Wednesday, 11 September 2013

Pulau Pinang : Part 1 - Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Agak lama aku tak jengok blog sendiri.. Kenapa..?? sebab aku ada di Pulau Pinang.. Bercuti bersama kawan2 sekolah rendah dulu.. Alhamdulillah seronok sangat sebab this is my first cuti-cuti Malaysia after balik lebih sebulan yang lepas.. Dan rasa macam reunion pun ada.. dan ini my first trip berjalan dengan kumpulan yang besar 15 orang dengan 4 kereta.. thanks to all of you guys.. :D  terharu pulak..

Time :  05:25 am..
Aku dan Farani orang pertama sampai Restoran Kayu Ampang..
Dan juga pelanggan pertama di pagi itu..
Time :  06:00 am.. Hakikat nyer..
Budak lelaki selalu awal dari perempuan.. Kan..??? hahahaa.. :P
Time :  06:35 am.. Dari kiri dila, echa dan ikin..
Tiga jelitawis yang awal sampai sempat meratah beberapa keping roti canai..
Time :  06:50 am.. Roti Canai and Teh Tarik semua dah habis..
Masa ni tinggal Asma seorang je tak sampai lagi hahaa.. :P
Time :  07:00 am.. Still di Restoran Kayu - Petronas Memanda, Ampang..
Kereta Myvi antara yang terlibat dalam trip Penang ni.. Shazmin with Adila..
Time :  07:05 am.. Check all car in good condition..
Fareez makenik penting dalam trip ni..
Sebelum pergi memang rasa excited.. mungkin sebab orang lain excited maka aku pun jadi excited hahaha.. tapi tak la macam yang lain kemas beg 2 minggu sebelum bertolak.. aku still cara aku malam sebelum bertolak baru kemas beg pack aku..

Trip ke Pulau Pinang ni bermula dari 6 - 8 September2013.. yang bekerja sanggup amik cuti Jumaat - 6 September.. sebab plan nak bertolak seawal 6.00 pagi.. tempat berkumpul di Restoran Kayu, Ampang.. so malam tu aku, farani dan shazmin tido rumah hadri.. sebab rumah kami jauh luar dari kawasan..

Suasana Perjalanan Ke Pulau Pinang






Tunggu seorang demi seorang sampai maka last2 pukul 7.15 pagi baru kami bertolak dari Restoran Kayu.. trafik jam pun dah mula.. untuk permulaan ni hanya ada 3 kereta.. first aku, echa, fareez dan farani dalam satu kereta.. second kereta hadri, shazmin, ikin dan suhana.. last kereta suma, haslyna, asma dan adila.. sebuah kereta bersama 3 lagi orang akan muncul kemudian..

Walkie Talkie.. penghibur dan menceriakan suasana kami..  :D
Perjalanan kami sangat ceria sebab echa sediakan walkie talkie untuk setiap kereta.. so bende tu membuat semua orang ceria dengan lawak setiap orang.. boleh main teka teki.. ada yang berkaroke dengan walkie talkie tu.. macam2 lah..

Kawasan Rehat PLUS Sg Perak & Bt Gantang

Antara hiasa merdeka di kawasan rehat PLUS..
Tajuk : Meriah dan meriah bendera ku :P 
Fareez & Echa sempat posing bergambar..
Antara lauk pauk yang di jual..
Tempat parking pun nak bergambar..
Tajuk : Belilah buah - buahan tempatan :D
Berhenti untuk alas perut.. ala kadar kata Shazmin..
Dah ramai2 maka posing aje lah keje nya.. 
Dari kiri Echa, Fareez, Farani, Shaz, aku, Ikin, Anna, Dila, Asma, Sue and Ina..
Kami berhenti di beberapa kawasan rehat Plus Bukit Gantang dan Sungai Perak.. mungkin di sebabkan bulan kemerdekaan maka semua kawasan rehat PLUS ni macam berlawan dalam menghiasi bendera Malaysia.. seronok pulak melayan keadaan yang penuh bendera ni..

