Saturday, 3 May 2025

Cari Dan Beli Calon Suami Di Shopee

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Al Kisahnya... 

Biasalah bila musim raya ni akan jumpa ramai sanak saudara dan juga kenalan. Yang jauh akhir ketemu kegembiraan. Yang susah nak jumpa walau sebenarnya kadang-kadang dekat jer kalau nak pi ziarah. Tapi tu lah tak tahu kenapa payah betul nak jumpa. Maka itulah indahnya Hari Raya menjadi asbab untuk berjumpa dan berbual.

Dan last sekali ada juga yang kalau boleh jangan jumpa sebab kalau jumpa buat sakit hati jer hahahaa.. ๐Ÿคฃ Maklum la ada yang sesetengah tu mulut memang tak ada insurance. Ada pulak yang datang rumah orang. Eh tetiba nak complain pulak. Langsir tak lawa la.. Makanan tak sedap la.. Sampai anak pun nak dibanding-bandingkan. 

Out of no where tiba-tiba cerita anak dia dapat anugerah la.. Dapat masuk asrama la.. Yang sulung belajar oversea la.. Dia kat rumah masak Rendang Daging Waghyu 10 kg la.. Lepas tu cerita pulak dengan tetamu di rumah yang dia bertandang padahal tak kenal pun. Yang dengar pun terkebil-kebil.

So itulah yang terjadi baru-baru ini ketika berkunjung ke open house seorang sahabat classmate sekolah rendah dulu. Yang pada mulanya ingatkan datin rupanya makcik  kampung biasa jer. Baru pindah KL duduk rumah Sem-D dengan dua orang anak dia yang dah bekerja di KL.

Dan kedua anak makcik yang dah bekerja ini perempuan. Maka mulalah bercerita belajar pandai, sambung oversea, balik dapat kerja bagus bagai. Tapi umur keduanya dah siri 30 an. Dan dia sembang pulak pasal kerjaya dan jodoh anak dia. Dan pada aku sebenarnya no issue pun.

Sampailah dia dia terlalu mengagung-agungkan anak perempuan dia. "i tak nak kahwin kan anak i dengan lelaki sebarangan.." pastu dia sambung "Lagi-lagi dengan lelaki yang tak siap..".

Dalam hati aku terus trigger that point "Lelaki Yang Tak Siap..?" Makcik tu kata lelaki tu mestilah dah ada kerjaya yang sempurna, dah ada rumah, dah ada kereta bukan bawa motor. Dan bukanlah lelaki yang masih struggle lagi dengan kerjaya dan kehidupan dan masih terkial-kial tak tahu masa depan.

Aku pun tahan jer lah telinga kang aku masuk boleh tahan jugak mulut aku ni hahahaa ๐Ÿ˜‚. Tapi macam biasa la tak leh tahan sebab lama sangat. Aku pun "Makcik... Jodoh ni aturan Allah, kita ni manusia maka berdoa dan berusaha sahajalah dalam semua perkara. Boleh nak pilih yang terbaik yelah siapa tak nak kan".

Tapi kadang-kadang kena tengok jugak di mana kaki kita berdiri. Dan kasut mana kita berada. Dalam dunia tak semua yang kita nak tu kita dapat, itu memang lumrah kehidupan. Bila dapat bersyukur tak dapat redha.

Disebabkan aku ni lelaki maka kena la pertahankan kaum lelaki. "Saya masa kawin kerja pun tak ada, rumah kereta lagi lah. Tapi setiap kejayaan lelaki tu kan ada wanita yang berdiri di samping membantu. Alhamdulillah anak dah 4, ada rumah, kereta sekarang ni".

Lelaki ni makcik bukan bahan adunan kek atau kuih raya. Ikut mana yang kita suka, kita letak bila tak suka tak nak letak dalam adunan tu. Kalau nak macam tu rasanya boleh cari di shopee la kot. Letak kat filter search tu nak lelaki yang siap macam mana.

Dan aku pun bangun dari sofa di ruang tamu. Dan tak sampai 2 minit aku kembali dengan penambahan lemang, ketupat dan rendang di pinggan aku yang tadi telah habis aku makan. Nampak dah makcik tu dah slow down. Aku pun sambung lagi.

Hidup ni keras makcik, ada orang berjaya di sekolah tapi tak berjaya di university. Ada yang berjaya di university tapi tak berjaya dalam pekerjaan. Ada yang berjaya dalam kerjaya tapi tak berjaya dalam kehidupan. Sebab tu jangan terlalu memilih, banyakan berdoa dan yakin dengan Allah.

44 comments:

  1. saya juga kan bila berkumpul, mesti akan bertanya pasal anak...tapi soalan tu boleh la tahan lagi.....yang tak boleh tahan nya bila dikatakan tidak berusaha langsung.....geram juga bila kena macam tu...bukan tak berusaha tapi tiada lagi rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia biasalah dalam dunia ni ada pelbagai jenis mulut manusia. Yg bertanya sbb ambil berat dan ada yg bertanya sbb nak sakitkan hati. Rezeki Allah yg berikan kita just berusaha dan berdoa.. sy doakan moga rezeki anak dipermudahkan amin.

