Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Minggu terakhir sebelum bermulanya sesi persekolahan baru tahun 2026. Aku bawa the kids duduk santai layan angin laut sambil memancing di salah satu dari banyak rumah rakit yang ada di sekitar Jeti Nelayan Teluk Gong, Port Klang ini.
Dan kali ini aku berpeluang merasai Rumah Rakit Purple Inn buat kali pertama. Selama ini kalau nak pergi rumah rakit di Klang aku hanya akan ke Teluk Nipah tapi sebab kali ini ad hoc plan maka tiada yang available untuk kami pada hari khamis petang minggu lepas. Sebab kalau nak tempah rumah rakit biasanya kena booking seawal seminggu dua.
 |
| Rumah Rakit Purple Inn, Teluk Gong Port Klang. |
 |
| Gambar yang diberikan oleh owner rumah rakit. |
Selepas makan tengah hari aku whatsapp wife tanya petang ni busy ke? if not jom naik rumah rakit. Dan disebabkan kami bawa anak-anak dan perancangan ad hoc maka kami hanya masuk rumah rakit untuk 5-6 jam sahaja. Check in pukul 4.00 petang dan check out pukul 11.30 malam. Selepas call dalam 8 rumah rakit akhirnya ada juga yang available untuk kami.
 |
Alhamdulillah sampai di Jeti Nelaya Teluk Gong, Port Klang tepat 4.00 petang. Masa ni cuaca agak mendung tapi sempat kami naik rumah rakit sebelum hujan. |
Kali ini anak buah dari salah seorang adik wife ikut sekali yang bernama Haifa sebaya Atiyya. Rumah rakit ini agak besar lebih ramai lebih seronok. Harga untuk rumah rakit ini untuk Isnin-Khamis (bukan cuti umum) berharga RM300.00 untuk 11 jam dan RM550.00 untuk 23 jam. Dan Jumaat-Ahad serta cuti umum RM350.00 untuk 11 jam dan RM630.00 untuk 23 jam.
 |
| Ada signboard Rumah Rakit Purple Inn di Jeti Nelayan Teluk Gong ini. |
Waktu check in pada waktu kebiasaan adalah 9.00 pagi - 8.00 malam dan 9.00 malam - 8.00 pagi. Tapi disebabkan waktu kami booking rumah rakit kosong maka kami dibenarkan untuk masuk pada jam 4.00 petang dan kami minta balik awal jam 11.00-11.30 malam. Kami masuk sekejap sahaja sebab ad hoc plan dan sebab suka-suka sahaja dengan anak-anak.
 |
| Menuruni anak tangga ke jeti kayu untuk menaiki bot ke rumah rakit. |
 |
| Budak-budak dengan mak dia semua excited nak naik bot. |
 |
| Affan dan Afnan orang yang paling happy naik bot walau kena tempias air laut. |
Dari rumah kami bergerak jam 3.00 petang dan aku grab sahaja apa yang aku nampak depan mata ketika dirumah. Dan sempat singgah di Pasaraya Matahari dalam perjalanan ke Klang. Ambil juga air mineral, udang untuk umpan, mee segera, biskut, keropok, gula-gula, teh dan gula serta buah-buahan. Sekadar cukup 5-6 jam atas rumah rakit nanti.
Kami menaiki bot tak sampai 5 minit untuk ke rumah rakit yang boleh dilihat jelas dari jeti. Owner begitu baik memberikan kami diskaun RM50.00 dan kami hanya perlu membayar RM250.00. Katanya sebab datang bawa anak-anak.
 |
Rumah Rakit yang cukup kukuh, bersih dan baik keadaannya. Lengkap dengan BBQ, bilik, beranda, dapur dan pagar dawai dipasang sekeliling. |
Rumah Rakit Purple ini cukup lengkap dengan kemudahan seperti tandas, dapur serta peralatan memasak termasuk pisau, sudu garfu, pinggan, kuali dan periuk. Air bersih sebanyak 190 liter. BBQ stand dan mempunyai satu bilik dengan kemudahan kipas, tilam dan bantal serta bekalan elektrik untuk kegunaan lampu dan kipas.
