Thursday, 23 April 2026

Romania Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Berjalan kaki menuju ke bas station dari hotel dalam keadaan gelap malam seperi satu kesilapan pulak aku rasa. Patut gerak awal tadi, tak la rasa sunyi tapi sebab dah tahu jalan ke bas station maka berjalanlah dengan buat-buat ceria 😊.

Suasana kian menyepi di Bucharest Bus Station.
Ketika sampai di bas station keadaan agak sunyi sebab masa ini cuma ada 4-5 bas sahaja yang belum bertolak dan bas ke Bucharest adalah yang terakhir bertolak untuk malam ini. Memang aku pilih bas yang terakhir lewat malam sebab nak sampai pagi subuh nanti. At least boleh la jimat accommodation satu malam.

Masa ni semua kaunter pembelian tiket bas telah ditutup.
Boleh rambang mata tengok nama-nama destinasi yang boleh dituju.
Agak ramai yang menunggu bas untuk menuju ke Bucharest.
Aku terus melangkah masuk ke bahagian departure dan hanya penumpang yang mempunyai tiket bas yang sahaja dibenarkan masuk ke pintu departure. Terasa agak selamat berbanding kena menunggu di luar bangunan. Ketika ini terdapat beberapa kedai yang masih dibuka - ada kedai makan, convenience store dan money changer.

Sempat tukar duit Romania di station bas sebelum menaiki bas.
Terus aku tukar beberapa keping duit kertas Bulgaria (BGN) kepada duit Romania (RON). Kadar pertukaran lebih kurang BGN1.00 bersamaan RON2.60. Dan tiada aktivti lain yang boleh dibuat ketika ini selain duduk di kerusi sampai terlelap. Tapi tak boleh nak lena sangat takut tertinggal bas huhu. Dan nak dijadikan cerita bas delay dalam 30 minit. 

Perjalanan bas selama 7 jam dari Sofia, Bulgaria ke Bucharest, Romania.
Merayau-rayau di kawasan bas station ni. Masa ni bas belum sampai lagi.
Bila dapat masuk bas terus aku pejamkan mata sebab dan mengantuk sangat dan suhu diluar yang sejuk. Dan hanya sedar ketika bas berhenti untuk pemeriksaan di border antara Bulgaria dan Romania. Urusan di border tidaklah sangat merumitkan. Tiada soalan atau document yang perlu ditunjukan kepada pegawai yang memeriksa.

Bas ini dari Piraeus, Greece ke Bulgaria dan terus ke Romania.
Syukur setelah lama menunggu akhirnta dapat juga duduk dalam bas.
Sebelum naik bas aku dapat whatsapp dari Yulianto yang mengajak aku ke Brasov City dari Bucharest awal pagi esok. Dan katanya ada pakej tour yang semurah 20.00 euro seorang dengan menaiki bas jam 7.00 pagi. Pada mula aku setuju sebab bas akan sampai jam 6.00 pagi tapi disebabkan beberapa kelewatan bas hanya sampai di Bucharest jam 7.00 pagi.

Tiba di border antara Bulgaria dan Romania.
Pegawai dari syarikat bas check tiket dan passport setiap penumpang.
Agak kalam kabut sejurus sampai di bas station dengan nak ke tandas dan solat subuh. Dan aku berlari ke arah luar kawasan bas station untuk menaiki public bus sebab nak berkejar ke lokasi bas tour menunggu. Tapi sebab nak cepat mengejar masa dengan confident aku naik bas dengan hanya sekali lihat sahaja nombor bas. 

End up.. Aku tersilap naik bas dan bas menghala menuju ke tempat lain 😅. Bila bas dah mula ke arah lain dari google map. Terus aku turun dari bas sambil memandang ke arah kanan dan kiri "Ah sudah.. area industry mana aku sampai ni"

Bucharest Militari Bus Station - Bus Station yang sangat simple - Google.
Berjalan kaki 150 meter ke bus stop di belakang Bucharest Bus Station.
Dari Bus Station kita naik public bus untuk ke hotel.
Maka secara officially I'm out! tak dapat join tour. Anto bagitau semua peserta datang on time so tak ada reason driver nak tunggu aku seorang, walau anto dah cuba nak lengahkan masa. Aku just reply sorry tak dapat nak pergi sekali 😓.

