Monday, 18 August 2025

Uzbekistan Part 10 : Kokaldash Madarasah - Taşkent'in Eski Şehir (The Old Village)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Balik dari Magic City Park, kami semua kepenatan. The kids lah yang terpaling penat. Sampai hostel mandi dan terus tidur. Tapi aku as a father waktu mereka sedang tidur tu, keluar sekejap mencari makanan untuk dinner malam ini. Alhamdulillah dapat beli ayam untuk di masak. Tapi yang susah tu part nak masak.

Interior Kokaldash Madrasah build in 15 century by Syaibanid Dynasty.
Nama pun hostel with sharing kitchen kan. Maka tak boleh la nak masak something smelly and heavy. Kita buka paste kari dan masukan ke dalam periuk yang telah ditumis bawang holland. Tak boleh pakai bawa merah nanti kuat bau huhu. Letak ayam dan campur air sikit terus tutup. Bila mendidih terus angkat sambil sebelah masak nasi guna periuk atas api.

Agak struggle juga bila dapat hostel instead apartment yang kami perlukan. Lepas masak bawa masuk bilik di tingkat 4, tukar bekas bagai dan kena kembalikan semula semua periuk di kitchen sebab nanti orang lain juga nak pakai. 

Arriving Taşkent'in Eski Şehir (The Old Village) by Yandex.
Antara pameran peralatan lama yang digunakan oleh masyarakat terdahulu.
Pintu rumah traditional yang digunakan oleh penduduk di sini. 
Keesokan pagi kami bersiap dan terus keluar dari hostel seawal pagi. Dan misi hari ini untuk menziarahi beberapa tempat di area Chorsu yang terletak hampir 7 km dari hostel dengan menaiki Yandex. Dan destinasi pertama kami adalah kawasan pelancong kota lama iaitu Eski Shahar Turistik Hududi.

"Sebuah kawasan kejiranan yang terkenal dengan seni bina dari kurun ke-16 yang dipelihara dengan baik dengan gabungan penampilan rumah batu dan kayu tradisional. Di sebalik kawasan perumahan bersejarah, kawasan ini menawarkan suasana tarikan kebudayaan, makanan traditional dan peluang untuk mengalami gaya hidup tempatan" - Sumber Google.

Hampir kesemua bangunan dan rumah di sini telah dinaik taraf.
 Tidak kelihatan langsung seperti ia telah dibina ratusan dahulu.
Ada beberapa tempat rehat yang disediakan dan peralatan lama yang pernah digunakan.
Nothing much to see here maka menujulah kita ke sebuah masjid yang bersejarah di sini.
Bagi yang meminati suasana bersejarah memang agak teruja dan menakjubkan bila sampai di sini. Tapi bagi yang tidak ianya agak membosankan sebab mostly tiada apa yang ada di sini. Lagi-lagi datang seawal pagi seperti kami. Terdapat juga beberapa buah hotel yang berada di dalam Old Village ini dengan harga dari RM200.00 hingga 400.00 semalam.

Hoja Ahror Valiy Mosque yang dibina 1415 Masihi.
Maka dari Old Village ini kami berjalan kaki menuju ke Hoja Ahror Valiy Mosque dengan jarak 300 meter sahaja. Sebuah masjid bersejarah yang besar dengan seni bina yang amat cantik. Dan laman masjid yang dipenuhi Pokok-Pokok Ru, Apricot dan Plum yang menghiasi suasana. Kemudahan tandas dan ruang solat untuk muslimat juga disediakan di sini.

Pemandangan di perkarangan masjid.
Tandas dan tempat wudu' bagi muslimin dan muslimat juga disediakan.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1451M oleh Sheikh Ubaydullo Khoja Akhror. Ia juga dikenali sebagai Dzhuma Mosque atau kita panggail Juma Mosque. Sebuah masjid yang besar dan digunakan untuk menunaikan dua Solat Aidilfitri dan Aidiladha maka sebab itulah pada kebiasaan di seluruh dunia ia dipanggil Juma Mosque atau di Malaysia Jamek Mosque.

