Wednesday, 22 October 2025

Uzbekistan Part 14 : Ice City - Alisher Navoi Monument - Tashkent Airport (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Uzbekistan Part 13 : Naik Tashkent Metro Pulang Ke Sulton Hostel

Hari terakhir kami di Tashkent sebelum pulang kembali ke Almaty, Kazakhstan malam nanti dan kemudian akan menaiki flight Airasia pulang ke Malaysia keesokan harinya. Selama 4 hari di sini kami lebih kepada santai-santai dan hanya berjalan dalam Bandar sahaja. Sekarang Airasia dah pun terbang ke Tashkent so tak perlu la nak patah balik ke Almaty.

Welcome to Tashkent Ice City. A Family Amusement Park.
Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak ke Samarkand dan Bukhara. Jawapan kami mudah satu sebab kami travel dari Almaty dan kemudian ke Bishkek, Kyrgyzstan. Dan untuk meneruskan lagi perjalanan, kami dah cukup exhausted. Tambahan few day earlier kami berpuasa. And another things is kami membawa anak-anak kecil bersama.

Boleh nampak perkataan Ice City dari depan mall.
Kena masuk mall ini untuk ke Ice City yang terletak dibelakang mall ini.
Terdapat beberapa buah kereta polis dihadapan mall ini.
Nak masuk mall ini ada security check seperti di airport oleh pihak polis.
Memang jika tidak membawa anak-anak mungkin kami dah pun belasah ke Samarkand dan Bukhara. Apa pun yang penting setiap trip mengembara kita kena enjoy. Okay, seawal subuh lagi kami dah mengemas barang dan packing semula bag backpack kami. Sebab plan selepas check out nanti nak ke Ice City yang terletak walking distance sahaja dari hostel ini.

Pemandangan di dalam mall selepas masuk dari main entrance.
Sama macam di Malaysia kalau weekday tak ramai orang dalam mall.
Mungkin sebab winter atau bukan hari weekend. Tiada pancutan air menari di sini.
Beberapa kedai yang menjual makanan dan souvenir ketika berjalan ke arah Ice City.
Hari ini akan menjadi a very long day untuk kami, so pagi ini bagi the kids tidur dan rehat sepuas-puas. Dan tengah hari tu kami turun untuk urusan check out dan simpan semua bag di kaunter. Dan kami berjalan hanya 550 meter ke Ice City.

Ice City dibuka setiap hari dari 10.00 pagi sehingga 9.30 malam. Dibuka pada tahun 2019 dengan keluasan lebih 5,000 square meters. Mempunyai dozen different attraction yang menjadikan tarikan utama kanak-kanak ketika musim panas. 

Di hadapan entrance Ice City. The kids semua macam dah tak sabar.
Belum pun masuk Ice City lagi the kids dah enjoy bermain :D
Antara tarikan utama adalah Ice City Bob Mountain, Ice City Bob Sled, Ice City Mini Car, Ice City Haunted House dan Ice City Viking River. Entry Fee adalah 5,000 som iaitu untuk membeli kad permainan dan hanya perlu top up jumlah yang diperlukan untuk setiap permainan yang kita mahukan. Setiap attraction berharga dari 5,000-30,000 som (RM2 - RM10).

Terdapat pelbagai attraction atau permainan yang menarik di dalam Ice City ini.
Sebelum ke Ice City kami harus masuk ke sebuah mall yang aku pun tak tahu apa nama mall ini. Sebab Ice City terletak betul-betul di belakang mall ini. Tidak terlalu besar, just nice nak cuci mata. Ada banyak cafe, restoran dan supermarket besar di sini. Kalau tahu awal memang kami dah beli barang masak di sini sebab pasti lebih murah dari kedai di luar.

Berjalan kaki pulang ke hostel tak terasa penat pun sebab seronok layan suasana.
Selesai di Ice City kami berjalan ke arah Alisher Navoi Monument. Yang juga tidak jauh dari Sulton Hostel. Saja nak membuang masa sebab flight kami pukul 10.50 malam nanti. Dan Tashkent Airport terletak hanya 7.3 km atau kurang 15 minit perjalanan menaiki Yandex. Seronok betul bila airport berada di dalam bandar macam subang airport tu.

Alisher Navoi Monument Park
Cantik area kawasan park ini bersih, nyaman dan tenang sahaja.
Ketika pulang kami singgah ke Rakaat Masjid untuk solat jama zohor dan asar. Menikmati keindahan masjid ini buat kali terakhir. Dan sebelum maghrib kami dah pun tiba di kaunter hostel dan mengambil beg untuk ke airport. Tak sempat tunggu maghrib di masjid sebab penjaga kaunter kata dia akan balik pukul 7.00 malam dan kena ambil beg sebelum tu.

