Dari message di Instagram Blogger Fanny dari Indonesia memaklumkan akan berkunjung ke Malaysia pada bulan November ini dan katanya bisa ketemu sekian sekian tarikh jika available. Aku pun okay boleh jer kalau keadaan mengizinkan.
Aku ajak wife untuk ikut sekali sebab kesemuanya blogger wanita dan hanya fanny yang datang bersama suami. Dan akhirnya diberitahu akan bertemu di KLCC. Satu tempat yang aku dah lebih 8 tahun tak jejakkan kaki hihi. Dan akhirnya wife tak boleh ikut sebab ada last minute meeting di office.
![]() |
Hurmm.. Aku nak drive seorang diri dan parking dalam KLCC tu? Memang tak nampak jalan ke arah tu dan wife kata naik jer lah grab kan senang sebab lunch hour pasti jalan jem dan nak cari parking lagi. Tapi sebab grab pun charge RM33.00 dan aku pun nak ke Serdang dan Cyberjaya selepas perjumpaan tu. Maka kita drive dan tawakkal jer lah.
Tempat pertemuan di O'Briens dan aku paling lewat sampai dalam pukul 1.00 pm sebab setelkan pertukaran anak-anak sekolah pagi ke petang. Dan masa di O"Briens actually aku dah masuk tapi sebab tak confident muka-muka Kak Suzie, Kak Ezna dan Kak Carneyzs termasuklah Fanny dan husband.
![]() |
Terus aku keluar semula sambil buat kira-kira "Betul lah yang ramai-ramai duduk meja tu". Second time masuk dan terus menuju ke meja dan memberi salam. Dan salam dijawap terus disebut "Afif". Dalam hati "Ok lah betul dah ni tak salah orang hahahaha.."
My first time berjumpa dengan rakan-rakan blogger Kak Suzie, Kak Ezna, Kak Carneyzs dan Fanny. Paling segan aku datang dengan tangan kosong hahahaa.. Kak Ezna bagi perfume kereta dan Fanny bagi macam-macam untuk aku dengan wife. Lepas tu sambung duduk di Nyonya Colors selepas Kak Suzie minta diri nak balik sebab ada kelas katanya.
![]() |
![]() |
Di Nyonya Colors, Kak Carneyzs bayarkan semua makanan dan minuman dah la masa tu aku lapar tak makan lagi. Bila ditanya nak bayar balik "Tak apa saya belanja.. Doakan rezeki murah dapat travel selalu macam afif jugak". Insyallah saya doakan sentiasa amin. Berboraklah kami berempat sampailah pukul 3.00 petang sebelum masing-masing meminta diri.
Insyallah nanti ada masa boleh duduk berborak lagi. Bak kata fanny kalau ngobrol sesama teman blogger lebih seronok. Gambar makanan nanti aku ry dapatkan dari blog mereka yang lain. Sebab masa jumpa ni aku blur blur sikit sampai ditanya tak nak amik gambar makanan ke hahaha :P




Ada beberapa gambar makanan. Ada nombor Afif juga. Nanti akak whatsapp. Nasib baik saje2 bawa gift extra....dan akhirnya rezeki Afif. Fanny baru bagitau hari kejadian....
ReplyDeleteAlhamdulillah dah dapat dah terima kasih sangat-sangat ya. :D
DeleteKita la segan tak bawa apa-apa gift untuk semua.. Insyallah next time.. Nanti boleh coffee coffee di UPM yer :D
Alhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki bertemu dari alam maya je alam nyata.
Alhamdulillah rezeki sangat dapat brjumpa dengan mereka yang awesome :D
DeleteTeringin nak join grup ramai2 ni... Takde rezeki pulak. Kalau tak merasa kena belanja... hehehehe
ReplyDeletetak apa wak..nampak mereka bahagia , kita bahagia ..best kan mereka jumpa tu..