 |
| Perkakas dapur yang lengkap pisau, pinggan, cawan, kuali periuk bagai. |
 |
Tandas yang simple luas dan selesa. Lengkap dengan 190 liter air bersih. Memang cukup nak bagi the kids ni mandi sambil main air. |
Jika elektrik berkurangan owner akan datang untuk menukar bateri baru. Sebab mula-mula ingatkan memang lampu di rumah rakit ini malap tapi dalam pukul 8.00 malam ada sebuah bot datang dan menukar bateri solar yang baru. Katanya sekarang musim hujan solar tak berapa nak kuat charge di siang hari. Alhamdulillah memang terbaik service di sini.
 |
| Affan dengan hasil tangkapan pertamanya. Ikan Gelama Pisang. |
 |
| The kids punya cousin yang paling rapat sebaya Atiyya - Haifa. |
Aku hanya membawa 3 batang pancing dan kami bergilir-gilir menarik ikan. Saja suka-suka dan nak bagi anak-anak merasa pengalaman memancing di atas rumah rakit. Dapat hampir 40 ekor ikan tapi semuanya ikan Gelama, Duri dan Belukang. Ada la dapat ikan pengacau sesirat dua kali. Dan macam biasa naik rumah rakit tak sah kalau tak cari kupang.
 |
Hasil kupang yang kami dapat dari rumah rakit lebih 2.5kg. Cuci bersih, rebus dengan garam. Terus ratah sampai habis. Memang segar 🤤 |
 |
Ikan Gelama dengan tetanda semua kita goreng fresh dan ratah atas rumah rakit. Udang lebih banyak kita campur dalam mee segera perisa tom yam. Layan ☺️ |
Hampir 2 kg kupang yang kami kutip dari tepi-tepi rumah rakit ini. Okla buat rebus letak garam sahaja dan ratah begitu sahaja. Segala apa makanan yang dibeli semunya habis di atas rumah rakit sebab no other choice dan kerja memang mengunyah sahaja hahaa. For safety rumah rakit rakit ini ok sebab di pasang pagar dawai keras tu keliling.
 |
| Hasil yang tinggal untuk dibawa balik lebih 40 ekor. Asam pedas coming soon. |
 |
| Elektrik yang cukup kuat untuk menerangi rumah rakit sampai ke pagi. |
Kalau korang berminat nak pergi rumah rakit ini boleh hubungi Masran 012-6944690 atau Yan 017-3020035. Dan untuk booking tarikh yang diingini kena bayar deposit RM100.00 dan selebihnya dibayar sebelum naik ke rumah rakit atau semasa di atas rumah rakit sebelum pulang/chekc out. Insyallah aku akan repeat lagi ke sini.
Bagi yang mencari rumah rakit yang sesuai untuk bawa keluarga terutama yang ada anak kecil aku suggest rumah rakit purple inn ini. Sebab keadaan pagar keliling rumah yang kukuh dan selamat serta keadaan lantai yang baik dan bersih. Anak-anak boleh berlari tanpa selipar.
Wahhh... Menarik kisahnya di rumah rakit ni. Sy pernah nampak dulu di Royal Belum, tu pertama kali dan rasa pelik, hihi. Bestnya baca pengalaman ni, tapi kupang² tu semua memang duduk tepi rumah rakit ke?
ReplyDeleteMenarik sebab bawa wife dgn anak-anak.. kita biarkan mereka yg memancing bersuka ria.. kita lihat tepi pun dah bahagia.