Dari masjid kami menuruni tangga di bahagian depan untuk menuju ke Kokaldash Madrasah.
Selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1868, masjid ini telah terbiar musnah sepenuhnya selama 20 tahun lamanya. Sehinggalah Maharaja Rusia Alexander III memberikan dana untuk kerja-kerja pemulihan pada tahun 1888. Dan disebabkan itulah ia pernah dipanggil Masjid Tsarist untuk masa yang lama selepas pemulihannya.

Pada zaman Soviet, masjid ini telah dirampas dan digunakan sebagai bangunan pentadbiran untuk Kementerian Pendidikan dan kemudiannya oleh pejabat awam yang lain. Renovation terakhir masjid ini adalah pada abad ke-19 yang lalu dengan memasukan arkitek moden dan merobohkan satu-satunya khubah lama dengan menggantikan 3 buah khubah yang baru.

Inilah dia Kokaldash Madrasah yang dibina pada kurun ke-15.
Di bahagian hadapan Kokaldash Madrasah dan the only entrance yang ada.
Boleh lihat khubah Masjid Hoja Ahror Valiy yang tidak jauh dari sini.
Sekadar mengambil gambar sebab belum lagi masuk waktu solat. Kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Kolkaldash Madrasah yang terletak 50 meter di hadapan masjid dengan menuruni tangga. Tempat pengajian agama ini masih lagi digunakan sehingga ke hari ini dan telah pun berusia hampir 500 tahun. Tidak seperti madrasah di Hazrati Imam Complex.

Ok jom masuk tempat yang telah melahirkan banyak ulama.
Bayaran untuk entrance adalah 15000 UZS bersamaan MYR5.00.
Masa nak ambil gambar ada pulak gadis Uzbeks main chak chak.. 😅
Sekali pandang tepi tengok wife kita sedang memerhati la pulak.. 😅
Ia telah dibina pada 1570M oleh Pemerintah Syaibanid. Ketika gempa bumi besar pada 1868, madrasah ini juga telah rosak teruk dan telah dibina semula pada tahun 1902 sehingga 1903. Dan telah menerima kerja-kerja ubah suai untuk dinaik taraf pada tahun 1950-an. Dan ia antara bangunan yang terselamat ketika gempa bumi besar pada tahun 1966.

Semua nampak sama sahaja. Rasanya yang bawah tu kelas dan atas tu bilik.
Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap orang dewasa adalah sebanyak 15000 UZS dan tiada bayaran untuk kanak-kanak. Persekitaran dalam madrasah dikekalkan seperti mana ia mula pertama kali digunakan pada 500 tahun yang lalu.

Kami dapat melihat suasana di dalam madrasah dengan beberapa orang pelajar yang sedang berjalan di perkarangan. Kami juga naik ke tingkat atas melihat bilik yang digunakan oleh ahli sufi dalam mengarang kitab. Dan oleh kerana ia masih lagi digunakan, hanya beberapa bahagian di dalam madrasah sahaja dibenarkan untuk dimasuki oleh pengunjung.

Tangga yang telah berusia 500 tahun.
Antara seni tulisan dari hasil pelajar yang dijual di sini
Kokaldash ini mendapat nama sempena nama adik lelaki (Kulbobo) kepada pemerintahan pada ketika itu, iaitu Abdullahan II dari Syaibanid Dynasty. Yang telah meninggal dunia sebelum beliau menaiki takhta. Terdapat 38 bilik yang dibina untuk penginapan para pelajar dan guru. Dan beberapa buah kelas, tempat makan dan sebuah masjid juga telah dibina. 

Kenapa nak bina ruang solat sedangkan ada sebuah masjid yang besar di sebelah madarasah? Ini menunjukan pada ketika pelajar sedang belajar mereka tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar bagi membolehkan mereka fokus belajar dengan baik. Oleh itu juga binaan madrasah ini hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja macam penjara.

