khodabanda yang juga merupakan sultan keempat yang telah digulingkan oleh Tentera Puak Qizilbash ketika Shah Abbas berumur 16 tahun.

Kawasan sekitar yang santai di antara bridge sepanjang sungai.
Suasana winter yang sejuk tak terasa sangat penat berjalan jauh.
Shah Abbas mendapat gelaran The Great kerana pemerintahanya yang bijaksana, memulihkan kekuatan ekonomi negara dan menguatkan kekuatan askar yang mana paling terkenal adalah Askar Ghilman iaitu askar hamba. Yang terdiri dari bangsa Armenia, Georgia dan Circassia. Dan di masa pemerintahan beliaulah askar-askar Ottomans dan Uzbeks dapat dikalahkan dan menawan semula jajahan Iran yang dirampas oleh negara lain.

Kedudukan 5 historical bridge di Sungai Zayanderud, Isfahan.
Maka boleh difahami kenapa Isfahan adalah satu destinasi penting untuk dilawati jika melancong ke Iran. Kerana ia pernah menjadi capital kepada negara Iran 500 tahun dahulu dan sudah tentu terdapat banyak peninggalan sejarah untuk diterokai. Antaranya beberapa jambatan yang telah dibina 500 tahun dahulu masih lagi utuh dan boleh diguna pakai sehinggalah sekarang.


Monday, 23 October 2023

Iran Part 5 : Isfahan - Stored Thousand Years Of World History

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Hari ketiga di bumi Iran ini kami mula menjejakan kaki keluar dari Bandar Tehran menuju ke sebuah bandar yang penuh dengan kekayaan sejarah tersendiri yang melebihi seribu tahun lamanya. Malah bandar ini telah pun wujud pada zaman era Pemerintahan Sassanid atau juga dikenali Pemerintahan Eranshahr pada kurun ke-7 dan ke-8 Masihi. Iaitu pemerintahan terakhir sebelum kedatangan Pemerintahan Islam.

Berhadapan Si-O-Se-Pol Bridge - Jambatan utama di Isfahan berusia 500 tahun.
Dengan menaiki bas dari Bandar Tehran, kami memilih perjalanan malam yang mengambil masa hampir 6 jam lebih untuk tiba di Bandar Isfahan. Bagi menjimatkan bajet dan juga masa yang ada untuk kami hanyalah selama 9 hari di Iran ini. Oleh itu kesemua perjalanan jauh kami memilih untuk bergerak pada waktu malam. Kerana kami memerlukan waktu siang untuk berjalan-jalan.

Keadaan di dalam bas yang amat selesa dan penumpang yang tidak penuh.
Makanan dan minuman yang disediakan di dalam bas untuk para penumpang.
Di Isfahan kami tidak perlu memikirkan sangat tentang accommodation kerana seseorang yang tidak kami kenali telah membantu kami mendapatkan tempat yang amat selesa dengan harga yang amat murah. Kalau baca part 4 ada orang yang bergambar dengan kami di Azadi Tower. Beliau lah yang telah mendapatkan kami apartment 2 bilik dengan harga RM200.00 semalam.

Sampai di lobi hotel macam terpegun seketika, betul ke hotel ni?
Kami berehat sebentar di lobi hotel kerana check in hanya pada pukul 1.00 petang.
Air panas dan teh disediakan free of charge. Kami terus buat maggi :D
Semasa di Azadi Tower lagi beliau dah tanya ke mana lokasi seterusnya selepas beliau mendapat tahu kami akan ke Isfahan beliau terus menelefon kenalan beliau dan mendapatkan kami accommodation. Dan kami pada mulanya tak berharap pun sebab takut juga kene scam. Tapi bila kami sampai dan lihat sendiri tempat yang amat selesa untuk kami berlima dengan satu infant. Maka tersenyum lebar wajah kami hahahaa.. :D

Disebabkan tak boleh check in lagi kami pun berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Cuba teka motor apa warna biru tu?  Modenas 
Satu perkara yang aku suka dengan Iran ni ialah jalanraya dan kaki lima memang bersih.
Accommodation di Isfahan kami cuma check in satu malam sahaja. RM200 dibahagi 5 maka kos untuk seorang hanya RM40.00. Sepatutnya boleh dapat yang lebih murah tapi dapat bilik hotel la bukan apartment macam ni. Tapi bila fikir semula malam pertama tidur airport dan malam kedua tidur dalam bas so untuk malam ketiga ni kita berselesalah sikit.