DeleteKupang2 tu kena cari tepi2 rumah rakit tu.. kalau ada rezeki mmg banyak dpt.. ☺️
unik sungguh cuti2 atas rumah rakit niii!! cuma my lil family tak reti la nak pancing ikan tu....abih camno hhhahahh
ReplyDeleteKalau tak mancing.. buat bbq atas rumah rakit pun ok dah.. tapi atas rumah rakit letak umpan tepi je pun dah dpt ikan.. 😅👍🏻
Deletebest juga ni
ReplyDeletetak dapat rumah rakit (bot) mcm kat tasik kenyir tu, dpt kat sini pun dah ckp bahagia
Tasik Kenyir tu dah level houseboat.. bukan rumah rakit lagi dah hihii..itu mmg best giler 😅
Deletepuas makan ikan baru...
ReplyDeletesebelum dtg boleh prepare bahan2 masakan then tiba sini, dpt hasil boleh terus masak...fuhhh mantapppp
Sepatutnya gitu lah .. bawa brg nak masak bagai tapi plan ad hoc kan.. mmg bawa apa yg nampak depan mata jer.. kalau tak asam pedas dah siap atas rumah rakit hihii.. 😅
DeleteWahhh..Seronok ni terigt masa pegi house boat tasik kenyir dulu =D
ReplyDeleteHouseboat Kenyir tu lagi seronok.. tak leh sama kan rumah rakit yg kecik ni hihi... 😅👍🏻
DeleteBanyaknya dapat ikan dan kupang. Memang enjoy la, dapat tangkap hasil laut ni. Budak-budak pun suka, ya.
ReplyDeleteBila dapat hasil memang budak2 suka la.. bagi peluang seorang2 naikan ikan.. alhamdulillah banyak dpt unexpected..
Deletewahhhhhhhh syoknyaaa byknyaaa dpt kupang & ikan!
ReplyDeletePergi rumah rakit ni ikut nasib juga. Ada jer dpt sikit ada lain waktu dpt banyak.. tapi memancing tu yg seronok. 😅👍🏻
DeleteMenariknya! Joran semua kena bawak sendiri ke boleh sewa? Kitanya amatur hihi
ReplyDeleteAah joran kena bawa sendiri mmg dia tak provide kan.. Boleh jer mancing main2 insyallah akan dpt ikan jugak.. ☺️👍🏻
Deletesatu pengalaman yg menarik. lagi best jika dpt tidur semalaman kat atas rumah rakit tu..
ReplyDeleteKalau pergi dgn kawan2 mmg tidur semalaman.. tapi kalau bawa budak2 ni kena fikir juga nk tidur semalaman.. lebih org dewasa mungkin boleh.. ☺️👍🏻
DeleteBest pengalaman ni. Tapi 1 family bukan pemancing. Jadinya tak dapat la nak merasainya.
ReplyDeleteAmik rumah rakit utk santai2 layan angin laut.. buat bbq pun jadi lah... Or else ada jer rumah rakit yg ada karoke set hahaha.. 😅👍🏻
DeleteWaaah, banyak juga hasil pancingannya ya, mas. Saya kalau memancing, seronok dapat ikannya saja. Bab makan tu memang tak begitu gemar, sebab saya ada alahan ikan.
ReplyDeleteTapi jujurnya, saya selalu terfikir nak cuba bermalam di rumah panggung di atas air macam ni. Agaknya macam mana rasanya ya…
Alhamdulillah rezeki dapat banyak hasil.. terus digoreng makan sefar eank bangat.. alahai kesian alah makan ikan ya... kena harus belajar makan ikan la baru enak makan sama nasi.. boleh cuba pengalaman at least sekali bermalam di rumah rakit.. :D
DeleteHusband hobi mancing, mesti dia suka lepak rumah rakit ni.