Continue Part 2 : Seberang Prai to GeorgeTown
Continue Part 3 : Bukit Bendera to Batu Feringgi
Continue Part 4 : Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah
Continue Part 5 : Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung
Continue Part 6 : Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out
Continue Part 7 : Shopping di GeorgeTown - Mee Udang di Taiping (Final)

Wednesday, 4 September 2013

MOod Beraya MOod Travel Dan MOod Bekerja

Setiba aku di Malaysia sebulan yang lepas.. banyak perkara yang aku lalui.. berbuka puasa bersama keluarga atau bersama kengkawan.. lepas puasa pulak kawan itu kawen.. kawan ni kawen.. 
Open house sana sini.. kawan belanje makan.. reunion kawan2 sekolah dulu.. melawat kawan kemalangan kat hospital pun ada.. Dan yang best tengok kawan2 yang dah berjaya.. dengan kerjaya diorang.. dah bina rumah tangga.. dah dukung baby.. 
- Mood : Best pulak dukung baby kengkawan nie :P

Berbuka bersama kawan2 lama sekolah rendah batch 99'' dulu..
Ilya, Azratul, Rahmah, Sue, Haslina, Aizat,
Ikin, Hadri, Arafat, Aisyah, Asma, Shazmin, Suhana, Farani and Faeez
Amik berkat sket.. Selamat Pengantin Baru Izainizazmi..!!!
Semoga ceria dah bahagia.. Kekal hingga ke syurga..
Senyum semua.. jangan tak senyum yer..  :D
with Jasrul, Nik, Farhan, Firdaus, Haizal and Khairul - geng sekolah rendah..
Haizal Qarnaian dan Ayu bersama baby mereka Rayyan..
9 tahun di perantauan dan 4 tahun terakhir aku tak baik Malaysia.. memang banyak perubahan.. paling best dapat tengok dengan mata sendiri anak2 akak aku yg dah berumur 3 tahun dan anak kedua yang berumur 10 bulan.. kelakar jugak bila dua2 budak ni nangis bila tengok pakcik dia sebab tak kenal dan tak pernah jumpa semenjak lahir hahahaa.. cute giler.. :P

Mood : Excited - Sebab bertahun lama nya tak naik LRT..
On the way kenduri kawen..
Kenduri kawan sahabat blogger " Kasut Biru "..
Semoga Bahagia hingga ke Syurga..
Bila dah abis belajar dan balik Malaysia ni.. mak pun suh cari kerje dan kawen hahahaa.. maka dah tak boleh la nak travel sangat.. komitmen dah berubah Ceh poyo macam ada anak bini..  offer keje pun dah dapat.. tapi berat pulak nak amik.. sebab?? ntah.. tak menjiwai kot hahahaa.. padahal pemalas :P 

Plan nak travel mungkin aku akan tangguhkan untuk seketika.. paling maximum setahun kot.. nak stabilkan diri kat Malaysia ni.. Kalau tak pun.. sebab mak macam tak bagi sangat nak travel.. apa2 pun sebelum tahun 2013 ni habis aku mesti travel atleast sekali.. tak kisah la negara jiran sekali pun..  

Mee Kari dan Mee Hun Sup - Open House Kota Damansara
Kedai "Abang Burn" Burger Bakar  @ Ampang - 
Thanks to my friend Asma for this lovely food.. 
But in reality life even tak travel.. makan maggi jugak kat rumah :D
Tapi kalau rajin sket.. boleh la masak Mee Goreng sendiri..
Dan kalau rajin terlebih.. Masak "side order" sket hahaha..
Broccoli and Potato with 
Black Paper ..
Kadang2 apa yang kita nak buat dalam dunia ni.. tak semudah seperti apa yang di rancang.. halangan boleh datang dari mana2 jer.. perjalanan hidup ini kan warna warni.. tak boleh la nak warna ceria je selalu.. kadang2 kene jugak hadapi warna gelap kan.. Asal ko tiba2 feeling lak ni ..

Mood : Excited masuk bangunan bersejarah ni..
5 tahun tak berkunjung.. Banyak perubahan
I'm here Central Market Kuala Lumpur
Mood : Ceria - Menikmati suasana di Central Market :P
Well hope will be backpackers again soon di masa akan datang :D.. by the way nak kongsi dengan korang.. ini lah gambar orang afrika berbaju melayu excited berjalan sekitar KL hahaha..  Sape suh lama tak balik Malaysia.. 

Sunday, 1 September 2013

Zimbabwe Part 4 : National Park Tour & Sunset By Zambezi River Cruise


Sebelum keluar dari Victoria Fall National Park.. kami singgah kedai souvenir.. aku beli fridge magnet sebijik jer USD6.00.. habis membeli ada mamat driver offer kami untuk tour Victoria Falls Town dan dia boleh bookingkan untuk naik cruise di Zambezi River.. setelah berbincang kami pun setuju.. sebab dia minta bayaran USD25.00.. dia akan bawa kemana saja kitorang nak pergi..

