Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Istanbul Part 8 : Bosphorus Sunset Cruise Tour - Visit İBB Beylerbeyi Parkı
Semalam masa di atas cruise, ketika aku duduk menikmati cookies dan hot tea dalam perjalanan pulang ke terminal feri. Satu couple dari UK yang telah berusia mungkin dalam hujung 50-an berborak dengan aku. Dari perbualan dengan mereka aku diberitahu bahawa untuk seminggu ini masuk ke Galata Tower adalah percuma sempena Tourism Week.
 |
| Pemandangan dari salah satu sudut di atas Galata Tower Museum. |
Keesokan pagi aku inform Kak D dan Abg N masa breakfast "Jom pergi ke Galata Tower pagi ini?". Terus di reject katanya dah tak larat nak berjalan dan dah tak sabar nak balik Malaysia. Aku pun kata "Okay saya pergi sendiri la kalau macam tu".
Dan aku kata lagi akan balik semula ke hotel sebelum waktu check out dan kemudian kita akan terus ke airport bersama. Elok selepas breakfast di pantry hotel tu terus aku turun ke bilik, menukar baju. dan kemudian berjalan ke arah station tram yang terdekat untuk menuju ke area Galata.
 |
| Menaiki Tram dari Station Sultanahmet. Terdapat sebuah masjid bersebelahan station. |
 |
| Sampai di Station Karakoy - kami berjalan sejauh 650 meter ke Galata Tower. |
Semasa aku di Sultanahmet Square, terlihat abang baju belang yang aku tegur subuh semalam bersama keluarga beliau. Kami bertegur dan terus aku kata "Saya nak pergi Galatan Tower sebab hari ni free entrance.. Kalau nak ikut jom la..". Terus mereka kata "Kami nak ikut sebab kalau sendiri tak tahu nak pergi macam mana".
 |
| Syukur at last sampai juga di Galata Tower. Basah jugak la ketiak hahaha.. |
 |
| Ada pulak rombongan kanak-kanak sekolah dan mereka dapat priority pulak 😅 |
 |
Ramai beratur dah jadi macam ular dan ramai juga yang cuba nak potong que. Perempuan baju pink dan putih tu kena halau sebab kami bagitau mereka jump que. |
 |
| Kami bertigalah yang kantoi orang perempuan tadi yang potong que. |
Dalam masa tak sampai seminit terus aku jadi tour guide tak bertauliah kepada warga Malaysia ini. Ada 3 orang dewasa dan 6 kanak-kanak. Dan aku beritahu kena gerak cepat sedikit sebab petang ni nak ke airport balik ke Malaysia.
Kami menaiki tram dari Sultanahmet Station Line T1 Kabataş–Bağcılar dan turun selepas 4 station iaitu di Karaköy Station (located right at the base of the Galata district). Tram berhenti betul-betul selepas Galata Bridge. Dan dari Karaköy Station kami berjalan kaki lebih dari 650 meter untuk menuju ke Galata Tower.
 |
| Kita akan naik lift dari bawah dan keluar di tingkat 6. |
 |
| Dari tingkat 6 kita akan naik tangga berpuisng menuju ke tingkat 7. |
Tapi jalan bukan mendata yer.. naik bukit..!! aku pun tak expect 😅 terus tanya dengan mereka "Larat ke ni jalan naik ke Galata Tower?" Terus mereka kata insyallah larat sebab dah datang jauh dari Malaysia kan 😄. Risau juga sebab ada anak kecil ikut sekali termasuklah satu yang dalam stroller. Aku pula tengah kejar masa nak balik sebelum waktu check out.
 |
| Keadaan ruang di tingkat 7. |
 |
| Pemandangan dari tingkap di tingkat 7. |
Untuk jalan naik ke Galata Tower insyallah tak susah dan tak senang nak sesat sebab selagi mana kita berjalan menaiki ke atas pasti akan menuju ke Galata Tower. Dan signboard pun agak banyak memberi arah tuju. Dan di sepanjang perjalanan naik ke atas di kiri dan kanan kita dipenuhi dengan banyak kedai-kedai manisan, souvenir, kedai makan dan cafe.
 |
| Keadaan di tingkat 8 - Orang ramai lebih menumpu untuk ke sini. |
 |
| Ada replika besar hampir keseluruhan Bandar Istanbul. |
Aku kata "Kita naik Galata Tower dulu.. nanti on the way balik barulah singgah mana-mana kalau nak beli apa-apa". Once kami sampai di Galata Tower, kelihatan orang ramai beratur seperti ular untuk naik ke tower dan kami menunggu lebih kurang 20 minit untuk sampai ke pintu masuk.