Bersambung Uzbekistan Part 11 : (Under Construction) 

14 comments:

  1. Subhanallah..Cantik tempatnya ye. Murah jugak bayaran Masuk ke situ.. Syok tengok Seni Bina nye. Waw . Lama betul usia tangga tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran masuk tu murah dan yg penting dpt masuk dan melihat tempat lahirnya ramai ulama semenjak 500 tahun dahulu.. Tangga tu terasa mcm masuk castle lama huhu.. 😅

      Delete
  2. Walaupun bangunan lama..tapi cantik bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah dibuat penambahbaikan bagi menjaga bangunan yang bersejarah mcm ni.

      Delete
  3. lama juga masjid tu ambil masa untuk dibaik pulih..
    penat lah berkongsi dapur masuk, tapi macam mana pun, kaki travel tegar dah biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin zaman tu peperangan penaklukan Kekaisaran Rusia. Mungkin juga sebab itu tiada dana yg cukup utk bina semula masjid itu.. penat nak masak bgai tp still ok sbb jimat hihii.. ☺️

      Delete
  4. Penat angkut periuk ke tingkat 4 ye. Huhu..
    Dia orang punya bangunan, walaupun musnah dek gempa bumi, masih didirikan semula yek. Cantik pula tu. Nampak macam dalam istana lama pula, tangga dalam madrasah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah gagah memasak.. Nak makan luar dengan 4 orang anak mahal hihi.. Kalau ikut sejarah setiap seratus tahun sekali ada gempa bumi besar habis merosakan byk bangunan.. Rasa nya part tangga tu antara yg tidak pernah diubah dari yg asal semenjak 500 dahulu..

      Delete
  5. Hebatnya..bangunan yang unik, masjid cantik sekali..Sunahanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah Uzbekistan itu sendiri kaya dengan tamadun. Dan islam telah lebih seribu tahun lamanya lahir di sini.. cantik seni bina di sana..

      Delete
  6. Struggle betul nak memasak tu. Dalam masa inilah kita kena jadi kreatif biar sesuai dengan keadaan dan tak mengganggu penghuni lain untuk keselesaan bersama.
    Orang tak minat sejarah pun boleh suka tempat ni sebab tempatnya tersangatlah menarik. Selain tambah ilmu, dapat tambah kenangan dalam album. Banyak sudut yang menarik dengan seni bina yang cantik. Tangga ke bawah tu macam seram sikit.
    Terima kasih bawa kami jalan-jalan disini walaupun hanya dalam gambar. Dari sini dapat juga kami tahu serba sedikit.
    Psstt..awas isteri perati je tu. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila travel ni mmg kena kreatif dan tak boleh ikut suka hati kita jer.. lagi2 bila kita berada di tempat orang.. Nak memasak pun jgn la sampai tumis belacan kan, mmg kena dek org la hahaha.. Masak kena simple dan bersihkan kitchen selepas selesai.. tak nak susah cuci jgn la masak sampai kotor kitchen tu huhuu..

      Delete
  7. 500 tahun? Kukuh betul buatan dulu2

    ReplyDelete
  8. Itu tak bestnya hostel yaa, kalo masak jangan yg berbau tajam 😅😅. Takut dimarahi pula dengan tamu yg lain. Tak terbayang kalo masak sambal belacan 🤭🤭.

    Kalo old town begini saya sukaaa. Jadi membayangkan seperti apa kawasannya di zaman dahulu.

    Penasaran pula sebesar apa gempanya, sampai mesjid hancur dibuat. Lama juga terbuat hingga 20 tahun ya.

    Hahahaha, istri dah memandang dari jauh ya bang 🤣😅. Hati2 memang kalo nak memotret sesuatu, nanti salah paham, perang dunia yg ada 😅🤭.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...