Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Buat kerja di Selayang sambil angkut dua dari empat orang anak dalam kereta. Sebab sekolah rendah agama cutikan pelajar tahun 4 ke bawah. Maka kenalah bawa sekali. Cuaca hari ini pun mendung jer dari subuh tadi.
Selesai uruskan kerja maka mencarilah tempat breakfast indoor dan terjumpa nama San Francisco Coffee ini di dalam google map dan just nice on the way balik ke rumah. By the way first time dengar nama San Francisco Coffee ni.
 |
San Francisco Coffee at Sungai Mas Plaza. |
Ketika kami tiba hanya ada satu dua meja sahaja yang occupied. Terus order dan duduk menunggu kehadiran makanan. Masa order tu cashier bagitau makanan dalam menu semua available even baru pukul 10.30 pagi.
So kalau nak makan spaghetti ๐ ke.. Croissant ๐ฅ Sandwich ke.. Any pastry or cakes ๐ฐ Semua boleh. Tapi kali ini kami order biasa jer la takut terkejut perut waktu pagi makan spaghetti pulak kan.
 |
Menu tak serabut sangat untuk dipilih. |
 |
Cantik design dalam San Francisco Coffee ni. |
 |
Americano Breakie, Hot Chocolate and Ice Chocolate |
 |
Golden Chicken Croissant Sandwich with eggs and chicken. |
 |
Hot English Breakfast |
Untuk menu breakfast boleh add on RM3.00 untuk dapatkan minuman antara Americano atau English Tea. So aku pilih Americano dan satu lagi hidangan breakfast kami tak add on apa-apa. And our total bil for breakfast is RM72.75.