Sunday, 14 September 2025

Just Another Journey - Not Anniversary Celebration

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hari yang dinanti-nantikan akhir telah tiba iaitu 14 September - Tarikh majlis pernikahan aku dengan wife. Sedar tak sedar sudah 11 tahun melayari bahtera rumah tangga. Segala manis, masam, kelat, pahit, payau dan masin semua telah kami lalui. 

Alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak menjadikan kehidupan kami lebih diwarnai. Dan aku sebagai ayah lebih banyak merasakan tanggungjawap dan pengorbanan yang perlu dipikul untuk memelihara dan menjaga keluarga ini sehingga kejayaan yang bakal mengukir senyuman di hari esok Insyallah.

First trip backpack dengan wife adalah ke Vientiane, Laos.
Happy Anniversary ke 11 to me and my beloved wife 🎊🎉
Apa pun tiada sambutan istimewa sempena ulang tahun ke 11 majlis perkahwinan kami tahun ini. Tapi tak sengaja terbeli flight ticket few months ago untuk aku dan wife berkelana buat beberapa hari yang juga jatuh pada malam ini. Insyallah jika semuanya baik-baik sahaja. Maka naiklah pesawat di KLIA nanti. 

Sebab ada rakan sekerja tanya ini trip nak celebrate anniversary ke? Aku pun jawap "Eh tidaklah.. Masa beli tiket flight memang cari date yang murah sebab ada promo.." Memang tak terfikir pula jatuh pada tarikh anniversary. Dan masa beli pun tak tahu ia jatuh pada waktu cuti sekolah. Bersyukur sangat sebab dapat bonus cuti sekolah.

Insyallah first time akan menaiki pesawat Turkish Airlines malam ini.
Like always, mana ticket flight murah situlah destinasi aku. Oleh itu setiap kali lepas beli tiket barulah study, rancang perjalanan dan buat itinerary di tempat yang akan dijejaki. Belum lagi beli ticket flight sebab mengidam sangat nak ke sesebuah negara atau ke sesuatu tempat semata-mata. 

Beg tak packing lagi sewaktu entry ini ditulis, walau malam ini nak terbang dah. Jadi macam blur sebab dah hampir setahun tak travel. Makanan terutama pack ready to eat telah dibeli sejak seminggu dua yang lepas. Cuma tak tahu nak bawa berapa banyak. Belajar dari pengalaman trip central asia dulu. Memang kena bawa pack nasi lemak tu. ☺️

Mereka hanya akan dikeluarkan bila nak travel sahaja.
Ok setakat ini update dari aku. Doakan moga dipermudahkan segala urusan buat aku dengan wife untuk perjalanan malam ini. Insyallah will conquer negara ke 47 & 48 dalam catitan pengembaraan kehidupan aku. Mungkin negara ke 49 & 50 akan termasuk sekali (will see how). 

Tak terlalu mengharap sebab umur tak semuda dan sekuat seperti dulu nak pikul beg backpack 🎒 berjalan jauh merata hahaha 😂. Mungkin trip ini akan menjadi penentu kepada next trip. Masih larat lagi untuk DIY dan Backpack atau sebaliknya.

38 comments:

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan buat kalian berdua. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Selamat berholiday travel the world.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas wish dan doa yg diberi... Amin amin semoga selamat pergi dan pulang utk perjalanan trip kali ini.. ☺️🤲🏻

      Delete
  2. Selamat ulang tahun perkahwinan..memang bonus tu, beli tiket murah yang jatuh pada tarikh anniversary...
    Semoga selamat semuanya..kids follow ke tak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih banyak.. alang-alang dah sekali tarikh kan.. kita just enjoy the moment sahaja.. kids tak ikut.. sebab backpack 🎒 kasar sikit.. banyak nak kena berjalan banyak.. insyallah next time..

      Delete
  3. Selamat ulangtahun perkahwinan hari ini 14/9/2025. Alhamdulillah dah masuk 11 tahun..Terbaik..semoga sentiasa bahagia dan bertolak ansur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sedar tak sedar.. dah 11 tahun berada dalam usia perkahwinan.. alhamdulillah terima kasih atas doanya ☺️🤲🏻

      Delete
  4. Happy anniversary perkahwinan TT & wife! Semoga perkahwinan bahagia selalu hendaknya 💞 Semoga dipermudahkan perjalanan berkelana berdua dengan isteri 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much... Alhamdulillah mudah mudahan sentiasa bahagia.. amin amin.. alhamdulillah now dah almost half way nak habiskan journey ☺️

      Delete
  5. Patutnya bergambar belakang KLCC... Dua tower tu bermaksud 11....