      Delete
  2. Manusia.. Memang takkan puas.. Linda yg dah ada anak 4 orang nie, bongsu tu 7tahun..pun org tnya "bila nak tambah lagi?"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ingat buat anak ni mcm order dekat shopee ke? Biasa lah tu kita pun kena juga. Yg best tu dia siap tanya 4 jer anak.. huhuu

      Delete
  3. mulut makcik jenis takdak insurans camni mmg perlu ada org yg counter attack mcm tu, kalo tidak lagi sedappppplah dia nak menambah-nambah perisa, haa bila terkena kat dia baru dia slowdown sikit tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan jenis yang mulut tak ada insurance ni mmg perangai sikit. Kalau nak bgi tu mmg kena bagi kaw kaw sikit.. Kdg2 bukan apa niat just nak bgi sedar sikit yg semua benda bukan main lepas jer bila ckp..

      Delete
  4. Bertemu buku dgn ruas la hihi ...
    Macam² la perangai manusia ni kan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah nak apa sgt tapi geram hahaha.. kita ni golongan insan biasa jer.. tenang2 sudah.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  5. Jodoh, ajal, rezeki semua telah ditentukan.. Kita hanya berdoa dan berusaha agar mendapat yang terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kita ni sebagai hamba byk kan berdoa setelah berusaha. Jgn sangka kita ni memegang takdir. Buat sehabis baik insyallah ada balasannya. ☺️

      Delete
  6. memang ada makcik2 yg gitu...ala2 yg terpaling sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ala terpaling kan... Padahal dia kdg2 tak tahu ada org lebih terpaling dari dia hahahaa..

      Delete
  7. Suruh ai je generate suami satu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mesti puas hati dpt yg sgt diidamkan hahahaa.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  8. Jodoh, rezeki, ajal maut semua ketentuan Allah. Doa yang terbaik sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Ketentuan dari Allah semuanya.. blh nk pilih tp jgn smpai nak memilih sgt kan.. Doa adalah senjata yg terbaik..

      Delete
  9. sejujurnya sy tak suka org tua / mak cik yg cakap mcm tu. nak calon menantu sekian sekian. yg ad kriteria sekian sekian. dan sempat lg menyindir itu ini...

    jgn nnt anak dia berkenan separuh mati kat lelaki tak siap... haaa tahulah dia masa tu langit ni tinggi ke rendah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak yg terbaik utk anak tapi bukan dgn perlekehkan org yg tak layak.. dan jgn smpai menidakkan takdir.. sampai rasa diri sendiri boleh jaga takdir jodoh anak.. hah gitu lah.. kan..

      Delete
  10. mak mak ni kalau nak bercakap tu, biarlah fikir dulu... kata2 tu kan doa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la kan.. nak sangka baik tu mcm jauh sgt huhuu.. moga yg terbaik lah makcik oiii.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  11. mak cik oh mak cik. kadang sesekali kena bidas jugak mak cik macam ni.

    Kadang mak cik macam ni tu tak tahu anak dia cukup malu jugak dengan perangai dia. Alahai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh nak apa yg dihajati tapi mulut tu jgn la sampai menidakkan perkara diluar jangkaan kan.. ntah la.. yg penting bahagia.. tak kesah la siap ke tidak kan huhuu

      Delete
  12. Itu kadang malas juga nak pergi jemputan. Kalau tak pergi, dikata kita jenis tak bergaul, nanti mati guling-guling masuk kubur sendiri. Bila kita pergi, dikutuk kita macam kita takde perasaan. Ya Allah, sabor je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan.. kalau jemputan kawan2 ok lg tapi kalau yg di kampung tu atau yg penuh sanak saudara tu.. kdg2 mcm ada perasaan malas sikit nak gi huhuu

      Delete
  13. Doa jer la moga ank2 mak cik ni dapat jodoh yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doakan utk anak makcik tu.. makcik tu biar la apa nak jadi pun huhuu

      Delete
  14. Memilih sangat nanti anaka tu jadi andartu..x kahwin...dah bazir umur...pilih pilih sanagt dapat yang baran..dapat biawak hidup..nak kata apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn suka berckp jer tapi kena tgk realiti sbb kesian pd anak2 kalau dihalang nak berkahwin huhu.. baran dan biawak hidup tu haishhh minta dijauhkan la..

      Delete
  15. Saya yakin sebenarnya anak2 makcik tu pun mesti tk suka mak dia bercakap gitu. Tah2 dorg sndiri tk kisah sangat pun pasal laki gitu gini, asalkan faham tanggungjawab je haha.

    Saya pun tgh cari jodoh gak, tpi tula nggak jumpaaa ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try cari di shopee.. mana tau kot ada ciri ciri yg diimpikan hahaha.. tak ada la gurau jer.. zaman skrg ni dpt yg byk baik di mata pun dah cukup.. nak 100% terbaik mmg susah la.. kalau makcik tu level neelofa atau fattah amin blh la demand huhuu..