Ketika beratur ada beberapa orang yang cuba potong que tapi pihak keselamatan memang pantau jika kantoi memang akan dihalau dari barisan dan perlu beratur semula. Dan itu yang terjadi di hadapan kami apabila seorang wanita awal 20-an bersama ibunya dihalau sebab kami inform pada pihak keselamatan mereka potong que. Terasa puas hati di situ.
 |
| Pemandangan tingkap dari tingkat 9 ke arah laluan laut Bosphorus. |
 |
| Di sebelah Galat Bridge tu kami naik cruise petang semalam. |
Disebabkan free entrance maka agak penuh manusia di dalam Galata Tower dan setiap seorang yang keluar maka hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk. Kami spend hampir 30 minit di dalam Galata Tower untuk explore setiap penjuru. Alhamdulillah memang satu pengalaman yang sangat menakjubkan berada di menara yang berusia ratusan tahun ini.
 |
| Tangga terkahir menuju ke tingkat paling atas. |
 |
| Boleh jalan-jalan di luar ini tapi agak sempit dan kena berselisih dengan orang. |
Dibina ketika era Byzantine dan mengalami kemusnahan yang teruk dalam serangan Crusaders terhadap Empire Byzantine during The Sack of Constantinople in 1204. Dibina semula pada tahun 1348M dengan ketinggian 219.5 kaki atau 66.9 meter yang pada ketika menjadi bangunan paling tinggi di Constantinople.
Ottomaniyah menawan Constantinople pada tahun 1453M dan terus digunakan sebagai watchtower bagi memantau pergerakan kapal di lautan terutamanya. Pada tahun 1717M Ottomaniyah menggunakan ia sebagai pusat pemantauan kebakaran terutamanya di kawasan old town. Besama-sama Beyazıt Tower atau juga dikenali sebagai Seraskier Tower.
 |
|
 |
|
Pada 1831M telah terjadi kebakaran di Galata Tower yang menyebabkan kerosakan yang teruk dan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dijalankan serta-merta. Di awal kurun ke-19 Galata Tower tidak memiliki atap atau bumbung sehinggala ia dipasang semula pada kerja-kerja naik taraf di antara 1965-1967M. Telah dibuka semula pada 2020 sebagai muzium.
 |
| Penutup tower yang putih baru lagi dibina tapi yang tepi tu dah lama. |
Selesai meneroka kami berjalan pulang ke arah Tram Station dan ketika ini mata mula mencari souvenir dan mereka yang lain nak beli manisan. Kami masuk di salah satu kedai manisan, diberikan teh pelbagai rasa dan tester yang sangat banyak. Nasib la mereka membeli dengan agak banyak juga. Aku jadi tukang tawar harga dan hanya makan tester sahaja.
 |
| Keadaan di tingkat paling atas Galata Tower Museum. |
 |
| Terdapat lukisan pemandangan Istanbul pada suatu ketika dahulu di sini. |
Selesai membeli apa yang dihajati, kami berjalan keluar dari kawasan old town dan terakhir berhenti makan di sebuah kedai shawarma. Aku melihat jam "Ok sempat lagi ni nak makan" sebab waktu check out adalah pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka cuba nak belanja aku tapi aku menolak sambil berkata "Nanti belanja saya makan di Malaysia sahaja".
 |
| View paling tinggi di Galata Tower. |
Kami berpisah sebelum aku menaiki tram pulang ke Sultanahmet. Aku memberikan beberapa info mengenai keadaan di area Taksim ini, jika mereka nak berjalan-jalan area sini. Ucapan terima kasih diberikan kepada aku dengan lambaian sebelum aku menaiki tram dan itu adalah kali terakhir aku melihat mereka sehingga entry ini ditulis.
 |
| Sebelum keluar dari Galata Tower terdapat kedai souvenir. |
 |
| Kita akan keluar mengikut pintu yang berlainan dari kita masuk tadi. |
Bila aku sampai di depan hotel kelihatan Kak D, Abg N dan Ust Syakirin duduk diluar bersama luggage mereka termasuklah beg backpack aku. Aku tanya "Kenapa duduk di luar bersama beg ini?" Abg N kata orang hotel suruh keluar awal sebab masa masuk hari tu dia bagi masuk awal sejam. Terus aku macam "Eh kebodohan apakah ini?".
