Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dua hari sebelum aku bawa the kids ke rumah rakit, aku ke Tanjung Malim tanpa sengaja bersama wife, affan dan afnan. Asalnya ada sedikit kerja dan dalam perjalanan tu aku cuba cari tempat makan mana yang sedap berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Atiyya dengan athira tak ikut sebab berada di rumah nenek mereka selama seminggu.
 |
| Selamat Datang Ke Cheq Yah Nasi Gulai Kawah - Tanjung Malim. |
Dalam banyak-banyak nama tempat makan dalam list yang google bagi. Aku tertarik dengan nama Cheq Yah Nasi Gulai Kawah di Tanjung Malim. Maka terus aku memandu ke sana sebelum ke Sungai Buloh untuk membuat kerja dengan jarak hanya 61 km sahaja. Dan masa ni wife and the kids dah tertidur dalam kereta. Memang cantik la kang sampai terus kejut.
 |
| Pelbagai jenis kepala ikan yang di masak kari beserta harga. |
 |
| Gulai Kambing RM28.00 untuk bahagian yang ini. |
Sebelum nak exit tol Tanjung Malim tiba-tiba wife terbangun dan bertanya "Kat mana ni?" Aku jawap kat Tanjung Malim nak makan Nasi Gulai Kawah. "Pernah makan situ ke?" aku jawap tak pernah dan baru tahu dari pakcik google jer tadi.
Terus wife kata "Nak makan semata-mata pergi sampai Tanjung Malim?" aku balas "Sekali sekala makan tempat sedap kenapa tidak.. Lagi pun tengah lapar nasi ni, tu yang memang nak cari makanan kampung di kawasan kampung".
 |
| Udang Galah Goreng Tepung. |
 |
| Udang Laut XL Goreng Tepung RM4.00 seekor. |
Dari exit Tol Tanjung Malim kita hanya perlu memandu 5km untuk ke Nasi Gulai Kawah. Dan masa kami sampai memang penuh dengan orang. Namun meja makan yang disediakan juga cukup banyak. Tak perlu pun menunggu untuk dapat meja.
Setiap makan berlauk sudah pun diletakan harga seperti ayam seketul berharga RM4, RM6 atau RM9. Udang XL Goreng seekor RM4.00. Dan semua kari dan asam pedas ikan telah pun disediakan dalam pinggan berserta harga masing-masing.
 |
| Gulai Kawah. |
 |
| Ikan Kembung dan Cencaru Bakar Sambal. |
 |
| Pelbagai jenis lauk ayam, udang dan sotong. |
Kalau ditanya tahap kesedapan aku boleh bagi 9.5/10. Memang sedap gulai kawah dan juga lauk lain yang ada di sini. Senang cerita mereka bukan semata-mata masak sekadar nak pelbagaikan lauk tapi mereka memang masak dengan baik.
Dan yang terbaik adalah ada harga untuk setiap lauk kita ambil so kita boleh estimate berapa harga nasi sepinggan berserta lauk yang kita ambil. Agak rambang mata juga dengan puluhan lauk yang ada di sini. Ada juga kuih muih yang dijual, buah-buahan dan ketika ini musim durian maka durian serendah RM5.00 sekilo dijual di sini.
 |
| Buah Kundang dan asam keping homemade segar pun ada dijual di sini. |
 |
| Durian Musang King yang telah siap di pack RM40-RM60.00. |
 |
| Ruang makan yang luas, kipas, kerusi meja pun banyak disediakan. |
Selesai makan kami ke Pekan Tanjung Malim nak beli pau yang famous sejak zaman aku kecil lagi iaitu Pau Legend Mualim. Tapi tak buka pulak dan kata orang tempatan sebab cuti sekolah dan owner pun nak cuti dengan anak-anak juga.
 |
| "Oh Kome Deghoyan Dah Berbunga.. Moh Kiter Minang Anok Dara.." Mr Os 😅 |
Terus kami mencari tempat untuk mandi sungai di sini sambil mencari Durian yang dijual murah di sepanjang jalan di seluruh kawasan Tanjung Malim ini. Ada yang jual sebiji Durian RM2.00 dan ada yang semurah RM3.00 sekilo. Alhamdulillah dapatlah membeli Durian daripada beberapa orang penjual di sini. In total terbeli dekat 40 kilo juga Durian.