      Delete
  16. risau baca tajuk. dah baca isi baru faham.

    itulah jenis orang tua kan? jenis kalau nak kahwinkan anak perempuannya. mesti nak memilih lelaki yang serba ada. walhal makcik tu dulu mungkin berkahwin pun bukan dengan 'lelaki yang dah siap' . cuma atau mungkin rezeki dia berkahwin dengan lelaki siap tapi mana lah tahu esok lusa ada ujian pula. penat je cari 'lelaki dah siap' huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab baca isi dalam hahaha.. tak tahu nak letak tajuk apa dah..
      Biasa yg memilih ni lebih kepada org prempuan.. lelaki ni biasa terima seadanya hihii.. lagi2 kalau mak dan makcik2 semua masuk campur mmg lagi panjang cerita nya.. biasa kalau nak lelaki siap ni mmg laki org jer.. jarang lelaki bujang yg dah siap huhuu...

      Delete
  17. Kita pulak yang rasa puas hati bila Afif dah sekolahkan acik tu ๐Ÿ˜‚
    Orang gini memang kena ada orang lain yang cakap direct, baru dia diam sikit.

    Akak pun kawin dengan suami dulu tak ada apa-apa, keluarga susah lagi. Beli kenderaan pertama - motor, pun untuk keluarganya. Yang penting cari suami yang tahu tanggungjawab, rajin berusaha untuk tingkatkan ekonomi keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yg penting dpt pasangan yg bertanggungjawap ke atas pasangan masing2.. kan dpt anak mak habis semua gaji bgi mak lagi susah huhuu... Biarlah lepas kahwin dan bina kehidupan bersama.. dari tiada apa2 sehinggalah miliki semuanya.. kan lebih indah begitu.. Daei nk kawen semua benda nak ada tersedia.. payah juga mcm tu.. ☺️

      Delete
  18. perghh...rendang wahyu 10kg...makcik tu nak yg sekufu...x salah kalau prinsip dia mcm tu tapi takyah lah nak cakap kat org lain, terdengar mcm arrogant pula...org pun menyampah dgr..diam2 saja sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sama ada dia nak yg sekufu atau dia terlalu sgt memilih. Senang cerita nak yg kaya moga hidup senang kot.. ntah la.. tapi bab bercakap dgn org smpi mcm tu tak perlu kot kan.. diam diam sudah.. huhuu.. kan elok niat tu ckp dlm doa sahaja..

      Delete
  19. halah.. halah makcik.. makcik tak tau ke.. ada motor yang harga dia lagi mahal dari kereta ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. dia tak tahu budak laki tu bawa motor GS1200 BMW. Harga sebiji macam rumah selangor huhuu... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

      Delete
  20. Sebagai seorang ibu mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita. TAPI kalau nak cakap tu kena pandang la kiri kanan. Tak payah sebut kot pasal lelaki 'tak siap' itu. Kalau itu yang diucapkan selalunya memang dapat yang camtu. Macam contoh kawan saya....setiap kali kawan2 ada boyfriend....pasti dikatanya tak handsome.....TAPI ada sekali....dia dapat boyfriend berbadan besar dan berperut buncit. Kami semua macam katalah jugak jangan mengata orang sangat nanti kena kat diri sendiri kan....

    Kalau kita ada impian kita untuk anak2 jangan share impian tu takut orang lain salah tafsir atau buat orang lain terasa. Biar kita je yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sebagai parent kita mesti mahu yg terbaik utk anak2 .. siapa yg tak nak bila anak2 dpt yg terbaik.. cuma kdg2 apa yg mulut itu smpaikan jgnlah sampai ia membinasakan niat di hati.. itulah biasa dah org ckp2 ni.. last last itulah yg dia dpt kan.. itu blm lgi saya ckp lelaki siap ni biasa laki org jer hahaha..

      Impian di hati tu ungkaplah dgn penuh hikmah bukan ikut selera dinmulut jer nak tafsir mcm mana kan huhuu

      Delete
  21. Aiiiish nak rasa lah rendang daging Wagyu tuh ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

    Penasaran pula reaksi si makcik setelah dapat ceramah kultum dari Abang ๐Ÿ˜„.

    Kalo dengar orang macam nih bicara, memanglah pengen cepat2 menjauh rasanya ๐Ÿ˜….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang chef beritahu waghyu tidak sesuai dibuat rendang sebab terlalu lembut dan rapuh hahaha.. Tak tau lah mcm mana belum pernah lihat apatah lagi rasa.. Kdg2 org begini perlukan jawapan utk didiamkan hahaha.. kalau dibiar lagi byk hati yg sakit. :D

      Delete
  22. Ibu bapa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Kadang-kadang Allah rezekikan dapat pasangan yang akan bersama-sama berusaha untuk membina kehidupan bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yg penting berdoalah utk anak2 moga mereka dpt jodoh yg terbaik.. bukan menjual mulut bercerita pd org ramai dan terlalu memilih di mulut dan di mata huhuu.. kesian pada anak anak tu.. huhuu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...