Wednesday, 5 November 2025

Maldives Part 3 : Hukuru Miskiiy Mosque - Presidential Palace - Victory Monument

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Maldives Part 2 : King Salman Mosque - Male Artificial Beach - Lui Buin Smoothies & Juice

Pulau Male yang juga capital kepada negara Maldives ini tidaklah besar mana pun sebab tak sampai sehari dah boleh jalan ke semua attraction yang ada. Dari Lui Buin Cafe kami berjalan kaki ke arah jalan Majeedhee Magu Road sehingga menemui Masjid Al-Ibrahim dan Sosun Magu Road di satu simpang empat.

Welcome to Hukuru Miskiiy Mosque also known as The Old Friday Mosque (1645M)
Jalan ini antara jalan utama yang paling sibuk kerana terletaknya sebuah hospital, university, police station, stadium dan juga sebagai shopping district kepada puluhan kedai yang menjual pelbagai barangan terutamanya pakaian, kasut dan alatan sukan. Cafe dan restaurant juga memenuhi di kiri dan kanan jalan.

Pemandangan bangunan, jalan dan kenderaan di Bandar Male.
Keadaan dan suasana yang sibuk dengan kenderaan di Male.
Bila dah banyak berjalan perut pun mula memberi isyarat lapar dan aroma bau makanan di setiap kedai makan juga memberi implikasi kepada perut hahaha. Ada beberapa kedai makan yang kami berhenti tetapi hati tak berkenan sebab pelanggan yang terlalu ramai dan kalau boleh nak indoor dan akhirnya kami sampai di penghujung jalan Sosun Magu Road.

Satu yang aku perasan di sini restaurant atau kedai makan warung sekali pun banyak yang menjual hidangan buffet di waktu tengah hari. Dah la kami tak berapa lapar mana pun dan kalau bawa wife dengan Cikgu Hani makan buffet memang rugi la. Sebab sejenis manusia makan sikit dah kenyang.

Terdapat small park di celahan bangunan. Sempatlah kami berehat sebentar.
Sebuah cafe yang agak unik di tengah-tengah bandar.
Dan menyambung perjalanan menerusi Ameer Ahmed Magu Road dan menemui TeaTent Cafe. Sebuah kedai makan kecil yang tersorok di celahan bangunan dan tempat makan berada di tingkat atas dan hanya kaunter di bawah. Tak ramai pelanggan dan suasana lebih sejuk dan nyaman. Kami pilih Nasi Putih bersama Kari Ayam dan beberapa biji samosa.

Terjumpa sebuah kedai makan kecil di celahan bangunan - TeaTent Cafe.
Nasi Putih with Kari Daging, Kari Ayam dan samosa. Kari di sini memang pedas.
Tangga yang sangat halus dan sempit untuk naik ke tingkat atas tempat makan.
Kedai makan kecil seperti ini jauh lebih murah berbanding yang lain. Selesai makan kami berjalan sejauh 350 meter menuju ke sebuah masjid yang bersejarah yang diberi nama Huruku Miskiiy dan juga dikenali sebagai Male Friday Mosque.

Dibina pada tahun 1656 Masihi dan menjadi masjid yang tertua di Maldives. Lebih unik adalah masjid ini dibina menggunakan "Coral Stones". Dijaga rapi dengan baik oleh kerajaan Maldives dan mengekalkan ia sebagai masjid walau layak dijadikan muzium dan ia dibuka secara percuma sepanjang hari kepada orang awam dan non muslim tourist.

Bangunan utama Hukuru Miiskiy Mosque
Keadaan di dalam ruang solat utama.
Mimbar masjid yang dikatakan masih utuh walau sudah beratus tahun.
Terdapat beberapa buah maqam sultan bersama ahli keluarga, ulama dan juga nama-nama besar yang berjasa kepada Maldives beratus tahun yang lalu. Dan ada sumber yang mengatakan masjid ini telah dibina seawal 750 tahun dahulu disebabkan islam telah pun tersebar lebih awal dari kedatangan Ibnu Battutah yang pertama pada tahun 1343 Masihi.

