Tuesday, 24 February 2026

Bulgaria Part 1 : Tiba Di Sofia Selepas 9 Jam Perjalanan Bas Dari Istanbul

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Turkey Part 2 : Havaist Shuttle Bus To Esenler Otogar (Istanbul Bus Station)

Menaiki bas dari syarikat Metro dari Esenler Otogar menuju ke Sofia, Bulgaria pada pukul 9.00 malam. Nasib la waktu ini bas bergerak on time sebab aku dah mula kesejukan di ruangan menunggu. Dan waktu ini aku tak perlu risau sebab pekerja syarikat Metro dah panggil untuk naik bas yang mana dengan menggunakan bahasa ayam itik.

Aku pun tak pasti bila aku tertidur samada sebelum bas bergerak atau sejurus bergerak. Hanya terjaga bila bas berhenti rehat pertama kali selepas 3 jam perjalanan. Dan sejam kemudian bas sampai di border antara Turkey dan Bulgaria.

Bas bergerak tepat pukul 9.00 malam dari Esenler Otogar, Istanbul.
Keadaan di dalam bas yang selesa dan wifi yang disediakan sangatlah baik.
Di border Turkey semua penumpang turun dan berjalan ke bangunan immigration. Selepas passport di cop, kita berjalan ke tempat menunggu bas. Naik semula bas dan turun pula di border Bulgaria. Berjalan masuk ke bangunan immigration dan beratur menunggu melepasi immigration Bulgaria. Syukur passport Malaysia tiada masalah ketika di kedua-dua border.

Perhentian pertama selepas 3 jam bertolak dari Esenler Otogar.
Ada sebuah pasaraya kecil yang menjual hampir kesemua makanan dan keperluan.
Kasa tu should be a counter la kot hahaa. Alhamdulillah tempat pun bersih.
Pegawai immigration pun tak tanya banyak soalan macam berapa banyak duit yang dibawa, booking hotel atau return tiket sebagainya. Dan luggage hanya dipilih secara random untuk di check oleh pihak berkuasa. Tapi ini mungkin pengalaman aku yang travel di waktu malam di musim sejuk. Dan mungkin juga sekadar bernasib baik sahaja 😅.

Bas menuju ke arah border Bulgaria dan berhenti untuk menurunkan semua penumpang.
Turun dari bas semua orang terus berjalan masuk ke immigration. Sejuk sangat.
Pihak berkuasa seperti polis, askar dan immigration Turkey lebih tegas dan serious berbanding pihak Bulgaria yang lebih tenang dan hanya berborak sambil bergelak sesama mereka di kaunter immigration. So aku tak berani nak curi amik gambar di kawasan border Turkey dan cuma berani amik gambar di border Bulgaria sahaja.

Pada pengalaman aku pergerakan dan urusan di kedua-dua border adalah sangat cepat dan mudah. Mungkin sebab laluan keluar masuk antara Turkey dan Bulgaria adalah laluan kebiasaan untuk para pengembara dari satu dunia.

Semua beratur untuk masuk ke bahagian immigration Bulgaria.
Masa ni minta le cepat sebab kesejukan di luar ni. Ada mesin ATM tetiba kat sini.
Alhamdulillah keadaan semua penumpang selepas selesai urusan immigration Bulgaria.
Review aku untuk bas Metro ini juga sangat baik dari segi pemanduan dan driver juga banyak embantu para penumpang yang memerlukan apa sahaja pertolongan termasuklah ketika di border. Wifi disediakan dengan baik di dalam bas ketika di dalam kawasan Turkey dan Bulgaria. Cuma kena guna wifi dan password yang berbeza setelah kita memasuki Bulgaria.

Dalam 5-10 minit sahaja tunggu, dah kelihatan bas kami selesai urusan.
Cepat-cepat masuk dalam bas sebab dah kesejukan yang teramat ketika ini.
Once dah melepasi kedua-dua border aku terus melelapkan mata dan tak kesah langsung jika bas ada berhenti atau tidak selepas itu. Namun terjaga bila bas berhenti di sebuah perhentian dan semua penumpang diminta turun selama 30 minit dan bas akan dikunci sebab driver bas nak rehat dan nak makan (sebab aku nampak driver dengan geng dia makan) 😅.

Bas berhenti rehat tak jauh dari Border Bulgaria 15-20 minit perjalanan.
Kedai makanan ini halal own by Turkish Muslim family.
Tertelan juga air liur tengak semua makanan di sini.
Boleh guna mata wang Turkish Lira atau Bulgarian Lev di sini.
Paling best sebab ada tandas percuma di sini tapi jangan tanyalah keadaan kebersihan 😅.
Satu perkara yang unexpected adalah kami diberikan snack, biscuit dan 3in1 coffee atau tea kepada setiap penumpang ketika lebih kurang 2 jam sebelum kami sampai di Sofia. Gagah tengok pakcik tu masak air dalam kettle dan tuangkan ke cawan kertas kepada setiap penumpang. Aku pilih coffee dan diberikan Nescafe yang bertulis Arada Original 3 in 1.

