Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Romania Part 4 : Back To Bucharest - Check in 2D1N At Hotel Carpati Imparatul Romanilor
Seawal pagi aku dah bersiap untuk ke Bucharest Old Town yang terletak lebih kurang 1.5km sahaja dari hotel.
No wonder la kenapa Anto memilih hotel ini sebab walking distance sahaja nak ke old town dan lokasi juga berada di tengah-tengah bandar serta dekat dengan metro station. Selain harga yang agak murah compare dengan hotel yang lain.
 |
| Pemandangan ke arah hotel yang berada di sebelah kanan. |
Lepas solat subuh, aku terus ke bilik mandi sebab nak mandi air panas, takut air panas habis. Base my own experience kalau sharing bathroom ni tak banyak simpanan air panas yang disediakan. First come first serve gitu.
Kalau lambat nasib la huhu. Kedua.. bila dah sharing bathroom ni tak nak la beratur dan bertembung dengan bawang putih yang hanya memakai pakaian dalam sahaja. Biasa waktu syuruk macam ni diorang memang tidur lagi. Harap2 la.
 |
Menu sarapan pagi Mamee Asam Laksa, Coffee dan roti yang beli di Sofia few days ago. Sebelum makan kita kemas bilik dan katil. Senang balik nanti terus tidur 😉. |
Setelah mengemas bilik dan bersarapan Mamee Asam Laksa dan Coffee 3in1 aku memulakan langkah berpandukan google map dan ketika ini barulah aku sedar bagaimana keadaan dan pemandangan di sekeliling hotel sebab semalam sampai awal pagi ketika matahari baru nak terbit dan kemudian rushing nak ke Brasov dan balik bila dah lewat malam.
 |
| Rupanya terdapat sebuah cafe yang tak jauh dari hotel. Boleh la try nanti 😏. |
 |
| Just a random picture - suka tengok seni bina bangunan di sini. |
 |
| Pemandangan sekitar perjalanan dari hotel ke Bucharest Old Town. |
Destinasi pertama aku di old town adalah Pasajul Macca-Villacrosse. Sebuah laluan yang telah dibina seawal kurun ke-18 iaitu hampir 200 tahun yang lalu. Macca dan Villacrosse adalah dua nama tokoh penting iaitu Xavier Vilacrosse The Chief Architect of Romania dan Mihalace Macca adalah orang yang membina kedai-kedai mewah di sepanjang laluan ini.
 |
| Kalau tak perasan entrance Macce-Vilacrosse Passage ni memang terlepas. |
 |
| Masih di awal pagi, kelihatan para pekerja masih bersiap-siap. |
Apa yang menarik di laluan ini adalah suasana dan senibina bangunan di kiri kanan ketika kita berjalan.
Lembaran kain berwarna kuning digunakan sebagai atap menutupi sinaran matahari. Terdapat bumbung yang diperbuat dari kaca berwarna kuning di bahagian tengah. Dan keadaan di sini lebih hidup dan meriah di waktu malam.
 |
| Ruang di tengah-tengah Pasajul Macca-Villacrosse - Sumber google. |
Di saat ini hampir kesemua kedai-kedai mewah yang pernah berdiri megah pada satu ketika dahulu telah bertukar menjadi restoran yang menjual pembagai jenis makanan dari baik eropah sehinggalah timur tengah dan asia.
Laluan Pasajul Macca-Vilacrosse ini berbentuk U, bila aku keluar on the other side aku menemui sebuah church orthodox lama yang berusia lebih 300 tahun iaitu Biserica Zlătari Church yang dibina pada kurun ke-17.
 |
| Biserica Zlătari Church yang dibina pada kurun ke-17. |
Sekadar mengambil gambar dari luar dan meneruskan perjalanan ke dalam old town melalui Calea Victoriei Street. Berhadapan banguanan Muzeul National de Istorie a Romaniei, aku memasuki Strada Stavropoleos Street. Apa yang aku perasan terdapat banyak peta 3D disediakan bagi memudahkan para pengunjung menerokai seluruh old town ini.