 |
| Lepas visit Galata Tower kita hunting manisan turkey yang mencabar iman ini. |
 |
| Berkotak-kotak mereka beli sebab banyak mereka beli mudah aku nak minta tawar. |
 |
| Puas membeli jom la kita balik. Time balik turun bukit tak la penat sangat. |
 |
Singgah makan di restoran tepi jalan ini. Shawarma dia memang tak main main 😄 Kedai makan ni tak jauh dari Karakoy Station. Masa 2025 pun aku repeat makan sini. |
Rupanya dah hampir 30 minit mereka duduk di luar, terasa bersalah pula. Ikutkan timing aku memang pulang sebelum waktu check out. Dan terus aku mencari transportation untuk ke airport dan ketika ini agak susah nak dapat teksi. Dan tiba-tiba terlihat satu kedai transport terus aku tanya ada transport nak ke airport? dia kata 5 minit, nak check dulu.
 |
Baju kuning owner kedai - Baju putih tu driver van VIP kami. Harga cuma 200 lira seorang dari Sultanahmet ke Istanbul Airport 👍. |
Masa 5 minit tu bukan setakat dapat jawapn tapi kenderaan terus sampai di hadapan kami. Sebuah van VIP berwarna putih yang hanya ada 4 tempat duduk sahaja, tersangatlah selesa, very unexpected. Harga sangatlah murah hanya 200 lira sahaja seorang untuk ke airport. Terus kami naik dan selamat sampai di airport hampir sejam kemudian.
Tepat pukul 7.00 petang waktu tempatan pesawat Emirate Airlines mula meninggalkan Istanbul International Airport. Maka berakhir kembara aku di Turkiye, Bulgaria dan Romania. Tapi cerita kami belum tamat sebab aku pilih transit di Dubai selama 23 jam yang membolehkan aku bawa mereka berjalan-jalan di Dubai pula 😎😉 - THE END.
u terer DIY sampai kena jd TG tak bertauliah hehehe best dpt van gi airport tu murah sgr ratenya!
ReplyDeleteTakut juga jadi TG tak berdaftar ni.. kang tiba tiba salah jalan tersesat.. habis laaa :P
DeleteTerbaik! Rezeki dapat free entrance Galata Tower & van VIP murah ke airport. View Istanbul mmg memukau. Beratur panjang tak waktu nak naik menara berasingan tu?
ReplyDeleteMemang rezeki sangat sebab dapat nak naik Galata Tower tu.. Tiket entrance pun tak la murah mana huhuu.. Yes bila dah free memang beratur panjang nak naik tower.. ada la 20 minit lebih kot..
DeleteMenyesal dulu tak naik tower ini. Eh, memang beruntung lah yg traveling bersama Abang. Dah expert nak cari jalan dan sebagainya. Begitu juga nak naik transport di sana. Memang happy lah kalau bisa join trip Abang afiff 👍👍.
ReplyDeleteOh JD lift hanya sampai tingkat 6 yaa. Selanjutnya jalan ke atas? Teman baru ketemu tuh pakai stroller tak masalah naik tangga?
Memang cantik pemandangan dari atas ya 😍😍. Kalau ada kesempatan lagi, teringin nak naik kesini
Saya naik pun sebab entrance free.. ikut kan plan asal memang tak ada plan pun nak naik Galata Tower ini.. Eh mana ada expert.. kita redah sahaja dan berdoa moga tak salah jalan huhuu... ala boleh bantu sedikit kenapa tidak kan :D
DeleteLift tidak sampai ke atas dan hanya sampai di tingkat 6 sahaja kalau tak silap saya la.. seronok bangat dapat explore di setiap floor yang ada tarikan tersendiri dan pemandangan dari setiap tingkat itu juga berbeza.. Ye pemandangan dari atas tower sangat la awesome... Insyallah kalau ada rezeki lagi pasti nak naik lagi :D
Deletemanisan turki ni sedap ke? tgk gambar mcm sedap
ReplyDeletedah last day pon masih bertenaga nak melawat, kalau saya selalunya last day tu dah pancit..
Bukan nampak macam sedap tapi memang sedap pun huhuu.. dan ia sangatlah variety ... kalau boleh semua tu nak dicuba hahahaa.. Last day la kena push sebab tau dha nak balik hihihii... :D
DeleteMemang puas lah kalau dapat halang orang yang jump Q... sejenis hati keras macam batu, orang lain bersabar beratur elok je dia memotong.
ReplyDeleteAternya tak bertukar contact number lah eh dengan abang baju belang tu😅
Bagus tu bertegur sapa di negara orang, sebab ada spesis kalau kat overseas kita senyum dia buat derrkk je🤭🤭
Yes memang puas dan di dalam list kami brgelak kepuasan dan mamat omutih tu siap cerita lagi bengang dia dan puas selepas berjaya halau dua orang tu huhuu.. Dah la free beratur jer la sampai giliran sampai kan... apa yang kalut sangat tak leh tunggu..