Tapi anto reply bagitau driver kata "Naiklah train ke Brasov dan boleh join the tour dari sana sahaja.." Dan Anto reply lagi "Jumpa di sana!". By the way jarak antara Bucharest ke Brasov hampir 200km. Terus aku menuju ke Hotel Carpati Imparatul Romanilor yang telah aku book dari Booking.com untuk check in terlebih dahulu sebelum decide nak ke Brasov.

Bersambung Romania Part 2 : Menaiki Train Ke Brasov City - The Legendary Dracula Home Town

40 comments:

  1. Alahai tersalah naik bas pulak dah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kalut sangat nak kejar masa sampai tersalah naik bas.. over confident sgt huhuuu

      Delete
  2. Seramnya tersalah naik bas. Risau entah mana2 kita sampai.
    Kalau di negara sendiri mungkin okay lagi.

    Tapi tuan dah biasa travel tak jadi isu besarla kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama jugalah kalau dah tersalah bas kita amik la bas ombor yg sama di seberang jalan untuk berpatah balik.. Mula-mula mmg takut.. lama2 buat pandai sendiri jer hihii.. Alah biasa travel pun still ada buat salah juga huhuu :P

      Delete
  3. Uncle kalau salah nai bas kat negara orang... mau teresak-esak menangis macam budak kecik... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pun hahahaa.. kalau dah teralah naik bas tu memang mengucap banyak la huhuu.. dalam baju berpeluh kerisauan siapa jer yg tahu kan hihii..

      Delete
  4. Tersalah bas eh ? Haha, Kalau Faa kena mungkin dah biru kat situ jugaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer kekadang tu tersalah masa tgh travel tapi kena cool down jer la.. tenang2 fikir solution.. kalau tak keras mcm tu jer la huhuu 😅

      Delete
  5. Adeh tersalah naik bas pulak. Tapi bila jadi gini adventurous la sikit hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes barulah adventurous jalan travel nya huhuu.. setakat salah jalan tu dah terbiasalah.. ada juga smpai hilang darah kat muka hahaha..

      Delete
  6. Kiranya tak tanya driver bas dulu lah eh masa naik tu.. bas tu macam bas mini KL ke jenis lompat².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak tanya.. sbb tak boleh ckp english.. guna google jer nak naik bas no berapa huhu.. Aah sama macam bas rapid KL jer..

      Delete
  7. sy x berani la nak jd solo traveller ke negara org. jika dlm Msia OK je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa setiap org ada pilihan masing2 hihii.. Saya suka jer travel solo.. layan perasaan ketika travel hahaha.. 😅

      Delete
  8. kalau saya mesti dah gabra tktau nak buat apa. lagipula tak familiar dgn kawasan tu n tu pulak kat negara orang huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mula-mula travel dulu bila tersilap sikit terus cuak mcm dah check mate hahaha.. pengalaman juga menjadi pengajar terbaik.. kalau dah silap kita study la balik mcm mana nak kembali ke jalan yg benar hahaha.. ☺️👌🏻

      Delete
  9. 200 km tu nak kena naik train utk join tour yer...mcm jauh jer hahaaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang 200km.. Patut nak join tour tu tapi last2 pergi sendiri naik train.. but mrmang berbaloi sangat naik train tu.. layan view yg sgt cantik.. ☺️👌🏻

      Delete
  10. 200 km untuk joint tour sebab tersalah naik.bas. Adventure sungguh ni💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join tour tu di bucharest dan akan travel sejauh 200km.. tapi terlepas bas maka kita pergi sendiri la.. Yes agak adventure sikit tapi best dan enjoy ☺️👌🏻

      Delete
  11. Fuh blh plan mcm tu ek. Org dah biasa travel blh la kot. Dgn trsalah bas bagai. Cpt update next story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersalah langkah tu mmg perkara biasa bila travel.. sebab kita yg arrange kan everything sendiri.. so susah juga nak perfect 100% journey tu.. kdg2 bila tersalah tu mcm satu nikmat juga sbb ada je benda baru kita discover.. ☺️👌🏻