 |
| Muzeul National de Istorie a Romaniei. |
 |
Peta ini banyak disediakan di sekitar old town. Sangat memudahkan tourist. By the way kat sini pun ada vandalism walau tempat tumpuan tourist. |
Berjalan 140 meter kehadapan aku menemui Biserica Mănăstirii Stavropoleos atau The Church of the Stavropoleos Monastery antara historical place yang utama di sini. Siap dibina pada 1726 AD semasa era King Nicholas Mavrocordatos - Prince of Wallachia (1719-1730). Dan terdapat 8,000 buku yang tersimpan di sini baik dari Theology hinggalah History.
 |
| Biserica Mănăstirii Stavropoleos - The Church of the Stavropoleos Monastery. |
Kali ini aku masuk ke dalam bagi melihat architecture dan internal design dengan lebih dekat yang dikatakan menarik dan unik serta mempunyai seni campuran dari Romanian, Greek, Byzantine dan Slavonic. Dan terdapat beberapa artifak dari beberapa era pemerintahan dalam beberapa bahasa yang disimpan di sini antaranya bahasa Rome dan Greek.
 |
| Keadaan di dalam Biserica Mănăstirii Stavropoleos. |
 |
| Pintu masuk yang telah dibina ratusan tahun dahulu. |
Tiada bayaran masuk dikenakan walau ia telah menjadi sebahagian dari warisan negara. Beberapa bahagain telah dibina semula mengikut rekaan asal selepas mengalami kerosakan teruk pada kejadian gempa besar di awal tahun 1900-an.
Dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. Dan ia masih lagi aktif digunakan sebagai church.
 |
| Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang boleh dilihat di sini. |
Selesai di sini terus aku merayau rayau ke beberapa laluan atau lorong dan di old town ini beberapa bahagian ditutup dari kenderaan. Memang seronok berjalan dan insyallah tak sesat sebab peta memang merata tempat disediakan 👍.
 |
| So basically ini macam sistem madrasah yang terletak di dalam kawasan masjid. |
 |
| Monastery for a community of nuns lives here until today. |
Kedai souvenir memang banyak dan boleh dikatakan di setiap lorong kecil atau besar pasti ada. Apa pun make sure tengok harga sebelum beli sebab mostly mereka menjual item yang sama sahaja tapi berlainan harga walau kedai bersebalahan.
Terdapat banyak historical church ada di sini sampai satu tahap aku sekadar mengambil gambar dari luar sahaja. Masa ini terasa penat dan lenguh, bila check handphone baru sedar dah melebihi 7000 langkah, belum lagi tengah hari 😅.
 |
| Muzeul National de Istorie a Romaniei boleh dilihat dari Biserica Mănăstirii. |
Agak mustahil untuk menjejakan kaki di semua attraction yang ada di Bucharest old Town dalam waktu yang singkat namun aku cuba untuk berjalan ke seberapa banyak attraction point yang ada di sini. As long diri sendiri puas, cukup la.
Dan terdapat beberapa penginapan samada hotel, guest house atau hostel yang ada di dalam old town ini. Kalau berminat nak stay dalam old town pun boleh. Harga pun tidaklah jauh beza dengan penginapan di luar dari old town.
 |
| Another church yang aku jumpa - Saint Demetrius Orthodox Church. |
 |
| Sing Sing? tapi tak nampak macam tempat karoke. Tak pasti jangan masuk..!! 😅 |
Untuk ke Bucharest Old Town ini sangatlah recommended. Kalau tak suka masuk area church tu pun boleh ignore tak payah masuk. Sebab old town ini tak macam yang lain yang hanya ada bangunan lama yang rendah-rendah sahaja.
Di sini telah menjadi pusat pentadbiran negara Romania sejak merdeka dari 300 tahun yang dahulu sehinggalah sekarang. Ada bangunan yang dijaga sehinggalah sekarang dan ada yang dibina baru. Maka kita boleh lihat beberapa reka bentuk bangunan yang berbeza kerana dibina dari zaman yang berlainan. Bagi aku something interesting untuk dilihat.
Bersambung Romania Part 7 : (Under Construction)
Banyak cafe, banyak signboard... pastinya ni tourist spot kan?
ReplyDeleteBagus diorang kekalkan bangunan2 lama tu... kita macam berjalan kat outdoor muzium