Saturday, 24 January 2026

Tips Dan Cara Untuk Ke Taman Negara Johor Pulau Kukup

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selesai meneroka Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Kerang, Repah dan Penerok, Pontian bagi menzairahi saudara mara arwah ayah yang masih aku kenali. Dan kemudian kami terus ke Pekan Pontian Kechil mencari hotel untuk berehat setelah kepenatan dengan aktiviti yang cukup padat hari ini.

Taman Negara Johor Pulau Kukup - Pulau Paya Bakau terindah di Malaysia.
Keesokan awal pagi kami menuju ke Kukup untuk merasai pengalaman yang sama seperti semalam tapi terdapat sedikit kelainan iaitu menaiki bot dan menuju ke sebuah pulau yang juga dikenali sebagai Taman Negara Johor Pulau Kukup.

Bangunan Stesyen Bas Kukup - tempat parking kereta paling murah di sini.
Untuk membeli tiket ke Taman Negara kita kena pergi ke Pejabat Taman Negara - sebuah bangunan 1 tingkat berwarna hijau yang terletak berhadapan dengan Stesyen Bas Kukup. Harga tiket masuk sama seperti di Taman Negara Tanjung Piai. 

Harga tiket adalah Adult RM5.00, Student (7-17 years old) & Senior Citizen (above 60 years old) RM3.00. Sila bawa Mykad atau passport jika tidak anda akan dikenakan harga bukan warganegara. Iaitu Adult RM20.00 dan Student & Senior RM10.00. And for below 6 years old is free. Kaunter dibuka setiap hari kecuali tutup pada Hari Khamis.

Pembelian tiket hanya boleh dibeli di Pejabat Taman Negara Johor Kukup.
Tiket terakhir dijual pada pukul 3.00 petang dan kemasukan terakhir ke Taman Negara adalah pada pukul 4.00 petang. Kenderaan boleh di parking di tempat letak kereta persendirian berbayar untuk lebih keselamatan. Dan jika nak murah boleh parking di area Stesyen Bas Kukup dengan kadar bayaran RM5.00 sehari.

Berjalan 200 meter ke Kukup International Ferry Terminal.
Berjalan melepasi perkampungan nelayan cina dan terdapat pejabat immigration di sini.
Jangan parking kereta sebarang jika tidak mahu disaman oleh pihak berkuasa. Selepas beli tiket kami mula berjalan kaki menuju ke arah Kukup International Ferry Terminal yang terletak lebih kurang 200 meter dari tempat pembelian tiket.

Keadaan air pasang besar menyebabkan air laut naik ke atas jalan raya.
Tapi tak adalah sehingga menyebabkan banjir. Air naik takat buku lali sahaja.
Kami sempat sampai ke terminal sebelum air ni naik seperti dalam gambar.
Taman Negara Pulau Kukup ini pernah ditutup pada 02 November 2021 untuk kerja-kerja baik pulih sebelum dibuka semula pada 17 Mei 2024. Oleh sebab itu semasa kami ke sini boleh dilihat pelbagai sturktur baru dan cantik. Dan boleh aku katakan untuk ke sini adalah lebih menarik dan banyak tempat bergambar berbanding Taman Negara Tanjung Piai.

Selamat Datang Ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup.
Keadaan yang sibuk di terminal feri. Dari sini boleh ke Tanjung Bin Indonesia.
Yang berpagar besi itu adalah tempat untuk menaiki bot ke Pulau Kukup.
Dan Uncle Cina baju putih tu incharge person untuk geng boatman. Sangat peramah.
Satu keunikan Taman Negara ini adalah ia adalah salah satu antara Pulau Paya Bakau terbesar di dunia. Dan Pulau Kukup ini bersama Pulau Klang di Selangor adalah antara 10 Pulau Paya Bakau terbesar di dunia. Sundarbans Island di India dan Bangladesh sebagai hutan bakau terbesar dunia. Selain Mangrove Amazon di antara Brazil dan Peru.

Bot berwarna kuning inilah bot khas untuk perg ke Pulau Kukup.
Laluan titi kayu untuk naik ke bot. Adventure macam ni la seronok :D
Semua dah naik maka bot pun bergerak menuju ke Pulau Kukup.
Affan dan Afnan adalah orang yang paling bahagia naik bot ni. 
Sampai di terminal boleh tanya dengan security guard di mana tempat berkumpul untuk naik bot ke Pulau Kukup dan pasti akan diarahkan untuk berjalan ke arah kanan dan akan berjumpa dengan orang bot. Bayaran untuk dewasa RM10.00 dan kanak-kanak adalah RM5.00, namun boleh buat tawar menawar jika mahu.

Kukup International Ferry Terminal. Itulah ferry yang membawa penumpang ke Indonesia.
Ternakan ikan dalam sangkar yang cukup banyak di sini.
Dah nampak macam perkampungan atas air jer dari kejauhan.
Perjalanan dari terminal ke Pulau Kukup mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
Untuk kami sekeluarga dari RM40.00 dapat diskaun kepada RM30.00 sahaja. Kata orang bot affan dengan afnan tak perlu bayar sebab belum sekolah. Dan ketika kami sampai di sini air laut terlalu tinggi sehingga kami diberitahu untuk menaiki bot di tempat lain bagi keselamatan kepada semua yang rata-rata adalah keluarga yang membawa kanak-kanak.