ReplyDeleteOrang mancing memang wajib ada pengalaman ke rumah rakit hahaha.. :D
DeleteMenariknya bercuti di rumah rakit ni. Kalau orang yang suka memancing sure heaven sangat untuk deme. Hasil tangkapan pun meriah. Dapat pungut kupang. Nanti KSarie nak usulkan pada keluarga kecil KSarie tu untuk ke sini satu hari nanti
ReplyDeleteBawa anak-anak mendekati alam nature sikit.. Memang heaven mancing atas rumah rakit ni.. off hp terus hahahaa... mmg tak ada gangguan dunia luar hahahaha :D
DeleteWah..seronoknya..anak² ni suka ajak ayah dia mancing..tp tulah, ayah bukan kaki pancing.. hahahah..
ReplyDeleteAlahai kesian anak -anak nya.. sama macam saya la dulu kecik.. ajak ayah mancing tapi ayah nya tak reti.. hahaha.. Mmg kena belajar sendiri la.. 😅
DeleteMenariknya! Tak pernah ke rumah rakit. Pengalaman bagus untuk anak-anak.
ReplyDeleteMacam mana nak kutip kupang tu ya? Afif kata ada di tepi rumah rakit.
Saja bagi anak anak merasa kehidupan rumah atas air hihii.. kupang tu biasa mmg ada tepi2 rumah rakit.. cari jer lah insyallah ada.. 👍🏻☺️ Dah kumpul cuci terus rebus mmg sedap.. 🤤
DeletePaduuuuuu....boleh repeat next trip
ReplyDeleteInsyallah semestinya akan repeat lagi nanti.. 😎👍🏻
DeleteWaaah saya belum pernah merasakan menginap di rumah rakit. Kalau sekedar bertamu pernah 🤣. Waktu ke Siam Rep, kami visit boat house warga lokal, lihat2 sekeliling, trus interaksi dengan anak2 di sana.
ReplyDeleteLangsung teringat cerita kanak2 zaman dulu, karya Enid blyton, yg eksploring pakai boat house.
Padahal awalnya boat house yg saya nak rasa, kalau ke srinagar nanti, rata2 penginapan kan boat house. Ternyata Malaysia ada, bisa lah saya coba di sana saja 😄
Seafood yg dimakan pun menggoda sangaaat lah 😍😍😍. Seafood kalau segar, direbus sajapun dah sedap 👍👍
Kalau houseboat itu lebih enak lebih seronok.. tak terasa bergoyang sebab besar nya saiz.. tapi rumah rakit ini kecil.. kalau bot lalu sahaja terus bergoyang goyang kena ombak kecil sekali pun..apa pun lain tmpt lain pengalaman nya..harus cuba jika berkesempatan.. ☺️👍🏻
DeleteKalau ke Khasmir pun ada hotel atas bot tapi tidak bergerak la.. tapi cukup utk ambil pengalaman tidur atas rumah bot.. srinagar blm pernah dgr lagi..
DeleteSeafood kalau dipancing atau ditangkap sendiri pasti lebih enak.. segar dan tiada bahan pengawet.. ☺️👍🏻
wahh bestnya pengalaman nii! kalau saya yg tak reti mancing ni, serahkan pada yang pakar jelah. nanti kita ngunyah je hasil tangkapan :p best betul dapat tangkap fresh2 terus masuk dalam megi. yumss!
ReplyDeleteBoleh ikut kalau ada family member yg suka mancing.. biar dia mancing yg lain enjoy jer la makan cekodok atas rumah rakit sementara nak dptkan hasil mancing. yes benda fresh mmg sedappp :D
DeleteSenang eh kutip kupang ada sekeliling rumah rakit.
ReplyDeleteSaya mula bayangkan rumah ini tengah laut.
Senang sangat2 nak kutip kupang tu... bawa sarung tangan jer la..
DeleteDia tak la di tengah laut sangat .. tgh muara gitu jer :D
Ini kalau ajak PZ dia suka ni....kutip kupang tu kat belah mana
ReplyDeleteHuhuhuu boleh la geng kalau suka naik rumah rakit.. eh kalau suka mancing huhuu.. kupang tu byk kat tepi2 tu..
Delete