DeleteUncle Gedek: Bila lagi ramai akan jadi lebih meriah hihihi.. Tak apa nanti kita set lain yer :D Kena belanja tu ikut nasib la hahahah :P
DeleteEtuza: Nanti kita set pertemuan di Keningau Sabah ya insyallah tahun depan :D
Deletethanks sbb sudi jumpa2 hahah last minit i tahu afif join so memang tak de beli apa2 souvenir la utk u (sorry tau!)...next time insya Allah boleh jumpa lagi sbb u area ampang jer tu...saya kat area sri gombak ajer. thanks sbb byk share tips travel...rasa bersemangat plak nak travel byk2 hahahah
ReplyDeleteMost welcome segan nak prahabis sandwich tu tapi perut kelaparan hahahah :P
DeleteTak apa lah tak ada souvenir pun dapat jumpa semua semua pun dah seronok berkongsi cerita. Ok Ok dekat jer tu insyallah nanti boleh gather gather lagi :D
Asalamualaikum..datang singah ni Ustaz Afif...Subahanallah, bestnya jumpa blogger2 antaranya dari Indonesia Blogger Fanny dan suaminya Raka..Huuu best tul nampak tau..saya tersenyum sendirian dan betul rasa gembira..tak tau kenapa hehehe
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Alhamdulillah terima kasih datang singgah ke sin segan saya sebab tak selalu nak meyinggah ke sana.. insyallah weekend ni boleh la nak blog walking ke semua blog rakan -rakan :D
Deleteya Allah, rezeki kesempatan beramah mesra berbual2 ..ramaikan kenalan..ini sangat hebat..terbaik ..Tahniah ya dapat jumpa Fanny ..blogger kira terkenal di Indonesia, jumpa Ezna, yang kita tahu MZ, Carneyz dan juga Ustaz Afif..terbaik l=saya kira..
ReplyDeleteInsyallah tahun depan kita jumpa.. Saya ada dua trip ke sabah tahun depan.. KK dengan Tawau.. Moga ada rezeki utk bertemu .. Mereka blogger yg terkenal.. sy cuma cekenet jer hahahah :D
DeleteAlahamdulillah.....Bestnya dapat bersua f2f...kami pun rezeki juga dapat tengok gambar..hehehe
ReplyDeleteBoleh la buat gathering lebih besar selepas ini insyallah :D
DeleteAlhamdulillah...semua pun geng² travel juga tu.. terbaik lah..
ReplyDeleteSaya selalu jer buat kerja di Hospital Selayang .. insyallah boleh jumpa kalau ada rezeki :D
DeleteKalau nak cari, kita dekat asrama je..Kikiki...
DeleteKalau parking area asrama tu, dekat dah lah...๐คญ๐คญ
Alhamdulillah..Best ni reunion geng blogger =)
ReplyDeleteAlhamdulillah best sebab boleh borak non stop hahaha..
DeleteKiteorg tak tau pulak Afif join sekali. Kalau tau, ada la bawak buah tangan utk Afif sekali hehe. Psst... Kalau ada terjumpa tiket murah ke Jakarta tahun depan, bgtau tau. Kita serbu tempat Fanny ramai2 hahaha!
ReplyDeleteHahahaa.. tak apa lah.. dah dibelanja makan tu kira syukur dan best dah pun hihii.. ok ok nanti saya try carikan tiket murah ke Jakarta tahun depan..
Deletesy klu nak ke klcc rela naik lrt kelana jaya.. tak sanggup ehh nak memusing cari parking. tapi kalau husband ada sama.saya x mau naik lrt. suruh dia bw kete.haha
ReplyDeleteSis pun tak bawa kereta. Takut nak bawa ke KL. Naik ERL kemudian sambung LRT ke KLCC gak.
DeleteMun: Saya kalau dari rumah nak kena tukar tren utk ke KLCC tu yg payah juga. Tak apa la demi nak jumpa rakan blogger kita terjah jer la bawa kereta hahaha..
DeleteEzna Khalili: Saya sebab dah lebih 8 tahun tak masuk dlm iseten KLCC tu. Mmg dah macam travel luar negara mencari jalan hahahah :P
DeleteJanji berani je Afif. Akak tak berani. Hehehe.
DeleteMula2 mmg mcm tak confident tapi berharap jer semuanya smooth.. so mmg betul mudah.. ๐คฒ๐ป
DeleteAlhamdulillah, seronok jumpa kawan-kawan blogger.. dari alam maya ke alam nyata..
ReplyDeleteInsyallah lepas ni nak jumpa Blogger Ust Abu Ikhwan pulak... Cane nak roger eh.. nk borak pasal AMAL :D
DeleteAlhamdulillah, serunya bisa bertemu teman dunia maya.