 |
| Ada yang jual Durian RM6.00 sekilo. Yang ini pun kita beli.. 😍 |
 |
| Yang ini Durian RM3.00 sekilo. Beli la jugak 16 kg lebih. 😅 |
 |
| Durian Tempoyak pun kita borong jugak. Manggis dan Pulasan pun ada. |
Dan dari salah seorang penjual durian kami dapat tahu ada banyak tempat mandi sungai yang boleh kami pergi melalui jalan bersebelahan dengan Sungai Bernam. Dan di sini ada berpuluh camping site, chalet, resort dan sebagainya.
 |
| Jom masuk kita cari tempat untuk mandi sungai. |
Dan kami memilih secara random dan berhenti di Inap Kasih Malim yang terletak 2 km dari jalan besar. Terdapat pondok dan bilik atau chalet yang basic iaitu kipas dan tilam bantal sahaja boleh disewa. Pondok RM50.00 dan bilik atau chalet berharga RM100.00 ke atas bergantung keadaan bilik tersebut. Dan parking kereta untuk mandi sahaja adalah RM15.00.
 |
| Pilih secara random tempat mandi di Inap Kasih Malim. |
 |
| Tak banyak pulak gambar yang diambil di sini sebab seronok sangat mandi sungai. |
Camping site berharga satu khemah RM15.00 dan satu kepala RM12.00 tak kira umur. Dan yang ini aku rasa macam mahal jugak. Sebab kalau aku satu family 6 orang RM87.00 dan aku tak sure parking kereta dah include atau kena bayar lain.
Tapi keadaan sungai di Inap Kasih Malim ini memang terbaik 10/10 aku bagi rate. Keadaan sungai yang bersih, air sangat jernih dan ikan pun boleh tengok dengan jelas ketika kami sedang bermandi. Tandas dan bilik mandi juga disediakan di sini. Dengan keadaan sungai di sini yang cantik insyallah aku boleh consider untuk datang lagi.
seronok pergi tempat makan hidangan meriah macam tu & disediakan harga siap2 senang nak bajet makan.
ReplyDeleteBila dah lapar nak cari nasi, dpt pulak tmpt makan masakan kg.. memang meriah dgn puluhan lauk yg ada.. harga ada mmg senang bajet..
DeleteMenarik, boleh masuk list .
ReplyDeleteAduh, lain kali singgah Gombak dulu, kalau beli durian banyak² gitu :p
Insyallah menarik utk makan di sini.. Masakan semua sedap mungkin sbb semunya masak berkawah kot hihihii.. 😅🤤
DeleteMenarik, boleh masuk list .
ReplyDeleteAduh, lain kali singgah Gombak dulu, kalau beli durian banyak² gitu :p
Hahaha tak tau lak puan hazel duduk gombak ... Insyallah next time singgah gombak dulu 😅👍🏻
Deletewahhh menariknya port mkn gulai kawah tu...boleh lah masuk dlm my jjcm wishlist ;) air sungai tu jernih betul! best nya dpt mandi2 time cuaca panas
ReplyDeleteInsyallah memang menarik di waktu saya dtg ke sini.. Rambanh mata nak pilih lauk hahaa.. Tanjung Malim mmg agak terkenal port nk mandi sungai.. 👍🏻☺️
DeleteBestnya, lepas makan gulai kawah dia pergi mandi sungai pulakkkkk. Teringin nak bercuti mandi sungai kat Tg Malim ni. Sy dah pernah pergi yg Janda Baik aje.
ReplyDeleteMakan sedap dgn masakan kampung .. pekena durian sambil mandi sungai.. alhamdulillah nikmat sungguh.. Sy pun tak pernah lagi bercuti bermalam ke Tanjung Malim..inshallah nak try juga one fine day.. 😎👍🏻
DeleteSedapnya durian..tak sempat beli lagi ni..
ReplyDeleteMusim Durian nak hujung-hujung dah ni.. kena cepat dah harga durian juga jatuh tahun.. seronok makan 😅
DeleteSeronok jalan-jalan tanpa dirancang begini. Tambah seronok jumpa pulak kedai makan meriah sedap, lepas tu borong buah, siap mandi sungai. Bahagia betul ya 😀
ReplyDeleteMost of the time kitrg memang tak rancang dan just redah sahaja.. Memamg seronok mencari hotel dan tempat makan bagai.. mandi sungai tu nasib ada pakaian extra afnan dan affan.. Mkn buah tepi sungai mmg seronok.. 👍🏻😎
DeleteAiiiiiiih, lapaaaaar saya melihat aneka lauknyaaaa 😍😍😍😍😍👍. Memang beginiii yg saya suka 🤤🤤.