Dapat Nescafe 3 in 1 - 2 jam sebelum sampai di Sofia Cebtral Bus station.
Dapat juga Kek Coklat dan Biskut Keju dalam Bas tapi simpan makan di hotel.
Tiba di Bandar Sopia langit masih lagi gelap dan aku terus membuka google map untuk ke destinasi pertama iaitu sebuah masjid terletak di tengah bandar. Jarak dengan bus station cuma 2.4 km sahaja. Namun masalah aku yang hadapi adalah roaming Celcom tak function di sini. Terpaksalah guna wifi yang ada di bus station ini untuk screen short google map 😅.

Safely arrived di Sofia Cetral Bus Station sebelum subuh masih lagi sunyi.
Pakcik Albania yang boleh speaking english ni banyak membantu aku.
Berjalan keluar dari Bus Station menuju ke masjid yang terdekat sebelum subuh.
Dah dapat direction menuju ke masjid terus aku melangkah keluar dari bus station. Oh ya bus station di sini level macam bus station Pontian atau Bentong sahaja. Sangatlah simple, cuma kelihatan ada beberapa kaunter syarikat bas sahaja yang ada di sini. Dan ada beberapa kedai makan dan kedai yang menjual simkad.

Vandalism yang cantik di lorong undergrounds tapi masih lagi bersih.
Ada la nampak seorang dua jalan setiap 5 minit. Cuak dan takut ada juga la.
Di pertengahan perjalanan aku terdengar suara azan subuh yang berkumandang. Lagi la mudah aku nak berjalan mencari masjid. Tapi sebab jarak yang jauh sangat aku hanya tiba di masjid selepas solat berjemaah telah pun selesai. Namun syukur sempat menyapa dengan orang-orang islam di sini. Dan ada yang bertanya aku dari mana dan sebagainya. 

Suasana ketika berjalan kaki ke masjid waktu subuh di Bandar Sofia yang tenang. 
Tak nampak any bus or tram maka kita jalan kaki sahaja. 2.4 km jer tak jauh.
Suka dengan environment di sini bersih dan tenang. 
Lagi pun tengah sejuk winter maka nak jalan jauh pun tak terasa sangat.
Once dapat jer masuk masjid terus lega boleh duduk setelah berjalan jauh. Bila kaki melangkah masuk terus terasa satu aura yang sangat menakjubkan sebab masjid bersejarah yang berusia 400 tahun ini telah dibina oleh Pemerintahan Othmaniyah Turkey ketika bandar ini jatuh dalam jajahan mereka di kurun ke-16.

Inilah Sofia Mosque atau dikenali sebagai Banya Bashi. Tersergam indah di tengah-tengah bandar Sofia. Walau population muslim hanya 9.8%-10.7% atau 638,708 orang sahaja yang rata-rata berketurunan Ethnic Turks dan Pomaks iaitu Bulgarian-speaking Muslims (correct me if im wrong). Masjid di sini dibenarkan melaungkan azan 5 kali sehari.

Bersambung Bulgaria Part 2 : Banya Bashi Mosque - Public Hot Spring Water - Stivan Iskar Hotel (Under Construction)

14 comments:

  1. Memang jauh perjalanannya.
    Dulu kami naik bas juga dari Bulgaria ke Istanbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla tu perjalanan jauh kita amik waktu malam boleh tidur sepanjang malam..
      Somehow boleh jimat hotel untuk yang kurang budget macam saya ni hihii..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah pengalaman yg seronok di Bulgaria 🇧🇬 👍🏻☺️

      Delete
  3. Pihak berkuasa seperti polis, askar dan immigration Turkey lebih tegas dan serious berbanding pihak Bulgaria

    statement ni sy setujuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... Di pihak Turkey ni mmg mereka mcm tak main2 dan sangat tegas. 😎

      Delete
  4. gmbr kedua terakhir tu mengait memori kami hehehehe kenapa? nnt laa sy cerita hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah yg berlaku dan siapakan kami itu hahaha.. area negara balkan ni nampak semua lebih kurang sama sahaja kan..

      Delete
  5. Kat oversea pun ada bas Metro ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama syarikat bas tu Metro.. Kita naik jer la asalkan sampai destinasi.. 😅

      Delete
  6. alhamdulillah dapat bersolat di masjid bersejarah uthmaniyah melegakan lelah travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah next entry saya akan share berkenaan masjid tu.. Seronok solat di situ, terasa aura Ottomaniyah.. 👍🏻

      Delete
  7. Alhamdulillah... ada snack pula bila nak smapai tu...minum air panas tu yang syok

    ReplyDelete
  8. Haa, solo trip ni memang test level tawakal. Gerak malam memang bijak. Jimat kos hotel, tidur pun nyenyak. Lagipun malam-malam nak tengok view apa sangat kan.

    ReplyDelete