Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Uzbekistan Part 13 : Naik Tashkent Metro Pulang Ke Sulton Hostel
Hari terakhir kami di Tashkent sebelum pulang kembali ke Almaty, Kazakhstan malam nanti dan kemudian akan menaiki flight Airasia pulang ke Malaysia keesokan harinya. Selama 4 hari di sini kami lebih kepada santai-santai dan hanya berjalan dalam Bandar sahaja. Sekarang Airasia dah pun terbang ke Tashkent so tak perlu la nak patah balik ke Almaty.
 |
| Welcome to Tashkent Ice City. A Family Amusement Park. |
Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak ke Samarkand dan Bukhara. Jawapan kami mudah satu sebab kami travel dari Almaty dan kemudian ke Bishkek, Kyrgyzstan. Dan untuk meneruskan lagi perjalanan, kami dah cukup exhausted. Tambahan few day earlier kami berpuasa. And another things is kami membawa anak-anak kecil bersama.
 |
Boleh nampak perkataan Ice City dari depan mall. Kena masuk mall ini untuk ke Ice City yang terletak dibelakang mall ini. |
 |
Terdapat beberapa buah kereta polis dihadapan mall ini. Nak masuk mall ini ada security check seperti di airport oleh pihak polis. |
Memang jika tidak membawa anak-anak mungkin kami dah pun belasah ke Samarkand dan Bukhara. Apa pun yang penting setiap trip mengembara kita kena enjoy. Okay, seawal subuh lagi kami dah mengemas barang dan packing semula bag backpack kami. Sebab plan selepas check out nanti nak ke Ice City yang terletak walking distance sahaja dari hostel ini.
 |
| Pemandangan di dalam mall selepas masuk dari main entrance. |
 |
| Sama macam di Malaysia kalau weekday tak ramai orang dalam mall. |
 |
| Mungkin sebab winter atau bukan hari weekend. Tiada pancutan air menari di sini. |
 |
| Beberapa kedai yang menjual makanan dan souvenir ketika berjalan ke arah Ice City. |
Hari ini akan menjadi a very long day untuk kami, so pagi ini bagi the kids tidur dan rehat sepuas-puas. Dan tengah hari tu kami turun untuk urusan check out dan simpan semua bag di kaunter. Dan kami berjalan hanya 550 meter ke Ice City.
Ice City dibuka setiap hari dari 10.00 pagi sehingga 9.30 malam. Dibuka pada tahun 2019 dengan keluasan lebih 5,000 square meters. Mempunyai dozen different attraction yang menjadikan tarikan utama kanak-kanak ketika musim panas.
 |
| Di hadapan entrance Ice City. The kids semua macam dah tak sabar. |
 |
| Belum pun masuk Ice City lagi the kids dah enjoy bermain :D |
Antara tarikan utama adalah Ice City Bob Mountain, Ice City Bob Sled, Ice City Mini Car, Ice City Haunted House dan Ice City Viking River. Entry Fee adalah 5,000 som iaitu untuk membeli kad permainan dan hanya perlu top up jumlah yang diperlukan untuk setiap permainan yang kita mahukan. Setiap attraction berharga dari 5,000-30,000 som (RM2 - RM10).
 |
| Terdapat pelbagai attraction atau permainan yang menarik di dalam Ice City ini. |
Sebelum ke Ice City kami harus masuk ke sebuah mall yang aku pun tak tahu apa nama mall ini. Sebab Ice City terletak betul-betul di belakang mall ini. Tidak terlalu besar, just nice nak cuci mata. Ada banyak cafe, restoran dan supermarket besar di sini. Kalau tahu awal memang kami dah beli barang masak di sini sebab pasti lebih murah dari kedai di luar.
 |
| Berjalan kaki pulang ke hostel tak terasa penat pun sebab seronok layan suasana. |
Selesai di Ice City kami berjalan ke arah Alisher Navoi Monument. Yang juga tidak jauh dari Sulton Hostel. Saja nak membuang masa sebab flight kami pukul 10.50 malam nanti. Dan Tashkent Airport terletak hanya 7.3 km atau kurang 15 minit perjalanan menaiki Yandex. Seronok betul bila airport berada di dalam bandar macam subang airport tu.
