Thursday, 18 December 2025

Jenis-Jenis Daun Ubi Yang Boleh Dimakan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Tadi scroll instagram terbaca berkenaan jenis-jenis daun ubi yang boleh dimakan. Rasa tertarik nak share semula di sini. Buat bacaan bersama kot-kot ada yang macam aku tak pernah kenal beberapa jenis daun ubi kayu ini. 

Dan tak sangka ubi kayu daun kuning tu pun boleh dimakan. Daun Ubi Kayu Pulut dan Daun Ubi Kayu Kangkung tu antara yang paling biasa dimakan. Tapi mungkin ada di antara korang yang biasa makan semua jenis daun ubi kayu yang di bawah ini. Cuba comment sikit.

Tiba-tiba macam nak cari pokok ubi kayu daun kuning tu. Macam cantik kalau jadi pokok perhiasan di balkoni rumah. Tapi kalau ada pokok ubi kayu daun hitam tu pun cantik juga. Siapa ada pokok ubi dua jenis tu meh bagi kita sebatang dua hihihii..

30 comments:

  1. Kiranya semua jenis daun/pucuk ubi tidak beracun, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kalau semua.. cuma yg dalam gambar ini semua boleh dimakan..

      Delete
  2. Makk ai banyak jenis rupanya ya. Yang selalu buat masak pucuk ubi daun hijau tu entah apa nama pokok ubinya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya biasa beli yg tangkai merah dgn yg daun halus panjang tu jer.. la ni baru tau byk lagi yg boleh dimakan.. 😅

      Delete
  3. Banyak jenis rupanya. Selama ni tahu pucuk ubi je taktau pulak ada macam2 jenis. Selalu familiar dengan kangkung, tangkai merah, tangkai hijau, pulut. Lama tak makan pucuk ubi celur cicah sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun baru tahu ada banyak jenis.. sebab ingatkan ada dalam 2-3 jenis sahaja. Ye lah once dah dimasak memang dah tak tahu rupa asal dia macam mana kan.. Sedap tu cicah sambal belacan..

      Delete
  4. saya kenal daun2 ubi semua tu sbb memang selalu nmpk kat kg esp time saya zmn sek..dan my arwah ayah suka lah makan pucuk ubi rebus...tp saya tak reti lah mkn pucuk ubi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak ada lagi tak pokok ubi kayu daun kuning dengan daun hitam tu? nak sikit hahaha nak tanam dalam pasu.. nampak cantik la pulak.. Alaa rugi tak reti makan.. sedap kalau buat masak lemak :D

      Delete
  5. Ubi kayu tu kenal tapi takde la secara specific setiap jenis tu. Yg kuning tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes cantik... tu tengah mencari pokok kayu ubi daun kuning dengan daun hitam tu :D

      Delete
  6. Wahh banyak ya. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa ianya interesting maka kita pun share di sini :D

      Delete
  7. haaa fahammm! boleh la ni buat ulam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes memang boleh buat ulam celur air panas dengan sambal belacan :D

      Delete
  8. masak lemak pucuk ubi sedap jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wondering yg hitam tu kalau buat msak lemak jadi warn apa hihii :D

      Delete
  9. Lah... uncle tak pucuk ubi je... nampaks sangat jahil... (malu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita... tahu yg daun lurus kurus dengan yg lebar sikit jer... know2 ada byk lagi hihiii

      Delete
  10. Rasanya ubi kayu perlu di celur untuk hilangkan toksik dia. Ada 1 yang seakan ubi kayu... pokok ajinomoto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes pokok ajinomoto.. masak lemak udang mmg terbaikkkk... Lembut sangat :D

      Delete
  11. Selama ini tahu daun ubi kayu sahaja. Baru tahu ada byk jenis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita pun hahaa.. itu yg kita post di sini 😅

      Delete
  12. KSarie pernah makan ubi kayu kangkung sahaja. Rupanya banyak lagi spesies ubi kayu. Daun ubi kayu kuning tuh kalau KSarie terjumpa sure ingat pokok hiasan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita tau sejenis jer rupanya byk... Cantik pulak daun kuning tu.. kalau tanam dalam pasu kat rumah mcm cantik jer hihii..tpi mana nak dpt ntah.. 😅

      Delete
  13. ooo rupanya ada banyak jenis daun ubi kayu..lsuka je petik pucuk ubi..pernah tanam kat depan rumah tapi tu la jadi nampak semak plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kita pun baru tahu .. maka kita sambung share di sini .. tgh cari duan ubi kuning tu.. nak tanam dalam pasu nampak cantik :D

      Delete
  14. Dulu ada tanam di rumah. Yang jenis tangkai merah. Tapi tak ambil daunnya. Punyalah malas korek ubi sampai terjongkit keluar dari tanah. Masa itu lah tahu yang ubi pun boleh busuk dalam tanah kalau tak korek keluar bila sudah cukup masa. Sejak itu, tak tanam dah ubi kayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. ubi boleh rosak dalam tanah kalau kita tak amik ubi nya.. hahaha baru tahu.. ada tanam kat rumah tpi buat suka2 jer la dalam pasu.. Rumah tinggi ni walau tanam suka2 tapi bila ada hasil gembira tak terkata.. ☺️

      Delete
  15. pucuk ubi masak lemak..sedap2...Subhanallah, byk jenis rupanya ubi kayu..betul, ubi kayu kuning tu cantik buat deko2 rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At this moment masih lagi mencari mana nak dpt pokok ubi tangkai kuning tu huhuu

      Delete