Tuesday, 27 January 2026

Teringin Tapi Tak Sampai Hati Nak Beli

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Selamat Pagi Semua..

Moga semuanya baik-baik sahaja untuk hari ini..

Kita work from home lagi hari ini.. Boring betul hahaha..

Tapi okla boleh curi-curi tengok si kakak merentas desa pagi ini..

Harga seekor Ketam Alaska atau King Crab ini RM416.26. Ada yang pernah makan?
Semalam singgah Jaya Grocer di sebelah bangunan RISDA Jalan Ampang. Nak beli buah limau sempena sambutan tahun baru cina atas arahan big bos. Jarang sebenarnya ke sini membeli barang sebab harga di sini agak mahal tak sesuai untuk warga marhain membeli belah. Dan sebab tu jugalah bos suruh beli limau di sini sebab level premium nya.

Dah alang-alang masuk kita pun round la satu pasaraya. Nampak mana yang murah kita beli la sikit dapatlah grab satu pack promo Cendawan Tiram RM3.00. Then nampak King Crab ini huhuu.. Benda yang paling teringin nak makan atas dunia namun belum ada rezeki lagi. Kerana harganya yang mahal kita bersabarlah dulu huhu..

42 comments:

  1. Tak pernah makan king crab ni. Kalau teringin nak makan kena gi negara king crab ni. Mesti harganya berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin nk makan tapi itulah harga dia huhuuu.. tunggu la suatu hari nanti hahahaha.. Kena travel ke Norway la nak tangkap sendiri kig crab ni :D

      Delete
    2. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻 🇳🇴 one fine day Insyallah..

      Delete
  2. Sy pun mampu pandang jer dan berbisik wow, hahaha. Tapi, mujurlah tak ada keinginan nak makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalah nya saya teringin nak makan hahaha.. Mampu pandang jer la :D

      Delete
  3. Pernah makan di Red Lobster Mid Valley ( x tahu la ada lagi x kedai tu), so so je rasa dia sebab di frozen kan...lepas tu isinya sedikit masin texturenya...setakat nak ghaso2 ok la...yg bagusnya isinya banyak di bahagian kaki..kat badan dia x banyak isi...bayangkan kalau beli RM400 tu isi xde...hahahahaha...aduhai...larikkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo rasa dia so so jer ek... Masin sedikit? lagi curious untuk dicuba ni hahahaa..
      Kalau macam tu nak cari yang jual kaki sahaja agak2 ada tak hahahahaa.. Memang tgk dalam youtube orang banyak makan kaki dia sahaja. Risau den kalau beli mahal2 tapi tak isi huhuuu :D

      Delete
  4. Dkt rosyam mart murah sikit mgkn sbb size pun kecik sikit dr ini.Kalau nk try bleh la gi rosyam mart tgk2 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius la dekat Rosyam mart ada jual.. tak apa lah kalau kecik pun .. janji dpt rasa huhuhuu.. Ok petang ni pergi rosyam mart di setiawangsa tu.. thanks for the info

      Delete
  5. benda yang paling tak suka makan.. suku sakat ketam nie la.. hahaha.. ketam biasa pun last2 je jadi pilihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang leceh nak makan ketam ni.. lagi2 ketam yang besar mcm ni ntah macm mana nak pecahkan kulit cengkerang dia tu hahaha..

      Delete
  6. tiba2 teringin jugak laaa..saya memang suka ketam..king crab ni memang nmpk menyelerakan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah belum pernah makan lagi.. Memang teringin.. tapi kena bersabar dulu sbb duit banya lagi nk pakai utk the kids hahahaa :D

      Delete
  7. Mampu tengok sahajalah.. kurang gemar ketam sebab sudah nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam memang ada peminat tersendiri.. Susah dan leceh tapi mengiurkan hihihii :D

      Delete
  8. pernh bli king crab mcm tu tp kt rosyam mart time tu ada buat combo dlm rm 138...dpt la merasa tp bg kita suka lg ketam biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ingat rosyam mart bawah RM100.00 huhu.. Itu pun ada promo yer.. Kalau tak promo ntah berapa la.. Oh menarik ni kalau ketam biasa lagi sedap hihi :D

      Delete
  9. saya belum teringin lagi..tengok harga pun dah seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram tu yg teringin tapi tak beli2 sampai skrg huhuu..

