Balik dari trip baru ini aku terdampar macam ikan paus di pantai hahaha.. Tak tahu la kenapa..
Pada mula cuma pening kepala.. Okla mungkin sebab jet lag..
Tapi meleret pulak sampai rasa bisa-bisa tulang lutut dan pinggang.
Ok first step amik panadol dua biji terus baring sambil dan sebab rasa kesejukan ambilah selimut. Dan terus tertidur.
Tau-tau jer wife dengan anak-anak kejut dan tengok jam "Eh dah dua jam lebih tertidur".
Dan wife pun kata awak demam ke? panas sangat badan ni. Sambil diajak ke klinik tapi aku menolak.
"Umur macam ni kalau demam esok sembuh la tu" aku reply. Dengan nada badan yang mengigil.
![]() |
Selamat Datang Ke Pasar Bujang Lapok @ Melawati. |
Alhamdulillah esok tu beransur pulih tapi masih lagi sakit kepala. Terus aku cakap dengan wife "Rasa badan dah tak fit macam dulu nak travel backpack ni. Masa tengah travel hari tu bukan main berjalan ke hulu hilir. Siap boleh hiking bagai. Tapi bila balik rumah terus tumbang hahahaa".
Mungkin sebab badan dah biasa bergerak dan berjalan banyak dalam beberapa hari sebelum ini. Bila balik rumah berehat terus tumbang. Maka pagi ahad tu aku decide nak bawa the kids jenjalan. Kalau rehat di rumah takut lemah jer badan.
![]() |
![]() |
![]() |
Cadang nak ke Melawati Mall tapi on the way tu ternampak Pasar Bujang Lapok di Melawati dan terus berhenti untuk melihat apa yang menarik. Terdapat orang meniaga makanan traditional, ada yang menjual pizza, menjual buku lama dan artis yang melukis wajah atau juga pemandangan. Dan nyanyian band kugiran yang memeriahkan suasana.
![]() |
Selesai di Pasar Bujang Lapok kami berjalan ke Pak Tam Laksa Johor bersebelahan pasar untuk bersarapan. Laksa Johor, Soto Nasi Impit & Meehun dan Bubur Som Som menjadi pilihan kami.
Semua sedap kecuali sup soto yang aku rasa macam sedikit masam. Tapi still habis dimakan the kids. Air Kopi O Kluang 474 kot kalau tak silap namanya yang aku order tak sampai sehingga kepenghujungnya. Dan dua air minum yang lain tawar dan tak sedap :D
![]() |
![]() |
Mungkin masih di awal pagi pekerja tak ready lagi nak buat air lagi la kot (Sangka baik). Insyallah nanti kita repeat lain waktu mana tahu air sedap kan huhu. Selesai bersarapan kami terus memandu menuju ke Melawati Mall.
Kami park kereta di luar sebab nampak banyak petak parking yang kosong. Lagi pun tak tahu berapa lama akan berada di dalam. Dah lebih setahun tak masuk dan ini first time parking di luar. Moh ler kita berjalan berjemaah masuk ke dalam Mall.
![]() |
Tak ada niat membeli di Melawati Mall sekadar bawa the kids berjalan setelah seminggu lebih di rumah nenek dan makcik maka hari ini kita bawa la berjalan. Ada Festival Coffee & Friends layan secawan coffee sambil survey mesin kopi baru.
![]() |
Dan kemudian berlegarlah kami dari hujung ke hujung di setiap tingkat mall ini mencuci mata.
Ternampak ada Go Kart terus wife kata jom aku pun angguk antara restu atau tidak. Tapi the kids dah menjerit hahahaa. RM25.00 per person per ride untuk 8 pusingan. Mula-mula tak yakin tapi lepas tengok the kids bawa Go Kart first round macam tak ada perasaan terus lega. Insyallah selamatlah tu.
![]() |
![]() |
Selesai ber-Go Kart perut meminta-minta untuk diberi makan sebab dah lewat petang. Maka ke food court sebab makanan lebih murah dan banyak pilihan. Wife pilih Yee Mee Sizzling dan Affan makan Nasi Ayam Roasted Chicken. Aku Sharwama dan Atiyya Blackpepper Beef Sizzling with Rice.
Solat Asar dengan Maghrib di surau dalam mall dan akhirnya pukul 9.00 malam keluar jua dari Melawati Mall. Lama juga kami berada di dalam. Tiada apa yang dibeli melainkan wife beli sehelai seluar dengan tidak sengaja. Orang women kan.. dah beli pastu bagi macam-macam alasan pada suami. hahahaa.
Ehhh..X tau plk ade event ni dkt melawati tu..Terlepas sudah...GWS ya...