 |
| Alisher Navoi Monument Park |
 |
| Cantik area kawasan park ini bersih, nyaman dan tenang sahaja. |
Ketika pulang kami singgah ke Rakaat Masjid untuk solat jama zohor dan asar. Menikmati keindahan masjid ini buat kali terakhir. Dan sebelum maghrib kami dah pun tiba di kaunter hostel dan mengambil beg untuk ke airport. Tak sempat tunggu maghrib di masjid sebab penjaga kaunter kata dia akan balik pukul 7.00 malam dan kena ambil beg sebelum tu.
 |
Staff di kaunter beri kami bilik di tingkat 1 untuk solat. Alhamdulillah dapatlah kami fresh up dan tukar baju the kids. |
Once masuk waktu maghrib kami minta nak tumpang solat pada staf kaunter yang baru masuk tadi. Terus dia kata masuk bilik di tingkat 1 untuk solat sebab nampak kami with the kids, lebih selesa kalau solat dalam bilik. Dalam setengah jam kami kembali ke kaunter dan menyerahkan kunci sambil aku hulurkan duit kertas RM1.00 sebagai souvenir.
 |
| Tak sampai 15 mnit perjalanan menggunakan Yandex ke Airport dengan harga UZS9,500. |
 |
|
 |
| Banner ini ada di merata tempat sebab ada renovation yang besar ketika ini. |
Kami sampai di Tashkent Airport pada pukul 8.30 malam dan kelihatan ada renovation yang besar di seluruh bangunan terminal airport ini. Aku rasa by 2025 waktu Airasia dah buka route ke sini mesti dah siap. Kalau yang ada pengalaman boleh la bagi comment di bawah yer. Urusan check in tidaklah susah sebab staff kaunter banyak membantu kami.
 |
| Syukur semua urusan dipermudahkan. Dari check in sehinggalah melepasi immigration. |
 |
| Hunting fridge magnet, nak habiskan sisa-sisa duit Som Uzbek :D |
 |
| Banyak souvenir yang dijual di dalam terminal airport ini. |
Dua beg backpack besar kami pun staff tu suruh masuk dalam perut kapal terbang. Harga untuk tiket penerbangan sehala kami sekeluarga iaitu untuk 2 Adult, 3 Child dan 1 infant ke Almaty adalah lebih kurang RM1,300.00 with Air Astana. Kira boleh la sebab bukan low cost airlines tapi Kazakhstan national carrier macam Malaysia Airlines.
Walau Tashkent International Airport dalam keadaan renovation, namun bagi aku ia tetap jauh lebih baik dan selesa dari Almaty International Airport. Di dalam terminal airport selepas kami melepasi immigration terdapat banyak restoran, cafe dan kedai souviner. Boleh la habis kan duit som uzbek sebelum terbang.
Best juga Uzbekistan ni..
ReplyDeleteInsyallah Uzbekistan sangat best dan tidak mengecewakan. :D
DeleteSeronok anak2 di Ice City. Kita yang tengok pun rasa seronok. Travel ni tak sama untuk semua orang. Priority kita lain2 kalau travel ni kan especially kalau dengan anak2. Enjoy je mana yang sempat dan diizinkan. Insyaa Allah boleh pergi lagi lain kali. Kita yang baca ni pun dah rasa seronok trip Afif ni.
ReplyDeleteBetul tu tak sama travel utk semua orang. Kalau ke Tashkent wajib ke Ice City tapi kalau pergi waktu summer lagi seronok. Kami winter dah la sejuk, masuk lagi ke tmpt sejuk huhuu.. Tashkent mmg tmpt yg nak pergi lagi jika diberi keizinan insyallah..
DeleteCantik sgt view semua ni..=D
ReplyDeleteKalau ke country side di Uzbekistan lagi cantik.. ☺️
Deletebestnya! i suka sbb cuaca sejukkk. rege tiket tu ok sgt! tiket domestik interc cities ker tu?