In total cost kami sekeluarga untuk ke Taman Negara Johor Pulau Kukup adalah RM46.00 sahaja. Dan tiada halangan untuk membawa makanan dan minuman ke Taman Negara ini. Kebersihan perlu dijaga oleh itu segala sampah dari bekas atau sisa makanan dan minuman yang kita bawa haruslah dibawa pulang semula.

Bersambung Part 2 : Taman Negara Johor Pulau Kukup - Pulau Paya Bakau Tercantik Di Malaysia (Under Construstion)

30 comments:

  1. 1st time dengar nama tempat ni. Pulau Paya Bakau terbesar di dunia ye, menarik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara yang terbesar di dunia under top 10. Termasuklah Pulau Klang tapi cuma Pulai Kukup sahaja yang dikomersialkan sebagai pusat perlancongan dan dijadikan Taman Negara.

      Delete
  2. Kalau air pasang naik sampai cam tu... cepat berkarat la besi2 kat sana kan? Kereta pun mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air pasang ni akan terjadi sekali dua sahaja dalam setahun apabila fenomena air pasang besar.. Kalau selalu mau semua benda jadi karat huhuu..

      Delete
  3. Murah je kosnya tu. Kalau suka nature wajib datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat murah.. boleh naik bot.. masuk taman negara dan melihat kawasan lampung nelayan.. ☺️👍🏻

      Delete
  4. wow...kos pun sangat berbaloi...betul tu perlu jaga kebersihan dan segala sampah sendiri memang patut dibawa pulang kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terlajak ke JB sangat berbaloi ke Taman Negara Pulau Kukup ini.. tak mahal pun.. Bab sampah tu kita kena jaga supaya generasi akan dtg juga blh menikmatinya .

      Delete
  5. akak tak pernah sampai ke sana lagi, segan lak orang johor sendiri belum sampai sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi la kalau macam tu at least sekali seumur hidup ☺️👍🏻

      Delete
  6. Singah sini petang ni..lama tak ke sini, bukan lupa....Hebat juga ni travel dalam negeri hebatnya nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lama tak dgr comment Tuan Etuza di sini.. Travel dalam negara juga penting hihii.. anak2 suka nature. ☺️👍🏻

      Delete
  7. pulau ketam tak lepas lagi..apatah ke pulau kukup..bila la nak dapat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Ketam dah pernah pergi dua kali... Okla something nice to see and enjoy the environment.. ☺️👍🏻

      Delete
  8. Xla mahal sgt nk masuk taman negara, siap naik bot dan masuk pulau. Mmg menarik bawa family yg bersama anak2 sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes mmg tak mahal harga pun marhain sahaja.. tapi tak tahu la sampai bila kan huhuu..alhamdulillah the kids really enjoy it..

      Delete
  9. memang pengalaman yg best if dpt naik bot! i could not recall bila last i naik bot hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. The kids mmg suka naik bot.. asal ada jer peluang mmg bawa mereka naik bot.. ☺️👍🏻

      Delete
  10. Waa... sy dah 4 tahun stay di Pontian Kechil nie so far pergi Taman Negara Tanjung Piai ja... Tak tahu pula boleh naik feri nie pi Pulau Kukup... Mcm nak pergi juga pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi la kalau dah 4 tahun di Pontian Kechil tapi belum ke Pulau Kukup hihii..
      Insyallah ada masa boleh la singgah ke sana.. Naik bot pun best juga :D

      Delete
  11. KSarie pernah pergi sini pada 2022. Memang cantik tempatnya. Naik botnya fefeling macam cerita Hindustan sebab anginnya awesome sangat. Sure uncle Cina tuh pelik apedia pompuan ni dok fefeling di hujung bot😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bot tu part antara yang best sebab kita orang bandor mana ada bot kan hahahaa.. feeling duduk depan tu best tapi tu la kalau tgh hari panas oooo hahaha :D

      Delete
  12. Tak pernah ke sini. Baca blog ni baru tahu kewujudan tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat nature and i believe Dania pun suka nature maka boleh la ke sini :D

      Delete
  13. ada dalam wishlist..nak pi sini dan nak pi Tanjung Piai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila datang dan bersedia utk meneroka alam paya bakau dan penghujung benua asia :D

      Delete
  14. seronoknya...tapi, mengenangkan nak drive sampai ke hujung johor tu...alahai, berchentanya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu kalau terlajak ke sana lah.. Saya pun sebab itu kampung arwah ayah.. Masa kecil selalu la balik ke Pontian :D

      Delete
  15. Nampaknya kena ulang datang ke sini sebab KSarie datang sebelum ia ditutup pada 2021 tuh. Harap-harapnya ada rezekinya hendak datang sini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya banyak benda baru yg ada di sini mmg terbaik kalau nak bergambar sakan huhuu.. inshallah moga dimurah rezeki utk ke Pulau Kukup lagi.. ☺️👍🏻

      Delete