      Delete
  10. teringin gak nak makan, ada nampak jual kat rosyam mart, ada size kecik sket harga tu boleh laa dapat dlm 100+ gtu
    tapi memikirkan isinya tak bape nak ada tu kan..hahahaha abaikan ajer perasaaan teringin nak rasa tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dua tiga org comment di sini kata try beli di Rosyam Mart.. Nanti nak tgk jugak lah kat Rosyam Mart tu.. Oh isi tak berapa nak ada ke.. ok baru tahu huhuu..

      Delete
  11. Boleh cuba di Ceria Maju Restorant di Batu Pahat. Tokei restoren ni ialah kawan seumrah saya. Boleh wasap dulu untuk booking. https://vt.tiktok.com/ZSaah8ug8/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu Pahat ya.. ok baik.. insyallah nanti kalau balik ke kampung boleh la singgah di sana.. moga adalah rezeki di situ amin.. 😎👌🏻

      Delete
  12. kalau saya beli dan makan ketam ni, bermakna inilah makanan paling mahal saya pernah makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... Tak pernah lagi nak spend makan sendiri sampai 50-60 ringgit .. inilan 400 lebih hahahaa.. 😅👌🏻

      Delete
  13. Kat sekinchan hari tu ada ni. Tak ingat berapa tapi rasanya tak semahal ni kot. Harga sekali masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali masak lagi murah better yg itu kan.. ni raw belum tentu isi ada ke tidak sebab dah frozen tak tahu berapa minggu huhu..

      Delete
  14. Dia punya harga boleh beli tiket kapalterbang time murah! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak apa.. harga boleh beli tiket flight pergi balik at least ke Indonesia 😅👌🏻

      Delete
  15. besar sebesar harga dia. mampu tengok je lah. ketam yg biasa pun jarang sgt makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. ketam biasa tu ada la berapa kali jer makan dalam setahun. Blh kira dgn jari huhuu..

      Delete
  16. Nasib baik saya tidak minat king crab. Hehe susah nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la nape saya teringin ..mungkin sebab tgk banyak video org makan isi tebal hahaha.. 🤤🤤

      Delete
  17. Village grocer bang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah laa... Betul betul... village Grocer bukan Jaya Grocer.. Aduh dah tua tua ni byk yg lupa.. 😅😅

      Delete
  18. Pernah makan di Hakodate, jepang. Harga kakinya saja Jpy10,000. Kalah nak beli utuh dengan badan jadi Jpy20k 🤣🤣🤣. Jadi saya hanya beli kakinya saja. Nasib baik dagingnya tebal. Memang puas makan. Tp cukup sekali, tak nak lagi 🤣🤣🤣. Better saya pesan matsuzaka beef , lebih kenyang hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kaki nya sahaja sudah mahal hahaha.. tunggu lah nanti mana tahu ada rezeki utk makan di Alaska ke.. Norway ke hihihii.. Saya pun nak rasa sekali sahaja.. dapat rasa hilanglah kempunan hihihi..

      Delete
  19. Teringin juga hendak makan sekali pun jadi tapi disebabkan harganya boleh dapat tiket flight ke Jakarta makanya idok la sanggup beli lagi sampai sekarang😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak pergi balik Jakarta ke atau nak makan kan hahahah dilema sungguh hahaha.. tunggu la ada promo atau harga jatuh tak masuk akal.. 😅

      Delete
  20. masa pergi jepun dulu, merasalah makan kaki king crab ni. bahagian kaki pun regenya sampai 800 yen kalau tak silap. bolehlaa utk buat ngaso2 je. isi manis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la dapat merasa walau kaki.. kita sup kuah dia pun belum pernah hahaha.. Isi manis ya.. bertambah tambah la nak merasa isi ketam ni 🤤 hahahaa

      Delete