ReplyDeleteKita pun tak tahu.. bila dah smpai mcm ehhh ada festival coffee la .. btw thanks ☺️👌🏻
DeleteAir tawar, ok, bagi saya, sebab dah biasa minum air takde gula. Sungguh menarik pasar bujang lapok tu. Macam-macam barang ada. Seronok tengok anak-anak main gokart, beli jiwa la, lepas kena tinggal ye. Hehe..
ReplyDeleteHurmm air tawar dan kurang rasa gitulah.. Dah biasa senang la.. Tak ada lah sampai mcm2 brg ada dijual di pasar tu.. Yes betul tu beli jiwa lepas kena tinggal hihii.. 😂
Deletemacam kena cari nie pasar bujang lapok...MM tu pun masuk sekali je hari tu, tak pernah repeat lagi
ReplyDeleteBoleh la pergi sekali.. dan tengok jika ada yg menarik.. Uishh kita pun ada la tak smpai 5 -6 kali masuk..
DeleteBetul Afif, masa travel tak rasa penat, bila dah balik baru rasa. Sedap nampak laksa tu.
ReplyDeleteYes masa tgh travel mmg sedap jer buat mcm2 kerja.. Bila dah sampai rumah tu baru terasa huhuu..
Deletemenarik, rasa nak kena terjah juga la pasar bujang lapok ni. macam best pula
ReplyDeleteYeap ada yg menarik boleh terjah.. jalan pasar tu dah wujud dari 70an lgi kot..
DeleteKalau travel bermakna dgn pakej spa selepas pulangnya. Penat memunggah2 beg masa kat airport.
ReplyDeleteYes.. Memang balik dari travel rasa nak gi urut spa bagai huhuu.. tapi tu lah ongkos semua byk dah habis masa travel huhuu.. tunggu gaji 😅
Deleteaippp pompuan tak pernah salah ye
ReplyDeleteTau tau.. tak akan pernah salah kaum wanita hihii.. 😅
Deletepasar bujang lapok ni macam pasar karat ke? saya memang suka ke pasar karat tgk barang2 old skool.
ReplyDeleteTak macam pasar karat sgt tapi lebih kepada jalan pasar ni dah wujud lebih 50 tahun lps. Keadaan mmg old school. Mesti ust suka.. 😅👍🏻
Deletemenarik gak pasar ni. macam style pasar karat pulak jual buku lama2. jimat duit takyah beli baru haha
ReplyDeleteTak la jugak pasar karat.. cuma ada buku lama.. Hurmmmm.. yg lain jual makanan dan ada yg melukis.. budak2 dpt buku free..
DeleteBiasanya lelaki kalau demam tak larat lansung nak bangun. Dah biasa bergerak kalau duduk saja badan rasa lesu pulak. Okaylah tu luangkan masa dengan anak-anak. Lama juga dekat Melawati Mall tu. Untung juga peri ada pasar bujang lapok, boleh juga mandang-mandang apa yang ada. The kids pun dapatlah bergo kart.
ReplyDeleteKan.. lelaki kalau demam tu mmg dah paling bertahan akhirnnya tumbang.. Biasa balik travel kalau mmg bertentangan cuaca ni mmg ada hadiah sikit huhuu . But alhamdulillah dah sembuh.. Aah lama juga sbb macam2 kedai dimasuki ..mian itu ini bagai.. beli jiwa kan hihii..
DeleteLama tu dalam mall. Mesti lebih 10k langkah dah tu.
ReplyDeleteTak dpt juga... 7k langkah lebih jer.. Mall kecik kalau besar dpt la kot.. 😅
DeleteMacam2 event kat melawati mall ni eh? Dulu last pergi macam lengang je... DUlu la
ReplyDeleteAah ada event ... Okla seronok tgk product coffee bagai.. Aah betul dulu lenggang..
Deletemenarik tu ada go kart kat melawati mall...dh lama tak singgah situ..sbb sekrg byk betul mall area gombak ni! semlm i gi wangsa walk...last few days gi aeon
ReplyDeleteKitrg pun dah setahun lebih tak masuk Melawati Mall.. okla nampak macam dah meriah banyak. Mmg byk mall area sana..
DeleteWow! super duper tempat ni tau, rambang mata dah nak memilih..lepas tu first time nampak ada tayar, untuk apa tayar2 tu Ustaz? ingin tahu lah pula ni..alhamdulillah wajib di tunaikan..
ReplyDeleteTayar tu as safety utk pemandu go kart to.. kalau langgar tayar tak la teruk dia mcm ada bounce gitulah.. Melawati Mall just another mall yg sama kat tmpt lain..
DeleteKalau jalan-jalan seronok memang tak sedar masa berlalu kan?
ReplyDeleteBetul... Masa berjalan dgn pantas.. tau tau fah lewat petang.. pastu tau tau dah malam hihii..
Delete