Ruang solat di bahagian beranda masjid yang berlantaikan kayu.
Kedatangan kali kedua Ibnu Battutah adalah setahun kemudian iaitu pada 1344 dan telah berkhidmat sebagai Qadi atau Hakim selama setahun setengah. Dan kemudian meneruskan pengembaraan ke Sri Lanka, Bengal, Burma dan China. Dan ada yang mengatakan beliau telah berhenti di Sumatera dalam perjalanan menuju ke Guangzhao, China.

Semua dinding dan structure utama masjid ini dibuat dari Coral Stones.
Dinding-dinding yang berwarna putih itu semua diperbuat dari Coral Stones.
Kekurangan masjid ini adalah ketiadaan tempat wudhu, tandas dan ruang solat wanita. Namun seorang security guard yang baik hati (dalam gambar baju biru) memberikan ruang di dalam masjid untuk wife dan cikgu hani bersolat. Dan wife terpaksa menggunakan tandas lelaki yang berada di luar bangunan masjid sambil aku menjaga pintu tandas.

Dan ketika itulah ada seorang security guard yang lain datang untuk menghalang dengan mengatakan ini tandas untuk lelaki sahaja. Sambil aku tanya mana tandas wanita? dia jawap tak ada. Dan aku kata "kami datang nak solat, kalau kamu seorang muslim jangan halang orang islam nak solat". English aku bagi, Urdu pun aku bagi. Terus dia pergi.

Antara kubur-kubur yang berumur ratusan tahun ada dalam perkarangan masjid.
Termasuklah maqam para ulama, sultan dan ahli keluarga sultan.
Binaan asal masjid ini telah dibina pada pemerintahan sultan yang pertama iaitu Mohamed Ibnu Abdullah sejurus selepas beliau memeluk islam pada tahun 1153 Masihi. Dan telah dinaik taraf oleh Sultan Ibrahim Iskandar pada kurun ke-16.

Pengalaman solat di masjid bersejarah ini memang sangat menerujakan. Terasa sejuk ketika berada di dalam mungkin juga sebab coral stone yang menjadi bahan utama masjid ini. Tiang-tiang dan decoration yang diperbuat dari kayu menghiasi ruang dalaman masjid ini. Alhamdulillah selesai solat jama zohor dan asar kami di sini.

Muleeaage - The Official Residence of Maldives President
Bergambar di hadapan Presidential Palace of Maldives.
Berhadapan Huruku Miskiiy terletaknya Presidential Palaca atau disebut Muleeaage - The Official Residence of Maldives Presiden. Ianya juga sebagai bangunan bersejarah yang berumur lebih 111 tahun. Dibina pada 1914 Masihi oleh Sultan Muhammad Shamsuddeen III untuk diberikan kepada anak beliau iaitu Putera Hassan Izzuddin yang bakal pewaris takhta.

Kami berjalan kaki 200 meter ke Victory Monument (1988) yang terletak berhampiran dengan Sultan Park yang mana ia merupakan sebahagian dari kawasan istana yang dibina oleh Sultan Muhammad Shamsuddeen III. Dan di sini juga terletak beberapa attraction lain iaitu Old National Museum (1952) dan Masjid Sultan Muhamad Takurufaanu Al-Auzam (1984).

Victory Monument of Maldives - 03 November 1988.
Monument Kemenangan Maldives ke atas serangan pengganas Harimau Tamil pada 3 November 1988 yang turut dibantu oleh Maldivian Rebel. Monument ini melambangkan pencerobohan dan pertempuran. Bentuk bulat mewakili pengepungan penyerang dan warna hijau serta merah melambangkan negara Maldives dan darah para pejuang.

Ia memperingati anggota tentera dan orang awam yang terkorban dalam konflik itu seramai 19 orang dan 8 dari angka itu adalah Maldivian National Security Service (NSS) dan 19 NSS yang lain cedera. India telah menghantar bantuan dengan kekuatan 500 tentera bagi membantu. Hampir kesemua pengganas telah terbunuh dengan hampir 40 yang lain ditangkap.

