Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Minggu lepas kawan-kawan yang bekerja di Pusat Pembedahan Katara MAIWP (PPKM) bagitahu ada cafe berdekatan yang baru sahaja dibuka. Harga makanan tidak la mahal dan agak berpada dengan title cafe. Apa pun kata mereka paling penting ialah dekat dengan PPKM dan mudah untuk mereka lunch.
Maka semalam alang-alang ada kerja di Sungai Buloh dan kemudian ke Selayang, terus la cari 7 Baris Cafe ini. Terletak di Izuwan Automobile Sdn Bhd -Lot 65419, Jalan Kuching, Mukim Batu, 51200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Shell dan Petronas. Memang mudah sangat la nak cari 7 Baris Cafe ini di sebelah kiri jalan.
 |
Welcome to 7 Baris Cafe by Nana Mahazan @ Jalan Kuching. |
Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam dan tutup pada setiap hari Isnin. Baru sahaja dibuka secara rasmi pada 23 Jun 2025 tempoh hari. Nama 7 Baris diambil dari 7 sahabat yang bersama-sama membuka cafe ini.
Lokasi yang baik terdapat banyak parking. Tempat duduk yang disediakan di tingkat bawah dan atas. Dan tempat duduk outdoor juga disediakan pada waktu petang hingga ke malam. Tapi kalau datang pagi atau tengah hari dan request nak duduk luar, maka staff akan buka kan meja untuk kita.
 |
Terdapat surau yang comel berdiri sebelah 7 Baris Cafe ini. |
Terdapat bangunan surau yang cukup comel dan cantik berdiri bersebelahan dengan 7 Baris Cafe ini. Maka tak perlu risau boleh la lepak lama-lama dan solat on time di sini. Bilik air khas untuk lelaki dan wanita juga disediakan.
Ketika kami sampai boleh dikatakan semua meja telah pun occupied. Maka terpaksalah buka meja di luar tapi masih di bawah bumbung dan ada kipas di atas kami. Okla tidak la rasa panas dan berterima kasih sangat pada staff cafe Nor Iqmal Ahmad yang banyak membantu kami sekeluarga.
 |
Antara menu heavy and light yang ada di sini. termasuklah Pastry, Cake & Pizza. |
 |
Strawberry Cheesecake, Passion Mango Cake, Almond Tiramisu, Callebaut Choc Cake. |
Dah nak masuk lunch hour maka kita combined makanan heavy and light. Bubur Ayam agak spoil banyak sebab terlalu kering dan tak ada rasa. My kids yang suka makan bubur pun tak nak makan sangat. Sorry memang kami tak dapat nak habiskan huhuu.
Spicy Chicken Chop alhamdulillah sedap 8/10. Kira ini first time makan chicken chop yang pedas. Pedas pada tepung crispy ayam tu. Kuah black pepper dia ok cuma macam terlalu cair sebab biasa makan kuah cicah black pepper tu kan pekat. Bila cicah barulah terikut melekat kuah tu pada ayam yang dicicah, barulah sedap.
 |
Cheesy Wedges RM12.00 |
 |
Spicy Chicken Chop With Black Pepper Sauce RM22.00 |
 |
Chicken Porridge RM12.00 (Tak ada rasa dan terlalu kering) |
Untuk Cheesy Wedges tu aku harap chef boleh masukan seketul-seketul dalam minyak sebab ada dua tiga yang melekat sesama sendiri wedges tu. Bila melekat kuranglah crispy dia kan. Ah banyak pulak aku nak commend hihi.. Overall alhamdulillah sedap insyallah nak repeat lagi sebab nampak banyak lagi pastry yang belum disentuh di sini :D
 |
Strawberry Cheesecake RM17.00 (Recommended) |
 |
Swedish Meatball RM12.00 (Yang merah tu Jem Strawberry 🍓- me like 🙄) |
Okay sebab datang lewat maka duduklah kami diluar sekejap and at last kami pindah masuk dalam. Sebab di dalam terlalu sejuk berbanding luar. Rugi la kalau tak duduk di dalam kan sebab bayar sama jer hihi. Tak ada la gurau jer.. Masuk dalam sebab nak snap gambar suasana 😊.
 |
Kiwigo RM16.00, Zuzu Pon RM16.00 & Ice Lemon Tea RM12.00 |
 |
Staf Cafe tolong bukakan meja dan kerusi untuk kami. |
Untuk desert kami try Strawberry 🍓 Cheesecake. Alhamdulillah sedap sebab untuk aku yang tak suka cheesecake sangat pun boleh makan 3 - 5 ngap hahaa 😂. Dan air Kiwigo tu rasa sedap lain macam very recommended. Cuma air Ice Lemon Tea macam tak sedap atau pelik. Pekat semacam baik dari segi warna dan rasa. Athira siap kata macam air asam jawa sebab masam pekat hahaha.
Insyallah akan singgah lagi bila ada kerja di Selayang lagi. Banyak kekurangan mungkin sebab baru dibuka. Overall makanan sedap dan tempat pun nice. Katanya waktu malam lebih meriah. Nanti kita try yer. 😎
Wahhh tempat santai yang best ni...
ReplyDeleteMenu kek ada aneka jenis.. sedap plak tengok kek nya.
Bubur ayam tu... sayang pulak sebab tak ada rasa.
ReplyDeleteMakanan yang lain, cantik menggoda selera pula. Ais Lemon Teh rasa macam air asam jawa pulak ye heheee.
Orang yang dekat nie pun tak tau kat mana tempatnya...kikiki..nampak sangat life ,g keje, balik keje je
ReplyDeletemenarik...siap ada surau....
ReplyDeleteNampak la porridge tu macam terlalu pekat.
ReplyDelete