Staff di kaunter beri kami bilik di tingkat 1 untuk solat.
Alhamdulillah dapatlah kami fresh up dan tukar baju the kids.
Once masuk waktu maghrib kami minta nak tumpang solat pada staf kaunter yang baru masuk tadi. Terus dia kata masuk bilik di tingkat 1 untuk solat sebab nampak kami with the kids, lebih selesa kalau solat dalam bilik. Dalam setengah jam kami kembali ke kaunter dan menyerahkan kunci sambil aku hulurkan duit kertas RM1.00 sebagai souvenir.

Tak sampai 15 mnit perjalanan menggunakan Yandex ke Airport dengan harga UZS9,500.
Banner ini ada di merata tempat sebab ada renovation yang besar ketika ini.
Kami sampai di Tashkent Airport pada pukul 8.30 malam dan kelihatan ada renovation yang besar di seluruh bangunan terminal airport ini. Aku rasa by 2025 waktu Airasia dah buka route ke sini mesti dah siap. Kalau yang ada pengalaman boleh la bagi comment di bawah yer. Urusan check in tidaklah susah sebab staff kaunter banyak membantu kami.

Syukur semua urusan dipermudahkan. Dari check in sehinggalah melepasi immigration. 
Hunting fridge magnet, nak habiskan sisa-sisa duit Som Uzbek :D
Banyak souvenir yang dijual di dalam terminal airport ini.
Dua beg backpack besar kami pun staff tu suruh masuk dalam perut kapal terbang. Harga untuk tiket penerbangan sehala kami sekeluarga iaitu untuk 2 Adult, 3 Child dan 1 infant ke Almaty adalah lebih kurang RM1,300.00 with Air Astana. Kira boleh la sebab bukan low cost airlines tapi Kazakhstan national carrier macam Malaysia Airlines.

Walau Tashkent International Airport dalam keadaan renovation, namun bagi aku ia tetap jauh lebih baik dan selesa dari Almaty International Airport. Di dalam terminal airport selepas kami melepasi immigration terdapat banyak restoran, cafe dan kedai souviner. Boleh la habis kan duit som uzbek sebelum terbang.

Bersambung Kazakhstan Part 11 : Air Astana - Check In 12 Jam Di Aksunkar Hotel - Almaty (Final)

12 comments:

  1. Replies
    1. Insyallah Uzbekistan sangat best dan tidak mengecewakan. :D

      Delete
  2. Seronok anak2 di Ice City. Kita yang tengok pun rasa seronok. Travel ni tak sama untuk semua orang. Priority kita lain2 kalau travel ni kan especially kalau dengan anak2. Enjoy je mana yang sempat dan diizinkan. Insyaa Allah boleh pergi lagi lain kali. Kita yang baca ni pun dah rasa seronok trip Afif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tak sama travel utk semua orang. Kalau ke Tashkent wajib ke Ice City tapi kalau pergi waktu summer lagi seronok. Kami winter dah la sejuk, masuk lagi ke tmpt sejuk huhuu.. Tashkent mmg tmpt yg nak pergi lagi jika diberi keizinan insyallah..

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau ke country side di Uzbekistan lagi cantik.. ☺️

      Delete
  4. bestnya! i suka sbb cuaca sejukkk. rege tiket tu ok sgt! tiket domestik interc cities ker tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau MZ mmg suka tempat sejuk2 ni.. bukan domestic tapi international dari uzbekistan ke Kazakhstan. πŸ‘πŸ»☺️

      Delete
  5. Bila bawak kids mmg terbatas sikit tempat2 yg nak dilawati sebab kena pastikan anak2 selesa masa travel. Kalau tak meragam susah pulak πŸ˜… Bestnya bila la nak sampai Uzbekistan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbatas dan jgn jadikan ia sebagai alasan utk diabaikan gitu. Kegembiraan anak2 juga kegembiraan parent ketika travel ☺️.. Insyallah saya doakan moga sampai ke Uzbek.. Airasai primo agak murah juga.. πŸ‘πŸ»☺️

      Delete
  6. Seronok tengok depa meneroka bumi Allah yang luas ni...tapi kami belum ada rezeki ke sana...
    In shaa Allah semoga ada juga terselit rezeki kami nanti🀲

    ReplyDelete
  7. Perkongsian blog hebat..banyak gambar kenangan ..alhamdulillah saya dapat rasakan kebahagiaan pelancongan bermakna ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...