    (Gempak kan idea uncle?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh cantik idea tu.. nanti kita ajak wife selfie situ hihii.. mmg gempak idea tu.. ☺️👍🏻😉😅

      Delete
  6. Happy anniversary Afif & wife! Semoga kekal berbahagia...
    Selamat berkelana and stay safe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. dalam perjalanan kelana sekarang ini.. insyallah will take care me and my wife ☺️😉👍🏻

      Delete
  7. Happy Anniversary dan Happy Holidays.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih banyak.. Holidays mood on ..!!

      Delete
  8. Selamat bercuti!
    Sekarang ni bawa backpack 65L tu walau 8-10kg pun terasa berat sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ini percubaan setelah setahun tak travel backpack.. mmg terasa berat sgt walau 12kg sahaja.. 😅

      Delete
  9. happy anniversary encik & wife! kebetulan yg tidak disengajakan sangat ni bercuti masa tarik anniversary. lagi bonus tarikh cuti sekolah.
    selamat berkelana dan boleh dating puas2 dgn isteri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much.. itulah banyak sgt kebetulan nya.. tak perlu nak pontengkan anak sekolah bagai.. penat sangat mengembara backpack kali ini.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Happy aniversary to both of you moga dapat cipta kenangan bersama hingga ke haro tua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much... Alhamdulillah diberi rezeki utk mencipta kenangan.. moga moga menjadi senyuman di hari tua..

      Delete
  11. Happy anniversary. Moga bahagia till jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasib banyak atas doanya.. ☺️🤲🏻

      Delete
  12. Sumaiyah binti Mohd Farid18 September 2025 at 23:25

    Happy anniversary tt and wife ;) semoga sentiasa kekal hingga ke jannah..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin... Terima kasih banyak atas doanya.. 😉☺️🤲🏻

      Delete
  13. Alhamdulillah..happy anniversary. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...
    Tarikh kebetulan sama dengan travel, bolehlah tu jadikan sambutan anniversary.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas doanya.. amin amin.. moga kekal hingga ke dalam syurga.. itulah secara tak langsung jdi trip anniversary kami berdua 😉☺️🎒😅

      Delete
  14. teringat2 11 tahun dulu menyaksikan beliau sengeh2 nak bernikah kat masjid tersebut....
    how time fly kan?
    now dia pi fly tempat lain...biasa dia nih...hahahah
    tq too for inviting akak utk menyaksikan hari pernikahan tersebut.
    happy 11th anniversary ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh kenangan lama tu.. hahaha mana da sangat sengih time tu.. serius jer time tu hahaha.. alhamdulillah kenangan lama tu.. now know know dah 11 tahun kan.. mesti la banyak perubahan.. btw thanks so much Kaka Anash.. ☺️👍🏻

      Delete
  15. Happy 11th anniversary!! Wberdua je ke travel? Just wondering, who is taking care of the kids?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berempat travel kali ini... Alhamdulillah ada orang-orang di sekeliling yang menjaga anak anak.. syukur... Btw thank you so much.. ☺️👍🏻

      Delete
  16. Happy belated anniversary kamu berdua...semoga kekal bahagia hingga ke jannah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin.. alhamdulillah terima kasih Kak Suria... Terima kasih atas doa nya ☺️🤲🏻

      Delete
  17. selamat bermusafir. happy 11th anniversary, moga bahagia hingga jannah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan MZ.. amin amin.. pejam celik 11 tahun sudah.. 👌🏻☺️🤲🏻

      Delete
  18. Lama plak tak jenguk di sini... dah pergi dan balik ya...
    Slow-slow lah baca.
    Happiest Anniversary TT dan isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa lama tak jenguk .. jgn tak jenguk langsung sudah la hahaha..
      Insyallah kita pun slow slow up entry travel di sini yer.. sudi sudi lah dtg..

      Delete
  19. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 11, buat Encik Time Traveller dan isteri. Walaupun sudah lama lepas. Semoga kalian berbahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas ucapan yang diberi.. Tak lama mana bulan lepas jer hihii.. Amin Amin semoga sampai ke jannah :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...