Monday, 4 August 2025

Mana Menghilang Mood Nak Update Blog Ni?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Masuk bulan Ogos ni masih belum lagi sambung cerita Uzbekistan Part 9. Tak tahu mana menghilang mood nak menulis dengan keadaan idea yang terlalu kosong. Dan dah seminggu tak buat blog walking. Sorry yer kawan-kawan semua. 

Untuk elak dari mood nak update blog terus hilang. Moh la share sikit menu makan tengah hari ni. Tak masak sebab malas yang berganda-ganda. Menuju secret resipi selepas ambil anak-anak balik dari sekolah menjamah apa yang ada huhuu.. 

Pilihan aku lunch hari ini - Olio Aglio Salmon 
Wife pilih Mee Curry - Tak tahu kenapa dapat telur sampai dua biji 😅
Athira pilih Garlic Bread
Dan dimakan bersama Mushroom Soup
Spring Rolls Chicken
Chocolate Cheese Berry Cake.
Honey Lemon, Ice Plum Lime Juice,
Atiyya punya makanan Mac & Cheese Chicken lupa nak amik gambar sebab lambat sangat dapatnya. Masa dia dapat tu yang lain semua dah nak habis makan. End up makan sikit dan terus minta bungkus. Sebab takut lambat nak ke sekolah petang. 

Minggu ni ditenggelami oleh kerja yang banyak sehingga dibawa pulang ke rumah. Maka belum tentu dapat update sambungan kisah perjalanan di Uzbekistan. Lagi-lagi dalam proses nak apply cuti bulan September nanti. Tak boleh merungut dengan bos kerja banyak. Selagi tak approve cuti selagi tu kena yes bos hahaha.. 🤣 

48 comments:

  1. Meriah mi kari tu. Siap ada 2 biji telur lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak sure kenapa dpt dua biji hahaa.. si kecik tu suka telur okla :D

      Delete
  2. biasalah tu...kadang2 idea mencurah-curah. Kadang-kadang ehhhh rasa macam banyak perkara nak dikongsi tapi ilham tak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kdg2 idea mencurah2 tapi masa takde.. kdg2 ada masa tapi takde idea pulak.. gmbr dgn idea banyak tpi tu ilham nak menulis tak ada huhuu :D

      Delete
  3. Hahhaa..kena tunggu bos luluskan cuti, baru boleh mengomel sikit²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. harap minggu ni bos luluskan la cuti .. lepas tu dah boleh buat persiapan hahaha :D

      Delete
  4. Writers blocked memang biasa...xpe..blog awak kan..x dapat update travel awak update benda lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ... tapi tak blh juga nak update benda lain selalu nanti dah terbiasa senang tak tulis pasla travel hahaha :D

      Delete
  5. spring roll tu fav....sedap nmpk aglio olio salman tu..lama tk singgah secret recipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dgn wife kalau ke SR mesti order spring roll tu.. First time makan aglio olio salman tu..

      Delete
  6. pemurah betul mee kari tu bagi sampai 2 telur :p
    selagi tak apply cuti, tak boleh merungut kerja banyak nampaknya. nanti tak approved pulak aduhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. At this moment layan jer walau kerja bertambah tambah... esok lusa dh lulus cuti baru kita layan hahahaa.. telur tu terletak kot ke ntah macam mana hahaha :D

      Delete
  7. Tulis yang santai pun tak apa..janji ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul.. sbb kalau lama sngt nanti bersawang pula blog ini :D

      Delete
  8. Begitulah hidup seorang blogger. Semangat menulis pun ada pasang surutnya. Tak apalah, pelan-pelan. Tulislah apabila ada kelapangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Tapi itulah takut surut nya lama sangat tak pasang pasang hahaha... Insyallah mmg niat akan tulis semua perjalanan mengembara ☺️

      Delete
  9. Nah ada dah entry baru..blog tersenyum , bila ada gambar menarik..tuan punya blog dah berjaya perlahan datang kan mood berblog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Bila ada update entry baru rasa blog ni ceria.. bila tidak tu rasa suram jer hahaha.. inshallah moga dtg sentiasa la moof update blog ni 😅

      Delete
  10. Semua sedap especially salmon tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. first time order... Alhamdulillah sedapp.. blh repeat lag nnti insyallah.. ☺️

      Delete
  11. Nampak 'mari' texture soup tu... kadang2 tu nampak over blend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tapi yg penting sedap dan jangan likat sgt sampai lidah tak nak accept masuk dlm mulut huhuu.. 😅