ReplyDeleteTau MZ mmg suka tempat sejuk2 ni.. bukan domestic tapi international dari uzbekistan ke Kazakhstan. ๐๐ป☺️
DeleteBila bawak kids mmg terbatas sikit tempat2 yg nak dilawati sebab kena pastikan anak2 selesa masa travel. Kalau tak meragam susah pulak ๐ Bestnya bila la nak sampai Uzbekistan ni
ReplyDeleteTerbatas dan jgn jadikan ia sebagai alasan utk diabaikan gitu. Kegembiraan anak2 juga kegembiraan parent ketika travel ☺️.. Insyallah saya doakan moga sampai ke Uzbek.. Airasai primo agak murah juga.. ๐๐ป☺️
DeleteSeronok tengok depa meneroka bumi Allah yang luas ni...tapi kami belum ada rezeki ke sana...
ReplyDeleteIn shaa Allah semoga ada juga terselit rezeki kami nanti๐คฒ
Insyallah saya doakan moga dipermudahkan urusan utk jejak ke Uzbekistan.. Airasia promo pergj balik seribu lebih sahaja sekarang ni..
DeletePerkongsian blog hebat..banyak gambar kenangan ..alhamdulillah saya dapat rasakan kebahagiaan pelancongan bermakna ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sudi dtg membaca travel story saya di sini.. insyallah akan terus berkongsi ☺️๐๐ป
DeleteNampak semua happy dan enjoy tu...harga tiket tu rasanya OK...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua happy for this trip selama 2 minggu di central asia.
DeleteYeap harga for international flight for that price rasanya ok jer.. :D
Ice City tu kira ganjaran untuk anak-anak. Bila pergi dengan kanak-kanak, kenalah masukkan tempat yang mereka boleh enjoy.
ReplyDeleteBagus hostel tu ya, siap bagi tumpang sebuah bilik untuk solat. Rezeki jugak tu, boleh mandi segarkan badan.
Betul.. bila travel kena ada juga aktiviti dan moment enjoy for the kids.. okla dah menempah perjalanan jauh merentasi 3 negara.. kita raikan lah mereka..
DeleteAlhamdulilah staff tu baik hati bagi guna bilik utk kami bersolat.. dpt la guna dlm stgh jam sambil fresh up.. ๐คฒ๐ป☺️๐๐ป
Setuju, Kita enjoy the trip w all the hassle, kita akan lebih appreciate the journey.
ReplyDeleteIce City tu teringat pulak i-city di sini :)
Kita enjoy cara kita kan.. org lain enjoy la cara mereka.. the way we create the journey w all the hassle kita akan lebih ingati dan kenang di masa hari hadapan ☺️๐๐ป
DeleteSuka lah logo Uzbek Airport tu...
ReplyDeleteYe lah... fridge magnet memang selalu serbuan!
Kan... Airport ada logo tersendiri.. KLIA ada logo tak? Huhuhu.. travel wajib kena beli FM... kalau tak rugi ๐
DeleteCantiknya chess tu tapi saya kalau ada tu saya main dam haji je. hehe....
ReplyDeleteAda beli satu set chess tu masa di iran tapi yg ini lagi cantik..
DeleteMoga ada peluang untuk dibeli satu hari nanti huhuu :D
Comel je, ambil gambar dalam telur dinasour.
ReplyDeleteThe kids memang pantang dlm bab bergambar ni.. baik yg perempuan atau yang lelaki..
Deletecute betul kerusi yg bentuk mcm pensel warna tu. budak2 mmng seronok dtang sini!
ReplyDeleteberapa lama jarak penerbangan dari uzbek ke kazakh tu? harga 1300 dah include smua orang agak nice jugak
Perjalanan hampir dua jam cross negara Kyrgyzstan. Ice City mmg seronok kalau bawa budak2 dan harga pun murah boleh la spend utk the kids. RM1300 tu untuk kami berenam.. :D
DeleteMemang bagi duit RM1 Malaysia ke? Bagi untuk tips atau cenderamata?
