Friday, 11 July 2025

Uzbekistan Part 6 : Alisher Navoiy Theater - State Museum - Mustakillik Fountain

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pada hari kedua di Tashkent ini, kami dah keluar seawal pagi menuju ke Alisher Navoiy Theater dengan menaiki Yandex. Bangunan asal theater telah dibina pada tahun 1929 oleh M. Kari-Yakubov dan pada tahun 1939 ia dikenali sebagai The Uzbek State Opera and Ballet Theatre.

Dan kemudian telah dibina sebuah bangunan yang lebih besar seperti yang ada pada hari ini di antara 1942-1947 dengan menggunakan forced labor. Dibuka pada tahun 1947 sempena ulang tahun kelahiran Alisher Navoiy yang ke 500. Theater ini boleh memuatkan 1,400 orang penonton dalam satu masa. 

Di hadapan bangunan Alisher Navoiy Theater yang bersejarah.
Oh ya force labor yang membina theater ini adalah banduan dari bekas tentera jepun atau dikenali sebagai Prison of War (POW) yang ditangkap oleh Soviet selepas perang dunia kedua yang dianggarkan lebih 750,000 orang. Dan dianggarkan 3.5 juta tentera jepun yang tertangkap selepas kalahnya Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Bila musim winter memang kebiasaanya fountain akan ditutup.
Sesi bergambar yang teramat susah sebab nak susun semua empat orang bukan perkara yang mudah. Mak nya dah jadi singa pun the kids stil dengar arahan hahaha ๐Ÿ˜‚.
Di tahun 1996, President Uzbekistan Islam Karimov telah meletakan sebuah plague di theater ini bagi memperingati (honoring) orang-orang jepun yang telah membina Theater ini. Tertulis pada plague ini "In 1945–1946 hundreds of Japanese citizens deported from the Far East took an active part in the Alisher Navoiy Theater Construction".

Simpang empat besar ini juga lengang. Abg polis tu pun tak tahu nak buat apa ๐Ÿ˜…
Nak lintas jalan besar kena ikut laluan underground.
Ianya bukan underground station tapi hanya lintasan bawah tanah semata-mata.
Dari Alisher Navoiy Theater, kami berjalan kaki menuju ke State Museum of Uzbekistan History yang terletak hanya 600 meter sahaja. Dan mungkin disebabkan masih lagi cuti Aidilfitri, maka jalan raya tidaklah begitu banyak kenderaan sehingga kami boleh shot video di atas jalan bersama the kids.

Suasana yang tenang di pagi hari menuju ke State Museum 
State Museum hanya terletak 600 meter dari Alisher Navoiy Theater.
Apa yang menarik tentang muzium ini adalah ia memberikan gambaran dari zaman stone age sehinggalah zaman sekarang tentang budaya, masyarakat dan negara Uzbek itu sendiri. Dibina pada tahun 1876 dan pernah dinamakan sebagai Lenin Museum ketika di awal pemerintahan soviet. Bayaran masuk 60,000 SOM atau 20.00 MYR untuk orang dewasa.

Bagi yang suka nak membaca banyak fakta berkenaan sejarah seperti aku insyallah ia sangatlah berbaloi dan amat menyeronokan. Tapi bagi yang tidak hurmm pepandai lah korang hahaha ๐Ÿคฃ.  Bagi aku bila datang negara kita kena mendalami sejarah, adat dan budaya barulah enjoy the trip di sesebuah negara tersebut.

Antara barangan bersejarah yang dipamerkan di dalam state museum
Info dari bacaan aku pada hari ini mengatakan muzium telah ditutup untuk satu jangka masa yang lama untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dan naik taraf bangunan muzium yang telah pun menghampiri 150 tahun. Tempat banyak menyimpan artifak pra sejarah kan, harus lah dijaga dengan baik.

Sejarah awal ajaran Budha dan agama islam juga banyak ada di sini. Dari Kerajaan Islam Timurid Empire (1370-1507) dan Mughal Empire (1526-1857) dari Barlas Clan of Turco - Mongol yang memerintah dari Bukhara & Samarkand sehingga Almaty di atas dan sehingga Kabul di bawah. Pemerintahan yang berasal dari salah satu keturunan Genghis Khan.

