Monday, 31 March 2025

Salam Lebaran Aidilfitri - Mohon Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah syukur bertemu kita dengan 1 Syawal pada tahun ini. Menyambut kemeriahan kerana berjaya berpuasa sebulan. Semoga semua amalan kita yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, diterima Allah Taala.

Insyallah lepas solat raya pagi esok, kami sekeluarga akan beraya ke rumah Mak Tok di Ampang dan kemudian akan bertolak pulang ke Kg Jimah Sendayan, N9 untuk menyambut dan meraikan raya di sana. Harap-harap jalan di pagi raya tak jem lah.

Salam Lebaran Aidilfitri - Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Apa pun aku bersama seisi keluarga ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang sudi datang tanpa lelah membaca kisah pengembaraan aku dan memberikan comment yang sentiasa menjadi semangat untuk terus menerus menulis di blog ini.

Insyallah selagi ada kekuatan selagi tu akan update blog ini untuk bacaan bersama dengan para pengunjung dan juga menjadi kenangan untuk diri sendiri di masa hadapan. Dan untuk anak-anak tahu cerita hidup mereka di usia kecil.  Dan pada salah silap aku jika ada tulisan yang membuat seseorang terasa especially diruangan comment aku mohon maaf yer.

Alhamdulillah siap sudah memasak dan packing Rendang Arnab
Saat semua bahan dah mula mengering. Dah seronok time ni.
Nasib la masak rendang arnab. Tak lama macam nak masak daging.
Ingatkan malam raya tak nak dah masak apa-apa tapi tangan menggatal juga nak masak. Sebba bahan rendang semua ada lagi. Tengah bersihkan frozen ada pulak daging arnab 2 kg beli di Tanjung Malim tempoh hari. Maka termasak dan terjadilah Rendang Arnab. 

Jangan tanya macam mana rasa daging Arnab. Aku pun baru lepas siap masak dan terus packing untuk frozen. Insyallah esok kita try lah makan dengan lemang yer. Harap-harap sedaplah hihihi. Again Selamat Hari Raya u alls..!!!

25 comments:

  1. Salam Aidil Fitri
    Maaf Zahir dan Batin buat TT sekeluarga.

    Next level tu siap ada rendang arnab. Rendangnya tu jodoh dengan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Buat Puan Rawiwa Sekeluarga juga..
      Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
      Rendang Arnab first time buat ni.. Takut kalau dpt feedback tak sedap hahaha..
      Makan dgn Lemang ketupat nasi impit la kot.. kan kan..

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat TT sekeluarga...
    Paling rare yang makan pun, rendang rusa.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lebaran Aidilfitri Buat Puan Adnil Linda Sekeluarga.
      Uish Rendang Rusa tu.. rare sangat tu.. teringin nak rasa juga kalau ada depan mata.. :D

      Delete
  3. Selamat Hari Raya buat tuan sekeluarga ๐Ÿ’š
    Mohon maaf andai ada tersalah kata ye...
    Apa rasanya ye rendang arnab tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lebaran Aidilfitri buat Puan Hazel sekeluarga..
      Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga.. Rasa sedap jer Alhamdulillah hihii..

      Delete
  4. Sedapnya merendang arnab!
    Salam lebaran maaf zahir dan batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula macam takut tapi okla sedap terus dimakan dgn banyak hahahaha... Slmt Hari Raya Aidilfitri uncle.. :D

      Delete
  5. Selamat hari raya idul Fitri Abang. Minal Aidin wal Faizin, minta maaf lahir bathin yaaa. ๐Ÿ™.

    Tak tega saya lihat rendang Arnab ๐Ÿ˜… kelinci atau Arnab ini memang saya tak makan, sebab bagi saya mereka pet ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Fanny sekeluarga di Indonesia. Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga.

      Pernah makan kelinci tapi bukan lah favourite.. tapi sekali sekala mencuba ngak ada salahnya hihii.. :D

      Delete
  6. Salam Lebaran 2025. Rare betul rendang arnab tu. Belum pernah jumpa lagi setakat ni masa beraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lebaran juga... Tiba tiba ada org dari Tanjung Malim jual daging arnab kita pun gatal membeli.. tak tahu nak masak apa.. rendang ajer lah jadinya :D

      Delete
  7. Eid mubarak to u and ur whole family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak to Puan Mama Zhafran and family too.. :D

      Delete
  8. salam aidilfitri maaf zahir & batin
    apsal yg tecit tu pakai baju kaler kuning ikut gegurl?
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin juga buat Anies. Sekecik tu belum ada law lagi.. so dia free utk follow sesiapa sahaja hahaha..

      Delete
  9. ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงุฆูุฏููŠู’ู† ูˆูŽุงู„ู’ููŽุงุฆูุฒููŠู’ู†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti buat makan makan roger yer tak jauh tu dari Ampang hahaha :D

      Delete
  10. Slm Aidilfitri MMZDB.
    Rendang Arnab tu unik sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri juga.. Arnab tu tak sengaja terbeli dan paling mudah masak rendang lah hihii..

      Delete
  11. W'salam..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada TT dan keluarga. Maaf Zahir dan Batin..
    Rendang arnab rare, saya jarang jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat Puan LZ sekeluarga.. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
      Kita pun first time merendang arnab ni :D

      Delete
  12. Wow.. Arnab.. Rare tuh.. Hahaha..

    Srlamat hari raya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...