      Delete
  12. semoga selamat sampai dan sempat join tour di Brasov. Salah naik bas/public transport ni perkara biasa kalau travel. Itu lah pengalaman yg menarik sebenarnya. bila kenang balik mesti tersenyum sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang senyum sendiri bila dikenang.. as long tersalah atau tersesat tpi boleh back again then no issue la.. kalau sesat sampai tak boleh patah balik tu yg risau huhuu.. alhamdulillah safely arrived Brasov.. ☺️👌🏻

      Delete
  13. Pengalaman manis ..pasti tidak akan lupa segalanya ini anugerah Allah kepada ustaz..punya kesempatan ke mana saja..sesuatu yang hebat..rezeki yang tak terduga,..tahniah cipta bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pengalaman manis pahit dan apa jua insyallah saya akan kongsi kan kisahnya di sini.. syukur alhamdulillah dpt jejak kan kaki di negara ini.. ☺️🤲🏻

      Delete
  14. Nasib baik perasan masa dekat lagi. Kalau tak, habis lah. 😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nasib tangan pegang hp dan mata tgk google map pergerakan bas.. kalau leka atau tertidur ke habis la huhuuu

      Delete
  15. ni naik bas kat stesen domestik kan? sbb kalau stesen satu lg tu kaunter tiket dia berpisah pisah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la pulak station bas domestik ke tidak... Tapi tmpt yg sama sampai dari Istanbul masa dtg tu.. ada station lain ek..

      Delete
  16. penah jg plan nk ke romania dr sofia tp ms agk suntuk. kalau perjalanan kurg 5 jam mgkn sy dah smpi sn kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga dari Romania ke Moldova... Masa tu nk pergi sangat tapi masa suntuk ..terpaksa batal kan niat.. insyallah kena tunggu next time yg ntah tak tahu bila..

      Delete
  17. Sebenarnya kalau lost macam nih, banyak serunya kan. Kadang pun ketemu tempat2 menarik di luar ekspektasi 😄.

    Bagus juga pilih bus malam, so bisa sampai pagi dj tujuan, dan tak payah cari tempat menginap.

    Jauh juga tur nya yaaa, dari Bucharest sampai Brasov 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. bila lost biasa nya tidak mengecewakan malah bisa tahu apa yg tiba tiba ketemu gitu.. byk tempat yg menarik kdg tidak ada dlm list..
      Selalu ambil bas malam utk berjimat supaya masa waktu siang boleh berjalan jalan.. jauh bangat tapi naik train mmg seronok.. ☺️👍🏻

      Delete
  18. Suspend betul. Lama dahulu dah pernah sampai Bucharest Train Station, naik train sampai ke Bacau. Seronok betul zaman tu, dapat pula cabin dengan orang dari negara lain siap berborak2 dalam train macam dah kenal lama. Cuma Bucharest ni taraf hidup rendah sikit, agak banyak jenayah dan minta sedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww Bacau lagi jauh dari Brasov... Hari tu plan nak ke Lasi kalau ada kesempatan tapi itulah tak cukup masa nak panjangkan perjalanan.. Seronok berborak dgn beberapa org dlm train.. boleh tanya mcm2 dan boleh share a thing yg kita tahu.. Setakat pengalaman hari tu mmg tak ada apa2 berlaku alhamdulillah.. 🤲🏻

      Delete
  19. suspen sungguh...tersalah naik bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah terlalu over confident pun susah juga.. kena juga berhati hati.. salah sikit mmg habis huhuhuu...

      Delete
  20. Aduhai, memang berdebar baca part tersalah naik bas tu! Dah la tengah mengejar masa nak join tour. Tapi itulah 'garam' dalam travel solo, bila dah sampai kawasan industri baru sedar silap jalan. Nasib baik perasan awal kalau tak, tak tahu la ke mana bas tu bawa. Betul kata Afif, bila sesat atau salah langkah, kena tenang dan fikir solution. Kadang-kadang perjalanan yang tak dirancang ni la yang paling banyak tinggalkan kenangan manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca pun dah berdebarkan.. kita yg lalui tu lgi la... Kecut je jantung bola tersalah naik bas huhuu.. tapi pengalaman tu yg mahal bila kita cerita dan ingati.. nasib tak tertidur if not mau jauh terlajak huhuu.. Dlm apa jua mmg kena tenangkan diri jgn resah mengelabah tak tentu pasal.. sbb nanti lgi teruk jadi nya... Huhuuu

      Delete