Mustakillik Fountain - Waktu winter tiada air lansung di sini. 
Aydan yang dah mula kepenatan, mengantuk dan malas nak bergambar.
Dari State Museum kami berjalan melintasi Mustakillik Fountain dan Independence Square. Dan terus menuju ke Ankhor Park dengan jarak 1.8km. Terlalu banyak yang menarik di sepanjang perjalanan sehingga tak terasa kami berjalan jauh. Mustakillik Fountain ini kalau bukan musim sejuk pasti cantik sebab susunan air pancut yang seolah menari-nari. 

Melintasi park yang luas menghijau dan terdapat banyak bunga berwarna warni tumbuh dengan segar walau dengan cuaca yang sejuk. Athira dengan Atiyya suka lah dengan pemadangan bunga-bunga ini. Affan pulak tak begitu menghayati.

Suasana yang tenang dan tak ramai orang. Ada clash dengan sekumpulan pelancong dari Jepun.
Selepas Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaan pada September 1991 maka Lenin Square ini telah ditukar kepada nama Mustaqillik Maydon yang membawa maksud Independence Square. Dan Lenin Monument telah diruntuhkan. Dan telah digantikan dengan sebuah "Globe" bagi menunjukkan simbolik kebebesan.

Cantik sangat bergambar di sini. Yang gegurl tu susah betul nak move on dari area sini.
Macam teruja sebab tgh winter pokok kering tiba at this area hijau segar jer.
Untuk sekarang Independence Square ini selalu dijadikan sebgai host dalam mana-mana acara sambutan pada peringkat negara termasuklah perarakan ketenteraan di hari ulang tahun ketenteraan atau sambutan kemerdekaan. Dan Independence Square ini adalah square yang terbesar di Tashkent dan di sini terdapat banyak statue atau monument.

Dan akhirnya kami berjalan sampai di Ankhor Park yang berada di hujung bersebelahan denagn sebatang sungai yang cantik. Dan dari sini kami akan ke Memorial Square yang mana terletaknya Ilhaq Eternal Flame dan The Tomb of Motherland. Nak tahu apa ada di Memorial Square? tunggulah next part.

39 comments:

  1. Lintasan jalan besar terang dan bersih. Ankhor Park tu pun menarik dengan pokok-pokok berdaun hijau ungu. Macam best je kalau dapat piknik kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kagun juga dapat kekalkan kehijauan park dalam keadaan sejuk winter. Kalau tmpt lain dah kering coklat segala tumbuhan di situ.. picnic ๐Ÿงบ best juga.. ☺️

      Delete
  2. Lama betul bangunan ni dan banyak kisah sejarahnya. Bagus jugalah dijaga dengan baik sehingga kini. Seronok jalan lengang, tak banyak kenderaan. Betul tu, kalau tempat cantik, menikmati permandangan kita lupa tentang penat berjalan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan dibuat pada 1876.. memang kuat binaan org masa terdahulu boleh kekal sehingga hari ini.. tmpt cantik mmg terpesona dibuatnya.. berjalan jauh pun tenang jer melayan suasana ☺️

      Delete
  3. uishhh 150 tahun lama betul usia bgunan museum dia! mmg wajarlah dibuat baik pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah semoga cepat lah selesai kerja-kerja baik pulih tu.. mesti lagi cantik out come dia ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  4. Membaca catatan perjalanan pada posting ini, benar-benar saya jadi memahami demikian bersejarahnya musium-musium itu.
    Oh ya kelihatan suasana disana sepi dari orang-orang ya Mas. Karena bertepatan dengan Iedul Fitiri ya?

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi dalam suasana hari raya Aidilfitri yg ke tiga.. jalan masih lengang dari sibuk kenderaan.. mungkin org masih di perkampungan.. disebabkan area sini banyak bangunan kerajaan..