Sultan Park at Male City, Maldives.
Sultan Park ini adalah satu taman awam yang berbayar hanya kepada tourist sebab ianya juga adalah satu warisan sejarah Maldives yang dibina di tengah kurun ke-16. Dibuka seawal 6.00am sehingga 9.30pm sumber dari Google dan sumber dari Trip Advisor ia dibuka dari 12.00pm sehingga 12.00am. Kami tak masuk sangat pun ke Sultan Park sebab masa tak cukup.

Selesai berjalan-jalan area berdekatan Sultan Park kami menaiki Uber menuju semula ke jeti yang kami datang dari airport pagi tadi. Dan terus membeli tiket public ferry menuju ke Maafushi dengan harga USD2.00 per person. Dan ferry bertolak tepat jam 3.00 petang.

Bersambung Maldives Part 4 : Check in White Shell Hotel in Maafushi Islands (Under Construction)

42 comments:

  1. Seronok dapat melihat keindahan negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok sebab tu nak berkongsi ceritanya di blog ini.. ☺️👍🏻

      Delete
  2. Maldives ni selalu nampak tempat2 honeymoon tu jer...ada juga historical place..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ada.. kesultanan islam di kepulauan Maldives dah wujud sejak 1000 tahun dahulu lagi. ☺️

      Delete
  3. View ni buat sy trigt masa dkt HCMC =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul jalan yg sempit dan banyak motosikal di jalanan.. yes mcm HCMC.. 😅

      Delete
  4. Cantik Sultan Park...
    Lama rupanya Islam bertapak di sini. Bandarnya nampak tenang je, seronok dan selamat barangkali utk para tourist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lama sudan islam bertapak di sini.. mungkin sebab geografi mereka yg lebih dekat dgn timur tgh.. Tenang sebab pulau kecil sahaja.. Alhamdulillah tourist selamat di sini.. ☺️👍🏻

      Delete
  5. thanks for sharing stories and pictures..terasa mcm virtual tour wpun tak pernah sampai ke sana pyhsically

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most Welcome Puan MZ.. perah otak dgn masa berhari-hari nak up entry ni huhuu.. thanks for coming tau ☺️👍🏻

      Delete
  6. cantik Maldivies..... banyak bangunan kat sana yer , alhamdulillah dapat jugak merasa masuk ke dalam masjid ratusan tahun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pulau male ini sahaja yg membangun.. Di pulau lain masih lagi kawasan perkampungan.. dan pulau yg bukan kawasan perlancongan mmg biasa sahaja..

      Delete
  7. Besar portion nasinya. Macam boleh share makan dua orang.
    Masjid lama, cantik. Tapi sayang tak ada tempat untuk wanita, ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul.. memang sepinggan nasi tu kami share utk dua orang.. masjid lama kot sbb tu tak ada tmpt wanita.. dan 350 meter ada sebuah lgi masjid yg besar di situ ada tmpt utk wanita.. so kalau wanita nk bersolat blh ke sana..

      Delete
  8. memang cantik maldives ni.. terima kasih atas perkongsian, terasa macam dibawa berjalan oleh tour guide..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg terpegun kecantikan dan keindahan di pulau, pantai dan air laut yg cantik dan bersih.. sama sama juga sudi membaca ☺️👍🏻

      Delete
  9. Camana nak selisih tangga halus cam tu?
    Pelayan pun guna tangga yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelayan pun guna tangga yg sama.. hebat la bawa dulang makanan naik tangga tu huhuu.. takde selisih la kena tunggu turn gitu hahaha.. 😅

      Delete
  10. Adakah Kampung Melayu Majeedee di itu ada kaitan dengan Majeedhee?🤭
    Wah ...hebat tuan bokeh berbahasa Urdu jugak yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu persoalan yang bagus.. Rasanya lebih kepada perkataan tamil kot.. sbb south india ramai muslim tamil.. dan mereka seakan-akan sama dgn wajah Sri Lanka dan Maldives.. Boleh la urdu sikit sikit.. 😅

      Delete
  11. Uniknya masjid tertua di Maldives ni sebab dibina dengan batu koral. Tapi sayang takde tempat solat utk wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time masuk masjid yg dibina ratusan tahun dahulu menggunakan batu koral. Memang rasa sejuk di dalam. Mungkin masjid lama dan nk ubah suai adakan tmpt wanita susah. tapi 300 meter ke depan ada masjid lain utk wanita solat.