DeleteActually ada amik nombor tpi selepas whatsapp ni auto update bagai banyak pulak contact number yang hilang huhuu.. alah kat luar negara kita tegur jer sesiapa pun tak kalau tak nak bercakap.. kita pun tak layan sudah huhuu :P
DeleteBest dapat naik Galata Tower. Kami tak sempat. Manisan diorang ni memang lah mengancam je tengok. Moga dapat ke Istanbul lagi.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat naik dan sebab free entrance juga la saya berkejar nak naik juga huhuuu... sebab tak tahu ada second time atau tidak huhuu..
DeleteYes manisan mereka sangatlah mengancam sbb tu kena beli last day.. kalai beli awal nanti habis makan sendiri jer hahahaa
lukisan pemandangan Istanbul yang lama tu dia lukis atas apa? Atas kertas atau atas batu?
ReplyDeletesaya ia lukisan pada kertas dan ditampal pada dinding bawah khubah Galata Tower tu .. museum kan.. mmg menyimpan artifak yang menarik .. :D
Deletehaha manisan tu akak pun tercabar iman sebab cam semua sedap. akak paling suka yang rasa masam masam ada delima ke yogurt ke. dah rasa banyak kena la beli kan?
ReplyDeleteRupa dia... Bau dia.. lepas tu kena tarik masuk kedai.. dia serve teh bagai mmg kalau tak beli rasa bersalah gitu hahaha.. sy tak sure mana yg cuba tempoh hari tpi mostly sedap la huhuu.. 😅
DeleteManisan baklava ye tu? Sedapnya lagi-lagi yg banyak kacang.
ReplyDeleteSalam kenal saya datang dari blog En. Afeezz.
Betui betui... Bukan setakat manis tapi very rich dgn isi dalaman manisan tu.. tu yg bertambah sedap tu..
DeleteSalam Kenal juga.. terima kasih sudi dtg ke sini.. sy dah balas dan follow blog sana ya ☺️👍🏻
Bestnya masuk percuma tu. Dalam nak pergi sorang tu ada juga geng pergi sama-sama.Meriah lah ramai orang bila masuk percuma ni. Mencabar juga ye nak naik ni tapi kalau jalannya mudah okay je kan. Benci betul orang jenis suka potong Que,macam susah pulak nak beratur tunggu giliran ek. Bagus juga tu halau dan kena beratur semula. Bagi pengajaran sikit pada yang lain.
ReplyDeleteCantiknya permandangan dari aras tinggi menara. Tak sia berpenat lelah datang sini. Rezeki mereka dapat kenal orang Malaysia yang baik hati. Seronoklah shopping.
Alhamdulillah lancar perjalanan selamat sampai ke Airport.
Memang tak sengaja terjumpa dan terus ajak dan terus jalan hahaha.. Memang meriah jadinya beramai-ramai.. seronok ada geng boleh berborak sekali hahaha.. bab jump que tu dpt halau mmg seronok sgt hahaha..
DeleteView dari atas tower mmg cantik kalau di zaman dahulu mesti lagi cantik with the old town view everywhere.. Syukur dpt bantu mereka membeli manisan tu.. seronok dpt tawarkan hihii.. alhamdulillah selamat sampai airport.. ☺️👍🏻
Whoahh Galata tower tu macam penah nampak dalam gambar puzzle pecah2 tu. Lama eh bangunannyaaa. Nampak masih gah utuh berdiri.
ReplyDeleteYes ada juga nampak dalam mainan puzzle tu.. Galata Tower mmg berusia dah beratus tahun lamanya.. alhamdulillah rezeki dpt naik ke atas tower..
DeleteJahatnya orang hotel tu halau pulak dgn alasan sebab dah check on awal haritu.. kedekuttt!
ReplyDeleteIngatkan ust syakirin join sekali pergi gakata tower tu, at least adalah teman borak2 sepanjang jalan. Haha patutnya yg sekeluarga org malaysia tu, kena mintak nbor phone. Barulah boleh claim belanja kat malaysia :p
Thanks for sharing semua cerita istanbul ni. Saya dh bagi link kat parents ngan abang saya yg akan gi istanbul hujung tahun nnti
Terkejut beruk jugak bila balik tu tgk diorang dah ada kat luar hotel dgn luggage semua bagai... Apa punya perangai la
Delete