Nak tunjuk balik..  itu lah Victoria Falls..

But in the same time.. aku minta tawar US$ 20.00 alasan student.. alhamdulillah dapat.. first kami pergi bridge penyambung antara Zimbabwe dengan Zambia.. yang special di sini ialah ada bungee jumping.. setinggi 111 meter.. memang nak try tapi kos USD120.00 pp.. mana ada duit.. budget USD50.00 jer..

Make sure loncat dari platform.. kang terhantuk lak

Ceria selepas selesai bungee jumping 111 meter

With Ridwan di tempat bungee jumping..

Jalan depan sket masuk la border Republic of Zambia -
Malaysian Passport tak perlu apply visa

Then aku tanya mamat driver tu.. ada port boleh mandi kat area zambezi river ni tak? panas sangat.. dia bawa kat satu tempat sunyi.. memang kami jer kat situ.. lepas mandi baru dia bagitau sungai ni banyak buaya.. hampeh betul.. bukan nak bagitau awal2..

Best giler.. memang kami je kat sini.. tak tahu air yang sejuk atau
sebab kitorang dah panas sangat hahaha.. 
Time panas dapat mandi air sungai macam ni memang puas hati :D
Anas main kat tepi sungai jer..
Khalid dengan Anas.. walau cuaca amat panas..
tapi  dah mandi sungai badan jadi sejuk.. :D
Time ni memang rendam kaki je dalam air.. pijak batu panas pulak

Selepas solat berjemaah di tepi sungai.. dia bawa pi the biggest tree and free market.. dapat la aku beli postcard and stamp.. yang lain aku tak kisah.. then pi bayar trip cruise untuk petang nanti.. trip cruise 2 jam setengah dari 4.00 pm - 6.30 pm.. pakej termasuk enterance National Park, makan dan minum.. sepanjang di atas bot dapat tengok dengan dekat alligator, hippo, elephant, pelbagai jenis rusa seperti eland, springbok, kudu, duiker, zebra, baboon, egyption goose, wild hog etc..

Pokok ni memang besar dan lebar.. dan yang mahal sebab dah beratus tahun..  

Dan di atas cruise Zambezi River ni.. kami di sajikan dengan makanan ringan termasuk biscuit, vegetarian pizza, vegetarian samosa dan nachos cheese yang telah kami request.. sebab daging ayam tak halal.. dan air jus, carbonate, mineral, tea, coffee as long atas cruise minta jer unlimited..

Jom naik cruise..


Nak air minta je dengan stewardess  

Kami nampak sesuatu la ..

Hippo atau badak sumbu berenang.. gemuk2 pun boleh berenang tau :P

Dari jauh pun boleh agak dia besar mana :D

Yang ni pulak sekeluarga gajah afrika..

Abang Bujang ni lebih 10 kaki..  dan ini lah yang di maksudkan oleh driver taxi tadi :P

Last activity atas cruise ni ialah menikmati matahari terbenam dari atas boat comey ni.. Bersama kami berempat dari malaysia.. termasuk 4 org tua dari Denmark.. 6 orang dari China.. setelah selesai pukul 6.45 petang.. kami bergegas ke Victoria Rest Camp and Lodge.. untuk mengambil beg kami dan bergegas ke train station..

Jom Layan Sun Set Di Zambezi River - Zimbabwe

Matahari masih berwarna putih
Bertukar oren kemerahan .. dan... dan... 
View yang lawa.. nikmati sebaik2 nya.. sebab tak tahu bila nak datang lagi..
Dan tenggelam.. 
Alhamdulillah kami sempat sampai ke Victoria Fall Train Station sebelum pukul 7.00 pm dan sempat juga membeli roti, air dan crisp untuk bekalan di dalam train nanti.. cuti tak lama so memang tak boleh nak lama di Victoria Falls.. ini pun hari ke 8 kami travel di Zimbabwe.. apa2 pun nak tengok air terjun Victoria Fall dengan mata sendiri dah tercapai.. "One of Seven Natural Wonders of  The World" dah di terokai.. :D

Maka ini lah Zambezi River at Victoria Falls National Park, Zimbabwe
Jika dah sampai Zimbabwe.. Janganlah lupa berkunjung ke sini yer..