      Delete
  12. Comel jer official resident tu...
    Tentang tangga halus tu..kalau sis yang naik agak2 muat tak?..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah presiden negara duduk dlm tu jer.. tak kalut nak buat istana besar dan jauh dari rakyat huhuu... Tangga tu muat kot.. tapi takut gayat la hihi 😅

      Delete
  13. Banyak juga tempat menariknya, apalagi masjid bersejarahnya. Sayang toilet wanita tidak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan maldives berusia lebih dari seribu tahun.. makanya mmg banyak peninggalan sejarah di Maldives.. Masjid lama mmg tiada tmpt utk wanita mungkin..

      Delete
  14. kalau pergi kedai tersorok, mmng senang nk jumpa makanan murah. kita niat pun sekadar nk isi perut je, tak kisah sangat dgn rasa, yg penting murah xD
    uniknya masjid tu diperbuat dari batu coral! sayang sangat takde tandas dan ruang solat utk wanita, tak mesra sangat. harap diorang bolehlah buat penambahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila travel budget macam ni memang kalau boleh nak yang mur mur jer.. Asal kenyang asal sampai gitu la tema nya. Masjid lama mungkin susah nak renovate untuk sediaka tempat bagi muslimat. sbb tu ada masjid baru yg 350 meter sahaja dari masjid ini utk muslimat solat.

      Delete
  15. I think i saw 4 of u dekat maafushi island. Masa kita pergi pun lebih kurang sama kan? 12/9/2024 - 17/9/2024

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah macam ada terserempak kan dan tarikh kita pun lebih kurang sama.
      Kalau tak boleh dah coffee coffee sesama hahaha..

      Delete
  16. Nampak macam rendah bumbung ruang solat utama tu.
    Syukurlah dapat juga girls solat walaupun katanya tak ada ruang untuk wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah agak rendah tapi tak la sandul kepala bila jalan huhu.. masjid lama kan dah beratus tahun lamanya dibina. sejuk jer solat kat dalam masjid ini .. :D

      Delete
  17. Replies
    1. Alhamdulillah... Maldives is very amazing.. :D

      Delete
  18. Makanan kat sana macam Indian food lah eh.. ada kari².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada kari dan biryani juga as makanan yg ada di mana-mana. Tak lari jauh dari makanan tanah besar 😅

      Delete
  19. hishhh macam.mana. ek diorg kumpul coral stone tu then buat masjid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la mcm mana.. tak jumpa lagi kajian yg telah dibuat di situ.. kalau ada pasti dah share di sini.. tapi mmg sejuk jer.. ☺️👍🏻

      Delete
  20. hishhh macam.mana. ek diorg kumpul coral stone tu then buat masjid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya.. Mungkin pecahkan dan jadikan macam simen.. sebab maldives mana ada gunung nak amik simen utk buat bangunan.. ke ntah cane 😅

      Delete
  21. Pelik juga ya memang tak ada jemaah wanita ya di masjid?. Haaa tu kan dah kena....cakap Urdu boleh....cakap english pun ya....nasib baik tak cakap lorat utara ke kelantan ke baru tahu ya....nak solat kena sound pulak.

    ReplyDelete
  22. Saya pun kalau makanan buffet begini tak terlalu suka, sebab makan sedikit, kenyang, macam rugi kan 🤣. Memang hrs cari yg bisa ala carte saja. Kalo rasa kari di sana pedas, berarti saya pasti akan suka 😄

    Menarik mesjid tua Hukuru itu, walau sayang tak ada tempat sholat wanita ... Saya nak coba datang juga saat di sana.

    JD teringin nak cari tahu ttg serangan harimau tamil. Lumayan banyak yg menjadi korban .

    Sultan park agaknya saya hrs datang laah. Tertarik pula lihat kolam dengan ikan mirip hiu 😅😅

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...