ReplyDeleteInsyallah jika diizinkan saya mahu bertemu semua blogger di alam maya ini :D
Deletekalau sy ada tu, lg havoc
ReplyDelete๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
tak ada laa
byk diam ada laa kot
Itulah pasal nak ada anies lebih havoc.. itu hari pun havoc.. dia diam masa loading jer.. lepas tu borak tak berhenti :D
Deleterezeki jgn ditolak...
ReplyDeletealhamdulillah...
lps ni boleh berjumpa lg
Alhamdulillah baik baik semua rakan rakan blogger.
DeleteLepas ni jumpa saya nak kena bawa goodies bag la hahahah :D
Aaa.. semalam kot nampak Fanny share di ig, tak perasan ada Afif sekali. Seronoklah gather².
ReplyDeleteSaya dtg pun lewat sikit.. gambar pun tak banyak hihihi.. Alhamdulilah seronok kalau ramai mesti lagi best :D
DeleteSeronok kan jumpa geng blogger di alam nyata... Semua pula kaki travel best la bersembang tu kan ๐๐ป
ReplyDeleteItulah .. kenapa la tak jumpa lebih awal kan hihii.. borak borak pun macam eh kejap jer dah pukul 3.00 ptg.. Insyallahboleh gather lagi :D
DeleteSeronoknya dapat jumpa kawan2 blogger.
ReplyDeleteSy selalu juga turun ke Hospital Kuala Lipis.. Kot ada rezeki boleh mengopi dlm hospital :D
DeleteHarap2 sy juga akan dpt jumpa rakan blogger nanti.
ReplyDeleteInsyallah .. nanti kalau saya ke Kelantan .. saya roger Abam Kie.. ☺️๐๐ป
DeleteKalau akak pun agaknya jadi blur sebab tak pernah join gathering blogger. Silap-silap terus jadi pendiam, kita ni tak biasa bercampur orang ๐
ReplyDeleteJom la Ujie....sesekali berjumpa..
DeleteUjie Othman: Jangan ckp diri pendiam kalau belum jumpa geng geng blogger ni hahaha... Sy first time jumpa pun boleh sembang mcm dah biasa jumpa hahaha..
DeleteSuria Amanda: jom jom... As long kerja KL ni mmg mudah nk jumpa .. ☺️
DeleteBuat grup whatsaap la...boleh je jumpa kalau kat KL ni..Kak SA punnak jumpa gak siapa2 yang available kat KL...
ReplyDeleteSetuju buat group whatsapp tu.. takut tak leh tidur jer sebab semua nak berborak hahaha.. ok kak sy on je ... Bila nak jumpa tu.. ☺️
DeleteAlhamdulillah seronok tengok gathering you all di KLCC.
ReplyDeleteInsyallah nanti gather lagi dan lebih ramai ... ☺️๐๐ป
DeleteAlhamdulillah rezeki bertemu dengan sahabat alam maya. Semoga ada kesempatan bersua lagi ye☺️
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur sangat dapat berjumpa dgn rakan rakan blogger sekalian.. Moga ada kesempatan utk berjumpa lagi ☺️๐๐ป
Deletekseronok dpt jmpa kwn2 blogger..especially fanny yg jauh dr seberang...padat jadualnya sesi bersama kwn2 blogger di malaysia...
ReplyDeleteBertemu fanny alhamdulillah ketemu yg lain juga.. Fanny kalau dtg Malaysia mengalahkan menteri.. jadual mmg padat sangat nk berjumpa ramai org hihii.. ☺️๐๐ป
Deleteseronok tengok gathering geng2 KL. saya geng putrajaya, jumpa one to one dgn kak fanny hahaha. semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan :D
ReplyDeleteSeronok ni bukan setakat dapat jumpa Fanny, dapat juga jumpa blogger-blogger yang lain. Kita kalau first time jumpa pun mesti tak berapa cam.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat jumpa, rezeki dapat hadiah dan orang belanja.
Seruuuuuuu kalau jumpa bloggers ini kaaan ๐๐๐. Sebab mungkin Krn kita sama sama suka menulis, selama ini sering saling komen di blog juga, jadi saat jumpa macam tak awkward. Bisa connect langsung obrolan ๐
ReplyDeleteTambah pula semuanya suka traveling, best sangat jadi tema bicara ๐คญ๐๐.
Next lah jumpa di jakarta semuanya yaa ☺️. Saya ajak wisata kuliner lah nanti , ๐