ReplyDeleteDuit tu bagi sebagai cenderamata jer.. sebab dia baik bagi bilik utk kami solat. ;D
DeleteAiiiiih rindu nya dengan airport Tashkent Ini ๐๐๐๐. Saya belum puas ke Uzbek , Krn waktu itu hanya transit semalam. Airport nya tak besar tapi okelaah. Dan yg saya suka ada toko roti sedap dlm airport. Memang puas saya dan teman2 beli rotinya ๐๐. Tapi saat saya kesana January 2024. Kayaknya belum ada renovasi . Cuma sempat kami bingung saat nak lanjut ke Azerbaijan, ternyata pindah waiting room, dan itu tak ada notifikasi ๐คฃ. Nasib baik staff airlines mendatangi passengers jadi kami tahu harus pindah waiting room yg jauh sangat ๐ ๐ .
ReplyDeleteIce city tuh menarik sangat bang. Anak2 pasti sukaaa main di sana. Nampaknya saya pun akan suka ๐๐.
1 yg saya sempat susah saat landing di Uzbek. Tukar uang. Ada 1 money changer tapi dari awal saya datang, sampai saya pergi, selalu tutup ๐คฃ. Akhirnya terpaksa tukar 100 USD dengan driver taxi. Dan jujur kami tak tahu rate yg dibagi bagus atau tak. Pasrah saja ๐
Airport nya sedang renovate besar ketika kami mahu pulang. Mungkin skrg sudah siap dah menjadi lebih cantik. Ketika kami di airport banyak toko toko yg ditutup kerna renovation. Tak tahu pula ada toko roti di airport itu.. anak2 suka makan roti traditional di sana.. ☺️๐๐ป
DeleteIce city itu mmg khas buat anak2.. tapi parent pun boleh enjoy sama.. ada juga permainan utk org dewasa.. Kami tukar duit di money changer tepi jalanan saja. Rate nya pun tidak lah begitu tinggi kira okay sahaja.. Waa ditukar sama driver teksi dan tidak tahurate nya.. biasa org kaya aja begitu hihii.. ๐ ๐๐ป
DeleteSaya berangan hendak travel ke negara 3 Tan termasuk Uzbekistan....hihihii.
ReplyDeleteInsyallah boleh jer.. skrg lagi senang sebab AirAsia dah terbang ke Almaty dan Tashkent so landing dan depart dari tempat yg berbeza.. Jimat byk ๐๐ป
DeleteSyok betul bila jalan-jalan time orang tak ramai.. Cantik juga ice city tu..
ReplyDeleteSempat shopping habiskan duit ye..
Masa ni kalau tak silap hari raya ke-4 kot.. Mungkin ramai yg pulang ke kampung halaman. Mungkin la .. Ice City tu mmg tmpt mainan kanak-kanak.. Habiskan duit Uzbek jer.. ๐ ๐๐ป☺️
Deletewahhh menarik ni
ReplyDeleteonce dah msk.payah nk keluar kecuali $$๐คฃ
Tau tak apa... Okla utk reward the kids on the last day kan.. pejam sebelah mata la $$ tu hahaha..
Deletemahal x souvenir kat airport? ke sama standard harga kat airport?
ReplyDeleteBiasa la airport kan.. Mesti la mahal takde yg murah hahahaa.. tapu byk la pilihan nk habiskan duit uzbek. ☺️
DeleteKalau travel dengan budak-budak memang kena consider stamina, perangai deme, etc kan. Tentatif sesi berjimbaan pun kena mesra kanak-kanak. Tapi anak-anak tuan tahan lasak juga tuh ke hulu ke hilir travel secar DIY. Suka saya membaca ceritanya☺️
ReplyDeleteBetul sgt tu.. bukan ikut stamina tapi kena ikut stamina the kids.. jgn terlalu push nanti kalau sakit lgi susah dan ganggu trip backpackers nya.. Ada la latih sikit-sikit sblum nk gi travel especially pergi hiking.. ☺️๐๐ป
Deletebila trip ngan anak anak cipta moment moment indah yang akan dikenang untuk seumur hidup ... masa trip kalau nak makan makan jew,,,, rasa lar keunikan setiap negara, budaya , makanan , cara hidup dan yang paling penting menikmati ciptaan Allah yang cantikk nie ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg mencipta moment indah bersama the kids. Syukur the kids ingt hampir semua perkara ketika travel ke central asia ni. Tmpt pulak muslim mmg mudah nak makan diluar. Syukur diberi peluang utk melihat keindahan di sana.. ☺️๐คฒ๐ป
Delete