ReplyDeleteIsssh teringiiin lah road trip jadinya. Memang best kalau kesana bisa sewa mobil, trus eksplore sendiri. Yg jauh2 begini bisa saya coba juga
Baru lihat belum dirasai lagi kesedapan org kmpung yg memasak menggunakan kawah besar hihii.. 🤤
DeleteKalau boleh sewa mobile pasti lahi jauh perjalanannya.. Dtg aja ramai kenalan yg biasa bawa wisata.. ☺️👍🏻
Wahh.. boleh buat usul dgn suami ni ajak camping kat sini. Tandas dan bilik mandi dia bersih tak? Ada line telefon dan internet tak?
ReplyDeleteMenarik betul lauk2 di nasi gulai kawah tu. Ok masuk dalam bucket list 😄
Tandas dgn bilik air dia ok jer dan air kuat.. tapi tak ada air pancut la.. kena ceduk dlm baldi besar.. line tenet ok jer ada.. cuma ada banyak lagi la camp site yg lain dan ada juga resort kalau nk yg lebih selesa..
DeleteGulai Kawah tu mmg sedap mmg nak repeat lagi insyallah one day soon.. 🤤😅👍🏻
Cheq Yah Nasi Gulai Kawah tu saya tak pernah singgah lagi tapi owner kedai ni saya kenal sebab sebelum buka cawangan ni dia ada restoran juga namanya Halia Corner. Jauh sikit dari pekan Tg Malim. Masa bertugas di Tg Malim dulu itulah port saya makan dengan geng2 PJJ yang lain. Kadang dalam sehari sampai dua kali ke situ, gulai kawahnya menarik, dia juga ada buat sup tulang selain lauk2 biasa.
ReplyDeleteOh kenal ownernya.. alhamdulillah makanan di Nasi Gulai Kawah ni mmg sedap .. lepas makan pun dah niat akan dtg lagi hihihii.. Nanti boleh la cari Halia Corner tu.. Oh okay port mmg lepak makan la.. kalau dah sehari dua kali tu nampak sedap masakan nya.. 🤤👍🏻
DeleteSedapnya nasi gulai kawan. Macam2 lauk ada. Mandi sungai, seronok nya.
ReplyDeleteBukan gulai kawan tapi gulai kawah hihihi... Alhamdulillah mmg sedap mmg nak repeat lagi kalau ke sana.. ☺️👍🏻
DeleteHahahaha typo jari gemok
DeleteHahahaa .. saje gurau hari jumaat maaf yer hahahahaa.. 🤣🤣
DeleteHaaaa... senang kan tulis terus harga cam tu? Senang buat keputusan
ReplyDeleteBetul senang... Nak amik lauk pun tak teragak2.. Makanan pun sedapp ☺️👍🏻
Deletebagusnya dah siap letak2 harga. takdelah terkejut beruk sampai depan kaunter nanti kena bayar mahal. yg penting lauk semua sedap! yg durian rm3 tu okay ke isinya?
ReplyDeleteItulah kalau tak letak harga fikir byk kali juga nk amik udg galah.. kari kepala ikan dan lauk lain.. tapi sbb ada harga tu mmg boleh ambil dgn hati gumbira.. alhamdulillah durian RM3 tu isi sedap dan ok jerm. Durian Kampung kan.. ☺️👍🏻
DeleteBagus letak harga siap-siap. Besar tempat memang tumpuan orang ramai kalau dia sediakan lauk-lauk dibungkus dengan harga.
ReplyDeleteItulah bila dah letak harga siap2.. Memang senang nak pilih lauk dan ambil yg disukai.. Tempat luas dan selesa.. lupa nak cerita air balng kat sini refillable :D
DeleteSuka kalau kedai dah letakkan siap-siap harga. Mudah kita nak congak harga nak kena bayar. Meriah betul lauk pauknya. Anak-anak sungai belah upstream memang biasanya jernih dan seronok nak mandi
ReplyDeleteBetul tu.. nak congak harga tu yg penting.. tak ada la nak takut takut amik lauk.. meriah dan sedap masakan di sini.. Sungai jernih dan bersih di area sini.. ☺️👍🏻
Delete