Thursday 10 October 2024

Safely Arrived & Nice To Be At Home Again

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah Syukur kepada hadrat Ilahi kerana diberi keizinan dari Yang Maha Esa untuk menjejakkan semula kaki di tanah air. Negara Malaysia ku yang tercinta.

Pengalaman mengembara seorang dari tanpa isteri dan anak-anak di beberapa buah negara yang belum pernah aku kunjungi. Memberi pengalaman yang sangat berbeza. Yang pasti tidak ku ulangi lagi trip solo selepas ini. Hope so..

Pantai Gelora at Kuantan always the best for Sunset
Dan tak lupa pada entry yang lepas A Little Story From Yesterday Picture. Beberapa sahabat blogger dan pembaca telah memberi tekaan yang tepat dan ada yang hampir tepat. Jawapan yang tepat adalah 1. Penerbangan Emirate Airlines 2. Transit Di Dubai, UAE 3. Destinasi Arrival adalah di Istanbul, Turkiye. Siapa Yang jawap dengan betul sila email alamat ke timetravelafif@gmail.com.

Dan untuk trip kali ini aku bersyukur kerana berjaya menambah jumlah negara yang telah ku jejakki ke angka 48 buah negara. Terasa teramat susah nak cecah angka 50 huhuhu.. Insyallah moga tercapai impian itu suatu hari nanti.

Pemandangan sebahagian Bandar Istanbul dari Galata Tower.
Tourism Week Celebration until 6 October. Free entrance to Galata Tower 
Sedikit kisah perjalanan trip solo baru ini adalah untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Istanbul dan kemudian aku telah menaiki bas merentasi sempadan dan berjaya mengembara ke beberapa buah negara bersebelahan atau berdekatan dengan negara Turkiye.

Kali ni kita try lunch di Restoran Kasim Baba Roti Tempatan Cheese @ Kuantan
Dan ketika pulang dari Turkiye ada sedikit kisah yang agak meresahkan apabila tercetus serang ballistic missile dari Iran ke Israhell dan pencerobohan tentera israhell ke Lebanon. Hampir kesemua commercial flight mengubah laluan. Seperti flight aku dari Istanbul telah melakukan penerbangan ke Egypt dan kemudian melalui Saudi Arabia dan mendarat di Dubai.

Dan untuk kali ini, aku berperluang sekali lagi keluar dari Airport Dubai ketika transit dan berjalan-jalan disekitar Dubai setelah hampir 7 tahun lebih tidak menjejakkan kaki ke Dubai. Transit yang aku pilih adalah lebih 22 jam.

Beberapa insan yang berkongsi senyuman yang sama ketika trip travel baru ini.
At this moment berada di Kuantan untuk dua malam tiga hari atas urusan kerja. Balik jer baru ni dah kena marah dengan bos dan diarahkan untuk menyiapkan kerja. Maka kita sambung lagi langkah kaki bercuti ke Kuantan lah hihii..

Insyallah no more flight ticket at this moment until end of this year. So most probably i can finish write all my travel story. And baru-baru ni AirArabia Airlines ada buat promo nasib la time tu diri ini tengah trip solo. Maka terselamat la dari terbeli huhu. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...