      Delete
  5. Encik Afif mana alamat rumah ni. Tak nak hadiah ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah send alamt and dah dpt hadiah nya..terima kasih bebanyak Puan Notie.. ☺️

      Delete
  6. seronoknya....semuanya mempunyai sejarahnya tersendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila dpt tgk dan baca berkenaan sejarah sesebuah negara yang tersimpan dengan baik.. ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  7. kejamnya kerajaan Soviet Union yg menggunakan buruh paksa utk membina bangunan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman dulu mmg kejam.. zaman dah maju skrg ni masih ada yg kejam macam tu.. - Israhell membunuh org sesuka hati.. sedih kan..

      Delete
  8. wahhhh betul betul bersejarah ni...bangunan pun da sangat lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pembinaan sudah ada sejarah yg terpalit.. sehingga sekarang ia menyimpan begitu byk sejarah.. ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  9. Asalamualaikum..Subahanallah, anak-anak nampak happy..jauh berjalan luas pandangan..amazing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Sekali sekala membeli jiwa utk anak2.. biar luas pemandangan.. fikiran jadi matang.. moga menjadi org yg berguna di masa hadapan amin..

      Delete
  10. Sudah selesai link kan url blog ke blog Pesona Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sangat.. teramat amat terharu.. ☺️

      Delete
  11. Best baca. Anak-anak paling seronok dapat jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harap nanti besar mereka ingatlah yg mereka dibawa ke sini.. semoga menjadi kenangan indah buat anak anak ☺️

      Delete
  12. cantiknya gmbr2 kat taman! sporting belaka ur kids posing2 :) beruntung dpt travel jauh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. The kids sporting? Hahahaha.. hanya mak ayah mereka sahaja yg tahu betapa behave nyer mereka hahahaa.. alhamdulillah somehow we manage.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  13. nampak nama ibnu sina kat muzium tu... baru teringat...tokoh ni berasal dari Uzbek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ulama yg berasal dari Uzbekistan... Borak dgn rakyat mereka pun.. mereka bangga ramai ulama lahir di tanah Uzbekistan.. ☺️

      Delete
  14. Mustakillik Fountain tu, kalau bukan winter, ada light show sekali ke macam kat KLCC tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok la sampai macam tu kot.. tapi nice la ada pancutan air tu dan ada la suasana air kolam tu.. :D

      Delete
  15. lamanya 150 tahun usia muzium tu, memang kena buat pembaikan lah risau ada siling2 jatuh.
    the kids pandai posing lah, ceria je masing2.gambar dkt park dengan bunga2 tu pun cantik sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 150 tahun masih berdiri megah kan.. hebat teknologi org org soviet dahulu.. the kids kalau bab bergambar mmg suka la mereka hahaha.. jgn diajak nanti kita yg penat hahaha.. ๐Ÿ˜‚

      Delete
  16. Pandai anak-anak beraksi apabila bergambar.
    Uzbekistan ni lama dah dalam senarai, tapi tak juga sampai-sampai... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah akan sampai tu dalam masa terdekat sy doakan.. seronok dgn suasana di sana.. budaya, makanan, environment yg sgt menarik utk dilihat dan dirasai. ☺️๐Ÿ‘๐Ÿป

      Delete
  17. 150 tahun usia Muzium tu ye...menarik...gambar semua cantik...anak- anak mood ok la ni kan..semua bagi kerjasama yang baik semasa bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan if USSR tak jatuh... Pasti teknologi mereka kian berkembang.. 150 tahun dahulu pun dah mmapu buat bangunan yg besar dan megah camni. Anak2 bab bergambar mmg suka lah mereka.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  18. taman masih hijau walaupon musim sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah menarik melihat kehijauan rumput dan pokok walau masih sejuk winter ☺️

      Delete
  19. Lama juga public holiday nya..kita hari raya 2 hari je public holiday...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mana kita dua hari raya jer.. kita lah bangsa sambut raya paling lama dalam dunia ni hahaha.. ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ

      Delete
  20. Kalau travel paling suka tau selfie kt tempat2 ada tugu ni. Nama pun girls mesti la suka bunga. Ikut sejarah memang nk sangat jejakkan kaki di semua negara2 bekas Soviet Union baru lah rasa betapa kuatnya empayar dorang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...