Syukur sangat hotel yang kami stay ni walking distance almost to every attraction.
Disebabkan kami sampai awal pada waktu subuh di Isfahan dan selepas bersolat subuh di musolla yang berada di dalam Bus Station. Kami terus mencari teksi untuk ke lokasi hotel. Di Iran kita boleh confirmkan bayaran sebelum menaiki teksi dan boleh cari siapa driver teksi yang boleh bagi harga yang paling murah atau munasabah.

Time check in bersyukur sangat sebab dapat accommodation yang selesa sangat.
Lengkap dengan sofa, tv, dapur, kettle, dan toaster. Paling penting ada heater :D
Ada dua bilik - Satu Bilik Twin Single dan Satu Bilik Queen Bed.
Apabila sampai di hotel kami hanya dibenarkan check in selepas pukul 1.00 petang dan kami telah meminta untuk meletakan beg backpack kami di lobi hotel. Sebab tak nak buang masa dan nak terus keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar. 

Pihak hotel mengizinkan dan siap offer untuk letakan beg kami dalam apartment pada pukul 1.00 petang nanti jika kami belum balik ke hotel. We all pun okay jer lagi bagus sebab tak perlu la rushing balik semata-mata nak check in untuk letak barang.

Si-O-Se-Pol Bridge

Juga dikenali sebagai Allahverdi Khan Bridge, adalah salah satu dari 11 jambatan kebanggaan di Isfahan yang melintasi sungai Zayandehrud River. Dan ia adalah jambatan yang paling terkenal oleh kerana ia adalah yang paling panjang (297meter). Serta lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar dan yang terakhir kerana seni bina dan sejarahnya yang tersendiri.

Here we are.. 500 years Si-O-Se-Pol Bridge by Shah Abbas The Great
Masih diguna pakai sehingga kini dan tetap kukuh berdiri :D
Dibina di antara tahun 1599 sehingga 1602 ketika Pemerintahan Shah Abbas. Kerajaan ketika itu telah melantik Shah’s chancellor iaitu Allahverdi Khan Undiladze untuk memastikan projek ini berjalan lancar. Yang mana nama kedua untuk jambatan ini telah dinamakan sempena nama beliau.

Bahagian kiri dan kanan bridge ini terdapat ruang seperti ini.
Pemandangan Sungai Zayandehrud dari Si-O-Se-Pol Bridge.
Sebanyak 5 buah jambatan dari 11 jambatan di Sungai Zayandehrud pada ketika ini telah dibina hampir 500 tahun yang lalu iaitu ketika pemerintaha Safavid. Di dalam bahasa Farsi Si-O-Se Pol bermaksud 33 ini sempena terdapat 33 buah gerbang. Ketika ia dibina orang awam hanya boleh melalui tingkat dua jambatan sahaja. Tingkat pertama digunakan oleh pihak pemerintah dan juga pihak askar.

Nasib jumpa uncle ni Uncle Turkey (Org Sunni) ni boleh berbahasa English.
Makanan dia halal sebab di amik daging dan ayam import dari Turkey.
Makan malam kami Pack Nasi Goreng Brahim, Ayam Panggang dan Kebab Daging,
Roti ala -ala Capati dan Maggi serta Nescafe 3in 1 from Malaysia :D
Chahar Bagh-e Abbasi Street berada di bahagian utara jambatan dan  Chahar Bagh-e Bala streets berada di selatan jambatan. Jika di bahagian utara anda boleh pergi ke Naqsh-e Jahan Square, Hasht Behesht Palace dan Chehel Sotoun Palace dalam walking distance. Dan di bahagian selatan anda boleh pergi ke Vank Cathedral dan Isfahan Music Museum.

Antara makanan dari beg backpack aku dengan wife :D
Semenjak sampai ini baru ada masa nak repacking semula beg backpack.
Jambatan bersejarah ini tidak mengenakan apa-apa bayaran entrance maka amiklah masa untuk berjalan-jalan di atas jambatan ini kerana ia amatlah menyeronokan. Ketika kami di sini terdapat orang-orang tempatan bermain alat music traditional dan ada yang menjual teh panas dari beg backpack mereka. Lebar jambatan adalah seluas 13.75 meter oleh sebab itu ia digunakan untuk bersantai-santai dan picnic oleh orang tempatan.