      Delete
  12. biasa la tu kekadang mood tu kejap ada kejap menghilang. tengok makanan pagi2 ni terus lapar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood bila hilang tak boleh bagi lama2.. kang hilang terus dari radar hahahah..
      Tak boleh update pasal travel.. kita update pasal makanan jer la hihi :D

      Delete
  13. nampak sedap olio aglio...dah lama x ke SR...bln September byk cuti umum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bulan september byk cuti.. kita lak dah lama tak bercuti huhuu... insyallah jika ada rezeki bulan depan ingt nak bercuti juga la huhuu... :D

      Delete
  14. sila bersabar ya nanti cuti nak approved nanti hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bersabar jer.. berdebar pun iyer ni.. harap cuti approve la huhuu :D

      Delete
  15. Demam M ni susah nak jumpa ubat hehe...
    Setelkan dulu kerja, baru tenang nak bercuti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg susah nak jumpa ubat.. lepas dtg penyakit lain pulak.. jadi tak reti bagai takde idea la hahaha.. 🤣

      Delete
  16. Sedap-sedap menu pilihannya. Rezeki tu dapat extra telur dalam mi kari. Kenalah SYMP, saya yang menurut perintah selagi cuti tak approved kan. hihi...Semoga lancar segala urusannya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak minta cuti kena berbuat baik dgn bos dgn seisi office sekali hahahaha... Dan jgn buat sesuatu yg mencurigakan.. dah approve baru boleh reveal destinasi hahahah.. 😅

      Delete
  17. semua pun nampak sedap tu! moga2 ur blogging mood segera dtg balik hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tenggelam timbul sekarang ni.. tak tahu la kenapa huhuu.. kita update psl makanan jer lah skrg ni.. 😅

      Delete
  18. Saya pula rasa bersalah sangat tak dapat berkunjung ke blog kawan-kawan yang singgah ke blog saya. Lebih-lebih lagi dalam blog ini banyak yang masih belum saya baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah org dtg ke blog kita tapi susah betul nak ada masa membalas kunjungan ke blog yg menyinggah.. semoga sentiasa diberi masa berkunjung ke blog sahabat2..

      Delete
  19. Cuti Encik sudah approve ke? Hehe.. semoga sudah diluluskan
    Sedap bebenor tengok olio aglio salmon. Dah lama tak ke Secret Recipe.
    Saya pula, bukan takde mood, tapi tak sempat nak update blog dan blogwalking. Hari ni barulah nak berjalan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm dah approve hihii... insyaallah moga tiada masalah la dihujung waktu hihi :D
      itulah masa mmg tak mencukupi nak uruskan blog kdg2 tu.. kdg2 kerja keluar pgi balik malam huhuu :D dpt blog walking kawan2 mmd seronok...

      Delete
  20. Singah lagi awal, melihat gambar2 menarik..begitu idah suasana berwarna-warni kelihatan, happy berjalan-jalan menyakikan panorama hebat..dipayungi awan yang membiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indah sungguh kata-kata dari Tuan Etuza.. alhamdulillah kita berkongsi pengalaman di blog ini utk dibaca bersama.. ☺️

      Delete
  21. Semoga terus semangat hendak menulis ye. Chaiyok chaiyok💪💪💪. Cutinya boss dah luluskan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Officially belum la tapi unofficially dah gitu hahaha.. insyallah akan terus menulis berkongsi pengalaman mengembara di blog ini ☺️

      Delete
  22. ehhh.. kebetulan baru semalam makan mi goreng kat Secret Recipe.
    Semoga terus bersemangat TT 🦾🦾

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 seronon dtg makan ke SR sebab makanan dia sedap.. tpi tu lah harga dia tak main main juga hahaha.. 😅

      Delete
  23. Lama tak makan SR.. slps ada benda buruk jd tp tak boleh nak kata semua outlet servis teruk. Nampak sedap mee kari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer terkena masakan ada masalah mcm terjumpa plastik dalam makanan and so on.. tapi tak boleh nak just judge semua outlet sama.. tpi tu la tmpt selesa kan.. cake pulak sedap hahaha...

      Delete
  24. honey lemon tu sedap...
    kadang kalau rasa tekak tak best sy order ni...
    rs puas dapat minum panas-panas...
    then badan jd berpeluh...fuhh...

    ReplyDelete
  25. ha ah laa lain macam tuuu
    jarang dpt makan mi kari smpi dua biji sekali hidang...
    ke tukang masak tgh berangan kot hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...